Thursday, March 26, 2020

MODUL LATIHAN SPM 2020


PRAKTIS KARANGAN- MURID CEMERLANG, SEDERHANA

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.      Kecemerlangan sesebuah sekolah itu bukan sahaja bergantung kepada pihak             guru semata-mata, namun peranan murid-murid juga amat penting.

Huraikan peranan-peranan tersebut.

Pendahuluan:

Sekolah merupakan institusi yang amat penting untuk menimba ilmu. Untuk mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang menjadi idaman bagi setiap murid dan juga guru Kecemerlangan dalam bidang akademik seperti mencapai 100 peratus dalam SPM serta cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi juara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini membuktikan peranan murid amat penting untuk mencipta kecemerlangan yang diimpikan oleh pihak sekolah.

Isi-isi:

1.         Berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik – apabila                     mencapai kejayaan dalam bidang akademik sudah tentu akan menaikkan            nama sekolah di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Sebagai contohnya        mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia terutamanya            dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mata pelajaran aliran Sains    yang kritikal seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Biologi.
UM [ungkapan menarik]– Usaha Tangga Kejayaan

2.         Berusaha mencipta kejayaan dalam bidang kokurikulum seperti acara                    sukan dan juga badan beruniform. Sebagai contohnya mendapat johan di                 peringkat kebangsaan dalam acara sukan seperti bola sepak, hoki, bola jaring            dan juga dalam acara olahraga. Memenangi acara dalam pertandingan sukan bertaraf antarabangsa seperti                 acara memanah, renang, dan taekwondo.
UM – genggam bara api biar sampai jadi arang.

3.         Berusaha untuk menjadi pelajar yang bersahsiah tinggi seperti menjaga tingkah laku di sekolah agar hasrat sekolah untuk merealisasikan program            Sifar Disiplin tercapai. Sebagai contohnya murid tidak terlibat dalam masalah           buli, ponteng sekolah, vandalisme, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, dan lain-lain lagi. Apabila wujud iklim yang kondusif di sekolah pelajar dapat    memberikan tumpuan kepada proses pembelajaran secara tidak langsung          budaya kecemerlangan akan diwujudkan di sekolah.

4.         Murid-murid sentiasa menghormati guru. Guru merupakan insan yang banyak           berjasa dalam mencurahkan ilmu kepada murid-murid – ilmu yang diperoleh           daripada guru akan diberkati Allah SWT – ada keberkatan sudah tentu akan   memperoleh kecemerlangan. Sebagai misalnya menghormati guru – memberi             salam – membantu guru ketika kesusahan – angkat barang dan yang paling   penting janganlah mengguris hati guru.
UM – guru ibarat lilin membakar diri sendiri untuk menyuluh orang         lain.

Kesimpulan:

Sebagai seorang murid haruslah menggalas tanggungjawab yang besar ini untuk mengharumkan nama sekolah sebagai sekolah yang cemerlang dari pelbagai segi iaitu akademik dan juga kokurikulum. Pelajar haruslah berganding bahu secara kompak dengan guru-guru untuk membentuk satu pasukan yang kuat agar kecemerlangan sekolah terus dicapai. Seterus dapat menaikkan nama sekolah di kaca komuniti.
UM – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2.      Remaja pada masa ini terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial seperti                     penyalahgunaan dadah, lumba haram, dan pergaulan bebas.
Huraikan peranan ahli keluarga untuk membantu remaja daripada terlibat      dalam   gejala sosial yang akan merosakkan remaja sebagai pemimpin negara             pada     masa hadapan.

Pendahuluan:

Dalam menghadapi arus kemodenan ini pelbagai gejala sosial yang melanda negara.  Mereka yang terlibat kebanyakannya ialah remaja. Gejala sosial ini mampu menjatuhkan imej negara pada masa hadapan. Gejala sosial yang sering dikaitkan dengan remaja ialah penyalahgunaan dadah, lumba haram dan gejala vandalisme. Buktinya banyak kes yang berlaku didedahkan melalui media massa terutamanya media cetak dan juga media elektronik. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Polis Selangor sebanyak 50 jumlah tangkapan yang dibuat dalam kes dadah dan sebahagian besarnya terdiri daripada golongan remaja. Semua ini tidak akan berlaku jika keutuhan institusi keluarga iaitu ibu bapa serta ahli keluarga bertanggungjawab untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala yang akan merosakkan masa hadapan remaja itu sendiri.

Isi-isi:

Peranan ibu bapa
1. Ibu bapa haruslah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Anak-anak haruslah dianggap sebagai kurniaan daripada Allah SWT dan menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik dan mengasuhnya sejak kecil sehinggalah dewasa menjadi manusia yang berguna. Ibu bapa haruslah membuang sikap terlalu mementingkan kerjaya mengejar kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Sebagai contohnya ibu bapa harus meluangkan masa bersama dengan anak-anak pergi bercuti dalam ataupun luar negara, beriadah pada sebelah petang. Secara tidak langsung masa anak-anak tidak terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah anak-anak ibarat kain putih ibu bapa yang akan mencorakknya menjadi insan yang sempurna.

2. Ibu bapa haruslah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak sejak setahun jagung. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak ilmu agama seperti solat lima waktu dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Ilmu agama yang ada pada anak-anak ini akan menjadi benteng kepada mereka untuk tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang semakin parah dewasa ini. Menurut pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Profesor Dr. Che Muhaya anak-anak wajar dibentuk dengan ilmu-ilmu agama agar ilmu tersebut akan menjadi benteng kepada keruntuhan akhlak pada zaman moden ini.

3. Ibu bapa haruslah sentiasa memberi sokongan terhadap kebajikan anak-anak di sekolah. Ibu bapa wajib hadir jika ada masalah anak-anak dalam pembelajaran atau masalah disiplin. Anak-anak akan berasa dirinya penting di dalam keluarga. Jika ibu bapa tidak menyokong kebajikan anak-anak ini sudah tentu mereka menganggap diri mereka tidak penting dalam keluarga. Kesannya mereka akan mencari orang lain untuk berkongsi masalah. Sebagai contohnya ibu bapa harus hadir dalam program-program akademik di sekolah contohnya muzakarah, konsultasi dan aktiviti yang melibatkan PIBG. Anak-anak akan berasa mereka diberi perhatian oleh ibu bapa maka agak sukar untuk mereka terpengaruh dengan gejala sosial.

4. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa janganlah bertingkah laku negatif di hadapan anak-anak. Jika ibu bapa bersikap sedemikian anak-anak akan mudah terikut-ikut dengan tingkah laku sebagai contohnya ibu bapa tidak boleh sama sekali merokok di hadapan anak-anak. Hal ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak yang baharu sahaja memasuki alam remaja yang mudah terpengaruh lebih-lebih lagi dengan insan yang disayangi mereka.
UM- seperi ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul

5. Peranan adik-beradik [kakak atau abang]
Peranan ahli keluarga yang lain juga amat penting. Sebagai seorang kakak atau abang haruslah menasihati adik-adik yang terlibat dalam gejala sosial sebelum nasi sudah menjadi bubur. Mereka haruslah menjadi pendengar yang setia kepada adik-adik yang mahu berkongsi masalah dalam pembelajaran atau masalah-masalah lain.  Mereka juga haruslah menjadi pembakar semangat kepada adik-adik untuk terus berjaya di dalam kehidupan.

Kesimpulan:
Peranan ahli keluarga terutamanya ibu bapa cukup besar dan signifikan dalam usaha untuk membendung anak-anak daripada terjerumus dalam gejala sosial. Anak-anak harus diberi keutamaan oleh ahli keluarga kerana mereka merupakan pemimpin pada masa hadapan yang akan memimpin negara ke arah menuju negara maju.


3.       Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat semakin luntur sejak akhir-     akhir ini.
Bincangkan peranan pelbagai pihak untuk meningkatkan semangat tersebut. 

Pendahuluan:

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Bukti- sepanjang bulan kemerdekaan sambutan seolah-olah dingin tidak ada kibaran Jalur Gemilang di kenderaan tidak seperti suatu masa dahulu. Masyarakat terlalu sibuk mengejar kebendaan sehingga lupa akan tarikh-tarikh penting kemerdekaan negara. Kes terbaharu ada yang sanggup menggantung bendera keramat Jalur Gemilang secara terbalik da nada juga yang menghitamkan Jalur Gemilang. Hal ini menggambarkan bahawa semangat ini semakin luntur dalam kalangan masyarakat.

Isi-isi:

1. Peranan pihak sekolah – menerapkan semangat cinta akan negara sejak di bangku sekolah lagi. Konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah amat penting untuk menerapkan semangat ini dalam diri anak-anak murid sejak awal lagi. Jika semangat ini dapat dipupuk sejak di bangku sekolah lagi, nilai ini akan kekal sehingga ke dewasa.

2. Peranan pihak kerajaan mengadakan kempen secara besar-besaran melalui media massa – kempen ini memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya semangat patriotik. Sebagai contohnya televisyen menyediakan dokumentari serta filem-filem yang bercorak semangat patriotik. Kempen harus tekal bukan hanya pada bulan kemerdekaan sahaja. Sebagai contoh filem Bukit Kepong, dan Paloh.

3. Peranan pemimpin negara – pemimpin negara haruslah menunjukkan semangat patriotik kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Pemimpin haruslah sentiasa mengingatkan kepada masyarakat tentang pentingnya mempunyai semangat ini untuk mengelakkan terjadinya peristiwa hitam berulang kembali iaitu Peristiwa 13 Mei. Para pemimpin juga haruslah menerapkan kepada masyarakat nilai-nilai menghormati para pejuang negara yang telah banyak berjasa untuk memerdekakan negara seperti Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Dato Onn bin Jaafar.

4. Peranan pihak badan bukan kerajaan – mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan di seluruh pelosok negara – supaya masyarakat di luar bandar terkesan juga dengan sambutan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu sepanjang bulan Ogos pada setiap tahun – contohnya pihak swasta mengadakan Karnival Kemerdekaan, pameran-pameran yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan, mengadakan pertandingan sayembara puisi, pertandingan melukis Jalur Gemilang dan juga pertandingan melukis wajah-wajah tokoh kemerdekaan dan tokoh pahlawan tempatan yang telah banyak berjasa untuk kemerdekaan nusa yang tercinta ini.
UM – Tak kenal maka tak cinta

Kesimpulan:

Kesimpulan  - usaha untuk memupuk rasa cinta akan negara dalam diri masyarakat haruslah dibuat sepanjang dan tiada henti – walaupun negara kita menuju kea rah negara maju namun erti kemerdekaan dan semangat jati diri harus menebal dalam diri masyarakat. Jika semangat ini pudar dalam sanubari masyarakat sudah pasti suatu hari nanti negara yang kita cintai ini akan dijajah kembali oleh kuasa-kuasa besar yang sememangnya sedang menunggu ruang dan masa sahaja.

Cikgu Midah Jumbakpek 2019

Soalan 4 : Novel [Zon 3]
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut
(i) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(ii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)  Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam
novel tersebut. [7 markah]

(b)  Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran yang berkaitan
kesungguhan yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

JAWAPAN SOALAN 4(a) Zon 3 : SILA SALIN
Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut ialah Soft Lab, Cyberjaya. Di sinilah Aqram telah memeperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Walau bagaimanapun, Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat keputusan.
Latar tempat kedua yang terdapat dalam novel ini ialah rumah abang Azraai. Farisha telah diundang untuk menikmati makan malam. Di sinilah Farisha menemui abang Azraai,kak Mariah dan anak mereka, Aina dan Dina. Farisha terharu bercampur sedih apabila mengetahui abangnya mengalami sakit jantung.
ATAU
Novel yang saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Salah satu latar tempat yang terdapat dalam nonel ini ialah Balai Raya Kampung Seri Purnama. Di balai raya ini, penduduk kampung Seri Purnama dan Haiqal sibuk menjalani latihan tarian zapin. Suasana balai raya ini sebelum itu sunyi sepi.
Latar tempat yang seterusnya dalam novel ini ialah stesen bas. Di sinilah Haiqal menaiki bas ekspres menuju ke kampung ayahnya di Johor. Mula-mula ibu Haiqal melarang keras namun Haiqal bertekad ke sana setelah dibenarkan oleh bapa tirinya “walid” Ratna menemani Haiqal ke stesen bas tersebut.
JAWAPAN SOALAN 4(b) Zon 3
Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Pengajaran yang berkaitan kesungguhan yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha mempertahankan hasil kajian daripada mengalami kemusnahan. Contohnya, Karl yang menghidap penyakit usus tetap gigih melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan projek Dinara. Beliau telah berusaha keras untuk menyelamatkan Sistem Dinara.
Novel kedua yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Pengajaran yang berkaitan kesungguhan yang terdapat dalam novel ini ialah kita sepatutnya berusaha gigih untuk mempertahankan seni warisan bangsa. Hal ini dibuktikan apabila Haiqal seorang anak muda iaitu anak kepada Amirulnizam atau Abdullah bin Kayan meneruskan meneruskan kegiatan sastera dan budaya warisan bapanya. Beliau telah berusaha untuk mengadakan persembahan tarian zapin jincat di Balai Raya Seri Purnama Batu Pahat Johor, kampung halaman arwah bapanya.
Soalan 4: Novel [ Zon 3]
[15 markah]
4 (a) Jelaskan dua pengajaran tentang kegigihan dalam sebuah novel yang anda telah pelajari. [7 markah]

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menarik minat pembaca. [8 markah]

NOVEL DI SEBALIK DINARA
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor, terdapat beberapa pengajaran tentang kegigihan dalam novel tersebut.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah gigih berusaha dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, Aqram gigih berusaha untuk menjejaki Farisha. Dia telah mengambil cawan Farisha semasa di dalam kapal terbang dan telah bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha bagi mengenal pasti identitinya.

Akhir sekali, pengajaran yang terakhir ialah kita hendaklah gigih berusaha menjalankan penyelidikan sains dan teknologi. Sebagai contoh, Karl, Marilyn/Medina, Dr. Maxi dan kakitangan Soft Lab gigih menjalankan uji kaji dan penyelidikan. Akhirnya, Karl telah berjaya mencipta manusia prototaip iaitu Alia dan Aqram.

NOVEL SILIR DAKSINA
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Silir Daksina karya Nizar Parman, terdapat beberapa pengajaran tentang kegigihan dalam novel tersebut.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah gigih berusaha dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, Abdullah bin Kayan/Amirulnizam/Cikgu Zam gigih menghidupkan semula kumpulan D’Purnama dan mempopularkan kembali tarian zapin jincat dalam kalangan anak muda di kampungnya. Cikgu Zam telah berjaya mengharumkan nama Kampung Seri Purnama dengan kegiatan seni dan sastera melalui penubuhan Akademi Sastera Rakyat (Aksara).

Akhir sekali, pengajaran yang terakhir ialah kita hendaklah gigih bekerjasama menjayakan sesuatu program atau acara. Sebagai contoh, penduduk Kampung Seri Purnama gigih dan saling membantu bagi menjayakan sambutan hari Kemerdekaan dan persembahan zapin D’Purnama pada malam tersebut di peringkat mukim dan dipilih untuk menjadi tuan rumah. Masyarakat kampung gigih memasang balai, serata, sistem pembesar suara dan persiapan tempat manakala orang-orang perempuan pula gigih membuat persiapan pentas dan jamuan.

NOVEL D SEBALIK DINARA & NOVEL SILIR DAKSINA
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan Novel Silir Daksina karya Nizar Parman, terdapat beberapa peristiwa yang dapat menarik minat pembaca dalam kedua-dua buah novel ini.
Dalam novel tingkatan 4, peristiwa yang diperoleh ialah peristiwa pertemuan antara Farisha dan Medina ketika Karl sedang sakit nazak di hospital seterusnya menghembuskan nafas yang terakhir. Peristiwa ini menarik minat pembaca/saya kerana akhirnya rahsia Farisha sebagai anak kandung Karl dan Medina telah terbongkar serta Farisha telah memaafkan ayahnya Karl sebelum meninggal dunia menunjukkan ketaatan seorang anak terhadap ayah kandung sendiri.

Manakala dalam novel tingkatan 5, peristiwa yang diperoleh ialah peristiwa Haiqal berpasangan dengan See Hwa dalam persembahan tarian zapin jinjat di Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini menarik minat pembaca/saya kerana seorang gadis Cina dapat menari tarian Zapin dengan baik sekali dan menunjukkan masyarakat majmuk yang harmoni di Malaysia.

Soalan 4: Novel-Johor
Soalan 4(a) : Tema (Lengkapkan dalam karangan)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Tema : Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
Huraian :
1. Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
2. Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya Farisha untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3. Karl menyeksa isterinya Rusmina hingga cacat dan menukarnya menjadi cyborg yang bernama Alia.

Novel yang saya pelajari ialah …………………………karya ……………………Novel ini memaparkan tema tentang…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
                Peristiwa yang membuktikan tema ini ialah…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
                Selain itu, peristiwa tentang……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. serta ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Silir Daksina karya Nizar Parman
Tema : Kekeluargaan.
Huraian :
- Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian kedua-dua orang ibu bapanya menyebabkan uminya memisahkannya daripada ayah kandungnya, iaitu Abdullah Bin Kayan.
- Umi menceritakan kisah perkahwinannya selama 3 tahun yang tidak bermakna kepada Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti ayahnya kerana merasakan kehidupan penulis seperti hidup dengan bayang-bayang.
- Haiqal sanggup ke Batu Pahat, Johor seorang diri untuk menjejaki sejarah hidup arwah ayahnya. Walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapa pun di Kampung Seri Purnama.
- Cikgu Nizam sering menetap potret wajah anaknya, iaitu Aiman pada setiap malam kerana rindu akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadangkala menangis akibat terlalu merindui anaknya.

Novel yang saya pelajari ialah …………………………karya ……………………Novel ini memaparkan tema tentang…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
                Peristiwa yang membuktikan tema ini ialah…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
                Selain itu, peristiwa tentang……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. serta ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Soalan 4(b) Peristiwa menunjukkan kasih sayang
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1.                   Peristiwa Azraai memasang sistem keselamatan ‘retina scanner’ di apartmen Farisha kerana risau akan keselamatan adiknya. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang abang terhadap adiknya walaupun hanya adik angkat.
2.                   Peristiwa Medina melarikan Farisha ketika masih bayi dan menyerahkan kepada keluarga angkat supaya tidak dijadikan bahan ujikaji oleh Karl. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang ibu terhadap anaknya yang tidak sanggup melihat anaknya menderita.
3.                   Peristiwa Farisha menangis apabila mendapat tahu abangnya Azraai menghidap penyakit jantung. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang adik terhadap abangnya walaupun hanyalah keluarga angkat.
4.                    Peristiwa Karl mengubah adiknya Aqraam menjadi seorang cyborg yang sempurna kerana dia tidak mahu melihat adiknya meneruskan kehidupan sebagai kanak-kanak yang terencat akal. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang abang terhadap adiknya yang tidak mahu adiknya menjalani kehidupan yang sukar.

Silir Daksina karya Nizar Parman
  1. Peristiwa Abdullah Kayan sangat menyayangi anaknya, Haiqal Hakimi. Dia terlalu merindui anaknya sehingga menghasilkan sebuah manuskrip untuk menceritakan kisah hidupnya kepada anaknya. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya yang telah dipisahkan oleh isterinya sendiri.
  2. Peristiwa Haiqal yang sangat menyayangi arwah ayahnya, Abdullah Bin Kayan. Dia sanggup pergi ke Batu Pahat Johor untuk menyingkap rahsia kehidupan arwah ayahnya walaupun setelah ayahnya meninggal dunia. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang anak terhadap bapanya.
  3. Peristiwa walid berjanji akan menampung kos kehidupan Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor. Hal ini kerana umi telah melarang Haiqal dan tidak mahu menyokong Haiqal ke kampung arwah ayahnya. Walaupun Haiqal hanya anak tirinya, walid menyayangi Haiqal sama seperti dia menyayangi anaknya sendiri Siti Asiyah. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang antara ahli keluarga walaupun hanyalah keluarga tiri.

Novel yang saya kaji ialah novel………………………………. karya………………………. serta novel………………………… karya ……………….Kedua-dua novel ini memaparkan peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang.

Dalam novel Di Sebalik Dinara, peristiwa yang menunjukkan kasih sayang ialah………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang……………………………………………………………………………………………………………..
Manakala dalam novel Silir Daksina, peristiwa ini ditunjukkan ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang……………………………………………………………………………………………………………..

SOALAN TATABAHASA: RAMALAN
(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberikan.

(i) Mereka memancing ikan pagi tadi.
(ii) Encik Razali bendahari PIBG di sekolah itu.
(iii) Murid itu dipuji kerana rajin membantu guru.
(iv) Pameran robotik itu akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan.
(v) Jentuai digunakan untuk menuai padi.
(vi) Rakyat negara kita dapat hidup harmoni melalui perpaduan.      [6 markah]

(b) Membina Ayat Tanya:Jawapan (Salin)
(i) Bilakah mereka memancing ikan?
(ii) Siapakah bendahari PIBG di sekolah itu?
(iii) Mengapakah murid itu dipuji?
(iv) Di manakah pameran robotik itu akan diadakan?
(v) Apakah alat yang digunakan untuk menuai padi?
(vi) Bagaimanakah rakyat negara kita dapat hidup harmoni?

NEGERI SEMBILAN
(b)
Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.


(i)
"Amboi, sudah pukul 12.00 tengah hari baru bangun tidur!'' kata emak kepada adik.


(ii)   
"Mengapa kamu sering datang lewat ke sekolah?" tanya pengetua kepada Ahmad.


(iii)   
“Tidak, saya tidak terlibat dalam kejadian buli di asrama,” kata Kamil.  “Saya difitnah,” sambungnya lagi.


TERENGGANU
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
(b)
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).




(i)
Ayah Ahmad seorang askar yang berkhidmat di luar negara.




(ii)
Motosikal merah itu untuk abang saya yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.




(iii)
Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan hamparan hijau.




(iv)
Beberapa orang pakar bedah sedang melakukan pembedahan jantung.




(v)
Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya.




(vi)
Mereka telah mencuri barangan yang sangat berharga itu.



PERLIS
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Bayi akan mengalami kesan yang berbeza-beza terhadap ubat. Kesan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor
     terutama keturunan.
(ii) Rumah ialah tempat terbaik untuk berehat. Rumah juga tempat terbaik untuk menenangkan fikiran. Penghuni
      rumah tidak kisah membelanjakan wang asalkan rumah mereka cantik.
(iii) Ameera tekun menyiapkan kerja kursus Sejarah. Kerja kursus itu telah diberikan oleh Puan Munirah. [6 markah]

PENANG FREE SCHOOL
(b) Nyatakan pola ayatbagi ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Serndi (FN + FS).

(i)                  Anak kucing itu sangat comel dan manja kepada sesiapa yang mendekatinya.
(ii)                 Dia masih di kampung kerana ibunya masih belum sihat.
(iii)               Pihak polis melaporkan bahawa jalan yang runtuh itu masih belum boleh dilalui.
(iv)               Pemandangan pantai Teluk Cempedak pada waktu senja sangat cantik.
(v)                 Budak yang membaca buku di perpustakaan itu adik saya.
(vi)              Jenazah pelajar Malaysia yang terkorban di Turki akan dibawa pulang ke tanah air esok.

TEMERLOH
(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.
(i) Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna.
(ii) Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual.
(iii) Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas.
(iv) Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna biasa.
(v) Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian Internet, berkamera dan boleh memuat turun muzik.
(vi) Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA, iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga
       rutin    anda setiap hari. [6 markah]

KOTA MARUDU
(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
(i) Kemalangan jalan raya yang serius itu berlaku di selekoh tajam Jalan Pekan Marudu.
(ii) Masyarakat Iban pada zaman dahulu mengatasi masalah kesihatan dengan mengamalkan banyak petua dan
      pantang larang.
(iii) Pada tahun 1997, bendera Malaysia ditukarkan nama kepada Jalur Gemilang.
(iv) Bonus sebanyak RM1 juta akan diberikan kepada para atlet yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan
      Olimpik.
 (v) Pelajar wajib menghadiri aktiviti kokurikulum kerana dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti yang
       berfaedah.
 (vi) Rosemella berhenti pengajiannya di universiti sejak ayahnya meninggal dunia disebabkan berlaku kemalangan di
tempat kerja.

SUNGAI LANGAT PERAK
(a)    Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberikan.

i)                    Pertandingan bola sepak Piala Dunia diadakan di Russia.
ii)                  Penceraian ibu bapa merupakan punca anak-anak bermasalah di sekolah.
iii)                Adik telah memakan buah pisang di dalam kotak itu.
iv)                Penumpang bas persiaran itu dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah semasa bas itu kemalangan.
v)                  Kejadian angin kencang yang menumbangkan banyak pokok telah berlaku awal pagi semalam.
vi)                Bagi membuat kuih baulu yang sedap perlulah menggunakan tepung gandum yang berkualiti.
          [ 6 markah]
TELUK INTAN PERAK
(b)        Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

(i)                 Encik Ismail pengarah urusan Syarikat Jaya Murni.

(ii)               Cikgu Aliza akan berpindah ke Pulau Langkawi pada akhir bulan ini.

(iii)             Pertandingan pidato sempena Bulan Bahasa diadakan di Dewan Sigma.

(iv)             Biskut dan kek yang dibuat oleh kakak mendapat pujian pembeli kerana dibuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi.

(v)               Periuk tekanan Noxxa digunakan untuk memasak sup tulang dengan cepat.

(vi)             Penduduk Kampung Sentosa hidup aman damai melalui semangat kerjasama dan saling memahami antara mereka.
 [6 markah]
PERAK
(b)        Bina satu ayat tanya berdasarkan setiap ayat penyataan yang dicondongkan di       bawah.

( i )       Pencuri itu telah ditangkap pada pukul 7 pagi tadi.

(ii)        Semua murid SMK Mutiara akan menghadapi peperiksaan di Dewan Wawasan.

(iii)       Ya, saya akan melakukan tugasan itu.

(iv)       Dalam kotak ini ada hadiah.

(v)        Normah tidak datang ke sekolah sebab perutnya sakit.

(vi)       Keadaan nenek saya sihat.

SBP
(b)       Cerakinkan setiap ayat majmuk kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)            Kedua-dua orang mempelai tersebut ke pelamin lalu duduk bersanding.
(ii)           Ribut taufan yang melanda negara itu amat dahsyat sekali.
(iii)          Bunyi enjin kereta lumba itu sangat kuat sehingga memekakkan telinga.

MRSM
(b) Tukarkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat tanya dengan menggunakan kata Tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah berpandukan dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberikan.
(i) Encik Arsyad dan Puan Leila mempunyai empat orang anak lelaki.
(il) Kerana hujan lebat,latihan bola sepak pada petang ini terpaksa dibatalkan.
(iii) Perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel yang terkemuka di ibu kota.
(iv) Kuih baulu dihasilkan dengan memutarkan  telur dan gula sehingga kembang sebelum dimasukkan tepung.
(v) Kek yang ditempah sempena persaraan pengetua itu akan dihantar sebentar lagi.
(vi) Gejala sosial dalam kalangan remaja disebabkan oleh pengabaian ibu bapa.
BARAM
(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
“Faizul, mengapakah awak tidak menghadiri latihan bola sepak semalam?” tanya Aiman.
“Kaki saya sakit kerana saya terjatuh tangga semalam,”jawab Faizul.
“Bagaimanakah awak boleh jatuh tangga?” tanya Aiman lagi.
“Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah nenek saya,” jawab Faizul.
“Faizul, saya fikir lebih baik awak pergi berurut sebelum kaki awak bertambah bengkak,” saran Aiman.
“Baiklah, saya akan pergi berurut lepas waktu persekolahan nanti,” kata Faizul.

SUNGAI KARANGAN KEDAH
(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Aiman : Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?
Kok Seong : Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Aiman : Kalau begitu, saya cadangan awak mengikut saya pulang ke kampung saya.
Kok Seong : Apakah yang menarik di kampung awak?
Aiman : Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang juga musim buah-buahan.
semoga berjaya!!! Cigu Midah Jumbakpek 2019

No comments:

Post a Comment