Saturday, March 28, 2020

MODUL KARANGAN - IKC


Contoh Karangan
BAHAGIAN A: KARANGAN RANGSANGAN (30 MARKAH)- Murid sederhana dan Lemah.
MODEL 1: KARANGAN RANGSANGAN
 [Masa dicadangkan:45 minit]

Berdasarkan grafik di bawah huraikan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka
Pendahuluan:KSSMJA
            Dewasa ini, rumah terbuka merupakan amalan terpuji dan sering diperkatakan ketika hari perayaan di Malaysia.(K)  Hal ini dikatakan demikian kerana amalan rumah terbuka amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.(S)  Amalan mulia ini sewajarnya menjadi rutin hidup kerana banyak kemaslahatannya.  Semua pihak haruslah beriltizam untuk mendepati isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Umum mengetahui bahawa amalan ini semakin popular dalam budaya masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, hari Deepavali dan sebagainya.(S)  Persoalannya, apakah kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia?(M)Sesungguhnya, terdapat pelbagai kebaiakan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan ini.(JA

Contoh perenggan isi 1:JUMBAKPEK(JELMAAN+PAS)

            Sesungguhnya kebaikan hari terbuka yang pertama adalah dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia.(JU) Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.(M+BA) Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan.(K) Hal ini bersesuaian dengan cogan kata,  "Tak kenal maka tak cinta". (PE)Jelaslah bahawa kebaikan mengadakan rumah terbuka sebagai alat mengeratkan perpaduan kaum.(K)



Contoh perenggan isi 2:JUMBAKPEK(JELMAAN+PAS)

Selain itu, kebaikan mengadakan rumah terbuka adalah dapat mengenali budaya kaum lain.(JU)  Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa menghadiri rumah terbuka , para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain.(M+BA) Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.(K)  Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.(PE)  Tegasnya, mengenali budaya kaum lain merupakan kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.(K)

Contoh perenggan isi 3:JUMBAKPEK
Akhir sekali, amalan rumah terbuka ini dapat membina semangat semangat kerja sama antara masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.(JU)  Hal ini dikatakan demikian kerana, semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, yang diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan tempat. (M)  Jangan seperti kera sumbang kerana kerjasama daripada masyarakat akan memudahkan segala persiapan dari awal hingga akhir. (BA) Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.Kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat berkesan dan menjimatkan masa. (K) Hal ini dapat dicerminkan dengan peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Memang tidak dapat dinafikan, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui majlis rumah terbuka ini.(K)
Contoh perenggan penutup: PESAHAKE
Berdasarkan huraian berkaitan kebaikan mengadakan rumah terbuka, ternyatalah bahawa majlis rumah terbuka haruslah dijadikan amalan  dan budaya masyarakat Malaysia untuk  mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.(PE) Oleh sebab itu, kerjasama dan permuafakatan dalam majlis ini perlu dijadikan asas penting untuk meningkatkan perpaduan negara.(SA) Warga Malaysia sangat mengharapkan  negara Malaysia akan kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa takut dan bimbang dengan ancaman dari luar.(HA) Sebagai kesimpulannya, kemakmuran dan kerukunan negara perlu dipertahankan untuk kesejahteraan kita bersama .  Benarlah kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.(KE)

MODEL 2: KARANGAN RANGSANGAN

Pelbagai tempat yang menarik
Berdasarkan gambar di bawah huraikan tentang faktor pelancong berkunjung ke Malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faktor pelancong berkunjung ke Malaysia
Pelbagai jenis budaya
Pantai yang bersih dan cantik
 






Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita.  Hal ini dikatakan demikian kerana setiap tahun dianggarkan jumlah pelncong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang(K).  Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan.  Umum mengetahui bahawa Malaysia terkenal dengan tempat-tempat yang menarik dan menggalakkan kedatangan pelancong  asing melihat keindahan budaya, adat resam dan kawasan yang terkenal di Malaysia.  Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai tempat kunjungan pelancong asing ini?  Sesungguhnya, terdapat pelbagai faktor menjadikan Malaysia sebagai tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.
Sesungguhnya, faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pantai yang bersih dan disukai pelancong.  Hal ini kerana, Malaysia banyak  memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong.  Misalnya, kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti di Pantai Pulau Tioman, Pantai Cahaya Bulan dan sebagainya.  Impaknya, ia menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam yang sesuai dengan peribahasa sambil menyelam minum air.  Benarlah bahawa Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik menjadi faktor utama pelancong datang ke negara kita.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.  Hal ini dikatakan demikian kerana, para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara.  Sebagai contoh bangunan KLCC di ibu kota Kuala Lumpur yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong.  Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah ibarat peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Jelaslah bahawa tempat yang menarik untuk dikunjungi menjadi punca pelancong datang ke negara kita.
Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia.  Hal ini kerana, Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan kerana terdapatnya masyarakat majmuk di negara kita.  Oleh itu, pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku.  Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa daripada kaum Cina.  Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita untuk mengetahui lebih lanjut budaya dan adat resam Malaysia yang bersesuaian dengan cogan kata ”Tak Kenal maka Tak Cinta”.  Jelaslah, bahawa kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia menjadi wadah utama kedatangan pelancong ke negara kita.
Berdasarkan huraian berkaitan dengan pelancongan di Malaysia, ternyatalah bahawa banyak sebab yang menjadikan Malaysia dijadikan tempat pelancongan.  Oleh itu, kita haruslah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.  Kita mengharapkan rakyat Malaysia sentiasa bersedia dengan kedatangan pelancong asing ke negara kita.  Sebagai intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju dan mengembangkan ekonomi di negara. Tepuk dada tanya selera.



No comments:

Post a Comment