Thursday, March 26, 2020

NOTA NOVEL SILIR DAKSINA & DI SEBALIK DINARA


JOHOR:
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema dalam novel tersebut.
[7 markah]
 DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tema novel ini adalah tentang ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.
Bukti yang pertama ialah pakar penggodam sistem pengkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri. Karl yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu telah mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai sehingga sanggup menjadikan Farisha, anaknya sendiri bahan uji kaji dengan memasukkan mikrocip dalam badan Farisha sejak dia kecil lagi agar dia mewarisi kebijaksanaan karl.
Bukti yang kedua ialah sikap seseorang yang sanggup melenyapkan pesaingnya. Karl yang taasub dengan teknologi telah hilang sifat kemanusiaan apabila dia sanggup melenyapkan Marilyn/Medina yang merupakan pesaingnya. Pada awalnya, Marilyn ialah pembantu penyelidik Karl. Namun, apabila Karl merasakan bahawa Marilyn lebih hebat daripadanya, maka Karl telah merancang untuk menghapuskan Marilyn. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, namun Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl, iaitu Dinara.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel ini membawa tema kekeluargaan.
Bukti yang pertama ialah konflik keluarga yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya. Penceraian antara Cikgu Zam dengan isterinya Rafiqah menyebabkan Haiqal dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan. Namun setelah dewasa dan menerima manuskrip yang dikirimkan oleh Swee Hwa, Haiqal bertekad untuk mengetahui asal usul ayah kandungnya seperti yang terdapat dalam manuskrip walaupun hasratnya ditentang keras oleh ibunya.
Bukti yang kedua ialah kehadiran ibu menonton persembahan anak. Rafiqah yang tidak merestui keputusan Haiqal untuk ke Johor akhirnya melihat persembahan D’Purnama yang disertai oleh Haiqal. Kehadiran Rafiqah ini seolah-olah merestui impian dan cita-cita Haiqal dalam bidang kebudayaan dan sastera. Rafiqah, ayah tiri dan adik tirinya berdiri sambil tersenyum di bahagian belakang balai tempat duduk penonton. Haiqal terkejut dan amat terharu apabila adik tirinya menunjukkan isyarat bagus dengan kedua-dua ibu jarinya kepada Haiqal.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa kasih sayang seorang Azraai terhadap adiknya, Farisha. Azraai menyayangi adiknya, Farisha apabila dia memasang alat keselamatan retina scanner di rumah Farisha dan sistem interkom di pintu masuk rumah Farisha kerana bimbang akan keselamatan adiknya berikutan peristiwa pembunuhan yang baru berlaku berdekatan tempat tinggal atau apartmen Farisha.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Silir Daksina pula ialah peristiwa kasih sayang Haiqal sahabat, Ratna. Sebagai sahabat, Haiqal telah menaikkan semangat Ratna yang kecewa dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang dengan memberikan kata-kata semangat serta berhujah tentang insan-insan tersohor yang pernah mengalami kegagalan sebelum berjaya dan dihormati di dunia misalnya,Thomas Alva Edison dan Abraham Lincoln.
SET 2 – SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut. [7 markah]
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
(b) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa pengajaran tentang keberanian dalam novel ini.
Dalam novel Di Sebalik Dinara pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan oleh pengarang ialah kita haruslah berani membuat keputusan agar memperoleh kejayaan. Azraai menasihati Farisha agar berani menerima tawaran daripada Soft Lab. Bagi Azraai, peluang sebegini bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini kerana dalam dunia perniagaan terdapat orang yang berani melabur dengan banyak dan ada juga orang yang berani melabur sedikit. Atas nasihat Azraai, akhirnya Farisha berani menerima tawaran Dr.Maxi dan Aqram.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Silir Daksina pula ialah kita perlulah berani menegakkan kebenaran agar dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.
SET 3 – JPN KELANTAN 2019
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang menarik minat pembaca.
[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana dapat sikap Farisha yang masih ingin bertemu dan menziarahi ayahnya walaupun Karl telah melakukan pelbagai keburukan kepada dirinya ketika masih kecil.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia tentang hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl membina Sistem Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl menyebabkan anak luar nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana ketaasuban terhadap sains dan teknologi menyebabkan Karl dan Medina telah bersaing antara satu sama lain dan menyebabkan Farisha membesar tanpa kasih sayang ibu bapa setelah dia diserahkan kepada keluarga angkat.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa terlerainya dendam Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin Kayan. Rafiqah sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Haiqal Haqimi pula akan mewujudkan Aksara setelah dia menjadi sehebat bapanya. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana akhirnya Rafiqah merestui minat dan kebolehan anaknya dalam bidang seni dan sastera.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa penduduk kampung yang membuat persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin. Haiqal dan kumpulan D'Purnama membuat latihan tarian zapin manakala penduduk kampung membantu membuat persiapan majlis. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana penduduk kampung bekerjasama bagi menjayakan majlis yang sungguh bermakna bagi Haiqal demi merealisasikan impian ayahnya.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang hormat-menghormati bagi setiap novel. [8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-menghormati dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita mestilah menghormati perintah ketua agar kerja menjadi mudah. Aqram menghormati perintah ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl dengan menjejaki Farisha. Aqram telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Silir Daksina ialah kita perlulah menghormati orang yang lebih berpengalaman agar dapat belajar daripada mereka. Haiqal menghormati Pak Cik Bakar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tarian zapin. Pak Cik Bakar yang telah mengajar Haiqal tarian zapin sama ada secara teori atau amali.
SET 4 – JPN MELAKA 2019
(a) Berdasarkan yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama. Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
(b) Setiap novel mempunyai plot yang pastinya mampu menarik perhatian para pembaca.
Huraikan peleraian dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa menyesali dengan perbuatan diri. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Medina menyesal apabila melihat keadaan Karl yang sedang nazak di rumah agamnya. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan termasuklah Farisha. Medina menangis teresak-esak Alia pula meraung.
Peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa terlerainya dendam terhadap bekas suami. Rafiqah sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Sebelum ini, Rafiqah tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya kerana dendam. Rafiqah turut menghalang Haiqal daripada menemui ayahnya semasa Abdullah Kayan masih hidup.
SET 5 – MRSM SE-MALAYSIA
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada bahagian peleraian novel tersebut.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Medina menyesal dengan perbuatannya. Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia tentang hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl membina Sistem Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl menyebabkan anak luar nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha untuk menjadikannya kanak-kanak genius.
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa terlerainya dendam Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin Kayan. Rafiqah sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Haiqal Haqimi pula akan mewujudkan Aksara setelah dia menjadi sehebat bapanya
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa penduduk kampung yang membuat persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin. Haiqal dan kumpulan D'Purnama membuat latihan tarian zapin manakala penduduk kampung membantu membuat persiapan majlis.
 (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa daripada latar tempat yang ditetapkan seperti yang berikut:
Novel
Latar tempat
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Bukit Candu
Di Sebalik Dinara
Rumah Agam Karl
Jendela Menghadap Jalan
Pondok usang
Pantai Kasih
Pusat Rawatan Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas
Sungai
Tirani
Chalet Tajau Emas
Bimasakti Menari
Balai Cerap Sultan Salahuddin
Silir Daksina
Rumah Umi dan Walid
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di rumah agam Karl. Peristiwa yang berlaku di rumah agam Karl ialah peristiwa perbincangan tentang projek mini Soft Lab. Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Doktor Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab di rumah agam Karl. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek tersebut. Farisha terkejut dengan kos projek mini yang agak tinggi, iaitu RM1.5 juta.
Dalam novel Silir Daksina, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di banglo umi dan walid. Peristiwa yang berlaku di banglo umi dan walid ialah peristiwa Haiqal dan umi bertengkar. Haiqal menyatakan hasratnya untuk menjejaki arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor. Umi menentang keras hasrat Haiqal dan menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan wang perbelanjaan kepada Haiqal.
SET 6 (JPN NEGERI SEMBILAN 2019)
(a)Latar memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai.

Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.

(b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Berikan alasan anda.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai jenis ubat semasa dia masih bayi tanpa bius oleh ayah kandungnya, Karl. Karl sanggup berbuat demikian untuk menjadikan Farisha genius. Marilyn pula sanggup membunuh anaknya kerana tidak mahu anaknya menderita oleh kegilaan Karl untuk menjadi saintis yang paling hebat. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana ibu bapa sepatutnya melindungi anak-anak dan bukannya menganiayai anak kandung mereka sendiri.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa Abdullah Kayan yang sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal. Abdullah Kayan menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia terbayang-bayang akan anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak dapat menemui anaknya itu sehingga dia meninggal dunia. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca tentang perasaan sebenar seorang ayah yang berjauhan dengan anak-anaknya.
SET 7 – PPD TEMERLOH, PAHANG 2019
(a) Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. [7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl. Karl meninggalkan wasiat supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Karl meninggal dunia di rumah agamnya. Medina dan Farisha sempat bertemu dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar menjalankan amanah yang telah ditetapkan oleh majikan.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keluarga Azraai menerima dan mendidik Farisha menjadi seorang Muslim. Seorang bayi luar nikah (anak Karl dan Medina/Marilyn) telah diserahkan kepada keluarga Azraai oleh Doktor Maxi dan Akram untuk dibesarkan dengan selamat. Walaupun anak angkat, namun keluarga Azraai membesarkannya dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka membesarkan Azraai. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar bersikap adil dalam melayani anak-anak walaupun anak itu ialah anak angkat.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan keberanian bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Abang Saleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlu menjaga dan menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Datuk Haiqal telah memberikan pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baharu berpindah ke Kampung Seri Purnama. Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah datuk Haiqal. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana setiap manusia perlu membantu orang lain yang dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak persoalan keberanian dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah persoalan keberanian untuk mengetahui perkara sebenar. Shida berani masuk ke ruangan peribadi Farisha apabila dia masuk ke bilik Farisha. Shida terpaksa berbuat sedemikian untuk mengetahui sebab Farisha pengsan di Soft Lab. Shida telah membuka almari baju Farisha dan ternampak sebuah fail plastik yang berada di dalam almari tersebut. Shida telah membuka fail tersebut yang diikat dengan tali berwarna coklat. Shida telah menyelak satu persatu helaian di dalam fail dan berjaya mendapat maklumat tentang diri Farisha.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah persoalan keberanian untuk belajar deklamasi puisi. Ai Ling berani meminta Cikgu Zam mengajarnya cara mendeklamasikan puisi yang betul. Hal ini dikatakan demikian kerana Ai Ling amat suka membaca buku puisi tetapi dia tidak pandai untuk bersyair. Ai Ling mahu mengembangkan bakatnya dengan menyertai pertandingan deklamasi puisi untuk murid tahap satu. Ai Ling berasa bimbang kerana pertama kali menyertai pertandingan. Ai Ling juga bimbang rakan-rakan akan mentertawakannya. Cikgu Zam bersetuju untuk mengajar Ai Ling dan meminta Ai Ling datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya pada waktu petang.

PERAK
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menggambarkan nilai keberanian.  [8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa keberanian Marilyn bertemu dengan Farisha. Marilyn berani mengarahkan Farid dan Amin menculik Farisha kerana terlalu rindu akan Farisha. Marilyn dan Farisha terpisah apabila Dr.Maxi menyerahkan Farisha kepada keluarga angkat. Selama 26 tahun Marilyn cuba mencari Farisha. Apabila Farisha sakit dan dirawat di Hospital Putrajaya, barulah Marilyn dapat berhubung dengan Farisha. Farisha berasa terdengar suara wanita memanggil namanya ketika dia sedang tidur. Marilyn pula begitu gembira kerana dapat berhubung dengan Farisha tanpa perlu menggunakan wayar atau gentian untuk menguasai Farisha.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Silir Daksina pula ialah peristiwa keberanian Tauke Ong meminta bantuan daripada datuk Haiqal. Tauke Ong berani meminta bantuan datuk untuk menoreh getah di kebunnya ketika dia baru tiba di Kampung Seri Purnama. Dia terpaksa berbuat demikian kerana kesusahan hidup dan kesempitan wang selepas abangnya yang gemar berjudi menggadaikan tanah mendiang bapanya dan tapak rumah kediaman mereka.

SET 9 – JPN PERLIS 2019
(a) Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang tertentu.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.  [7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak perwatakan Farisha dalam novel ini.
Perwatakan Farisha yang pertama ialah seorang yang tabah. Farisha tabah apabila mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah menyerahkan fail yang mengandungi dokumen yang mengandungi segala maklumat tentang diri Farisha. Walaupun kecewa, namun Farisha terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Azraai bukan lahir dari rahim yang sama.
Perwatakan Farisha yang kedua ialah seorang yang pemaaf. Farisha tetap memaafkan ayahnya, Karl apabila dia berjanji akan sentiasa mengingati ayahnya itu ketika Farisha bertemu ayahnya yang sedang nazak di rumah agam milik Karl. Farisha turut menangis apabila mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata Karl turut mengalir di pipinya

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat banyak perwatakan Haiqal Haqimi dalam novel ini.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang pertama ialah seorang yang tabah. Haiqal tabah apabila umi memberitahunya bahawa walid ialah ayah tirinya manakala Nurul Asiyah ialah adik tirinya. Pada ketika itu, Haiqal baru berusia 6 tahun. Apabila mengetahui perkara tersebut, Haiqal Haqimi berazam untuk mencari ayah kandungnya pada suatu hari nanti.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang kedua ialah seorang yang gigih. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar yang mahir dalam tarian zapin meminta Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya. Dia turut belajar menari dengan Lazim. Atas kegigihan Haiqal ini, dia dapat membuat persembahan dengan baik dan lancar.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keprihatinan bagi setiap novel. [8 markah]

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah prihatin akan keselamatan keluarga agar keselamatan mereka terjamin. Azraai prihatin akan keselamatan Farisha apabila dia memasang Retinal Scanner di rumah Farisha supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun Farisha hanyalah adik angkatnya.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah prihatin akan keperluan anak-anak agar mereka berasa disayangi. Abdul Fatah atau Walid memberikan wang kepada anak tirinya, Haiqal yang akan ke Batu Pahat. Walaupun hanya ayah tiri, namun Walid tetap memberikan kata-kata semangat kepada Haiqal. Walid memahami keputusan Haiqal untuk menjejaki ayahnya, Abdullah Kayan.

SET 10 – JPN PENANG 2019
(a) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kepincangan masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia telah menukarkan isterinya, Rusmina menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya. Rusmina juga pernah diseksa sehingga cacat oleh Karl apabila menolak meninggalkan agama. Alia ialah cyborg canggih yang mempunyai perasaan kerana tidak semua ingatannya berjaya dipadamkan.
Kepincangan masyarakat dalam novel Silir Daksina pula ialah kepincangan masyarakat yang bersikap pendendam. Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya kerana dendam terhadap bekas suaminya itu. Umi juga tidak mahu membiayai perbelanjaan Haiqal yang ingin ke Batu Pahat. Umi tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang dianggap hidup dalam dunia yang tersendiri. Walid yang bersimpati dengan Haiqal telah memberikan duit kepadanya. Ketika meninggalkan rumah, hanya walid dan Nurul Asiyah yang menghantarnya ke muka pintu, manakala uminya hanya terperap di dalam bilik.

SET 11 – PENANG FREE SCHOOL 2019
a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang telah diketengahkan oleh pengarang.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah menghormati perintah ketua agar kerja menjadi mudah. Aqram menghormati perintah ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl dengan menjejaki Farisha. Aqram telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah berani menegakkan kebenaran agar dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah rajin berusaha agar dapat mengatasi kesusahan hidup. Tauke Ong rajin bekerja apabila menetap di Kampung Seri Purnama. Pada sebelah pagi dia akan menoreh getah manakala pada sebelah petang, dia akan meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi, pisang, getah beku dan getah sekerap. Hasil kerajinannya itu, dia berjaya membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menghormati keputusan orang lain agar tidak menimbulkan perbalahan. Abdul Fatah iaitu bapa tiri Haiqal Haqimi menghormati keputusan Haiqal untuk menjejaki sejarah hidup ayahnya. Dia memberikan sokongan kepada Haiqal Haqimi dan memberikan wang belanja untuk kegunaan anaknya itu sepanjang berada di Kampung Seri Purnama.

(b)Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Farisha manakala watak utama dalam novel Silir Daksina ialah Haiqal. Terdapat banyak persoalan kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah persoalan kegigihan untuk memajukan syarikat. Farisha gigih memajukan syarikat perunding keselamatan sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya bersama Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu.
Persoalan kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kegigihan berlatih untuk memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok badan Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar di warung Wak Min.

SET 12 – PPD LIMBANG, SARAWAK 2019
(a) Salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Jelaskan dua persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.[7 markah]

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Farisha tabah apabila mengetahui bahawa dia ialah anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah menyerahkan fail yang mengandungi dokumen semasa arwah ayah Azraai menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Peristiwa ini menyebabkan Farisha sangat terkejut dan berasa sedih kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia hanyalah anak angkat kepada arwah ibu bapa mereka. Akibat terlalu kecewa, Farisha telah mencampakkan fail tersebut ke dalam almari kerana tidak sampai hati untuk membuka dan meneliti dokumen tersebut.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan seorang ibu apabila terpisah daripada anak. Marilyn/Medina tabah apabila dipisahkan daripada anaknya, Farisha kira-kira 26 tahun yang lalu. Oleh sebab terlalu rindu, Marilyn telah mengarahkan Farid dan Amin untuk menculik Farisha. Hal ini berlaku demikian kerana Marilyn tidak sanggup melihat Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji dengan menanam pelbagai implan ke dalam tubuh Farisha. Karl telah menuduh Marilyn cuba membunuh Farisha dan melarikan diri. Farisha kemudiannya telah terpisah dengan ibunya apabila Dr. Maxi menyerahkannya kepada keluarga angkat Farisha.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan menjalani kehidupan tanpa kasih sayang daripada ayah. Haiqal tabah menjalani kehidupan tanpa pernah merasai kasih sayang seorang ayah kandung selepas ibu bapanya bercerai. Abdullah bin Kayan dan uminya berpisah ketika dia berusia tiga tahun. Haiqal mengikuti uminya tinggal di Kuala Terengganu manakala ayahnya tinggal di Batu Pahat. Haiqal tidak sempat bersua dengan ayahnya apabila ayahnya meninggal dunia ketika dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya menumpang kasih sayang seorang ayah tiri yang dipanggil walid.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menjalani kehidupan tanpa anak kesayangan di sisi. Abdullah bin Kayan tabah menjalani kehidupan tanpa kehadiran anak kesayangannya Haiqal. Dia berusaha untuk membawa Haiqal tinggal bersama-sama dengannya tetapi tidak dibenarkan oleh bekas isterinya. Oleh sebab itu, Abdullah bin Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. See Hwa dianggap sebagai anak kandung oleh Abdullah bin Kayan. Abdullah bin Kayan juga menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap Haiqal

(b) Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa saspens bagi setiap novel tersebut.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha tiba-tiba pengsan di makmal Soft Lab. Farisha yang sihat tiba-tiba pengsan di Soft Lab menimbulkan prasangka buruk pada fikiran Dr. Maxi yang kemungkinan Farisha mengandung. Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila pembaca mengetahui punca Farisha pengsan adalah kerana dia telah diserang oleh virus yang digodam oleh musuh mereka dan bukannya disebabkan oleh mengandung atau sakit.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada siapa yang mengetahui identiti Aiman. Akhirnya, perasaan ingin tahu terjawab apabila identiti Aiman didedahkan oleh penulis. Aiman dan Haiqal ialah orang yang sama iaitu anak yang sangat dirindui oleh Abdullah bin Kayan atau Cikgu Zam.

SET 13 – SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Farisha terhadap abangnya, Azraai. Farisha menangis teresak-esak selepas mendapat tahu abangnya Azraai disahkan oleh doktor mempunyai masalah jantung. Farisha memeluk Azraai sekuat-kuat hatinya apabila dia mengetahui berita tersebut. Pada malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana menangis apabila memikirkan hal tersebut.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara Marilyn / Medina terhadap anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taasub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap See Hwa. Abdullah Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal. Abdullah Kayan menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia terbayang-bayang akan anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak dapat menemui anaknya itu sehingga dia meninggal dunia.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kemukakan satu peristiwa pada peleraian setiap novel dan huraikan pengajaran daripada peleraian tersebut. [8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa kematian Karl. Kematian Karl pada pukul 7.00 malam menjadikan Farisha orang yang terakhir bertemu dan bercakap dengan Karl. Farisha tetap menyayangi Karl walaupun dia anak tidak sah taraf. Pertemuan dengan Karl merupakan pertemuan yang pertama dan terakhir sebelum Karl menghembuskan nafas yang terakhir. Pengajaran yang diperoleh daripada peleraian tersebut ialah kita haruslah menyayangi ibu bapa walaupun mereka pernah melakukan kesalahan terhadap kita.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa semasa umi menyaksikan persembahan Haiqal. Umi memaafkan Haiqal apabila dia hadir menyaksikan Haiqal menari tarian zapin jincat. Dengan kehadiran umi maka dendam umi terhadap ayahnya terhapus apabila dia ke kubur arwah suaminya itu. Akhirnya, umi Haiqal sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Pengajaran yang diperoleh daripada peleraian tersebut ialah kita haruslah menyedari kesilapan diri agar perselisihan faham dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

SET 14 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 1) 2019
(a)     Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]

(b)     Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan teknik pemerian yang terdapat dalam setiap novel.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah pengarang menceritakan tentang suasana dalam simposium yang dihadiri oleh Farisha dan Rosman. Simposium ini dihadiri oleh ratusan orang. Masing-masing dilengkapi sebuah iPad. Farisha telah mengambil iPad daripada robot. Farisha menekan butang Home lalu ikon My Desktop muncul di skrin iPad menggantikan mesej-mesej selamat datang dan arahan-arahan daripada robot tadi. Farisha kecewa apabila hanya hologram Phillips Young yang menyampaikan ucaptama kerana beliau berada di Florida.
Teknik pemerian dalam novel Silir Daksina ialah pengarang memerihalkan keadaan Haiqal ketika dia membelek manuskrip Abdullah Kayan. Haiqal membelek manuskrip daripada Ai Ling. Haiqal memikirkan sama ada Ai Ling dan Ong See Hwa ialah orang yang sama seperti yang dilukiskan wataknya oleh ayahnya. Ataupun Ai Ling hanyalah watak yang sengaja diciptakan oleh ayahnya.

SET 16 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET3) 2019
(a)     Jelaskan dua contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh orang tua untuk menjaga adik-beradik.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling. Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid. Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/ Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesadaran kepada pembaca bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

(b)     Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran kegigihan bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah gigih memajukan syarikat agar semakin berkembang. Farisha gigih memajukan syarikat perunding keselamatan sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya bersama Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu. Kegigihan Farisha ini boleh dijadikan panduan oleh pembaca agar gigih berusaha dalam bidang perniagaan.
Pengajaran kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah gigih berlatih agar dapat memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok badan Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar di warung Wak Min. Kegigihan Haiqal ini boleh dijadikan panduan agar pembaca sentiasa serius dalam memberikan persembahan yang terbaik di hadapan khalayak.

SET 17 – JPN TERENGGANU (SET 1 )2019
(a)Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat dan peristiwa yang berlaku bagi setiap latar tempat tersebut.[7 markah]

(b)Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, terdapat persoalan kasih sayang antara anak dengan ibu. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.
Persoalan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah persoalan kasih sayang ayah terhadap anak. Abdullah bin Kayan terlalu menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.

SET 18 – JPN TERENGGANU (SET 2) 2019
(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik saspens yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran berkaitan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita haruslah menyayangi anak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk bertemu dengan mereka. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah kita perlulah menyayangi anak walaupun terpisah daripada mereka. Abdullah bin Kayan terlalu menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.

SET 19 – YAYASAN ISLAM KELANTAN 2019
(a)     Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa tentang keberanian watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian Farisha dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Farisha menerima tawaran darpada Soft Lab. Azraai menasihati Farisha agar berani menerima tawaran daripada Soft Lab. Bagi Azraai, peluang sebegini bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini kerana dalam dunia perniagaan terdapat orang yang berani melabur dengan banyak dan ada juga orang yang berani melabur sedikit. Atas nasihat Azraai, akhirnya Farisha berani menerima tawaran Dr.Maxi dan Aqram.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Farisha bertemu dengan Karl yang pernah menyeksanya semasa kecil. Farisha berasa sedih apabila melihat wajah ayahnya buat kali pertama dan terakhir. Walaupun Farisha sedar bahawa dirinya ialah anak tidak sah taraf namun lelaki kurus yang terbaring di atas katil ialah darah dagingnya. Farisha telah menggenggam tangan Karl dan memanggilnya ayah.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian Haiqal dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Haiqal mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Haiqal meneruskan persembahan walaupun Lazim tiada. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan Haiqal terpaksa mencari pengganti Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat persembahan. Haji Salim meminta Haiqal memujuk Ong See Hwa agar menggantikan tempat Lazim.

(b)     Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam novel setiap novel.[8 markah]
SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian Haiqal dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Haiqal mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Haiqal meneruskan persembahan walaupun Lazim tiada. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan Haiqal terpaksa mencari pengganti Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat persembahan. Haji Salim meminta Haiqal memujuk Ong See Hwa agar menggantikan tempat Lazim.

SET 20 – PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019
(a) Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Farisha pengsan di makmal Soft Lab. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya kepada Azraai. Azraai kelihatan sangat cemas apabila mendengar berita tersebut dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam. Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam novel tersebut.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Aqram dan Khairul Anwar yang baik hati apabila mereka mempersoalkan tindakan Dr.Maxi yang meneruskan eksperimen terhadap Shida. Shida telah dijadikan bahan ekperimen oleh Dr. Maxi untuk dihubungkan dengan Karl secara telepati. Tindakan Dr. Maxi ini dipersoalkan oleh Khairul Anwar dan Aqram kerana risau akan keselamatan diri Shida, seperti kemungkinan Shida akan menjadi gila sekiranya uji kaji tersebut menghadapi masalah atau kegagalan.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa pemandu teksi, Pak Cik Salleh yang menghantar Haiqal hingga ke warung Wak Sakimin. Pakcik Salleh seorang pemandu teksi yang baik hati kerana sudi menghantar Haiqal sehingga bertemu dengan orang untuk bertanya walaupun Haiqal hanya meminta dia untuk menurunkannya di simpang masuk kampung. Pakcik Salleh berbuat demikian kerana dia tahu bahawa Haiqal baru kali pertama ke tempat itu dan tidak mengenali sesiapa di situ. Oleh itu, dia ingin memastikan Haiqal sampai ke destinasinya dengan betul dan selamat.

SET 21, PPD BARAM, SARAWAK 2019
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan dalam bidang sains. Karl bijak dalam bidang sains apabila dia berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia dan Khairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Aqram yang nama asalnya Akeem ialah adik kandung Karl yang terencat akal. Karl telah mengubahnya menjadi manusia cyborg melalui teknologi yang diciptanya. Karl telah memberikan wajah dan nama baharu kepadanya iaitu Aqram. Aqram memiliki rupa paras yang menarik sehingga Farisha tidak dapat melupakannya ketika mereka bertemu di Lapangan Terbang Senai.
Persoalan yang kedua ialah persoalan menunaikan amanah ibu bapa. Azraai menjalankan amanah ayah dan ibunya yang telah menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan keprihatinan terhadap kesusahan orang lain. Datuk Haiqal prihatin akan nasib yang menimpa Tauke Lim. Hidup Tauke Lim sangat susah ketika dia baharu tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim terpaksa menanggung kesusahan akibat sikap abangnya yang gemar berjudi sehingga tanah mendiang bapanya dan tapak rumah tergadai. Datuk Haiqal telah membantu Tauke Lim dengan memberi kerja kepada Tauke Lim sebagai penoreh getah di kebunnya
Persoalan yang kedua ialah persoalan kejujuran tentang identiti diri. Aqram jujur kepada Farisha apabila dia membocorkan rahsia dirinya yang sebenar kepada Farisha. Aqram memberitahu Farisha nama sebenarnya ialah Akeem dan dia merupakan adik Karl yang terencat akal. Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Uji kaji yang dijalankan oleh Karl berjaya mengubah penampilan dirinya.

(b) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan satu unsur saspens yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai unsur saspens dalam kedua-dua buah novel.
Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila pembaca tertanya-tanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft Lab. Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung kepada kesihatan Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana sistem tubuh mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca terjawab apabila Farisha tidak sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah diserang oleh virus yang digodam oleh musuh mereka.
Dalam novel Silir Daksina pula, unsur saspens dapat dilihat apabila pembaca tertanya-tanya tentang identiti sebenar anak Cikgu Zam. Pada pendapat saya, identiti sebenar anak Cikgu Zam menimbulkan unsur saspens kerana Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada siapa yang mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Akhirnya, pertanyaan ini terjawab apabila anaknya, Aiman didedahkan oleh penulis. Haiqal Haqimi ialah Aiman iaitu anak yang sering disebut dan dirindui oleh Abdullah bin Kayan.

SET 22 – SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2019
(a) Jelaskan dua peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam sebuah novel yang telah anda kaji dan berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh orang tua untuk menjaga adik-beradik.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling. Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid. Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/ Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam setiap novel.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa kebijaksanaan Nurul Hafsa dalam pelajaran. Nurul Hafsa telah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Jordan selama lima tahun dalam bidang fizik dan kaji falak. Setelah menamatkan pelajarannya, Nurul Hafsa telah kembali ke tanah air dan memanfaatkan biasiswanya dengan bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Selangor.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa kebijaksanaan Haiqal merancang strategi untuk menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal merasakan dia tidak mampu melaksanakan impian ayahnya seorang diri kerana dia masih muda dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sastera dan kebudayaan. Pak Cik Bakar berjanji akan berbincang dengan ketua kampung terlebih dahulu untuk meminta persetujuannya. Dalam pertemuan Haji Salim dengan ahli JKKK, Haiqal Haqimi dan See Hwa, akhirnya mereka sebulat suara akan menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama.

SET 23 – PPD SEMPORNA, SABAH 2019
(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya.[ 7 markah ]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Farisha dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara adik dengan abang. Konflik tercetus apabila Farisha berasa terkilan selepas menyedari dirinya merupakan anak angkat keluarga Azraai dan merupakan seorang anak yang tidak sah taraf. Hal ini dikatakan demikian kerana pengenalan bapanya tidak tercatat dalam fail manakala ibunya bernama Marilyn berketurunan Portugis. Farisha terkilan kerana Azraai menyembunyikan perkara yang sebenar selama ini daripadanya.
Konflik yang kedua ialah konflik antara anak dengan ibu. Farisha berkonflik dengan ibunya, Medina/Marilyn apabila dia mengetahui bahawa ibunya itu cuba membunuhnya semasa kecil. Farisha melarang Marilyn mendekatinya atau memeluknya ketika mereka berdua berada di dalam kereta. Farisha turut memalingkan muka apabila Marilyn mengucupnya pada bahagian pipi.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Haiqal dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara ibu dengan anak. Umi Haiqal tidak menyokong tindakannya untuk pulang ke Johor kerana di Johor Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat tinggal untuk bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.
Konflik yang kedua ialah konflik antara sahabat. Haiqal berkonflik dengan Ratna apabila Ratna menyepikan diri sepanjang Haiqal berada di Batu Pahat. Setelah Haiqal pulang ke Terengganu, barulah Haiqal mengetahui sebab Ratna menyepikan diri. Rupa-rupanya Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dan bakal suaminya.

(b) Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Di Sebalik Dinara ialah teringat kembali kisah ketika kecil. Azraai teringat kembali peristiwa pertama kali dia melihat wajah anak kecil berusia dua tahun pada ketika itu. Jarak usia Azraai dan Farisha ialah 14 tahun. Walaupun sudah terbiasa dengan kehidupan anak tunggal, namun Azraai menyambut kehadiran Farisha ke dalam hidup keluarga mereka dengan hati yang terbuka serta penuh ikhlas. Farisha telah menjadi adiknya selama 26 tahun. Dia bimbang jika kasih sayang Farisha berubah apabila Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat.
Teknik imbas kembali dalam novel Silir Daksina ialah teringat kembali kehadiran lelaki Cina yang datang ke rumah. Amirulnizam teringat kembali peristiwa seorang lelaki berumur dalam lingkungan dua puluhan berbangsa Cina memakai seluar labuh separas lutut dan memakai baju kemeja lusuh berlengan pendek datang ke rumahnya. Lelaki itu bertemu dengan ayahnya untuk mengambil upah menoreh getah di kebun ayahnya. Hasil keuntungan akan dibahagi dua. Lelaki tersebut ialah Tauke Ong yang hidup susah kerana tanah mendiang ayahnya telah habis digadaikan oleh abangnya yang kuat berjudi.

SET 24 – PPD LAHAD DATU, SABAH 2019
(a) Huraikan dua peristiwa yang memberikan pedoman yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana rumah Farisha telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu retinal scanner dan interkom yang bersambung dengan rumah abangnya, Azraai. Apabila Azraai menelefon Farisha, hologram Azraai akan muncul. Mereka berbual tentang kes pembunuhan yang berlaku tidak jauh dari apartmen Farisha. Sistem keselamatan ini dipasang oleh Azraai untuk menjamin keselamatan adiknya yang tersayang. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita sentiasa menyayangi adik-beradik dengan menjaga keselamatan mereka.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Selepas subuh pada hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara tersebut. Dr. Maxi dan beberapa orang pengurus besar Soft Lab memberikan sepatah dua kata tentang kenangan bekerja dengan Karl dan jasa-jasanya terhadap syarikat. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita sentiasa mentaati perintah ketua dalam menjalankan amanah yang diberikan.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Ai Ling telah meminta Cikgu Zam mengajarnya mendeklamasikan puisi yang betul. Semasa Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu Zam berkhayal seolah-olah Aiman mendeklamasikan sajak bersama-sama Ai Ling. Ai Ling telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan Ai Ling kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita berani meminta bantuan orang lain yang lebih pakar untuk melakukan sesuatu agar mendapat kejayaan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Tauke Ong yang rajin bekerja apabila dia menoreh getah pada sebelah pagi bersama-sama isterinya. Pada sebelah petang pula, mereka akan meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi, pisang, getah beku dan getah sekerap untuk dijual di pekan. Sekiranya dia tidak menoreh getah, dia akan membersihkan kebun ayah Abdullah bin Kayan. Hasil kerajinannya berusaha, dia dapat membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita rajin bekerja agar dapat menampung keperluan keluarga.

(b) Dalam setiap novel, konflik yang wujud mampu menjadikan novel menjadi menarik. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya.[8 markah]
DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha berkonflik dengan dirinya sendiri apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat keluarga Azraai. Farisha tidak sanggup menghadapi kenyataan tersebut setelah Azraai memberikan fail yang mengandungi maklumat tentang dirinya. Cara Farisha menyelesaikan konflik ini adalah dengan mengabaikan fail tersebut apabila dia mencampakkan fail itu ke dalam almari baju. Dia belum bersedia untuk membuka dan meneliti maklumat yang terdapat dalam fail tersebut.
Peristiwa yang menggambarkan konflik dalam novel Silir Daksina pula ialah peristiwa Haiqal Haqimi berkonflik dengan uminya, Rafiqah apabila keinginannya ke Johor untuk menjejaki ayahnya dihalang oleh umi. Umi tidak mahu Haiqal mencari ayahnya untuk mengelakkan Haiqal terpengaruh dengan bidang sastera yang baginya tidak menjamin masa depan. Umi mahu menghantar Haiqal melanjutkan pelajaran di luar negara kerana umi mengharapkan Haiqal untuk mewarisi empayar perniagaan batiknya pada suatu hari nanti. Cara Haiqal Haqimi menyelesaikan konflik dengan uminya ialah Haiqal tetap meneruskan hasratnya untuk mencari warisan ayahnya walaupun tanpa restu umi. Manakala umi terpaksa melepaskan Haiqal namun enggan melihat pemergian Haiqal.

Semoga berjaya….CiguMidahJumbakpekIKC2019…

No comments:

Post a Comment