Saturday, March 28, 2020

PENGENALAN KAEDAH JUMBAKPEK DALAM KARANGAN KERTAS 1


PENGENALAN TEKNIK JUMBAKPEK
Proses dan strategi penulisan Karangan
1.      Mengenal tajuk soalan
2.      Rangka karangan
3.      Menulis karangan
4.      Menyemak karangan

1.1   Mengenal Tajuk Soalan :TEKNIK TAAFDIRU
Tafsir dan kenal: teknik TAAFDiRu (Tema/ayat tugasan/format karangan/dimensi/rangka isi/ungkapan menarik)
1.      Ayat Tugasan /soalan
2.      Format karangan
3.      Ayat Isu /Tema
4.      Akar isu
5.      Dimensi karangan
TEKNIK TAAFDIRU
TEMA/ISU
Tema karangan yang dominan (isu utama)

AKAR TEMA
Anak-anak tema/ isu sampingan

AYAT TUGASAN
Soalan /tajuk soalan

FORMAT KARANGAN
Karangan berformat: rencana/laporan/wawancara/surat rasmi /surat tak rasmi
Karangan tak berformat
DIMENSI KARANGAN
1.      Individu 2. Keluarga. 3. Masyarakat 4. Negara/global  5. Komsas
RANGKA ISI
 3 isi (karangan rangsangan)  / 5 isi (karangan umum)

UNGKAPAN MENARIK
Peribahasa/cogan kata/ kata-kata hikmah
Contoh 1:
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.

TEMA/ISU
 Gaya hidup sihat
AKAR TEMA
masyarakat yang pentingkan kesejahteraan hidup / kerajaan /sentiasa terjaga
AYAT TUGASAN
Amalan-amalan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga

FORMAT KARANGAN
Bincangkan (KTB)
DIMENSI KARANGAN
Diri (anda=saya)
RANGKA ISI
5 isi
UNGKAPAN MENARIK
Otak sihat badan cergas/ ingat sebelum kena

Contoh 2:
Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat dan efisien.
Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.

TEMA/ISU
Teknologi maklumat
AKAR TEMA
pengaruh teknologi maklumat /berinteraksi dengan lebih mudah /cepat dan efisien / remaja
AYAT TUGASAN
faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.

FORMAT KARANGAN
Nyatakan pendapat
DIMENSI KARANGAN
Diri/individu – anda =saya
RANGKA ISI
5 isi (Karangan Respon Terbuka) & 3 isi (Karangan Rangsangan)
UNGKAPAN MENARIK
Melentur buluh biar dari rebungnya,

KAEDAH MENULIS KARANGAN
STRATEGI MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN:TEKNIK KSSMJA
K
Kenyataan tentang tema / isu secara umum (ambil dari soalan)
Belakangan ini, isu Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup. 
S
Sebab / pendirian ayat tugasan dengan  isu tema yang relevan + saranan huraian + peribahasa
-          Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup sihat amat penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.
-          Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.
-          Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan .
S
Serius/sukar /membimbangkan + huraian isu semasa
Umum mengetahui, bahawa amalan ini sukar untuk menjadi budaya dalam mayarakat yang kian mementingkan kerjaya daripada kesihatan diri semata-mata
M (AA)
Mengapa Persoalan Tajuk /apakah (AT)
Persoalannya, apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa  terjaga ?.
Ja (AT)
Jawapan ayat tugasan + huraian
Sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan negara.

Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.

Kempen gaya hidup sihat merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup (K).  Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup sihat amat penting untuk meningkatkan kesihatan masyarakat. Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.  Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan(S). Umum mengetahui, bahawa amalan ini sukar untuk menjadi budaya dalam mayarakat yang kian mementingkan kerjaya daripada kesihatan diri semata-mata (S). Persoalannya, apakah amalan-amalan yang wajar saya lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa  terjaga ?(M) Sesungguhnya, terdapat pelbagai amalan yang boleh kita lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi kesejahteraan negara. (JA)
(      103      patah perkataan)
STRATEGI MENULIS ISI/IDEA/JUDUL KARANGAN:TEKNIK JUMBAKPEK
AYAT
Modul JUMBAKPek
Huraian isi
Ayat 1
JU -Judul/idea
Judul / isi utama
Ayat 2
M – Mengapa
Huraian sebab (Apa,Siapa,Di mana, Mengapa,Bila)
Ayat 3
BA –Bagaimana
Huraian bagaimana, tindakan, strategi
Ayat 4
K- Kesan/KBAT/Contoh
Kesan daripada huraian
Contoh diambil daripada judul /idea
Kbat berdasarkan isu-isu semasa yang berkaitan atau mana-mana mata pelajaran seperti Sains, Fizik, Kimia, Geografi, sejarah dan lain-lain)
Ayat 5
Pe-Peribahasa/Ungkapan menarik
Letak peribahasa yang sesuai di tengah ayat atau akhir ayat atau di tempat yang bersesuaian
Ayat 6
K - Kesimpulan
Kesimpulan judul idea
-           Boleh tambah 2 ayat atau lebih ayat serta contoh boleh diletakkan di mana-mana bahagian huraian isi.

1.      Strategi  JUMBAKPeK merupakan kaedah mengarang isi karangan
2.      Pelajar perlu mengenal terlebih dahulu tajuk soalan, kemudian menganalisis dan merangka isi barulah mengarang menggunakan teknik ini.
3.      Anggaran baris ayat yang diperlukan ialah antara 10-15 baris
4.      Strategi  ini sesuai untuk pelajar cemerlang dan sederhana.
5.      Bagi pelajar yang cemerlang, digalakkan menulis huraian yang lebih daripada 2 ayat dalam setiap modul JUMBAKPeK tersebut.
6.      Gunakan penanda wacana yang disediakan mengikut ayat.
7.      Dalam penulisan karangan strategi  JUMBAKPeK, pelajar didedahkan dengan memasukkan peribahasa , slogan atau kata-kata hikmat yang disediakan mengikut tema tajuk.

STRATEGI MENULIS PENUTUP KARANGAN : PESAHAKE
Penegasan
(PE)
Berdasarkan huraian berkaitan dengan gaya hidup sihat, ternyatalah bahawa banyak amalan yang dapat dilakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Saranan
(SA)
Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar hidup kita sejahtera sepanjang masa bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad iaitu gunakanlah masa sihatmu, sebelum masa sakitmu.
Harapan
(HA
Kita mengharapkan apabila kesihatan terjaga maka lahirlah  insan yang sihat  dan sentiasa boleh beribadah kepada Allah, memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara.
Kesimpulan
(KE)
Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan kesihatan dengan melakukan pelbagai amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan kita seharian demi mencapai wawasan 2020 nanti.

Berdasarkan huraian berkaitan dengan gaya hidup sihat, ternyatalah bahawa banyak amalan yang dapat dilakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga demi melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup (PE) Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar hidup kita sejahtera sepanjang masa bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad iaitu gunakanlah masa sihatmu, sebelum masa sakitmu(SA).  Kita mengharapkan apabila kesihatan terjaga maka lahirlah  insan yang sihat  dan sentiasa boleh beribadah kepada Allah, memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara (HA) .  Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan kesihatan dengan melakukan pelbagai amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan kita seharian demi mencapai wawasan 2020 nanti (KE) ( 110  patah perkataan)

No comments:

Post a Comment