Thursday, March 26, 2020


JAWAPAN KBAT: KOMSAS 
Cerpen Jaket Kulit Kijang(Tingkatan 4)
1. Langkah-langkah pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?
P1 Menyediakan rumah / tempat penginapan
P2 Memberikan pekerjaan yang sesuai
P3 Memberikan bantuan perubatan / makanan
P4 Memberikan bantuan kewangan

2.Cara untuk menaikkan nama negara dalam bidang pelancongan
P1Meningkatkan perpaduan agar tiada berlaku pergaduhan kaum
P2 Tambah baik infrastruktur untuk kemudahan kepada pelancong
P3 Kempen Tahun melawat Malaysia agar banyak yang datang ke Malaysia
P4 Jaringan pengangkutan untuk memudahkan pelancong ke destinasi

3.Langkah-langkah yang patut dilakukan sebelum melancong ke luar negara.
P1 Kenal pasti tahap keselamatan negara tersebut.
P2 Mengetahui adat resam dan budaya
P3 Mempelajari sedikit bahasa negara tersebut.
P4 Menukar mata wang negara tersebut.

Cara-cara mengelakkan pelancong menjadi mangsa penipuan semasa melancong
1.     mencari maklumat yang tepat daripada media
2.     bertanyakan kenalan yang pernah melancong / tinggal di negara tersebut
3.     tidak berjalan sendirian
4.     membuat perbandingan harga
5.     tidak menggunakan kad kredit
6.     menawarkan harga sebelum membeli barangan

Cara-cara untuk menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang
1.     Bersikap ramah dengan penduduk tempatan
2.     Mengenali adat dan budaya di negara tersebut
3.     Bersikap fleksibel dan terbuka terhadap teguran masyarakat sekeliling


Sebab pembuatan peralatan daripada kulit binatang harus diharamkan?
1.     Tidak berperikemanusiaan / menganiayai haiwan liar
2.     Akan menyebabkan haiwan liar kian pupus
3.     Tidak adil sebab harganya mahal – orang miskin tidak mampu membelinya

Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan yang miskin di negara ini dapat dibantu ?
1.     Pihak kerajaan boleh memberi pelbagai bantuan – makanan, pekerjaan dsb.
2.     Pihak NGO / swasta boleh menyalurkan bantuan melalui kerajaan Malaysia dalam pelbagai bentuk
3.     Menyediakan banyak rumah kos rendah / menyediakan rumah mampu milik kepada mereka
4.     Negara miskin boleh meminta bantuan daripada negara maju lain
5.     mereka boleh ditawarkan pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan mereka
6.     pihak hospital dan klinik patut memberikan rawatan perubatan dengan mengenakan caj yang minimum kepada golongan tersebut.

Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
1.     kualiti / mutu fabrik / kain
2.     perkhidmatan selepas pembelian
3.     harga yang berpatutan
4.     fesyen terkini / menutup aurat
5.     sesuai dengan iklim / musim
6.     jenama
7.     warna yang sesuai

Faedah-faedah aktiviti pelancongan kepada masyarakat setempat
1.     dapat memajukan prasarana / infrastruktur / kemudahan asas
2.     dapat membuka peluang pekerjaan baharu
3.     dapat mempelajari adat dan budaya pelancong yang melancong ke kawasan yang dikunjungi
4.     dapat membuka ruang perniagaan di kawasan pelancongan
5.     dapat memperkenalkan produk tempatan / satu daerah satu produk
6.     dapat mempromosikan tempat mereka kepada pelancong

Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara
1.       Mempelajari bahasa
2.       Mengetahui kadar pertukaran wang
3.       Memilih agensi pelancongan yang berdaftar
4.       Mengkaji cuaca /iklim
5.       Menyediakan segala keperluan yang penting seperti pasport, pakaian, insurans dan sebagainya

Tiga usaha memupuk kesedaranterhadap larangan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat:
1.       Kempen kesedaran oleh pihak kerajaan
2.       Peranan ibu bapa-penerapan nilai dari kecil
3.       Peranan pihak sekolah- aktiviti koakademik
4.       Peranan media massa- melalui artikel, risalah, video pendek, dokumentari
5.       Ceramah yang berkaitan dengan hidupan liar
6.       Terima mana-mana usaha yang difikirkan sesuai

Cerpen Munsyi
1. Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang?
P1 Memperkukuh ilmu agama
P2 Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah
P3 Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian
P4 Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum
P5 Kempen / program semangat jati diri secara berterusan

2.Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan Peristiwa 13 Mei  berulang kembali?
P1Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum
P2 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
P3 Pemimpin jangan memainkan fahaman politik
P4 Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan.

usaha-usaha kerajaan mengumpulkan semula buku-buku lama
P1 mengadakan kempen mengumpul buku-buku lama
P2 menyediakan pusat pengumpulan buku-buku lama
P3 mewujudkan ARKIB khas untuk menyimpan buku lama
P4 kerjasama dengan penulis
P5 kerjasama dengan perpustakaan
P6 memberi ganjaran/ sijil/ pengiktirafan/ hadiah kepada penyimpan
buku lama
P7 kerap mengadakan pameran buku-buku lama

Persiapan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin hidup di perantauan ialah :
1.     mencari tempat tinggal yang sesuai.
2.     menyediakan wang yang mencukupi.
3.     menguasai pelbagai bahasa agar mudah berkomunikasi dengan masyarakat setempat.
4.     mendapatkan maklumat tentang budaya tempat tersebut.
5.     mencari kawan baharu.
6.     membiasakan diri hidup berdikari.
7.     belajar berbelanja secara berhemat
8.     bijak merancang kewangan.
9.     berhubung dengan kawan, kenalan atau saudara-mara yang berada di tempat yang akan dikunjungi.

Kesan positif diperoleh oleh penduduk kampung sekiranya penempatan mereka dimajukan?
1.     menyediakan peluang pekerjaan
2.     taraf hidup meningkat
3.     prasarana semakin lengkap
4.     persekitaran semakin indah dan bersiss

Kesan-kesan yang akan berlaku di kampung apabila anak muda berhijrah ke kota
1.     Tanah / kebun / Indang / rumah pusaka terbiar tidak diusahakan kosong.
2.     Kehidupan ibu bapa terabai / tidak mendapat kasih sayang.
3.     Penglibatan orang muda dalam aktiviti kemasyarakatan kurang aktif.
4.     Aktiviti keagamaan / kerohanian semakin suram / tidak disertai oleh orang muda
5.     Pelapis kepimpinan muda semakin kurang.
6.     PKS dan industri desa/kegiatan ekonomi tidak dimajukan

Persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke bandar
1.     mempelajari budaya tempat baharu
2.     mempunyai jati diri yang kukuh agar tidak mudah terpengaruh
3.     mencari maklumat tentang tempat yang ingin dituju
4.     melengkapkan diri dengan ilmu agama
5.     melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan

Usaha memupuk minat remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan:
1.     Pusat sumber sekolah memperbanyak buku sastera dan karya agung.
2.     Ibu bapa membelikan anak-anak buku sastera sejak kecil.
3.     Ibu bapa menceritakan cerita rakyat dan klasik kepada anak-anak sejak kecil.
4.     Media massa mempromosikan karya sastera kepada remaja.
5.     Kerajaan mengadakan pameran karya sastera.
6.     Kerajaan mengadakan Kempen Cintai Sastera.
7.     Guru mengajarkan bahan kesusasteraan melalui antologi dan novel.

Persediaan sebelum merantau
1.     Mengukuhkan jati diri
2.     Mempelajari kebudayaan dan adat di situ
3.     Mengkaji tentang latar belakang tempat tersebut
4.     Persiapan dari segi mental dan fizikal
5.     Membuat sedikit simpanan

Kepentingan lain mempelajari mata pelajaran Sejarah:
1.     sebagai pedoman hidup / pengajaran / panduan hidup/ iktibar
2.     akan lebih rasional dalam membuat keputusan
3.     akan lebih menebal kecintaan terhadap tanah air/ memupuk patriotisme
4.     menghargai kemerdekaan yang dikecap masa ini
5.     mengenali/ menghargai perjuangan tokoh-tokoh nasionalis
6.     tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan

perkara yang akan menimpa Mel sekiranya berhijrah ke kota tanpa ilmu dan pegangan agama yang kukuh ialah
1.     sudah tentu dia akan kehilangan identiti sebagai warga peribumi kerana terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah
2.     Mel akan kehilangan arah tujuan kerana hidup tidak berpaksikan budaya dan agama
3.     seluruh kehidupannya akan menjunjung nilai yang negatif seperti mencuri dan membuat maksiat

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan
1.     pembahagian murid dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum
2.     penyertaan murid dalam aktiviti sukan sekolah
3.     aktiviti gotong-royong
4.     sambutan perayaan pelbagai kaum
5.     guru melibatkan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti PdPc

Pada pendapat saya, cara ibu bapa untuk membentuk jati diri anak-anak yang kukuh ialah
1.     Ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang secukupnya
2.     Ibu bapa hendaklah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak
3.     Ibu bapa haruslah membekalkan anak-anak dengan ilmu pengetahuan yang tinggi
4.     Ibu bapa sewajarnya menghantar anak-anak mengikuti program motivasi
5.     Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan budi pekerti dan tingkah laku yang baik

persediaan-persediaan yang rapi untuk menghadapi perubahan dunia yang kian mencabar ialah
1.     Mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup
2.     Memiliki kemahiran-kemahiran tertentu
3.     Mempunyai jati diri yang mantap
4.     Berdaya saing
5.     Bijak mencari peluang

Cara-cara meningkatkan semangat jati diri remaja:
1.     Memperkukuh ilmu agama
2.     Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah
3.     Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian
4.     Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum
5.     Kempen / program semangat jati diri secara berterusan
6.     Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti remaja / anak-anak

Prosa Tradisional : Burung Terbang Dipipiskan Lada (Tingkatan 5)
1.Tindakan Tun Perak mengarahkan orang-orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk berperang?
Wajar:
P1 Bersemangat juang tinggi
P2 Keselamatan anak isteri terjamin
P3 Sebagai tanda taat setia rakyat kepada raja
P4 Mengeratkan ikatan kekeluargaan

Tidak wajar:
P1 Keselamatan anak isteri terancam
P2 Membebankan / menyusahkan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada raja
P3 Kos perbelanjaan meningkat
P4 Isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga bukannya ke medan perang

2.Tindakan-tindakan untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan?
P1Memberi hadiah / sepersalinan pakaian
P2 Memberi gelaran / anugerah
P3 Melantik sebagai pembesar istana / memberi jawatan
P4 Mengahwinkannya dengan puteri atau kerabat diraja
3.Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat?
P1Sepanjang masa dihabiskan untuk membina pengaruh
P2 Tiada masa untuk urusan pentadbiran
P3 Pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang
P4 Berlaku banyak penyelewengan

4.Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?
P1Mampu merancang strategi pertahanan
P2 Mengemas kini sistem persenjataan
P3 Menaik taraf sistem radar keselamatan

5.Tindakan sesuai yang boleh diambil jika rakyat mengadukan pelbagai masalah kepada anda.
P1Memberikan nasihat yang sesuai
P2 Mengajak berbincang
P3 Menyuruhnya merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan
P4 Menyerahkan kepada pemimpin lain untuk tindakan seterusnya

6.Ikhtiar seseorang perintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.
P1Mengadakan rundingan dengan negara terlibat .
P2 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin
P3 Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada negara yang memulakan persengketaan .
P4 Mengadakan usaha sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan negara masing-masing

7.Sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil?
P1Untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat
P2 Untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh
P3 Untuk mengangkat imej negara sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

8.Kesan buruk jika berlakunya peperangan dalam sesebuah negara?
P1Meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa .
P2 Kemusnahan harta benda masyarakat setempat
P3 Peningkatan pelbagai masalah sosial
P4 Krisis makanan akan terjejas dengan teruk

9. Sikap bertanya wajar diamalkan.
P1Dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
P2Mengikis sikap negatif dalam diri
P3Mengelakkan berlaku perkara buruk
P4.Wujud rasa hormat orang lain terhadap kita.

10.Cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap     pasangan
P1 hormat-menghormati antara pasangan
P2 Rujuk kaunselor sekiranya  menghadapi masalah dalam rumah tangga   
P3 Berkomunikasi secara berkesan     
P4 Beriadah / melancong / bercuti / berekreasi bersama-sama   

11.Raja sering diagung-agungkan oleh rakyat.
P1-  lambang kedaulatan negara     
P2 - ketua negara     
P3 - berketurunan bangsawan    
P4 - berkuasa/ berpengaruh

12.Terima atau tidak tawaran untuk membunuh Laksamana
Setuju
P1ingin membalas dengan kematian bapa
P2menunjukkan kesetiaan kepada perintah raja
P3menguji kepahlawanan diri

Tidak Setuju
P3membunuh ialah satu dosa besar
P4tidak elok berdendam kepada orang lain
P5Laksamana tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas

Sebab permuafakatan antara pemimpin perlu dikekalkan
1.     dihormati oleh rakyat
2.     negara tidak mudah diancam musuh
3.     negara aman
4.     rakyat tidak berpecah belah/ berpuak-puak
5.     melancarkan pentadbiran nega

Cara-cara mengelakkan peperangan :
1.     mengadakan rundingan secara baik.
2.     mewujudkan hubungan diplomatik.
3.     membuat perjanjian.
4.     saling bertolak ansur

Persediaan-persediaan untuk menjadi pemimpin berkaliber
1.     melengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang luas
2.     menjadikan tokoh pemimpin terkenal sebagai sumber inspirasi
3.     mempunyai semangat waja dalam diri
4.     melatih diri bersikap jujur/berintegriti

Peranan ketua pertahanan negara:
1.     membuat perancangan yang teliti
2.     bekerjasama antara para pemimpin dengan tentera
3.     memastikan kelengkapan senjata mencukupi
4.     menggunakan senjata yang canggih dan moden
5.     melatih tentera-tentera sebagai persediaan untuk berperang
Ciri-ciri lain yang menunjukkan kegemilangan sesebuah negara
1.     Kedudukan ekonomi yang kukuh dan stabil.
2.     Perpaduan rakyat yang kukuh.
3.     Pembangunan prasarana / infrastruktur / kemudahan yang memenuhi
4.     keperluan rakyat.
5.     Keamanan dan keselamatan negara terjamin / terpelihara.
6.     Kestabilan politik.
7.     Kemewahan sumber bumi/kesuburan tanah.
8.     Pembangunan rohani dan sahsiah yang seimbang.
9.     Sistem pendidikan/kesihatan yang berkualiti/maju/moden.

Sebab seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan sesuatu perkara
1.     supaya matlamat / perancangan menjadi lebih jelas
2.     lebih yakin dengan keputusan yang dibuat
3.     supaya kita dapat membuat persiapan dengan baik
4.     dapat menimbangkan perkara yang baik dan yang buruk
5.     menjadikan diri lebih bersikap rasional

Usaha-usaha (selain ikatan perkahwinan) yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut :
1.     menawarkan pangkat/ jawatan
2.     menawarlan kawasan/ negeri
3.     menawarkan harta benda/ wang/ emas

Tindakan yang wajar dilakukan jika terlihat pembunuhan berlaku di kawasan berdekatan:
1.     Meminta bantuan orang ramai untuk memberitahu ahli keluarga mangsa
2.     Menelefon pihak polis untuk menyiasat dengan lebih lanjut
3.     Memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan memberikan keterangan lanjut

Strategi pembesar dalam usaha mempertahankan negara
1.     mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pembesar
2.     menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat
3.     mewujudkan pasukan keselamatan yang kuat
4.     menyediakan peralatan perang yang lengkap
5.     menjalinkan kerjasama antara negara/hubungan diplomatik

Kesan-kesan kepada negara jika para pemimpinnya tidak bersepakat:
1.     rakyat dalam negara berpecah-belah/ rakyat menjadi tidak bersatu
2.     ekonomi akan terbantut/ mundur/ merosot
3.     pembangunan negara terbantut/ mundur/ merosot
4.     imej / nama baik negara merosot/tercemar
5.     negara menjadi tidak aman

Kepentingan strategi seseorang panglima dalam sesuatu peperangan pada zaman dahulu
1.     untuk memenangi peperangan
2.     untuk menewaskan musuh/pihak lawan
3.     untuk mengelirukan pihak musuh
4.     untuk mengurangkan kematian tentera
5.     untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan
6.     untuk mengesan kekuatan / kelemahan musuh
7.     untuk merisik maklumat pihak musuh/tentera musuh

Pada pendapat anda, mengapakah orang Kelang berbuat demikian? mengambil keputusan untuk membawa anak isterinya ke Melaka bersama-sama.
1.     menjamin keselamatan anak dan isteri
2.     menaikkan semangat untuk berjuang/memberikan sokongan moral
3.     menakut-nakutkan pihak musuh dengan jumlah yang ramai
4.     memberikan bantuan ketika berperang seperti memasak.

Ciri-ciri pemimpin yang ideal
1.     Bijaksana dan berkebolehan dalam menyelesaikan masalah
2.     Berani dan bersungguh dalam menyahut cabaran dan permasalahan
3.     Berinisiatif untuk melakukan sebarang tindakan tanpa menunggu arahan
4.     Kreatif dalam menyelesaikan sesuatu isu
5.     Bersedia menerima dan memberi pendapat
6.     Mempunyai kebolehan berkomunikasi
7.     Mempunyai jati diri yang unggul /adil /amanah /saksama /bertanggungjawab

Tindakan pemimpin untuk mengelakkan peperangan
1.     melalui perundingan untuk menyelesaikan konflik
2.     perjanjian damai/gencatan senjata
3.     saling bertolak ansur
4.     mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama,bahasa dan institusi pemerintahan

Tindakan –tindakan lain mengelakkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar
1.     memanggil pembesar untuk berbincang tentang sesuatu isu
2.     menerima luahan pendapat dan cadangan pembesar sekiranya sesuai
3.     membayar gaji/upah yang tinggi bersesuaian dengan jawatan yang disandang
4.     memberikan hadiah/ganjaran/pingat
5.     memberi layanan sama rata dan adil kepada semua pembesar/tidak pilih kasih

Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan negara
1.     Mampu merancang strategi pertahanan negara
2.     Menggerakkan operasi ketenteraan negara
3.     Mengendalikan peralatan / senjata canggih
4.     Mengemas kini sistem persenjataan
5.     Meningkatkan / memperkasakan keupayaan sistem pertahanan negara

Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin untuk memperoleh sokongan rakyat
1.     Meningkatkan taraf hidup rakyat / meningkatkan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran / memajukan ekonomi negara / rakyat
2.     Membangunkan / memajukan kawasan luar bandar
3.     Menyeimbangkan pembinaan infrastruktur antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar
4.     Mengurangkan kerenah birokrasi dalam semua urusan
5.     Memberi keutamaan kepada usaha memperkasakan pendidikan
6.     Meningkatkan integriti di semua peringkat / jabatan
7.     Sentiasa turun padang bertemu rakyat

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum
menghadapi peperangan ialah
1.     sesebuah kerajaan perlu memastikan bala tenteranya bersedia dari segi mental dan fizikal.
2.     kerajaan perlu menyediakan kelengkapan perang yang mencukupi
3.     kerajaan juga perlu menyediakan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang lengkap
4.     strategi peperangan yang berkesan juga peru dicari untuk menawan musuh

Negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil
1.     untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat
2.     untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh
3.     mengangkat imej negara sebagai sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa

Kaum wanita boleh memainkan peranan seperti:
1.     Menjaga dan memastikan anak-anak sentiasa selamat
2.     Menjaga rumah dan harta benda dengan baik
3.     Membantu menyediakan makanan dan minuman untuk kaum lelaki yang berperang
4.     Membantu merawat askar yang tercedera
5.     Memberikan sokongan moral kepada suami dan ahli keluarga yang terlibat dengan peperangan

Sebab Seri Nara Diraja bersetuju dengan tawaran sultan untuk berkahwin dengan Tun Kudu
1.     Tun Kudu mempunyai kedudukan yang tinggi/isteri kepada Duli Yang Dipertuan
2.     Tun Kudu seorang yang cantik dan jelita
3.     Tun Kudu jauh lebih muda berbanding Seri Nara Diraja
4.     Pengiktirafan sultan kepadanya
5.     Seri Nara Diraja sudah lama menyimpan perasaan terhadap Tun Kudu
6.     Tun Kudu ialah saudara Paduka Raja

Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat
1.     negara tidak aman
2.     terdedah kepada ancaman luar
3.     berlaku banyak penyelewengan
4.     pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang
5.     tiada masa untuk urusan pentadbiran
6.     sepanjang masa dihabiskan untuk membina pengaruh

Cara-cara  menaikkan semangat patriotik dalam kalangan anak muda sekarang?

1.       Memberi kesedaran melalui penganjuran kempen kemerdekaan

2.       Membuat pertandingan berkenaan tanah air

3.       Kuiz-kuiz kemerdekaan

4.       Menyediakan bahan bacaan tentang kemerdekaan

5.       Mempertingkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kemerdekaan

6.       Menceritakan tentang kisah kehidupan zaman dahulu serta kisah pejuang-pejuang tanah air.

Sajak Sang Gembala Kuda

1.Langkah-lanhkah untuk memajukan sukan berkuda
P1 Kerajaan mewujudkan kompleks sukan berkuda negara
P2Persatuan Berkuda diaktifkan
P3Kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk sukan ini.
P4Atlet sukan berkuda perlu menjalani latihan intensif

SAJAK SEJADAH RINDU
1.Kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan?
P1Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan
P2 Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat
P3 Memperoleh ketenangan jiwa
P4 Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat

2.Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera?
P1Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur
P2 Tidak mengulanginya lagi kerana jika lambat bertaubat
P3 Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
1.Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa.
P1Mendengar nasihat ibu bapa
P2 Belajar bersungguh-sungguh
P3 Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa
P4 Bertutur / bercakap dengan sopan
P5 Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa

2.Anak-anak yang jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka?
P1Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing
P2 Menganggap ibu bapa menyusahkan
P3 Tiada masa / tidak cukup masa
P4 Tinggal jauh
3.Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka lebih berkualiti?
P1Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan bergotong-royong
P2 Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama
P3 Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun

4.Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa                 
P1menziarahi ibu bapa
P2menjaga kebajikan ibu bapa
P2meraikan hari istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari ulang tahun   perkahwinan    
P3mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji
P4memberi wang / hadiah kepada ibu bapa

SAJAK KUDUP PERANG
1. Kita perlu menghargai jasa-jasa pahlawan.
P1Pahlawan telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat dan negara .
P2 Pahlawan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan kudrat .
P3 Pahlawan telah menumpaskan musuh-musuh negara .
P4 Pahlawan telah menjaga dan mengawasi sempadan negara daripada dicerobohi oleh musuh .

GURINDAM Puisi Tradisional(Gurindam Dua Belas) Fasal yang Ketiga
1. -Kebaikan-kebaikan memelihara tutur kata:
P1sentiasa dihormati / disegani
P2 dapat berbicara / berhujah dengan baik
P3 tidak dipulaukan oleh masyarakat
P4 tidak menimbulkan perbalahan








1 comment: