SOALAN 2(d) – ERTI HIDUP BERERTI
SET 1 - Soalan 2 (d)
– Sajak (PP KELANTAN)
Baca
sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI
Aku selalu
didatangi
malam sepi
bagal
kalung
yang
melingkari leherku
tidak
berubah keesokan hari
siapa yang
akan datang menjengukku
keluhan
seorang tua sunyi.
Keheningan
tasik
kehijauan
rumput
hanya
menjadi bayangan
di penjuru
ruang zaman
cinta
dalam rahim dilupai
dari
sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang
ke sulung balik
kucari
erti hidup
menderita
mengerang kesakitan
berdiri
tanpa ruang.
Aku bagi
mereka
tiada
makna
anakku
bakaku
baik setia
mahupun derhaka
semoga
disirami benih keinsafan
menjadi
penawar dalam hati
embun cinta
alasi angin dingin
jangan
terpegun
ada yang
mati
ada yang
hidup
tiada yang
kekal kecuali Tuhan.
Suara
Anak Pahang, 2009
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Berdasarkan sajak di atas, apakah perasaan yang dialami oleh penyajak?
[2 markah]
(ii) Yang tua dihormati,
Yang muda disayangi.
Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan golongan muda
menghargai warga emas? [3
markah]
(iii)
Huraikan dua pengajaran berdasarkan sajak tersebut. [4 markah]
SET 2 - Soalan 2 (d)
– Sajak (PP MELAKA)
(i)
Berdasarkan rangkap ketiga, apakah harapan penyajak terhadap anaknya? [2 markah]
(ii)
Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa dalam hidup anak-anak.
Pada
pendapat anda, bagaimanakah cara anak-anak membalas jasa ibu bapa mereka. [3 markah]
(iii)
Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
SET 3 - Soalan 2 (d)
– Sajak (PP MRSM)
(i) Apakah maksud
baris 4 dan 5 dalam rangkap ketiga sajak di atas?
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan [2
markah]
(ii) Keluarga yang
bahagia menjadi idaman semua orang.
Pada pendapat anda,
selain ibu bapa apakah peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
mencapai hasrat
tersebut? [3
markah]
(iii) Huraikan dua
persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4
markah]
SET 4 - Soalan 2 (d)
– Sajak (PP PERAK 1)
(i) Nyatakan harapan
penyajak terhadap anaknya seperti yang digambarkan dalam rangkap ketiga.
[2 markah]
(ii) Terdapat
segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang
tua.
Pada pendapat anda,
mengapakah mereka bertindak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua-tua?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua
pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
SET 5 - Soalan 2 (d)
– Sajak (PP PERAK 2)
(i) Apakah keluhan
yang cuba
disampaikan oleh warga tua dalam sajak tersebut? [2 markah]
(ii) Ibu bapa perlu
dihormati dan disayangi.
Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua
pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
SET 6 -
Soalan 2(d) – Sajak (PP PERLIS)
(i) Berdasarkan sajak
tersebut, nyatakan dua harapan penyajak. [2
markah]
(ii) Kasih sayang
amat penting dalam hubungan kekeluargaan.
Pada pendapat anda,
mengapakah hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
SET 7 -
Soalan 2(d) – Sajak(PP PENANG )
(i) Berikan maksud
frasa disirami benih keinsafan. [2 markah]
(ii) Pada pendapat
anda, apakah cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua
yang uzur ? [3 markah]
(iii) Huraikan dua
persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[4 markah]
SET 8 -
Soalan 2(d) – Sajak (PP SELANGOR 3)
(i) Berikan maksud
rangkai kata jangan terpegun dalam rangkap akhir sajak tersebut. [2 markah]
(ii) Kesibukan
bekerja telah menyebabkan anak-anak menjadi renggang dengan ibu bapa mereka.
Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang terlalu sibuk
dengan kerjaya dan tanggungjawab
masing-masing untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua-
dua ibu bapa mereka?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua
persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
SKEMA JAWAPAN
SET 1 (PP KELANTAN)
(i)
Perasaan yang dialami oleh penyajak:
P1
Kesunyian 1
P2
Tersisih 1
P3
Kasih akan anak 1
[maksimum
: 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(ii)
Langkah-langkah:
P1
ibu bapa menjadi sur teladan 1
P2
pihak sekolah menerapkan nilai murni terhadap warga emas 1
P3
kerajaan mengadakan kempen menyayangi warga emas 1
P5
media massa
menyiarkan rancangan/dokumentari Tentang kehidupan warga emas 1
(Langkah
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum
: 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii)
Dua pengajaran berdasarkan rangkap sajak:
P1
Kita janganlah mengabaikan ibu bapa apabila mereka sudah tua agar mereka tidak
kesunyian.
1+1
P2
Kita hendaklah bertanggung jawab menjaga kedua-dua ibu bapa setelah mereka tua
agar mereka tidak berasa sedih. 1+1
P3
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran pada masa hari tua agar tidak berasa
kecewa. 1+1
P4
Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka. 1+1
(Pengajaran
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) [maksimum : 4 markah] [Isi cukup :
2 Isi]
SET 2 (PP MELAKA)
SOALAN
SKEMA MARKAH
(i)
Harapan penyajak terhadap anaknya:
P1
berharap anaknya mendapat keinsafan 1
P2
berharap kesedihan atas perbuatan anaknya terubat 1
P3
berharap anak-anak mempunyai perasaan kasih sayang. 1
[maksimum
: 2 markah]
(ii)
Cara-cara anak membalas jasa ibu bapa
P1
sentiasa mengambil berat tahap kesihatan ibu bapa 1
P2
menanggung perbelanjaan ibu bapa 1
P3
sentiasa menziarahi ibu bapa 1
P4
mempelawa ibu bapa tinggal bersama-sama 1
maksimum :
3 markah]
SET 3 (PP MRSM)
(i)
Maksud baris 4 dan 5 dalam rangkap ketiga sajak
P1 Penyajak berharap/mendoakan anak-anaknya
sama ada yang berbakti/ baik atau yang telah melupakannya/ tidak taat. 1
P2 Berasa insaf / sedar akan kesilapan. 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Peranan pelbagai
pihak untuk mencapai hasrat keluarga bahagia
P1 Jiran mengambil
tahu / prihatin akan kebajikan keluarga yang menghadapi musibah / masalah. 1
P2 Kerajaan/NGO
menganjurkan kursus/bengkel keibubapaan. 1
P3 Kerajaan
menyediakan penghargaan/anugerah kepada keluarga bahagia. 1
P4 Media massa/media
sosial mengadakan kempen/filem/iklan SayangiKeluarga Anda, Yang Tua Dihormati
Yang Muda Disayangi, Utamakan Keluarga,
drama Bisik pada Langit, filem Pulang 1
P5 Guru / sekolah
menerapkan nilai kekeluargaan kepada murid.
1
P6
Komuniti/masyarakat menganjurkan program hari keluarga.
P7 LPPKN menyediakan modul pengurusan kerjaya dan keluarga kepada
masyarakat. 1
P8
Unit kaunseling / kaunselor/ahli agama / pakar motivasi memberi
bimbingan/nasihat kepada keluarga yang menghadapi masalah. 1
(Peranan
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum
: 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii)
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak:
P1
Persoalan kesunyian hidup pada usia tua.
Huraian
: Penyajak menghadapi kesunyian hidup kerana malam yang
dilaluinya
begitu sepi / ditinggalkan oleh anak-anaknya. 1+1
P2
Persoalan kasih sayang ibu / keikhlasan seorang ibu.
Huraian
: Penyajak sentiasa mendoakan anak-anaknya insaf dan memberi kasih sayang
kepadanya.
1+1
P3
Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.
Huraian
: Penyajak berasa dirinya dipinggirkan oleh anak-anaknya kerana mereka tidak
mahu menjaga dan saling menolak daripada memikul tanggungjawab. 1+1
P4
Persoalan penderitaan ibu bapa yang diabaikan
Huraian
: Penyajak menanggung penderitaan dan kesakitan seorang diri tanpa anak-anak di
sisi. 1+1
P5
Persoalan hidup dan mati ketentuan Tuhan.
Huraian
: Penyajak menyatakan bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan. 1+1
(Persoalan
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
(iii)
Nilai yang terdapat dalam sajak :
P1
keinsafan.
Contohnya,
penyajak sedar dan insaf bahawa tiada yang kekal melainkan Tuhan. 1+1
P2
kasih sayang.
Contohnya,
kasih sayang ibu bapa terhadap anak- anaknya tetap tidak berubah walaupun
anaknya telah
menderhaka. 1+1
P3
ketabahan.
Contohnya,
ketabahan ibu bapa yang melalui kehidupan sendiri yang tidak dihiraukan oleh
anak-
anak. 1+1
P4
tanggungjawab.
Contohnya,
sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya walaupun anaknya telah
menderhaka
dengan
cara mendoakan. 1+1
(Pengajaran
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) [maksimum
: 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
SET 4 (PP PERAK 1)
(i)
Harapan penyajak dalam rangkap ketiga:
P1
Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang
telah melupakannya akan diberikan keinsafan. 2
(ii)
Sebab anak-anak bertindak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua:
P1
Tidak mempunyai sifat tanggungjawab 1
P2
Tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa 1
P3
Terlalu sibuk dengan kerjaya 1
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]
(iii)
Dua Pengajaran daripada sajak:
P1
Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita agar penat lelah
mereka selama ini dapat dibalas.
1 +1
P2
Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita supaya mereka tidak berasa
sunyi. 1+1
P3
Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka tua supaya kebajikan mereka
terjamin. 1+1
P4
Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di dunia kecuali Tuhan agar kita
menghargai orang di
sekeliling
kita. 1+1
P5
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka tidak bersikap
baik dengan kita supaya permusuhan tidak berpanjangan. 1+1
[maksimum : 4 markah]
SET 5 (PP PERAK 2)
(i)
Keluhan yang cuba
disampaikan oleh warga tua
P1
Keluhan warga tua yang berasa kesunyian kerana anak-anaknya telah melupakan
kasih sayingnya terhadap mereka 1
P2
Harapan agar anak-anaknya dikurniakan keinsafan terhadap perbuatan mereka itu
oleh Tuhan 1
[maksimum : 2 markah]
(ii)
Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa
P1
Sentiasa menjaga kebajikan mereka agar mereka tidak berasa terasing dan
terpinggir daripada kasih saying anak-anak 1
+ 1
P2
Menyayangi dan menghormati mereka dengan sepenuh hati dan keikhlasan agar
mereka berasa disayangi dan kehadiran mereka diperlukan oleh anak-anak 1
+ 1
P3
Mendengar nasihat ibu bapa 1
P4
Belajar bersungguh-sungguh 1
P5
Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa 1
P6
Bertutur / bercakap dengan sopan 1
P7
Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa 1
P8
Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong 1
[maksimum : 3 markah]
(iii)
Dua pengajaran
P1
Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga
Penyajak
mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada penghujung usianya. 1 + 1
P2
Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanya
ketika usia tua.
Cth
: Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak dengan
mencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa ada
tempat bergantung yang kukuh. 1
+ 1
P3
Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibu bapa
walaupun tinggal berjauhan
Cth
: Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu
kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka. 1
+ 1
[maksimum : 4 markah]
SET
6 (PP PERLIS)
(i)
Dua harapan penyajak
P1
anak-anak menziarahinya/menjenguknya 1
P2
anak–anak insaf atas perbuatan mereka yang mengabaikannya 1
P3
anak-anak menjadi penawar/pengubat kedukaannya
[maksimum : 2 markah]
(ii)
Hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang
P1
menjaga emosi ahli keluarga
P2
mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial
P3
mengukuhkan hubungan/silaturahim
P4
membentuk keluarga yang harmoni/bahagia
P5
mengelakkan konflik keluarga
P6
memupuk sikap saling menghormati
[maksimum
: 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii)
Dua pengajaran
P1
Kita mestilah menziarahi ibu bapa sekiranya tinggal berjauhan. (R1)
Huraian
: Penyajak mengharapkan anak-anaknya dating menziarahinya kerana dia berasa
terlalu sunyi.
1 + 1
P2
Kita mestilah menjaga ibu bapa ketika mereka sakit.(R2)
Huraian
: Penyajak menyatakan bahawa anak-anaknya melepaskan tanggungjawab untuk
menjaganya.
1+1
P3
Kita mestilah insaf bahawa kehidupan kita hanyalah sementara dan Tuhan yang
kekal abadi. (R3)
Huraian
: Penyajak sedar dan insaf bahawa kehidupan ini hanya sementara dan hanya Tuhan
yang kekal. 1
+ 1
P4
Kita mestilah mendoakan anak-anak supaya mereka sentiasa melakukan kebaikan.
(R3)
Huraian
: Penyajak sentiasa mendoakan anak- anaknya agar
diberi keinsafan. 1
+ 1
[maksimum :
4 markah] [Isi cukup]
SET
7 (PP PENANG)
(i)
Maksud frasa disirami benih keinsafan.
P1
diberikan kesedaran /menimbulkan /melahirkan kesedaran /memutikkan kesedaran 2
[maksimum :
2 markah]
(ii)
cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua yang uzur
P1
mengupah pengasuh/orang gaji/pembantu/jururawat untuk menjaga 1
P2
tinggal bersama-sama dengan mereka / mengajak tinggal bersama-sama 1
P3
meminta isteri/anak-anak bergilir-gilir menjaga ibu bapa uzur 1
P4
menempatkan mereka/ibu bapa di pusat penjagaan orang tua uzur pada waktu
bekerja 1
P5
mengambil cuti tanpa gaji (atau cuti lain) untuk menjaga ibu bapa 1
[maksimum :
3 markah][Isi cukup : 3 isi]
(iii)
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
P1
Persoalan tentang nasib warga emas yang terbiar misalnya ‘aku’/penyajak berasa sunyi kerana tiada anak-anak dating
menziarahinya 1
+ 1
P2
Persoalan tentang kasih sayang suci seorang ibu misalnya penyajak mendoakan
semoga anak-anak akan menjadi insaf dan sedar akan kesalahan mereka. 1
+ 1
P3
Persoalan tentang hidup manusia di muka bumi bersifat sementara misalnya
penyajak menyatakan bahawa semua
yang
hidup akan mati kecuali Tuhan 1
+ 1
P4
Persoalan tentang anak-anak yang tidak bertanggungjawab menjaga ibu (bapa)
misalnya mereka menolak antara adik- beradik untuk menjaga ibu bapa 1
+ 1
P5
Persoalan ialah kehidupan seorang tua yang kesunyian misalnya penyajak
menyatakan bahawa dia sering berada dalam keadaan sangat sunyi tanpa
anak-anaknya. 1
+ 1
[maksimum :
4 markah] [Isi cukup : 2 isi
SET
8(PP SELANGOR 3)
(i)
Maksud rangkai kata jangan terpegun
P1
Usah terkaku
2
[maksimum : 2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan anak-anak yang
terlalu sibuk dengan
kerjaya
dan tanggungjawab masing-masing untuk membalas jasa ibu bapa mereka? Cadangkan
usaha-
usaha
anda.
P1
Menghormati / menyayangi ibu bapa 1
P2
Meluangkan masa untuk berkomunikasi/ menziarahi ibu bapa. 1
P3
Menyediakan keperluan hidup yang lebih selesa. 1
P4
Memberi hadiah hari lahir, tarikh/ hari istimewa ibu bapa 1
[maksimum :
3 markah][ Isi cukup : 2 isi]
(iii)
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
P1
Persoalan kehidupan warga tua yang mendambakan kasih sayang anak-anak.
Contoh,
ibu bapa yang sudah tua yang tinggal berjauhan dengan anak-anak mengharap anak
anaknya datang
menjenguknya. 1
+ 1
P2
Persoalan kealpaan anak-anak menunaikan tangungjawab kepada ibu bapa.
Contoh,
anak-anak alpa terhadap tanggungjawab masing-masing untuk menjaga ibu bapa
sehingga
mengharap
sesama sendiri yang akhirnya ibu bapa terabai. 1
+ 1
P3
Persoalan kasih sayang ibu bapa yang tiada sempadan terhadap anak- anak.
Contoh,
penyajak terus berdoa agar anak-anaknya insaf atas perbuatan mereka yang
meminggirkannya.
1 + 1
[maksimum : 4 markah]
No comments:
Post a Comment