Saturday, March 28, 2020

SAMPEL SPM 2017-RUMUSAN


Tukar Kata kunci (6Su)
SAMPEL SPM 2017
Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. [Soalan SPM 2017]
Salin fokus kedua(2Si)
 


S2
S1
       Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu di semua sekolah menengah diperkenalkan mulai tahun 2000.      Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memilih buah karya sastera untuk dijadikan teks yang wajib dipelajari dan ditaksir dalam peperiksaan awam. Pemilihan karya sastera tersebut merangkumi semua genre utama yang mencakupi pelbagai tema. Langkah tersebut menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Hal ini telah menjadikan proses pendidikan Bahasa Melayu tidak lagi hanya berfokus kepada penulisan karangan,tatabahasa dan pemahaman semata-mata.

KOMSAS yang diajarkan juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Murid dapat menikmati keseronokan dunia pembacaan apabila mereka dapat menghayati pelbagai karya yang ditulis oleh pengarang-pengarang tanah air. Melalui pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema, persoalan,perwatakan,gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan seterusnya mampu melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera. Berbanding dengan penulisan yang berbentuk fakta dan ilmiah, penulisan karya sastera lebih menarik kerana digarap melalui penggunaan gaya bahasa yang puitis dan kosa kata yang pelbagai. Secara tidak langsung, murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan. Di samping itu, pembelajaran KOMSAS dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
S3

S5

S4

 



S6

Karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS bukan sahaja mengambil kira aspek Teknik penceritaan atau jalan cerita tetapi juga berdasarkan gaya bahasa yang menarik. Selain itu, nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan turut diambil kira. Pertimbangan tersebut sangat penting agar pembacaan dan perbincangan karya KOMSAS di dalam kelas dapat memberikan banyak pengajaran kepada murid. Karya yang dipilih itu pula tidak terhad kepada karya-karya moden seperti novel, cerpen dan sajak malah KOMSAS turut mengetengahkan karya-karya lama yang berbentuk prosa seperti prosa tradisional serta puisi seperti pantun, gurindam dan syair. Dengan mendalami dan mengapresiasi karya-karya sastera tradisional tersebut, murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa. Sebagai usaha positif untuk menyemarakkan penghayatan KOMSAS, pihak KPM sentiasa menukar teks KOMSAS yang digunakan dalam tempoh tertentu. Perubahan tersebut dilakukan untuk memberi peluang kepadalebih ramai penulis agar karya mereka diterbitkan dan seterusnya dikaji oleh murid-murid.
S7

 



Sesungguhnya pembelajaran KOMSAS yang telah dilaksanakan lebih sepuluh tahun itu dapat mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi. Namun begitu, pihak KPM perlu melaksanakan kajian semula secara holistik supaya pembelajaran KOMSAS dapat memberikan impak yang lebih menyeluruh. Kajian ini perlu dilakukan agar matlamat pembelajaran KOMSAS dapat dicapai dengan baik.

S8

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pembelajaran KOMSAS dan Dunia Kesusasteraan Negara’
Oleh Salleh Hashim,
Dewan Siswa, April 2016
Sumber
SPM 2017,
Kertas soalan Peperiksaan Sebenar SPM, 2011-2017,
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rangka:
Pendahuluan: 1R(Perenggan pertama)
Rumusan membincangkan kebaikan/manfaat/kepentingan/kelebihan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.
2 markah
Isi tersurat:6Su (Perenggan kedua – faedah-faedah pembelajaran komponen sastera (KOMSAS)
S1
Menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin meluas
2 markah
S2
Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid
2 markah
S3
Memberikan banyak pengajaran kepada murid
2 markah
S4
Melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera
2 markah
S5
Murid dapat memperluas perbendaharaan kata
2 markah
S6
Membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa
2 markah
S7
Murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan sebagai warisan bangsa
2 markah
S8
Mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi.
2 markah
Isi tersirat:2Si (Perenggan ketiga-cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS
T1
Mengadakan pertandingan KOMSAS di sekolah
2 markah
T2
Mengadakan bengkel penulisan sastera di sekolah
2 markah
T3
Mengadakan minggu kesusasteraan
2 markah
T4
Memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah
2 markah
Penutup: 1P (Perenggan keempat-cadangan dan harapan)
Kesimpulanya, pembelajaran KOMSAS haruslah lebih kreatif agar melahirkan murid yang bersahsiah tinggi.
2 markah

Contoh Jawapan lengkap 1:
Rumusan membincangkan kebaikan/manfaat/kepentingan/kelebihan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.
            Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) adalah menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin meluas serta meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.  selain itu, ia bermanfaat untuk memberikan banyak pengajaran kepada murid dan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera.  Malahan,manfaatnya adalah murid dapat memperluas perbendaharaan kata dan mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi.
            Cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS adalah mengadakan bengkel penulisan sastera di sekolah serta mengadakan minggu kesusasteraan.
            Kesimpulanya, pembelajaran KOMSAS haruslah lebih kreatif agar melahirkan murid yang bersahsiah tinggi.
(96 patah perkataan)


No comments:

Post a Comment