Thursday, March 26, 2020

ISI KARANGAN SPM 2020


RAMALAN 1; KARANGAN
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah peranan kita dalam membincangkan isu ini? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya.  . …(fokus)  ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Antara kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah dapat menjamin perpaduan kaum. Hal ini kerana, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian kaum ini juga membawa kepada perbezaan dari segi budaya, adat resam, kepercayaan.  Apabila masyarakat mempunyai sikap toleransi, persefahaman dan berhemah dalam menguruskan kehidupan, maka semangat patriotik dapat diperkukuhkan. Kesannya, masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan saling bekerjasama untuk memajukan negara. Jelaslah bahawa, kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masayarakat dapat menjamin perpaduan kaum. . (89 patah perkataan)
Sebagai pencetus minda yang pertama tentang kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah dapat menjamin perpaduan antara kaum. Hal ini kerana, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian kaum ini juga membawa kepada perbezaan dari segi budaya, adat resam, kepercayaan.  Apabila masyarakat mempunyai sikap toleransi, persefahaman dan berhemah dalam menguruskan kehidupan, maka semangat patriotik dapat diperkukuhkan. Kesannya, masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan saling bekerjasama untuk memajukan negara. Jelaslah bahawa, kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masayarakat dapat menjamin perpaduan kaum. .
Selain itu, kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah dapat mengelakkan perbuatan negatif. Kita sedia maklum, kerajaan telah menyediakan pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Harta benda awam ini perlu dijaga, disayangi dan digunakan dengan sebaik mungkin supaya semua masyarakat dapat menggunakannya dengan selesa dan sempurna. Contoh kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berkuasa ialah stesen bas, papan tanda, tandas awam dan sebagainya Kesannya, apabila masyarakat dapat menjaganya dengan baik, kerajaan tidak perlu memperuntukkan perbelanjaan bagi membaikpulih kemudahan tersebut. Ternyatalah,  mengelakkan perbuatan negatif merupakan kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masayarakat. . (89 patah perkataan)
Menyingkap daripada perspektif yang lain, kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah dapat mengelakkan perbuatan negatif. Kita sedia maklum, kerajaan telah menyediakan pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Harta benda awam ini perlu dijaga, disayangi dan digunakan dengan sebaik mungkin supaya semua masyarakat dapat menggunakannya dengan selesa dan sempurna. Contoh kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berkuasa ialah stesen bas, papan tanda, tandas awam dan sebagainya Kesannya, apabila masyarakat dapat menjaganya dengan baik, kerajaan tidak perlu memperuntukkan perbelanjaan bagi membaikpulih kemudahan tersebut. Ternyatalah,  mengelakkan perbuatan negatif merupakan kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. . (89 patah perkataan)
Kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat yang seterusnya ialah dapat memajukan negara. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai masyarakat yang berjiwa patriotik, kita sewajarnya berusaha untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang. Kejayaan kita akan membolehkan negara kita mendapat nama di persada antarabangsa. Kita boleh mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang seperti bidang sukan, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Contohnya Dato Lee Chong Wei (Sukan) dan Dato' Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan). Kesannya, nama negara kita akan menjadi sebutan dan juga perhatian oleh negara lain. Terbuktilah, dapat memajukan negara merupakan kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masayarakat.  (89 patah perkataan)
Dari lensa pemikiran saya yang terakhir berkaitan kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah dapat memajukan negara. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai masyarakat yang berjiwa patriotik, kita sewajarnya berusaha untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang. Kejayaan kita akan membolehkan negara kita mendapat nama di persada antarabangsa. Kita boleh mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang seperti bidang sukan, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Contohnya Dato Lee Chong Wei (Sukan) dan Dato' Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan). Kesannya, nama negara kita akan menjadi sebutan dan juga perhatian oleh negara lain. Terbuktilah, dapat memajukan negara merupakan kepentingan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan masayarakat.  (100 patah perkataan)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu   …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.
RAMALAN 2: Cara-cara anda menjaga kebersihan
o   Kebersihan diri.
o   Kebersihan persekitaran.
o   Kebersihan makanan.
o   Memakai pakaian yang bersih dan sesuai.
o   Mengurus penjagaan diri dengan sebaik mungkin - mandi, gosok gigi, potong kuku.
o   Membersihkan rumah dan persekitaran secara berterusan dan berkala.
o   Mengambil makanan yang bersih, berkhasiat dan sihat.
o   Mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat yang kotor dan tidak bersih - tempat pembuangan sampah.

RAMALAN 3: TELEFON PINTAR-Peranan Ibu Bapa untuk Mengawal anak-anak dalam penggunaan Telefon Pintar
q  Ibu bapa menasihati anak-anak agar tidak menyalahgunakan telefon pintar.
q  Ibu bapa memantau penggunaan telefon pintar oleh anak-anak.
q  Ibu bapa mengehadkan penggunaan telefon pintar.
q  Ibu bapa menjadi suri teladan ketika menggunakan telefon pintar.
q  Ibu bapa mengambil tindakan tegas jika anak-anak menyalahgunakan telefon pintar.

RAMALAN 4: MAKANAN TAMBAHAN-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan kepada Masyarakat.
(positif dan negatif)
q  Meningkatkan imunisasi badan - memberikan antibodi kepada badan.
q  Mencegah pelbagai penyakit kronik.
q  Menjayakan pemakanan secara sihat - menyegarkan tubuh badan disebabkan kesibukan dengan tugasan harian
q  Meningkatkan tahap kecerdasan dari segi fizikal dan mental.
q  Menjadi punca pelbagai penyakit jika tidak dikawal atau diambil secara berlebihan.
q  Merosakan organ dalaman tubuh badan - kesan bahan kimia yang berlebihan.


RAMALAN 5: PEKERJA ASING-Faktor-faktor Malaysia Menjadi Pilihan Pekerja Asing dari Negara Jiran
q  Peluang pekerjaan yang terbuka luas dalam pelbagai sektor.
q  Dasar kerajaan yang membenarkan kemasukan pekerja asing.
q  Masalah ekonomi di negara asal.
q  Bencana alam yang berlaku di negara-negara jiran.
q  Kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik.
q  Persamaan budaya, agama dan bahasa di negara kita dengan negara jiran.

RAMALAN 6: MINAT MEMBACA -Ciri-ciri Karya Sastera yang Boleh Menarik Generasi Muda.
o  Karya yang bertemakan permasalaha remaja - konflik percintaan, persahabatan dan kekeluargaan.
o  Mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak meleret-leret.
o  Mempunyai unsur-unsur imiginasi - unsur tahyul dan cinta remaja.
o  Menampilkan gaya bahasa yang indah dan mudah difahami.
o  Nilai dan pengajaran yang memberikan kesan kepada pembaca dalam kehidupan.

RAMALAN 7:
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah peranan kita dalam membincangkan isu ini? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya.  . …(fokus)  ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)  ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Antara kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal ialah kemusnahan habitat flora dan fauna. Hal ini kerana, kebanyakan flora dan fauna menjadikan hutan sebagai habitat mereka. Apabila hutan ditebang, flora dan fauna akan musnah dan tiada tempat untuk membiak. Flora dan Fauna ini juga sukar untuk mendapatkan sumber makanan bagi meneruskan kehidupan mereka. Contoh flora dan fauna yang telah musnah ialah pokok hutan, paku-pakis, haiwan dan sebagainya . Kesannya, flora dan fauna akan pupus dan lenyap dari persekitaran kita. Jelaslah bahawa, kemusnahan habitat flora dan fauna merupakan kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal. (91 patah perkataan)
Selain itu, berlakunya bencana alam juga merupakan kesan-kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal.  Fenomena ini berlaku kerana fungsi hutan sebagai penapis kepada hakisan tanah telah tidak berfungsi. Apabila berlakunya penerokaan hutan yang tidak terkawal, tanah akan menjadi gondol. Air hujan yang turun akan menghakis tanah di kawasan tersebut.   Contoh bencana alam yang akan berlaku ialah banjir kilat, tanah runtuh, tanah mendap dan sebagainya.  Implikasinya boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan juga kehilangan nyawa. Ternyatalah bahawa, kesan-kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal ialah berlakunyan bencana alam.          (85 patah perkataan)
          Di samping itu, kesan-kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal yang seterusnya ialah peningkatan suhu bumi. Kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini suhu bumi semakin meningkat dari hari ke hari. Situasi ini memberikan implikasi  kepada cuaca  dan iklim dunia. Jika tidak dikawal, semua kehidupan akan mendapat tempias daripada fenomena ini. Contoh peningkatan suhu bumi ialah kepanasan yang melampau, kebakaran hutan dan juga kecairan ais di kutub utara. Implikasinya, semua kehidupan di atas muka bumi akan mengalami kehidupan yang kurang selesa. Terbuktilah bahawa, peningkatan suhu bumi merupakan salah satu kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal. (90 patah perkataan)
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu   …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.

RAMALAN 8: MEMBACA- Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya
Syarahan
       Kata alu-aluan
       Kata sapaan
       Penutup
       Memperoleh pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan.
       Dapat menambah kosa kata @ perbendaharaan kata.
       Boleh berkongsi pelbagai maklumat dan isu-isu semasa.
       Berupaya menjadi individu yang disanjung tinggi.
       Mengelakkan diri daripada ditipu atau ditindas.
       Menjadi individu  yang berjaya dan cemerlang.
       Memperoleh keputusan peperiksaan yang baik.

RAMALAN 9: MEDIA SOSIAL-Peranan Ibu Bapa untuk Mengawal anak-anak dalam penggunaan media sosial
q  Ibu bapa menasihati anak-anak agar tidak menyalahgunakan media sosial.
q  Ibu bapa memantau penggunaan media sosial oleh anak-anak.
q  Ibu bapa mengehadkan penggunaan media sosial.
q  Ibu bapa menjadi suri teladan ketika menggunakan media sosial.
q  Ibu bapa memasang alat untuk mengawal penggunaan media sosial oleh anak-anak.

RAMALAN 10: SEMANGAT PATRIOTIK-Usaha-usaha oleh pelbagai pihak untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara.
q  Ibu bapa membawa anak-anak menjayakan program semangat patriotik.
q  Masyarakat mengadakan program berkaitan dengan semangat patriotik.
q  Pihak sekolah menubuhkan Kelab Rukun Negara atau Kelan Setia.
q  Kerajaan memperuntukkan dana untuk merealisasikan program semangat patriotik.
q  Media massa memaparkan dokumentari  tentang semangat patriotik.

RAMALAN 11: KEMASUKAN PENDATANG TANPA IZIN-Impak kemasukan pendatang tanpa izin disesebuah negara dan cara mengatasi melalui kerjasama secara global
Impak kemasukan - jenayah meningkat, pembawaan penyakit,
                                 pergaduhan.
q  Mengadakan kerjasama antara negara serantau.
q  Memperkukuhkan lagi agensi penguatkuasaan.
q  Memperketatkan kawalan di pintu sempadan.
q  Menyalurkan maklumat secara tepat dan betul.
q  Mengenakan hukuman dan denda yang lebih berat.

RAMALAN 11: Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya.  . …(fokus)  ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Antara keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian ialah dalam bidang pengajian jarak jauh. Pengajian jarak jauh ialah proses pembelajaran yang berlaku antara pengajar dan pelajar tanpa bersua muka. Pelajar boleh menimba pelbagai ilmu walaupun tidak bertemu atau berjumpa dengan pensyarah atau guru mereka. Contoh media sosial yang boleh digunakan untuk tujuan pengajian jarak jauh ialah Whatsapp, Wechat, Instagram dan e-mel. Kesannya, pelajar dapat menambah dan memperkukuh pengetahuan walaupun tidak bertemu dengan pengajar. Jelaslah bahawa, keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian ialah dalam bidang pengajian jarak jauh . (89 patah perkataan)
Selain itu keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian sebagai alat perhubungan. Hal ini kerana, dalam dunia tanpa sempadan hari ini, masyarakat hidup atau tinggal berjauhan daripada keluarga, teman dan sanak-saudara. Namun begitu, tinggal berjauhan itu sudah tidak dirasai kerana mereka boleh berhubung pada setiap masa. Masyarakat boleh menggunakan pelbagai media sosial untuk berhubung dengan ahli keluarga seperti Facebook, panggilan video, Whatsapp, dan sebagainya. Implikasinya rasa kerinduan pada keluarga dapat dikurangkan dan ikatan silaturahim akan bertambah kukuh. Ternyatalah bahawa, keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian ialah sebagai alat perhubungan.          (89 patah perkataan)
Di samping itu, sebagai alat sebaran maklumat juga merupakan keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian. Kita sedia maklum, media sosial dapat digunakan untuk menyebarkan pelbagai maklumat kepada semua golongan masyarakat. Maklumat ini meliputi aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, berita semasa dan sebagainya. Antara media sosial yang boleh digunakan untuk tujuan sebaran maklumat ialah Facebook, Twitter, Instagram dan SMS . Implikasinya masyarakat akan memperoleh maklumat tersebut dengan cepat dan pantas. Namun begitu, masyarakat sewajarnya menyebarkan maklumat yang sahih sahaja. Terbuktilah, keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian ialah sebagai alat sebaran maklumat. (89 patah perkataan)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu   …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.

RAMALAN 12: Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah koperasi sekolah kepada murid-murid. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
          Antara faedah koperasi sekolah kepada pelajar adalah memudahkan murid memperoleh barangan keperluan persekolahan. Hal ini kerana barang keperluan pembelajaran murid banyak dijual di koperasi sekolah. Murid tidak perlu membeli barangan tersebut di kedai atau pasar raya yang jauh dari rumah mereka. Contoh barangan keperluan murid-murid ialah buku latihan, alat tulis, baju sukan dan sebagainya. Kesannya, murid akan memperoleh barangan keperluan mereka dengan kadar segera dan ini dapat menjimatkan masa murid. Jelaslah bahawa, memperoleh barangan keperluan persekolahan merupakan faedah koperasi sekolah kepada murid. (89 patah perkataan)
Selain itu faedah koperasi sekolah kepada murid adalah mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan pekerja koperasi. Situasi ini dapat diwujudkan apabila murid yang bekerja di koperasi melaksanakan proses jual beli. Terdapat pelbagai urusan yang terpaksa mereka lakukan apabila menjalankan urusan perniagaan. Contoh bakat keusahawan yang dipelajari ialah menguruskan akaun, mengira untung rugi, kaedah mempromosikan jualan dan sebagainya. Kesannya, murid dapat menggunakan pengalaman yang berharga ini dalam kehidupan mereka pada masa hadapan. Jelaslah bahawa, mengasah bakat keusahawanan merupakan faedah koperasi sekolah kepada murid. (89 patah perkataan)
Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid juga merupakan faedah koperasi sekolah kepada murid. . Hal ini kerana, murid perlu menyemaikan nilai-nilai murni dalam menjalankan urusan perniagaan supaya dapat menarik perhatian rakan-rakan untuk membeli barangan di koperasi. Nilai murni ini juga memandu murid untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari ialah amanah, efisien, bertanggungjawan, bersopan santun dan sebagainya. Implikasinya, kehidupan murid akan bertambah baik kerana mereka mengamalkan budaya yang sihat dalam kehidupan mereka . Jelaslah bahawa, memupuk nilai-nilai murni merupakan faedah koperasi sekolah kepada murid. (89 patah perkataan)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu   …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.

RAMALAN 13: ZAMAN REMAJA-Kegiatan-kegiatan Bermanfaat yang perlu dilakukan oleh KITA untuk mengisi zaman remaja
q  Membantu keluarga menguruskan urusan harian.
q  Melakukan aktiviti riadah dan rekreasi.
q  Memperdalami ilmu agama untuk bekalan masa hadapan.
q  Mengikuti kem motivasi untuk memantapkan jati diri.
q  Bekerja sambilan untuk menyara keperluan hidup dan membantu keluarga.
q  Mengikuti kursus-kursus kemahiran untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

RAMALAN 14: MELESTARI ALAM SEKITAR-Usaha-usaha Meningkatkan Kesedaran Remaja dalam Melestarikan Alam Sekitar.
(Syarahan)
q  Ibu bapa menerapkan kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
q  Pihak sekolah melaksanakan kempen melestarikan alam sekitar secara berterusan untuk murid-murid.
q  Masyarakat setempat mengadakan program gotong royong membersihkan alam sekitar untuk anak-anak remaja.
q  Remaja mengamalkan amalan kitar semula supaya alam sekitar tidak tercemar.
q  Media massa menyiarkan dokumentari berkaitan alam sekitar.
q  Pihak kerajaan menyediakan dana untuk program melestarikan alam sekitar.

RAMALAN 15: KUALITI HIDUP SESEORANG-Cabaran-cabaran untuk meningkatkan kualiti hidup.
(Ilmu pengetahuan & kemahiran
q  Masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan bagi melanjutkan pelajaran.
q  Persaingan merebut tempat dalam bidang pendidikan -
q  Kerapuhan dalam jati diri untuk menyambung pelajaran.
q  Ibu bapa tidak mengambil berat tentang perkembangan pelajaran anak-anak.
q  Peluang pekerjaan semakin sukar - pelajar tidak berminat untuk menyambung pendidikan.
q  Pengaruh rakan-rakan yang kurang berminat dalam bidang pendidikan.

RAMALAN 16: KERJA DI LUAR NEGARA-Kerja di luar negara lebih menguntungkan berbanding dengan kerja di dalam negara.
q  Gaji yang ditawarkan lebih lumayan.
q  Dapat melancong dan melihat tempat menarik.
q  Merasai untuk hidup berdikari dan menghadapi cabaran.
q  Melihat budaya dan cara hidup yang positif untuk dijadikan panduan.
q  Hubungan kekeluargaan dapat dipereratkan kerana jarang berjumpa.
q  Dapat menambahkan kemahiran berbahasa dalam diri.
q  Menambahkan kenalan dan menaikkan imej negara.

RAMALAN 17: NILAI KEMANUSIAAN -Nilai kemanusiaan pada watak utama untuk amalan dalam kehidupan harian.
Nyatakan nama Novel dan watak utama.
q  Nilai kasih sayang - melahirkan keluarga bahagia.
q  Nilai bertanggungjwab - memastikan keluarga mendapat manfaat.
q  Nilai kegigihan - membolehkan kita terus berusaha.
q  Nilai kesetiaan - membolehkan kita saling mempercayaai.
q  Nilai kerajinan - dapat membantu meringankan beban keluarga.
q  Nilai keagamaan - memperbaiki diri dan sentiasa menunaikan kewajiban.

RAMALAN 18: TINGKAH LAKU -Dipengaruhi oleh kesedaran diri, persekitaran dan rakan sebaya.
RAMALAN 19: AMALAN MENGHORMATI ORG TUA- Peranan ahli keluarga memupuk amalan hormat menghormati
RAMALAN 20: SUKAN ANTARABANGSA
Sukan di peringkat antarabangsa membuktikan penyatuan sejagat
RAMALAN 21: KARYA SASTERA DIPINGGIRKAN- Punca-punca berlakunya fenomena ini.
RAMALAN 22:
Isu : Menabung.
Fokus : 1. Peranan ahli keluarga Memupuk Amalan Menabung dalam Kalangan Remaja.
a) Bapa mewajibkan anak-anak yang bersekolah menyimpan 10% daripada perbelanjaan sebagai tabungan.
b) Ibu perlu menjadi suri teladan kepada nak-anak.
c) Abang menggalakkan ahli keluarga menabung dan menyediakan hadiah galakan.
d) Kakak menerangkan kebaikan menabung kepada remaja.

RAMALAN 23:
Isu : Sektor Pelancongan.
Fokus : 1. Keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
a) Mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik.
b) Keamanan negara dan kestabilan sistem politik.
c) Kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh masyarakat.
d) Mempunyai pelbagai jenis perayaan kaum.
e) Mempunyai prasarana yang moden dan terkini untuk memudahkan pergerakan pelancong
f) Kesopanan dan kesantunan rakyat Malaysia. 

RAMALAN 24:
Isu : Pemerdagangan Manusia.
Fokus : 1. Kerjasama antara Malaysia dan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
a) Pemantauan oleh pihak berkuasa secara berterusan di pintu sempadan negara.
b) Media massa menyebarkan kesan pemerdagangan manusia kepada masyarakat.
c) Pihak berkuasa mengenakan tindakan lebih tegas dan keras kepada mereka yang bersalah.
d) Malaysia dan negara jiran mengadakan mesyuarat kerjasama yang lebih kerap dalam isu.  

RAMALAN 25:
Tugasan soalan : Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Semangat Patriotik dalam Diri Anak-anak
Cadangan Idea                                  :
i. membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah
- menimbulkan dan melahirkan minat untuk mengetahui latar belakang sejarah negara.
- -mewujudkan semangat patriotik dengan menghargai sejarah tempat tempat yang dilawati.
ii. membeli buku-buku
- menyediakan bahan bacaan sejarah yang sesuai dengan jiwa anak-anak.
- Menceritakan isi kandungan yang dibaca oleh ibu bapa kepada anak untuk menarik minat mereka membaca buku sejarah yang berbentuk teladan
iii. suri teladan
- sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik dalam menghargai negara.
- Mengambil berat isu berkaitan martabat negara.

RAMALAN 26:
RAMALAN 27:
Usaha-Usaha Memajukan Sektor Pelancongan Negara.
q  Menyediakan kemudahan/prasarana yang lengkap dan baik.
q  Mengamalkan budaya bersopan-santun dengan pelancong.
q  Menjaga kebersihan kawasan-kawasan pelancongan.
q  Memperkenalkan pakej pelancongan baharu – inap desa, kesihatan.
q  Mengadakan promosi pelancongan di dalam / luar negara.
q  Menyediakan pemandu pelancong untuk ke destinasi yang dituju.
q  Memastikan keselamatan pelancong ketika berada di Malaysia.
q  Mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

RAMALAN 28: Langkah-langkah Mengelakkan Diri Menjadi Mangsa Keracunan Makanan
q  Memastikan makan makanan yang baru disediakan.
q  Mengelakkan makan makanan yang terdedah/tercemar.
q  Memastikan kualiti makanan (bau, rasa, rupa) dalam keadaan baik.
q  Memastikan tempat penyediaan makanan dalam keadaan bersih.
q  Mengelakkan makan pelbagai jenis makanan dalam satu masa.
q  Memilih premis / restoranan makanan yang bersih.

RAMALAN 29: Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Pelajar yang Cemerlang
q  Ibu bapa menyediakan keperluan pembelajaran yang lengkap dan mencukupi.
q  Ibu bapa memberikan sokongan dan galakan dalam pelajaran kepada anak-anak.
q  Ibu bapa memantau pencapaian anak-anak dalam pelajaran
q  Ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kem jati diri untuk membentuk keyakinan diri.
q  Ibu bapa mengadakan interaksi dengan pihak sekolah untuk melihat perkembangan anak-anak.
q  Ibu bapa memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak.

RAMALAN 30: Sumbangan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pelbagai bidang untuk Memajukan Negara
q  Bidang Pendidikan.
Ø  Menjadi pensyarah/ tenaga pengajar di IPT - Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.
Ø  Menjalankan pelbagai kajian saintifik - Dr Chandra Muzaffar.
Ø  Menjadi pakar motivasi untuk kejayaan pelajar - Raja Shamri.
q  Bidang Sukan.
Ø  Mengharumkan nama negara di mata dunia (sukan Paralimpik) - acara lontar peluru - Muhamad Ziyad Zulkefli
q  Bidang Kesenian.
Ø  Nyanyian - Caliph Busker (masalah penglihatan)

RAMALAN 31: Kerjasama antara negara  Menangani Jenayah Pemerdagangan Manusia
q  Kerajaan setiap negara menguatkuasakan tahap keselamatan di semua pintu sempadan negara masing-masing.
q  Kerajaan setiap negara mengadakan kerjasama strategik dalam menangani jenayah rentas sempadan.
q  Kerajaan mewujudkan pelan strategik dalam aspek keselamatan serantau.
q  Media massa setiap negara mendedahkan isu pemerdagangan manusia secara telus dan meluas untuk memberikan kesedaran kepada masayarakat.
q  Masyarakat melaporkan aktiviti kepada pihak berkuasa.

RAMALAN 32: Faedah-faedah Amalan Berjimat Cermat kepada Masyarakat.
q  Sebagai persediaan untuk menghadapi musibah atau kecemasan.
q  Mendidik diri supaya berbelanja secara berhemat.
q  Mengelakkan sikap suka berhutang untuk memperoleh kemewahan hidup.
q  Mengelakkan pembaziran (elektrik/air/makanan)
q  Dapat digunakan dalam urusan membiayai pendidikan ahli keluarga.
q  Melahirkan masyarakat yang mempunyai akaun tabungan yang sistematik dan terancang.

RAMALAN 33: : Keluarga Bahagia  Fokus : Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia
Antara kepentingan memiliki keluarga bahagia ialah dapat mengukuhkan institusi keluarga. Keluarga yang bahagia akan mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam pelbagai aspek. Sikap ini akan mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Contoh aktiviti yang dapat mengukuhkan institusi keluarga ialah solat berjamaah, makan bersama dan menjalankan aktiviti riadah bersama seisi keluarga. Kesannya, ahli keluarga akan saling memahami dan bersatu hati untuk menjalani kehidupan. Jelas bahawa, mengukuhkan institusi keluarga merupakan kepentingan memiliki keluarga bahagia. (77 patah perkataan)
Selain itu, kepentingan yang dapat diketengahkan apabila memiliki keluarga bahagia ialah dapat melahirkan anak-anak yang berjaya. Apabila keluarga bahagia, anak-anak boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Situasi ini membolehkan setiap keluarga terutamanya ibu bapa menyediakan keperluan pembelajaran anak-anak dengan sempurna dan lengkap. Contoh keperluan pembelajaran anak-anak ialah alat tulis, buku kerja dan tempat pembelajaran yang kondusif. Implikasinya, anak-anak akan dapat belajar dengan bersemangat dan memberi sepenuh tumpuan terhadap pembelajaran. Terbuktilah,  kepentingan memiliki keluarga bahagia ialah dapat melahirkan anak-anak yang berjaya.  (80 patah perkataan)
Di samping itu, kepentingan memilik keluarga bahagia ialah dapat membentuk sikap-sikap positif dalam kalangan ahli keluarga. Hasil kajian mendapati, keluarga yang bahagia membolehkan anak-anak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Anak-anak akan mencontohi amalan-amalan baik yang diamalkan oleh ibu bapa mereka. Contoh sikap positif ibu bapa yang boleh dijadikan ikutan anak-anak ialah dari aspek tingkah laku, percakapan dan aktiviti harian. Kesan dari itu, anak-anak dapat menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Ternyatalah,  kepentingan memiliki keluarga bahagia ialah dapat membentuk sikap positif dalam kalangan ahli keluarga.  (94 patah perkataan)
Seterusnya, langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan ialah tidak membeli makanan yang terdedah. Hal ini kerana, makanan yang terdedah mempunyai banyak bakteria yang dibawa oleh pelbagai jenis serangga yang menghinggapi makan tersebut. Antara serangga yang membawa bakteria ke atas makanan ialah lalat, lipas dan tikus. Contoh makanan yang terdedah ialah seperti lauk pauk, sambal dan sayur-sayuran yang digoreng. Kesan pengambilan makanan yang terdedah ini boleh memudaratkan kesihatan dan kemungkinan boleh membawa maut . Sudah terang lagi bersuluh,  antara langkah untuk mengelakkan kes keracunan makanan ialah tidak membeli makanan yang terdedah.  (94 patah perkataan)
Antara langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan adalah memilih tempat makan yang bersih dan baik. Perkara ini penting kerana tempat yang bersih akan menjamin makanan yang bersih dan membolehkan pelajar makan dengan selesa tanpa ada gangguan. Tempat makan yang bersih sudah pasti bebas daripada serangga seperti lipas, lalat dan juga tikus. Contoh tempat makan yang bersih ialah bebas daripada serangga, tidak kotor dan persekitaran yang ceria. Kesannya, pelajar bukan sahaja boleh menikmati hidangan dengan berselera malahan bebas dari keracunan makanan . Izharnya,  antara langkah untuk mengelakkan kes keracunan makanan adalah dengan memilih tempat makanan yang bersih. 

RAMALAN 34:
Kepentingan telefon bimbit:
q  Memudahkan komunikasi antara dua pihak walaupun berjauhan.
q  Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga & sahabat handai.
q  Mempercepatkan proses untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pelajaran.
q  Digunakan untuk berhubung ketika berlaku kecemasan atau kemalangan.
q  Memudahkan urusan harian remaja – membantu membayar bil, membeli barangan.
q  Dapat digunakan untuk saling berhubung bagi kepentingan pendidikan dengan pelbagi pihak.

Telefon bimbit – peranan ibu bapa
q  Memantau penggunaan telefon oleh anak-anak – tidak melayari laman negatif.
q  Mengadakan pemeriksaan berkala – tidak menyimpan bahan negatif dalam telefon.
q  Mengehadkan penggunaan telefon oleh anak-anak – tidak menjejaskan pembelajaran.
q  Memastikan anak-anak tidak menggunakan telefon secara rahsia, tiada kata kunci.

implikasi penggunaan telefon bimbit kepada pelajar
v  Prestasi pembelajaran akan merosot.
v  Pelajar terdedah dengan budaya tidak sihat / gejala negatif.
v  Pelajar akan mengalami masalah kesihatan – mata, kurang tidur.
v  Kos kehidupan pelajar akan meningkat – tambah nilai, gajet yang lebih mahal.
v  Pelajar akan kurang bersosial dan beriadah -

RAMALAN 35: Kepentingan perpaduan
Ø  Mewujudkan masyarakat yang dapat hidup dalam keadaan harmoni – tidak berlaku persengketaan kaum.
Ø  Memajukan ekonomi negara – perpaduan membolehkan pelabur berasa yakin untuk membuka syarikat di negara kita – mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.
Ø  Menarik kedatangan pelancong asing – melihat keunikan budaya dan adat resam pelbagai kaum.
Ø  Membolehkan prasarana dibangunkan secara adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
Ø  Membentuk kestabilan politik – rakyat dapat hidup dalam keadaan selesa dan saling bertoleransi dalam kehidupan.
Ø  Dapat meningkatkan imej negara di mata dunia – negara akan terkenal dan menjadi sebutan sesiapa sahaja di seluruh dunia.

RAMALAN 36: Langkah memupuk semangat kejiranan)
1)      Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti.
2)      Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah.
3)      Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat.
4)      Menghadiri aktiviti sosial – kenduri kahwin, kematian, kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup
RAMALAN 37: LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
ü  Mengenali tokoh-tokoh pejuang negara yang terdahulu – menyelami kegigihan dalam memperjuangkan kebebasan tanah air.
ü  Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah – mengetahui susur galur tempat berkenaan dan kepentingan kepada negara.
ü  Menghadiri program sambutan Bulan Kemerdekaan untuk menghayati kepentingan kemerdekaan kepada rakyat.
ü  Mempelajari dan menghayati subjek sejarah – untuk mengenali sejarah tanah air dengan lebih mendalam – supaya sejarah tidak berulang.
ü  Menonton dokumentari atau filem berkaitan dengan pejuang negara spt Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, Peristiwa Bukit Kepong, Lanang anak Langkau.

RAMALAN 38: Menyayangi alam sekitar – peranan ibu bapa
ü  Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran.
ü  Menggalakkan anak-anak melakukan proses kita semula dan guna semual bahan yang telah digunakan.
ü  Ibu bapa menjadi suri teladan / model dalam penjagaan alam sekitar – tidak membuang sampah merata-rata…
ü  Memberi didikan awal kepada anak-anak tentang kepentingan menyayangi alam sekitar – kepentingan alam sekitar kepada hidup manusia.
ü  Ibu bapa membelikan majalah, buku, risalah berkaitan alam sekitar untuk bacaan anak-anak.
ü  Ibu bapa menceritakan kesan yang akan berlaku kepada hidupan jika alam sekitar tercemar.

RAMALAN 39: Usaha-usaha menghargai guru / ibu bapa / rakan
ü  Menghormati mereka dengan menjaga hati dan perasaan.
ü  Meraikan hari penting mereka seperti hari guru, hari ibu, hari bapa, hari lahir.
ü  Bertanya khabar atau menziarahi ketika mereka sakit atau ditimpa musibah.
ü  Tidak menyakiti hati mereka dengan tutur kata, perbuatan, tingkah laku atau pun sikap.
ü  Memberi pertolongan dan saling membantu ketika mereka memerlukan pertolongan – sikap ringan tulang.
ü  Memberikan mereka kegembiraan dengan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya

RAMALAN 40:
RAMALAN 40: FAEDAH PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA
1)      Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia.
2)      Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan, membeli belah.
3)      Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan.
4)      Membolehkan iks Malaysia terus membangun


RAMALAN 41:
RAMALAN 42:
RAMALAN 43:
RAMALAN 44:
RAMALAN 45:
RAMALAN 46:
RAMALAN 47:
RAMALAN 48:
RAMALAN 49:
RAMALAN 50:
RAMALAN 51:
RAMALAN 52:
RAMALAN 53:
RAMALAN 54:
RAMALAN 55:
RAMALAN 56:
RAMALAN 57:
Keburukan ICT/Telefon Bimbit (Remaja)
Ø  Menyebarkan fitnah sesama masyarakat.
Ø  Menimbulkan masalah sosial.
Ø  Menjejaskan prestasi pembelajaran.
Ø  Membantutkan hubungan sosial dalam kalangan ahli keluarga.
Ø  Penyalahgunaan untuk kegiatan jenayah.
Ø  Peningkatan kos sara hidup remaja
RAMALAN 58:
Punca-punca Rasuah.
Ø  Untuk mendapatkan kemewahan hidup.
Ø  Kekurangan pengetahuan agama.
Ø  Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan tidak tegas.
Ø  Perlindungan keselamatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Ø  Tiada pemantauan oleh majikan.

RAMALAN 59:
Kesan-kesan Rasuah.
Ø  Menimbulkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Ø  Imej negara akan tercemar.
Ø  Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat.
Ø  Boleh melumpuhkan ekonomi negara.
Ø  Keselamatan negara boleh terancam

RAMALAN 60:
Cara Mengatasi Rasuah.
ü  Penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
ü  Kempen kesedaran melalui media massa.
ü  Menggubal undang-undang yang lebih ketat/keras.
ü  Pemantauan yang berterusan oleh maj
ü  ikan atau SPRM
ü  Menanamkan konsep jati diri dalam diri

RAMALAN 61:
Punca Penyalahgunaan Dadah.
Ø  Pengaruh rakan sebaya.
Ø  Perasaan ingin mencuba/ingin tahu.
Ø  Mengalami masalah/tekanan dalam hidup.
Ø  Kurang pengetahuan agama.
Ø  Kebanjiran dadah / mudah didapati.
Ø  Penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa.

RAMALAN 62:
Kesan Penyalahgunaan Dadah.
Ø  Institusi keluarga akan musnah.
Ø  Peningkatan kes jenayah
Ø  Peningkatan penyakit HIV
Ø  Lahirnya generasi yang tidak berkualiti.
Ø  Membebankan kerajaan dan negara.
Ø  Imej negara terjejas.

RAMALAN 63:
Cara Mengatasi Penyalahgunaan Dadah.
Ø  Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
Ø  Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat.
Ø  Pihak berkuasa mengadakan operasi secara berterusan.
Ø  Memberi pendidikan pencegahan kepada anak-anak.
Ø  Pemantauan oleh ibu bapa / penjaga.
Ø  Masyarakat membuat laporan kepada pihak berkuasa

RAMALAN 64:
Peranan Ibu Bapa – Mengatasi Masalah Disiplin Anak-anak.
ü  Ibu bapa perlu menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan disiplin anak-anak.
ü  Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
ü  Ibu bapa jangan terlalu percaya kepada anak-anak.
ü  Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak pada setiap masa.
ü  Ibu bapa jangan terlalu memanjakan anak-anak
ü  Ibu bapa hendaklah berkongsi masalah atau selalu berbincang dengan anak-anak

RAMALAN 65:
Usaha-Usaha Memajukan Sektor Pelancongan Negara.
q  Menyediakan kemudahan/prasarana yang lengkap dan baik.
q  Mengamalkan budaya bersopan-santun dengan pelancong.
q  Menjaga kebersihan kawasan-kawasan pelancongan.
q  Memperkenalkan pakej pelancongan baharu – inap desa, kesihatan.
q  Mengadakan promosi pelancongan di dalam / luar negara.
q  Menyediakan pemandu pelancong untuk ke destinasi yang dituju.
q  Memastikan keselamatan pelancong ketika berada di Malaysia.
q  Mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

RAMALAN 66:
Faedah Melancong Dalam Negara.
v  Meningkatkan ekonomi negara.
v  Menanamkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
v  Merapatkan hubungan kekeluargaan.
v  Membantu / menyokong perkembangan industri pelancongan negara.
v  Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara.
v  Dapat mengenali pelbagai kawasan pelancongan menarik yang terdapat di negara kita.

RAMALAN 67:
Kesan Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin .
Ø  Peningkatan kadar jenayah.
Ø  Membawa pelbagai penyakit.
Ø  Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Ø  Pengaliran wang ke luar negara.
Ø  Persaingan dalam bidang pekerjaan.
Ø  Mewujudkan masyarakat setinggan.
Ø  Mengancam/menganggu ketenteraman masyarakat.

RAMALAN 68:
Peranan Remaja untuk Menjadi Insan Cemerlang.
q  Memiliki dan menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
q  Memiliki etika dan personaliti yang luhur.
q  Berupaya menjaga kesihatan diri dan kesihatan mental.
q  Bersikap terbuka dan sedia menerima pandangan daripada pihak lain.
q  Menjaga penampilan dan maruah diri agar disanjung oleh masyarakat.
q  Menyumbangkan idea dan pandangan untuk memajukan agama, bangsa dan negara.

RAMALAN 69:
Usaha Pelbagai Pihak untuk Memupuk Semangat Kejiranan.
q  Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam memupuk semangat kejiranan.
q  Masyarakat mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua masyarakat setempat.
q  Kerajaan menyedia atau memperuntukkan dana untuk mengadakan kempen kesedaran tentang semangat kejiranan.
q  Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan program lawatan ke kawasan kejiranan.
q  Media massa memaparkan dokumentari/iklan berkaitan kepentingan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

RAMALAN 70:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan amalan menabung dalam kalangan masayarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya.  . …(fokus)  ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
            Antara kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat ialah dapat digunakan semasa kecemasan. Hal ini kerana, wang tabungan dapat dikeluarkan untuk tujuan membiayai kos kecemasan. Secara tidak langsung, kita tidak perlu membuat pinjaman daripada orang lain dan perbelanjaan kecemasan tersebut dapat dijelaskan dengan sempurna. Contoh kegunaan sewaktu kecemasan ialah dalam perubatan, kemalangan, musibah dan sebagainya. Kesannya, segala kesulitan sewaktu kecemasan dapat diselesaikan dengan baik. Jelaslah bahawa, dapat digunakan semasa kecemasan merupakan kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. (91 patah perkataan)
Selain it, kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat ialah dapat membantu keluarga yang ditimpa kesusahan. Pepatah Melayu ada mengungkapkan malang tidak berbau. Ini membuktikan bahawa kesusahan boleh datang secara tiba-tiba. Dengan adanya tabungan, kita dapat membantu keluarga yang ditimpa kesusahan supaya bebanan kewangan mereka dapat dikurangkan. Contoh kesusahan keluarga ialah ditimpa kemalangan, mengalami bencana alam, sakit demam dan sebagainya. Implikasinya, dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan membinaa kemesraan . Terbuktilah bahawa, kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat ialah dapat membantu keluarga yang ditimpa kesusahan (91 patah perkataan)
Di samping itu, mengamalkan sikap berjimat cermat juga merupakan kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Sikap berjimat cermat merupakan amalan mulia dan terpuji. Kita sewajarnya menyimpan sekurang-kurangnya sepuluh peratus hasil pendapatan atau perbelanjaan harian kita. Bak kata pepatah Melayu berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit. Kita boleh membuat tabungan sama ada di bank, tabung, syarikat pelabauran dan sebagainya. Manfaat daripada amalan berjimat cermat ini, kita akan mempunyai jumlah simpanan yang banyak untuk masa hadapan . Nah sudah teranglah bahawa, kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat ialah mengamalkan sikap berjimat cermat  (91 patah perkataan)
Kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat yang seterusnya ialah dapat membeli apa-apa yang diingini. Dalam kehidupan kita, ada barang keperluan dan juga barang kehendak. Seboleh-bolehnya kita ingin memiliki barangan tersebut untuk memberikan keselesaan dalam hidup kita. Namun, sudah pasti ada kekangan untuk kita memiliki semuanya. Amalan menabung membolehkan kita membeli barangan yang diperlukan. Antara barangan kehendak yang diperlukan dalam hidup kita ialah ialah kenderaan, telefon, barangan peribadi dan lain-lain. Implikasinya apabila kita mampu membeli barangan tersebut, kita akan berasa puas dalam kehidupan . Konklusinya, dapat membeli apa-apa barangan yang diingini merupakan kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat (91 patah perkataan)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu   …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara.

RAMALAN 71: TELEFON PINTAR
Kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja
Kesan-kesan positif :
o  Membolehkan murid menghubungi rakan atau sanak saudara yang berada jauh diperantauan dengan mudah.
o  Dapat berkongsi maklumat tentang pelajaran atau kerja rumah dengan rakan-rakan secara lebih mudah dan cepat.
o  Dapat digunakan sebagai alat untuk melayari internet.
o  Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana pelbagai applikasi moden dan terkini yang boleh digunakan.
o  Sebagai alat hiburan untuk melepaskan tekanan setelah penat belajar

RAMALAN 72: TELEFON PINTAR
Kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja
o  Penggunaan yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembaziran.
o  Menjejaskan pembelajaran remaja kerana hilang fokus.
o  Menjejaskan kesihatan jika digunakan secara berpanjangan.
o  Remaja terdedah kepada unsur negatif atau jenayah.
o  Aktiviti sosial remaja akan tersekat dan tidak berkembang.
o  Akhlak remaja akan rosak dan hilang jati diri.

RAMALAN 73: AMALAN MEMBACA
Usaha-usaha ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak
q  Ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak.
q  Ibu bapa membawa anak-anak ke perpustakaan awam.
q  Ibu bapa menyediakan ruang membaca yang kondusif.
q  Ibu bapa meluangkan waktu menemani anak-anak ketika mereka membaca.
q  Ibu bapa menyediakan atau membeli bahan bacaan yang terkini dan moden.
q  Ibu bapa memberikan hadiah galakan kepada anak-anak yang suka atau rajin membaca.

RAMALAN 74: GEJALA RASUAH
Langkah-langkah pelbagai pihak untuk menangani gejala rasuah (RENCANA)
q  Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak sejak kecil untuk menghindari rasuah.
q  Pihak sekolah memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya rasuah.
q  Masyarakat membuat laporan tentang unsur rasuah yang diketahui.
q  Media massa memaparkan keburukan rasuah untuk tontonan masyarakat.
q  Kerajaan menguatkuasa undang-undang dengan lebih tegas.
q  SPRM mengambil tindkaan agresif tanpa mengira pangkat.

RAMALAN 75: KRISIS PELARIAN
Kesan-kesan yang timbul akibat krisis pelarian akibat pergolakan dan peperangan
q  Negara terbabit terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menguruskan pelarian.
q  Berlakunya kekurangan makanan dan kebuluran dalam kalangan pelarian.
q  Pelbagai wabak penyakit wujud dalam kalangan pelarian.
q  Pelarian akan hilang tempat tinggal dan kampung halaman.
q  Kehilangan tempat bergantung untuk memohon bantuan.
q  Berlakunya penghapusan etnik secara tidak sedar.

RAMALAN 76: PERIBAHASA - Cerpen
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit = sabar dan tekun mengerjakan sesuatu akhirnya berjaya juga
q  Berusaha secara beransur-ansur walaupun telah gagal beberapa kali.
q  Membuat pelbagai usaha untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri dengan mengikuti kelas bimbingan, program motivasi, kerja berkumpulan, membuat latihan, membeli buku, perbincangan melalui Internet dan sebagainya.
q  Memohon bantuan daripada Allah tanpa berputus asa. Baca quraan,solat fardhu dan sunat - berdoa tanpa putus asa.
q  Bertawakal untuk memperoleh kejayaan.


No comments:

Post a Comment