Thursday, November 3, 2022

KARANGAN BAHAGIAN A-RESPON TERHAD PATRIOTISME DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

 


Soalan:Patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia


Patriotisme bermaksud semangat cinta dan sayang akan negara.  Ketahuilah, semangat ini dijelmakan oleh perasaan bangga menjadi anak Malaysia, mengibarkan Jalur Gemilang dan bangga dengan kereta nasional yang meluncur di jalan raya.(B1)  Persoalannya, apakah usaha-usaha menyemai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia?

Masyarakat haruslah mengenang jasa perajurit dan pejuang kemerdekaan sebagai usaha menyemai semangat patriotisme rakyat Malaysia.  Hal ini berlaku apabila rakyat sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara dari ancaman musuh.  Oleh sebab itu,  kita haruslah menghargai pengorbanan mereka dengan memelihara kedaulatan negara ibarat bir putih tulang, jangan putih mata.



Masyarakat haruslah mengenang jasa perajurit dan pejuang kemerdekaan sebagai usaha menyemai semangat patriotisme rakyat Malaysia.  Hal ini berlaku apabila rakyat sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara dari ancaman musuh.  Oleh sebab itu,  kita haruslah menghargai pengorbanan mereka dengan memelihara kedaulatan negara ibarat bir putih tulang, jangan putih mata

Selain itu, rakyat perlu menjadikan prinsip Rukun Negara sebagai teras patriotisme dalam kehidupan.  Lima prinsip Rukun Negara ialah tunjang dan kekuatan negara.  Melaluinya rakyat akan menghayati, engamalkan dan berpegang teguh dengan prinsip tersebut.  Implikasinya, lahirlah modal insan yang mencintai negara. [B2] 

Seterusnya, kerajaan haruslah mengadakan kempen menyemarakkan semangat patriotik bagi menyemai sikap ini secara berterusan.  Hal ini penting bagi memupuk perpaduan dan kekuatan rakyat supaya bersama-sama mendepani pelbagai cabaran masa kini seperti pandemik covid-19.  Semangat kebersamaan juga diterjemahkan melalui penyertaan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 di seluruh negara [B3].  Impaknya, ia dapat mencerminkan keharmonian dan kemakmuran negara di mata dunia.

Secara intihanya, patriotisme sangat penting bagi memastikan kestabilan dan kemajuan negara.  Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menyokong pemupukan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.






 IHSAN DARIPADA CIKGU JUILIS MOKUJAL (GC BM/GURU HEBAT BAHASA JPN SABAH)

CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM 2021

SUMORIBAU 1

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jumlah keseluruhan kemalangan di jalan

raya sebanyak 56,086, yang melibatkan motosikal sahaja hampir 10,000 manakala kematian pula

702 orang, tahun ini. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani kemalangan jalan raya ,

tetapi usaha itu masih tidak berjaya.

Sumber: Asto Awani ,Mac 23, 2021

Berdasarkan petikan di atas, kemalangan di jalan raya merupakan satu isu yang tidak akan pernah

surut kerana tragedi ini boleh berlaku pada setiap hari .

Huraikan langkah-langkah yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah kemalangan jalan

raya.

 Tidak dapat dinafikan bahawa, kes kemalangan jalan raya yang meningkat secara drastik

telah menjadi buah mulut semua lapisan masyarakat. Hal ini sememangnya telah menimbulkan

kebimbangan dan kegusaran ramai pihak terutamanya pengguna jalan raya. Punca utama dikenal

pasti kerana kecuaian pemandu , khususnya golongan remaja. Sikap mementingkan diri sendiri

dan mengikut hawa nafsu bagai melepaskan pucuk masing-masing ketika memandu akan

membawa padah. Sesungguhnya, terdapat pelbagai alternatif yang berkesan untuk mengurangkan

kes kemalangan akan dibincangkan.

 Sebagai murid minda kelas pertama, langkah untuk mengurangkan kes kemalangan jalan

raya ialah penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang sedia ada harus ditambah baik.

Yang dimaksudkan ialah penguatkuasaan daripada tindakan pihak berkuasa haruslah dilaksanakan

dengan sempurna ,iaitu pihak berkuasa mengenakan kompaun yang sewajarnya bagi tindakan

salah laku di atas jalan raya. Sebagai contoh, pihak berkuasa mestilah mengenakan kompaun di

bawah subseksyen 40(1), iaitu dendaan sebanyak RM300.00 pada kali pertama kesalahan. Kadar

kompaun bagi kesalahan kedua dan seterusnya juga akan bertambah sehingga kali kelima yang

boleh dihadapkan ke mahkamah sebagai pengajaran. Jika perkara ini dilakukan , nescaya remaja

akan berfikir berkali-kali sebelum memandu secara berbahaya kerana risau akan kompaun yang

akan dikenakan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengubah sikap remaja yang cuai dan leka

semasa menggunakan jalan raya malah juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya

yang tragis. Oleh yang demikian , disiplin golongan remaja semasa menggunakan kenderaan di

jalan raya dengan mematuhi peraturan jalan raya perlulah dipupuk seperti peribahasa di mana

bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jelaslah bahawa, penguatkuasaan undang-undang yang

mantap mampu mengawal kadar peningkatan kes kemalangan jalan raya.

 Diskusi beralih ke perspektif yang seterusnya, iaitu Kementerian Pengangkutan Malaysia

perlu melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan mengikuti peraturan jalan raya yang

bertemakan Pandu Cermat, Jiwa Selamat perlu ditingkatkan. Agensi yang terlibat bukan sahaja

daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, namun juga merangkumi penglibatan daripada Jabatan

 

 


 

CIKGU JUILIS MOKUJAL (GC BM/GURU HEBAT BAHASA JPN SABAH)

Pengangkutan Jalan , Angkatan Pertahanan Awam ,syarikat pemegang konsesi lebuh raya, pihak

swasta mahupun badan bukan swasta (NGO). Kempen kesedaran yang dilaksanakan oleh

kombinasi semua pihak ini dapat dilaksanakan menerusi portal rasmi Kementerian Pengangkutan

Malaysia yang disebarkan ke semua media massa ,misalnya aplikasi Facebook,Youtube dan

Twitter. Jika perkara ini dilakukan, saya yakin dan percaya respons yang baik daripada semua

masyarakat terutamanya golongan remaja akan diterima. Hal ini demikian kerana pada musim

pandemik ini, mereka hanya duduk di rumah menghadap layar skrin peranti masing-masing. Oleh

itu, kadar keberkesanan dan objektif kempen dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai kesannya ,

golongan remaja akan memandang serius dan mengetahui keutamaan menjaga keselamatan

dengan memandu dengan lebih cermat dan berhemat seperti kata pepatah biar lambat asal selamat.

Hakikatnya, kerjasama yang jitu dan kesepakatan daripada semua pihak yang bersikap bagai aur

dengan tebing untuk melaksanakan kempen perlu diteruskan agar wujud keinsafan dalam diri

golongan remaja ketika memandu.

 Kesimpulannya, kemalangan jalan raya yang tidak dibendung akan memberikan implikasi

yang buruk kepada rakyat dan negara. Oleh sebab itu, pelbagai prakarsa yang efektif perlu

dilakukan tanpa ada unsur kompromi untuk merasai kesejahteraan yang abadi. Pada umumnya,

tiada sebarang jalan pintas untuk menangani isu ini melainkan kita sendiri yang mampu

mengubahnya seperti ayat al-Quran yang berbunyi sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib

suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya.

PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU SPM

 

Program Pecutan Akhir BM SPM 2021

KERTAS 1 : KARANGAN BAHAGIAN A

MODUL YAPEIM-SET 4

 

BILANGAN PERENGGAN???

BIL ISI + 2

 

CONTOH::

2 ISI + 2 = 4 PERENGGAN

3 ISI + 2 = 5 PERENGGAN

MESTI SEHINGGA 200 patah perkataan sahaja

MESTI AMBIL DARI SEMUA BAHAN

 

Contoh: 2 bahan [ boleh tulis 2 isi tapi huraian padat]

Bahan 1 – ada 2 isi [ ambil 1]

Bahan 2 – ada 1 isi  [ ambil 1]

 

Contoh: 2 bahan [ boleh tulis 3 isi tapi huraian ringkas – untuk murid yang tiada idea menghurai]

Bahan 1 – ada 2 isi [ ambil 2]

Bahan 2 – ada 1 isi  [ ambil 1]

 

Contoh: 3 bahan [ boleh tulis 2 isi tapi huraian padat]

Bahan 1 – contoh/statistic/graf [ boleh letak di pendahuluan / letak untuk contoh setiap perenggan isi]

Bahan 2 – ada 2 isi  [ ambil 1]

Bahan 3- ada 3 isi [ ambil 1 @ 2 – ikut kemampuan calon menulis: kalau 1 isi pastikan huraian padat]

 

 

Tema- menuntut ilmu

Isi :

 

Bahan 2:

1.       mendapat kesenangan hidup

2.       disanjung tinggi dan dihormati

 

Bahan 1:

3.       mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik

 

Pendahuluan

K-Kenyataan tema

Cogan kata “Ilmu Jambatan Hidup” membuktikan bahawa ilmu sangat penting demi kehidupan manusia.

S-sebab isu

Jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. 

P-persoalan

Persoalannya, apakah kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan?

 

                Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan yang utama adalah mendapat kesenangan hidup dengan bergaji lumayan.  Hal ini disebabkan seseorang mendapat pekerjaan yang hebat dengan kepakaran yang dimiliki.  Lantaran itu, seseorang itu dapat merancang kehidupan dengan lebih sempurna dan seterusnya dapat berbelanja mengikut kehendak.  Sebagai contoh dapat melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan.  Situasi ini mungkin berbeza dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.  [bahan 2]

 

                Selain itu, menuntut ilmu juga penting untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.  Seseorang itu akan mudah untuk mendapat kerja kerana memiliki ilmu di peringkat tinggi seperti ijazah dan doctor falsafah.  Lantaran itu, mereka mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi.  Secara tidak langsung hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu.  Contohnya, pekerjaan seperti guru, doctor, peguam dan akauntan merupakan jawatan yang tinggi dan bergaji besar.  Jelaslah bahawa menuntut ilmu mampu mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya menjamin kehidupan. [bahan 1]

 

                Pada keseluruhannya, ilmu amat penting dalam kehidupan.  Kita janganlah membuang masa depan dengan melakukan perkara yang tidak bermanfaat.  Gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang ibarat hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

 

[ 201  patah perkataan]

MODUL YAPEIM-SET 6

 

Tema-industri ikan hiasan

Isi :

Bahan 1: contoh ikan hiasan [ masukkan dapat pendahuluan]

Bahan 2: kebaikan – pilih 1

1.       Menjanakan pendapatan negara

2.       peluang pekerjaan

 

Bahan 3:langkah memajukan industri ikan hiasan [ pilih 2]

1.       meningkatkan produktiviti

2.       memajukan teknologi dan inovasi

3.       menetapkan jaminan kualiti

 

Industri ikan hiasan di Malaysia semakin berkembang pesat.  Sebagai contoh ikan gupi, ikan kalou, ikan emas dan ikan angel sebagai hobi pilihan genarasi muda pada masa ini.  Persoalannya apakah kepentingan dan langkah memajukan industry ikan hiasan ini?

Ikan hiasan berperanan penting untuk menjana pendapatan negara.  Contohnya ikan ini dieksport ke luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Netherland.  Ketahuilah, Malaysia juga mengeksport spesies eksotik seperti ikan kelah.  Ikan ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dapat meningkatkan pendapatan serta ekonomi negara.

Melihat kepada langkah memajukan industri ikan hiasan adalah dengan meningkatkan produktiviti.  Pengusaha perlu memenuhi permintaan ikan hiasan yang semakin tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.  Persatuan Akuarium Malaysia dan Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia berperanan penting untuk meningkatkan produk ikan hiasan ini.

Akhir sekali,  universiti tempatan berperanan penting memajukan teknologi dan inovasi dalam industri ikan hiasan ini.  Hal ini dikatakan kerana penyelidikan dan pembangunan yang banyak dan kerap membantu meningkatkan hasil produk ikan hiasan.  Secara tidak langsung, teknologi baharu dapat menghasilkan perkembangan industry ikan hiasan ke peringkat antarabnagsa.

                Kesimpulannya, industri ikan hiasan semakin berkembang pesat dan wajar diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak.  Oleh itu, suntikan dana amat menggalakkan penglibatan generasi muda dalam industri ikan hiasan agar dapat berkembang pesat dan dikenali pada peringkat antarabangsa.

[185  patah perkataan]

 

 

 

 

 

 

 

 

KERTAS 1 : KARANGAN BAHAGIAN B

MODUL YAPEIM-SET 4

 

Cadangan agihan bilangn ayat setiap perenggan

 

Perenggan

Bilangan ayat

Bilangan ayat

Teknik mengarang

PENDAHULUAN

5

5

KSSMJA

ISI 1

9

7

JUMBAKPEK

JU-judul isi

M-Mengapa [huraian isi]

Ba/C-Bagaimana/contoh [huraian isi]

K- kesan [huraian isi]

Pe-Peribahasa

K-kesimpulan kecil

ISI 2

8

6

ISI 3

8

6

ISI 4

 

6

PENUTUP

5

5

PESAHAKE

 

Calon mesti menghurai secara padat

Calon yang kurang mahir menghurai

IKC-murid lulus

Perhatian: calon tidak disarankan mengemukakan 5 isi kerana huraian isi akan menjadi ringkas dan sukar mencapai tahap huraian isi yang matang.

 

Teknik menjawab soalan:

1.       baca stimulus soalan.  kenal pasti tema dan isu

2.       baca stem (soalan) untuk kenal pasti kehendak soalan.

3.       sediakan rangka karangan antara 3 atau 4 isi

4.       mula mengarang dengan mengaplikasikan teknik mengarang yang sesuai [JUMBAKPEK]

 

PERKARA YANG PATUT ADA DALAM KARANGAN

1.       peribahasa, mutiara kata, petikan kata tokoh dll-masukkan peribahasa secara sisipan dalam ayat

2.       contoh yang spesifik- jika sebut media sosial sebutkan contoh aplikasi seperti Whatsapp, Facebook, Instagram

3.       pelbagaikan istilah/kosa kata- elakkan mengitar semula perkataan yang sama berkali-kali

4.       pelbagaikan jenis ayat – ayat majmuk, ayat tunggal, ayat songsang, ayat aktif, ayat pasif [ semua ada]

ANTARA KESILAPAN YANG BIASA CALON LAKUKAN

v  kesilapan binaan frasa- pada masa kini [pada masa ini], antara langkah-langkah [ langkah-langkah], ini kerana, hal ini kerana[hal ini dikatakan kerana], ini menyebabkan [ Hal ini menyebabkan]

v  ayat tanpa subjek- seterusnya, menganjurkan aktiviti gotong-royong [ seterusnya, amalan hidup berjiran adalah menganjurkan aktiviti gotong-royong]

v  mengasingkan peribahasa dalam ayat baharu- kita mesti menghargai masa.  bak kata pepatah masa itu emas [ sepatutnya: kita mesti menghargai masa kerana masa itu emas]

v  menggunakan perkataan kesimpulannya dalam ayat penegasan perenggan isi.

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi ini/Dalam meniti arus kemodenan ini/Dewasa ini/Dasawarsa ini/Belakangan ini/Umum mengetahui bahawa/Sejak zaman-berzaman/Dalam menongkah arus pemodenan,kita sering kali disogokkan dengan isu...

MEMULAKAN ISI/JUDUL

Selain itu/Di samping itu/Seterusnya/Begitu juga dengan/Menelusuri isu yang dibincangkan/Sebagai cetusan minda saya yang pertama/Merenung sejenak memikirkan rasionalnya/Dari perspektif yang lain pula/Mauduk seterusnya/Skop perbincangan akan diteruskan lagi dari aspek/Memang tidak dapat dinafikan bahawa.

MENGHURAI ISI[SEBAB]

Hal ini dikatakan demikian/ Hal ini berlaku kerana/Hal ini wajar supaya/Hal ini disebabkan oleh/Hal ini berpunca daripada/Hal ini tercetus disebabkan oleh/Dalam konteks ini.

MENGHURAI ISI [BAGAIMANA]

Tambahan pula/Lagipun/Yang paling nyata ialah/Sekiranya...jika/Bertitik tolak daripada itu/Dengan berbuat demikian/Begitu juga halnya/Dalam konteks ini/Kendatipun demikian.

KESAN

Natijahnya/Ironinya/Impaknya/Implikasinya/Kesannya/Justifikasinya/Secara langsung/

MEMBERI CONTOH

Misalnya/Contohnya/Tamsilnya/Antara contoh/Buktinya/Sebagai analoginya/Biar kita lihat/Tamsilannya

KESIMPULAN KECIL

Berdasarkan huraian berkaitan dengan/Oleh itu/Oleh yang demikian/Oleh sebab itu/Jelaslah bahawa/ Tegasnya/Benarlah/Justifikasinya/Intihanya/Sebagai konklusinya/Sebagai mengakhiri diskusi ini.

 

MODUL YAPEIM-SET 4

soalan 2: PERANAN PELBAGAI PIHAK BAGI MEMASTIKAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR SECARA BERTERUSAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, isu pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan sering diperkatakan di media sosial.  Keadaan ini menimbulkan perasaan bimbang kerana boleh menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan lain.  sebagai contoh, pencemaran udara akibat pembebsan gas karbon monoksida daripada asap kenderaan.  Situasi ini boleh menjejaskan kesihatan dan menggugat ekosistem alam.  Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak untuk memelihara alam sekitar kerana “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.  Sesungguhnya, terdapat peranan pelbagai pihak untuk memastikan pemeliharaan alam sekitar secara berterusan.

Memang tidak dinafikan bahawa  ibu bapa berperanan penting untuk memastikan pemeliharaan alam sekitar secara berterusan.  Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak tentang penjagaan alam sekitar sejak kecil lagi sesuai dengan peribahasa melentur buluh biarlah daripadanya rebungnya.  Dalam konteks ini, ibu bapa haruslah menanam kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar.  Tamsilnya, ibu bapa mendidik anak-anak cara membuang sampah menggunakan kaedah mesra alam.  Impaknya, anak-anak akan mengamalkan didikan ibu bapa tentang penjagaan alam sekitar sehingga dewasa.  Izharnya, Peranan ibu bapa amat penting untuk membantu memelihara alam sekitar daripada rosak akibat pembangunan semasa.

Mauduk seterusnya ialah kerajaan berperanan utama bagi memastikan pemeliharaan alam sekitar terus terjaga.  Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas.  Begitu juga halnya, kerajaan sentiasa membuat pemantauan di kawasan pembalakan haram dan sekitarnya.  Dengan berbuat demikian, kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dan janganlah kita seperi  peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.   Sebagai buktinya, kerajaan mengenakan hukuman penjara dan denda yang setimpal dengan kesalahan.  Biarlah tindakan ini menjadi pengajaran kepada masyarakat dan dapat meningkatkan kesedaran supaya memelihara alam sekitar.  Tegasnya bahawa kerajaan berperanan penting dalam memelihara alam sekitar dari terus drirosakkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Seterusnya, media massa juga berperanan penting bagi memastikan pemeliharaan alam sekitar terus terjaga.  Media massa haruslah menyebarkan maklumat tentang pemeliharaan alam sekitar melalui televisyen, radio, laman sosial, surat khabar dan majalah.  Kempen cintai alam sekitar dan kitar semula adalah salah satu cara media sosial berusaha menjaga alam sekitar.  Secara langsung, kempen sebegini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekiar dalam kalangan masyarakat.  Sebagai tamsilnya, televisyen juga menyiarkan iklan dan rencana dokumentari tentang pemeliharaan alam sekitar.  Rancangan ini akan ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. Natijahnya, situasi ini dapat memupuk nilai tanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama memelihara alam sekitar.

Berdasarkan huraian berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar, memang perlu diketahui bahawa alam sekitar amat penting dalam kehidupan manusia.  Oleh hal yang demikian, pembangunan sosioekonomi dan pemeliharaan alam sekitar perlu seimbang ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.  Diharapkan isu pemeliharaan menjadi tanggungjawab semua pihak kerana “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

[  423 patah perkataan]

 

 

 

BAHAGIAN A- set 2 Modul Yapeim

Kitar semula

                Darsawarsa ini, sebanyak 37890 tan sisa dihasilkan oleh rakyat Malaysia setiap tahun dan 1.17 kilogram sisa dijanakan oleh setiap individu setiap hari.  Hal ini kerana rakyat Malaysia tidak mengambil endah akibat sikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.  Persoalannya, apakah kebaikan kitar semula di negara kita?-39

Faedah kitar semula yang pertama ialah mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu.  Hal ini untuk mengelakkan pembaziran sumber alam semula jadi yang semakin terhad.  Contohnya, kertas, botol dan tin yang boleh dikitar semula.  Ketahuilah sumber alam memakan masa yang lama untuk terhasil sebelum digunakan.  Marilah kita beringat sebelum kena, jimat sebelum habis agar aktiviti kitar semula ini boleh dijadikan medium untuk mengelakkan pembaziran sumber alam .-53

Selain itu, kitar semula berfaedah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.  Sekiranya masyarakat membuang sisa ke dalam laut atau sungai, maka sisa toksik akan mengalir dari sungai ke laut seperti yang dialami oleh sungai Kilim Kim Kim di Pasir Gudang.  Kesannya kanak-kanak mengalami kesukaran bernafas akibat dari pencemaran sungai ini.  Bukan itu sahaja, kitar semula ini dapat menyelamatkan alam sekitar dari tempat pembiakan nyamuk dan tikus sebagai punca utama pelbagai penyakit.  -61

Seterusnya, faedah kitar semula ialah dapat mengurangkan bahan buangan.  Misalnya kertas, logam, plastik dan kaca boleh dikitar semula menjadi barangan baharu.  Implikasinya ia boleh mendatangkan sumber kewangan serta dapat mengurangkan tapak pelupusan sampah.  Bukan sahaja menjimatkan malah membantu kebersihan alam sekitar.-39

Kesimpulannyanya, penggunaan tiga tong kitar semula perlulah diperkasa di seluruh negara.  Tidak ada planet lain untuk diduduki jika alam sekitar kita rosak dan dicemari bahan buangan.  -34

[  216 patah perkataan]

BAHAGIAN B-70 M –MODUL YAPEIM

SOALAN 1- Cara-cara untuk mengamalkan amalan berjimat cermat

Dewasa ini, trend membeli secara dalam talian menjadi punca utama pengguna boros berbelanja.  Hal ini kerana pengguna  mudah berbelanja tanpa memikirkan kewangan ibarat ukur baju di badan sendiri. Umum mengetahui pembelian secara e-dagang memang mudah dan murah.  Banyak jenis barangan yang sukar dijumpai dapat dibeli dengan mudah secara maya ini.  Hal ini menyebabkan pembeli seronok dan ketagih untuk berbelanja.  Akhirnya sikap boros pembeli kian ketara.  Persoalannya, apakah cara-cara yang perlu diamalkan untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian?

Cara-cara untuk mengamalkan amalan berjimat-cermat yang utama ialah setiap individu mestilah merancang perbelanjaan harian dengan bijak.  Hal ini dapat membantu seseorang itu mengawal aliran wang keluar dan masuk.  Pengguna haruslah menyediakan senarai perbelanjaan sebagai rekod kewangan.  Rekod perbelanjaan ini dapat menganalisis perbelanjaan harian individu agar mengelakkan pembelian barangan yang tidak sepatutnya sekali gus berlaku penjimatan dalam perbelanjaan.  Barang keperluan haruslah diutamakan sebelum membeli barang yang tiada kepentingannya.  Janganlah kita berbelanja dengan boros kerana membazir amalan syaitan.  Lebihan wang dapat disimpan untuk masa kecemasan dan pendidikan.  Benarlah bahawa individu yang bijak berbelanja akan memberi kesejahteraan kepada ekonomi keluarga.

Mauduk seterusnya ialah setiap individu mesti mendahulukan keperluan daripada kehendak semasa berbelanja.  Ketahuilah keperluan ada batasnya dan mestilah terkawal.  Individu haruslah membeli barang-barang yang diperlukan sahaja dan tidak berbelanja secara semborono.  Impaknya ia dapat mengelakkan pembaziran dan pembelian barangan secara sia-sia.  Keadaan ini dapat menjauhkan situasi biar papa, asalkan bergaya dalam kehidupan masyarakat.  Jelaslah bahawa membeli barang keperluan menjadi wadah utama pengguna untuk berjimat cermat dalam berbelanja.

Dari perspektif yang lain, setiap individu juga perlu mengamalkan amalan menabung dalam kehidupan sebagai amalan berjimat cermat.  Individu harus sedar akan keperluan mendatang dan bukannya menghabiskan wang dengan membuat pembelian yang sia-sia sahaja.  Individu sentiasa beringat bahawa malang tidak berbau.  Dengan adanya amalan menabung ini, segala masalah kecemasan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.  Oleh itu, individu harus mengurangkan ketagihan untuk membuat pembelian yang sia-sia dan menghargai nilai setiap sen yang dibeli. 

Berdasarkan huraian yang diberikan, jelaslah bahawa terdapat banyak cara untuk mengamalkan amalan berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.  Oleh itu, ia wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan bukannya ibarat melepaskan batuk di tangga.  Diharapkan langkah ini dapat melahirkan individu yang bijak menguruskan wang dan menjalani kehidupan yang bebas hutang.

[361 patah -perkataan]

BAHAGIAN B-70 M-modul yapeim

SOALAN 1- CARA-CARA UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL SEMULA

Permainan tradisional merupakan permainan yang menjadi identiti negara semakin dipinggirkan oleh generasi muda masa kini.  Hal ini disebabkan oleh perkembangan pesat teknologi maklumat yang lebih melihat pada permainan gajet.  Oleh sebab itulah, generasi muda lebih menjiwai permainan moden ini.  Umum mengetahui bahawa permainan ini perlu dipopularkan supaya dapat membentuk jati diri generasi masa kini di samping memartabatkan permainan yang semakin dilupakan.  Persoalannya, apakah cara-cara untuk mempopularkan permainan ini semula?

Pada hemat saya, cara-cara mempopularkan permainan tradisional semula ialah ibu bapa perlu memperkenalkan permainan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.  Hal ini kerana, ibu bapa ialah suri teladan terbaik dan utama kepada anak-anak.  Generasi yang baru setahun jagung ini perlu dibelikan hadiah berbentuk permainan tradisional agar mereka mengetahui bentuk dan cara ianya dimainkan.  Sebagai contoh, congkak, gasing dan batu seremban.  Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya juga amat sinonim dengan peranan ibu bapa membawa anak-anak ke pameran permainan tradisional dengan memberitahu keunikan permainan tersebut.  Jelaslah bahawa ibu bapa berperanan penting untuk memulakan perkenalan kepada permainan ini.

Mauduk seterusnya adalah mengadakan kempen untuk memperkenal permainan tradisional ke serata dunia.  Peranan stesen televisyen, media cetak dan media elektronik menjadi medium penyampai utama kepada masyarakat tentang keunikan permainan tradisional.  Stesen televisyen hendaklah memperbanyak dokumentari menunjukkan cara-cara bermain setiap permainan tradisonal.  Tamsilnya, congkak, batu seremban dan gasing disiarkan cara bermain pada setiap hujung minggu agar mayarakat boleh menonton melalui siaran televisyen yang digemari mereka.  Secara tidak langsung, generasi muda boleh mencuba dan bermain permainan ini pada masa lapang atau semasa pulang ke kampung.  Begitu juga dengan filem animasi yang boleh mengetengahkan permainan tradisional seperti animasi “Upin dan Ipin”.  Justifikasinya, masyarakat akan mengetahui cara bermain, menghiburkan hati dan keseronokan ketika bermain.  Jelaslah bahawa kempen juga penting untuk memperkenalkan permainan ini di mata masyarakat dan dunia.

Dari perspektif yang lain, pihak kerajaan atau swasta dan sekolah  boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional bagi memperkenalkan permainan ini.  Sekolah berperanan penting dengan menubuhkan kelab permainan tradisional  semasa mengadakan  aktiviti kokurikulum.  Contohnya permainan batu seremban, wau dan layang-layang, congkak dijadikan satu aktiviti kokurikulum dengan menganjurkan pertandingan di sekolah.  Implikasinya ia dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid di sekolah.  Misalnya, permainan sepak raga bulat bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malahan boleh dijadikan sebagai aktiviti pertandingan murid-murid.  Peribahasa bagai aur dengan tebing amat bertepatan dengan permainan ini yang  boleh melahirkan sikap bekerjasama antara pasukan.

Berdasarkan huraian yang diberikan, jelaslah bahawa permainan tradisional merupakan warisan dan budaya bangsa yang perlu dipelihara agar tidak tenggelam dalam arus pemodenan.  Oleh itu, masyarakat haruslah cakna dengan perubahan semasa agar permainan tradisional dapat bersaing seiring dengan permainan moden.  Diharapkan agar permainan ini terus dimartabatkan kerana tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas.  [  440  patah perkataan]

BAHAGIAN A- set 3-modul yapeim [E-mel ]

Daripada

irfan21@gmail.com

Kepada

ififah-_alias@gmail.com

Subjek

Destinasi pelancongan

Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan sihat.  Terima kasih kerana mengutuskan e-mel kepada saya.  Tindakan awak tentunya dapat mengekalkan hubungan persahabatan kita bagai isi dengan kuku.  Saya mendoakan awak sekeluarga agar sentiasa sihat.

Saudari Iffah

Saya amat tertarik dan sangat menggalakkan saudari melancong dan bercuti kerana jauh perjalanan luas pemandangan.  Saya mencadangkan agar saudari memilih destinasi Pulau langkawi sebagai tempat percutian nanti.  Hal ini kerana, pulau langkawi menawarkan keseronokan kepada setiap lapisan umur dalam anggota keluarga.  Jika ke pulau ini, adik-adik saudari akan mendapat pengalaman baharu kerana menaiki feri atau kapal terbang

Selain itu, langkawi merupakan destinasi yang boleh membantu ibu dan bapa menenangkan fikiran selepas penat bekerja.  Bukan itu sahaja, pulaunya yang bersih dan dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara juga menjadi tarikan saudari berkunjung ke pulau ini.  Di sinilah peluang saudari membawa ibu dan bapa untuk berbelanja kerana pulau ini bebas cukai.

Intihanya, penggunaan tiga tong kitar semula perlulah diperkasa di seluruh negara.  Tidak ada planet lain untuk diduduki jika alam sekitar kia rosak dan dicemari bahan buangan.  Semoga amalan kitar semula menjadi budaya setiap ahli masyarakat seperti alah bisa tegal biasa.

Setakat ini dahulu yang saya utarakan kepada saudari.  Harapan saya agar cadangan ini dapat membantu saudari memilih destinasi pelancongan nanti.  Moga percutian saudari berjalan dengan lancar dan saya tak sabar untuk mendengar kisah percutian menarik daripada saudari iftah nanti

Sahabatmu,

irfan                                                                                                                                                                   [220   patah perkataan]