Thursday, March 26, 2020

LATIH TUBI KARANGAN RANGSANGAN SPM 2020

BAHAGIAN A
Tugasan : Kebaikan pasar raya besar kepada pengguna
a)    Pelbagai pilihan barangan
-       barangan yang sama tetapi berbeza jenama
-       pengguna dapat memilih mengikut kemampuan dan keperluan
-       boleh membeli pelbagai jenis barangan di satu tempat sahaja
-       pengguna boleh membeli keperluan asas tanpa perlu berkunjung ke pasar tani atau ke pasar malam.

b)    Harga barangan lebih murah
-       terdapat persaingan sihat antara produk buatan tempatan dan antarabangsa
-       harga murah dibandingkan kedai-kedai runcit
-       konsep jualan pada harga borong dan pukal
-       sering mengadakan promosi jualan

c)    Pelbagai kemudahan
-       pasar raya besar memperkenalkan konsep pusat sehenti atau ‘one stop shopping’
-       menyediakan tempat letak kereta percuma, surau, gerai makan dan sebagainya
-       kesibukan masyarakat menyebabkan mereka suka bersikap sambil menyelam minum air
-       banyak urusan dapat diselesaikan dan menjimatkan masa


No comments:

Post a Comment