Saturday, March 28, 2020

ANALISIS KEHENDAK SOALAN DENGAN MUDAH


ANALISIS KEHENDAK SOALAN DENGAN MUDAH
Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
T
TEMA
Contohnya, rumah terbuka, semangat patriotik, gaya hidup sihat, pelancongan, alam sekitar, permainan tradisional
A
AYAT TUGASAN/SOALAN
Contohnya, langkah, punca, kebaikan, faktor, kepentingan, faedah
A
AKAR TEMA
Kebaikan, ketika hari perayaan di Malaysia (yang berkaitan atau menghurai tema)
S
SIAPA
Contohnya, diri, keluarga, masyarakat, sekolah, kerajaan dan media massa(Rujuk gambar rangsangan / rujuk soalan akar tema dalam karangan umum)

Analisis SIAPA dalam ayat tugasan/arahan soalan
SIAPA
DIRI
Saya, pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu dan remaja
KELUARGA
ibu bapa, adik-beradik, abang, kakak dan saudara mara
MASYARAKAT
Komuniti setempat, rukun tetangga, jiran tetangga, pelbagai kaum (Melayu, Cina, India, Kadazan dan Melanau)
SEKOLAH
Pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru mata pelajaran, kaunselor, guru/ahli persatuan kelab, guru/ahli sukan dan permainan
KERAJAAN
Pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (tema jenayah/masalah sosial), Kementerian Pendidikan Malaysia (tema pendidikan), Kementerian pelancongan (tema pelancongan), Jabatan Perhilitan atau Jabatan Alam Sekitar (tema alam sekitar)
MEDIA MASSA
Media massa dan media elektronik: televisyen (iklan, dokumentari, drama, filem), surat khabar, poster, Instagram, Facebook, WhatsApp dan Telegram.



No comments:

Post a Comment