Thursday, March 26, 2020

KARANGAN SPM 2020-BACAAN AWAL


Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya
Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.
Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya mementingkan bidang profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Inimenyebabkan ,seseorang anak itu kurang mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.
Selain itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang tidak bermoral. Contohnya,dalam akhbar harian 22 FEBRUARI 2010,Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes buli yang terbanyak mengikut kajian dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin utama gejala ini berlaku.
Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikutu pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka untuk mencuba apa saja aktiviti .
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula,pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI tyang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
.
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau memandang ke hadapan atau ke belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Bagaimanapun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan kita pada jiran tetap ada. Jiran ialah tetangga atau mereka yang tinggal di sekitar kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya kita perlu bertolak ansur dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa muafakat membawa berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam kehidupan seharian.  Walau bagaimanapun, pada era globalisasi yang dipenuhi pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin luntur Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak hilang daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama-sama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul untuk berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan mengenali antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal makan tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara gotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan, mengadakan rumah terbuka, kenduri dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara gotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran tambahan pula mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti.  Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan semangat kejiranan. Konklusinya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kejiranan dan prihatin terhadap jiran mereka. Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu akan hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang dihadapi oleh jiran. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain.  Sebagai analoginya, ketika ketua keluarga kurang sihat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal jauh dari tempat tinggal mereka, mendapatkan bantuan kecemasan ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi iktibar yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka bersempena dengan sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dan menjalin ukhuwah, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-sama. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contohnya, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan  Kehadiran ibu bapa bersama-sama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat kekitaan dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat kejiranan Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang harmoni
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemai budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk mengukuhkan dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan keadaan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama-sama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan sentosa walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit . Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap anani dan hidup seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh mengamalkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti sering mengadakan aktiviti seperti hari keluarga untuk merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kemasyarakatan ini kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-sama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup bantu-membantu dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem yang teratur.  Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti pertubuhan rukun tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui pertubuhan seumpama ini, masyarakat setempat mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman secara bergilir-gilir untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat kejiranan atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan membentuk perpaduan kaum.  Walau apa-apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menonjolkan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya yang terpuji ini. Amalkan dengan hati yang tulus, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh.   Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa diamalkan supaya negara kita sentiasa aman, harmoni, dan sentosa.
Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
REPORT THIS AD
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masabagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka.Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Ingatlah slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan bahawa, “Negara bersih, rakyat sihat”.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Sesuai dengan falsafah moden yang berbunyi, “Carilah sahabat yang dapat dijadikan ubat, dapat dijadikan penawar hati”.
REPORT THIS AD
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Peranan Keluarga Dalam Usaha Memastikan Remaja Menggunakan Media Sosial Ke Arah Yang Lebih Positif
Posted on October 1, 2018 by adenium2
Peranan Keluarga Dalam Usaha Memastikan Remaja Menggunakan Media Sosial Ke Arah Yang Lebih Positif
Pendahuluan
Tidak dapat dinafikan bahawa pada era yang moden ini, media sosial telah mendapat sambutan yang hangat sekali di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki juga merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Definisi telah diberi oleh Andreas Kaplan dan Michael Haenlein sebagai “sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran. Di samping itu juga, jaringan sosial merupakan laman yang membolehkan setiap orang mampu membuat laman sesawang secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara jaringan sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan Internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.
            Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang amat signifikan untuk memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan media sosial. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu media sosial contohnya seperti Internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Tindakan kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri hiburan tanah air yang kerap kali ‘dirompak’ oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus provokasi di internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga terselamat daripada terus terperangkap di dalam kancah jenayah siber, yang juga merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang termaktub dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa dalam memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan media sosial dapat mendidik mereka dalam memanfaatkan kegunaan media sosial.
                     Tidak dapat dikesampingkan juga, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak menggunakan media sosial secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka dengan medium-medium pembelajaran menerusi media sosial. Seperti yang ditegaskan, media sosial sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi pendidikan. Hari ini, kemajuan media sosial juga selaras dengan kemajuan teknologi seperti “tablet” dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari Internet. Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan Internet, namun malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna media sosialpada masa ini. Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan media sosial serta bijak . Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari Internet mahupun menghadap peranti pintar sepanjang masa, sekiranya peranti-peranti di rumah diisi dengan aplikasi dan laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah sudah di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui Internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan penggunaan media sosial.
REPORT THIS AD
        Bagi saya, adik-beradik yang lebih tua seperti abang dan kakak memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha untuk remaja menggunakan media sosial ke arah yang lebih positif. Abang atau kakak boleh menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lebih muda. Hal ini kerana adik-adik selalunya akan mencontohi tingkah laku abang atau kakak mereka. Selain itu, abang atau kakak juga seharusnya menasihati adik-adik mereka dengan penuh kasih sayang apabila melihat adik-adik mereka menggunakan media sosial ke arah perkara yang negatif. Mereka tidak seharusnya memekakkan telinga dan membutakan mata kerana perbuatan negatif yang dilakukan oleh adik-adik mereka boleh menjatuhkan maruah keluarga. Seterusnya, dalam menjaga hubungan antara adik-beradik, kita perlu menititikberatkan sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakak serta menerima segala teguran dengan hati yang terbuka.
          Lontaran idea seterusnya ialah datuk dan nenek seharusnya menerapkan didikan agama yang secukupnya kepada remaja.Pendidikan agama mesti dilaksanakan oleh datuk dan nenek  di peringkat awal usia anak-anak bagi membolehkan iman mereka dibentuk dan diperkukuhkan menjadi insan bertakwa. Datuk dan nenek lebih makan garam dan remaja akan lebih mendengar dan menurut nasihat mereka.Jika perkara ini tidak dilakukan, remaja akan mudah terpengaruh dengan media sosial yang negatif seterusnya terjebak dalam kancah gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menyusahkan keluarga. Pendidikan agama mestilah menjadi teras dan benteng kepada pembentukan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Hal ni dikatakan demikian kerana apabila jiwa remaja ni diterapkan dengan nilai-nilaiagama yang tinggi, mereka akan dapat menepis segala laman sosial yang negatif seterusnya menggunakan media sosial dengan berhemah.  Tanpa pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi keruntuhan moral di luar yang semakin berleluasa. Jelaslah bahawa, peranan datuk dan nenek amat penting dalam usaha untuk memastikan remaja sentiasa berada di landasan yang betul dan menggunakan media sosial ke arah yang positif sebagai persediaan melahirkan modal insan berjaya di dunia dan akhirat.
            Secara tuntasnya, keluarga memainkan peranan dominan dalam usaha mendidik dan mengasuh remaja memanafaatkan penggunaan media sosial. Perkhidmatan media sosial sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa kepada keburukan. Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada keluarga itu sendiri, sama ada bijak atau tidak mendidik remaja dalam memanfaatkan penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian. Walaupun demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua ahli keluarga membuktikan bahawa media sosial sangat penting kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan ahli keluargayang lain  tidak turut turun padang dalam membantu kerajaan melahirkan generasi yang celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal, masalah-masalah penyalahgunaan media sosial dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan generasi-generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.
.
Advertisements

EJALA BULI : PERANAN ANDA DALAM MEMUPUK BUDAYA PENYAYANG DI SEKOLAH

Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di sekolah belakangan ini yang menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan  anda dalam memupuk budaya penyayang di sekolah. 

Sejak berkurun-kurun lamanya bangsa Asia sangat terkenal dengan budaya hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang turut mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat Malaysia. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan kurang mengamalkan nilai kesopanan dan luput budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dialah gagah. Oleh itu, sebagai pelajar saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni agar budaya penyayang dapat terus dikekalkan di sekolah.

Isi 1 :
AJ : Langkah utama dan yang paling relevan, saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji.
H1 – Saya harus berasa bangga apabila dapat mempamerkan tingkah laku yang baik dan menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan.
H2 – Sebenarnya dengan tingkah laku yang baik diri kita akan disenangi oleh semua rakan dan warga sekolah.
H3 – Saya perlulah mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti menghormati guru, menyayangi rakan-rakan dan bertanggungjawab terhadap keselamatan di sekolah.
PP – Dalam hal mempraktikkan nilai-nilai yang baik, kita hendaklah faham akan maksud kata-kata, “Orang tidak mendengar apa-apa yang kita cakapkan tetapi orang mudah menuruti apa-apa yang kita buat”.

Isi 2 :
AJ : Sementara itu, dalam kalangan rakan-rakan dan guru saya hendaklah menjadi pelajar yang mudah didekati.
H1 – Hal demikian kerana, diri saya akan disenangi kawan, cepat mesra dan mudah memberi bantuan apabila diperlukan.
H2 – Sifat-sifat mahmudah seperti luhur budi bahasa, suka membantu dan  tulus ikhlas hendaklah saya pamerkan untuk menjadi ikutan.
H3 – Bahkan semua sifat terpuji yang diamalkan boleh menjadi contoh teladan untuk memupuk budaya penyayang dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar dan guru.
PP – Sesungguhhnya, saya amat yakin apabila diri kita disenangi, justeru semua sifat terpuji akan mudah diterima oleh orang lain.

Isi 3 :
AJ : Suatu perkara penting yang perlu saya amalkan juga ialah ketahanan prinsip jati diri.
H1 – Dalam hal ini, saya harus menjadi kuat dan tidak mudah menjadi pak turut kepada sikap dan tingkah laku yang buruk.
H2 – Segala tingkah laku yang buruk seperti dengki, khianat dan adu domba perlulah saya hindari.
H3 – Seyogianya, saya perlu berprinsip, tegas dan tidak terpengaruh kepada perkara negatif supaya pendirian saya dihormati.
PP - Sesungguhnya, agar diri kita dihormati, berpeganglah kepada prinsip dan jati diri dan tidak mudah menjadi lalang ditiup angin.

Isi 4 :
AJ : Selain itu, contoh teladan yang baik yang perlu diamalkan ialah belajar secara istiqamah.
H1– Saya harus menyimpan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang sama ada dalam aspek akademik mahupun akhlak yang baik.
H2 – Apabila seseorang pelajar itu cemerlang dalam akademik, dia sentiasa dibanggakan oleh rakan-rakan dan menjadi contoh ikutan yang baik.
H3 – Keikhlasan kita membantu rakan untuk berjaya dalam akademik merupakan suatu sifat penyayang yang amat disenangi oleh rakan-rakan.
PP – Oleh hal yang demikian, selagi kudrat saya berazam untuk menjadi insan yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara.


Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.
ktiviti-Aktiviti Untuk Menceriakan Kawasan Sekolah
Posted on October 1, 2018 by adenium2
Aktiviti-Aktiviti Untuk Menceriakan Kawasan Sekolah
Pendahuluan                   
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria kerana bak kata peribahasa, Hendak seribu  daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.
Cadangan Isi
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah  mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong- royong harus diadakan secara berkala  untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,  yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.  Pada hujung minggu, pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar  dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis pada dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah  akan kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini dikatakan demikian  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan  dari semasa ke  semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pendidkan akan membuat pemantauan di sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya,  program 3K perludi adakan di sekolah.
REPORT THIS AD
Kesimpulan
Bagi menggulung huraian saya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
.
Usaha-Usaha Yang Telah Dilaksanakan Bagi Melahirkan Masyarakat Penyayang
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 2020 dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.
Peranan Ibu Bapa Membentuk Masyarakat Penyayang
Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti  gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang.  Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak.  Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu dalam masyarakat  akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli masyarakat.
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi , hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak akan mencari ‘kasih sayang’ di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan mereka.
Masyarakat  penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan  peranan mereka semaksimum mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan  akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!, individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang.

Peranan Masyarakat Untuk Membentuk Masyarakat Penyayang
PENDAHULUAN
(T) Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali sebagai ‘budaya ikram’. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. (I) Sayangnya, kehidupan dalam suasana pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat. (A) Sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.
(P1) Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh. (M) Membentuk sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan masyarakat yang mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada Pencipta, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit bawang. (B) Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes pembunuhan, perogolan, penindasan dan sebagainya. Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan. (K) Sejajar dengan itu, masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi pembangunan yang lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat penyayang telah mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita. (P) Maka jelaslah di sini bahawa didikan agama yang mantap mampu melahirkan masyarakat yang penyayang demi kebaikan bersama.
(P2) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, peranan masyarakat yang lain adalah dengan menjadi suri teladan kepada golongan yang masih hijau atau separa matang. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan utama. (M) Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. (B) Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak bak kata pepatah, ‘bapa borek, anak rintik’. Pepatah ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. (K) Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang. Akhirnya, masyarakat yang penyayang yang lahir daripada insititusi keluarga yang penyayang dapat dilahirkan. (P) Tegasnya, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.
(P3) Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka. (B)Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak  sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut.  Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Seterusnya  pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan. (K)Dengan ini,  para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. (P)Jadi, peranan masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi.
(P4) Peranan masyarakat yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan diperbanyakkan.(M) Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan persis kata orang tua-tua,“bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah melalui amalan tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-aktiviti tersebut. (B) Sebagai tamsilannya, amalan rumah terbuka akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran tetangga, saudara-mara dan  rumah-rumah kebajikan pada hari-hari perayaan. Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong dan kerja sukarela juga perlulah diperbanyakkan. (K) Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan yang tidak berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang dapat dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas pertama. (P)Deduksinya, penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang banyak merupakan antara elemen yang penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.
(P5) Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan melalui kempen kesedaran yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan oleh golongan masyarakat media sama ada media elektronik atau media cetak. (M) Seperti yang diketahui umum bahawa media merupakan wahana yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan amalan penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita.  Pihak media lebih menitikberatkan aspek sosial iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan tatapan umum. (B) Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan pelaksanaan kempen ‘Keluarga Bahagia’, ‘Penerapan Nilai-nilai Murni’ dan ‘Cintai Sungai Kita’ untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat kita. Kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusim  atau hangat-hangat tahi ayam. (K) Sehubungan dengan itu, masyarakat sedar akan kepentingan amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Sikap menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini. (P) Izharlah bahawa peranan masyarakat media melalui kempen-kempen yang diadakan dapat membentuk masyarakat yang penyayang.
PENUTUP
(K) Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.  Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, “ Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri”. (C) Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil  inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat  penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini keranabertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. (H) Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat  kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernama Ahmad Shauqi Bey berkata, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap”. Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan mudahnya.

Amalan Rumah Terbuka

(TEMA) Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU) Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. (ARAHAN) Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. (MENGAPA)Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. (PENEGAS)Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA)Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. (BAGAIMANA)Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. (PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran rumah-rumah terbuka juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. (BAGAIMANA) Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. (KESAN)Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. (PENEGAS)Izharlah bahawa konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. (BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan  di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.
(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa  kebaikan kepada negara dan masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN) Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada mata dunia.
.


No comments:

Post a Comment