Thursday, March 26, 2020

NOTA NOVEL SILIR DAKSINA DAN DI SEBALIK DINARA


PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI SPM 2019
SOALAN: LATAR TEMPAT
Novel Di sebalik Dinara – Dayang Noor
Bilik kerja Farisha di Soft Lab

Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, yang juga boleh  digunakan sebagai ‘touch screen’.

Lapangan Terbang Senai

Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.
Apartmen Farisha
Apartmen yang disewa bersama-sama shida dilengkapi retinal scanner yang dipasang oleh Azraai.  hal ini menyebabkan Farisha tidak dapat masuk ke dalam apartmentnya.
Rumah Azraai
Farisha datang melawat abangnya setelah dua bulan tidak berjumpa untuk makan malam.  ketika inilah farisha mendapat tahu bahawa Azraai menghidap sakit jantung dan mengetahui bahawa dia hanya anak angkat dalam keluarga Azraai.
Soft Lab
Soft lab dilengkapi dengan jabatan pembangunan risikan, pusat, data, server yang tersendiri dan menempatkan hasil penyelididkan dan knowledge base Dinara

1. Lapangan Terbang Senai
Huraian: Tempat Farisha bertemu dengan Aqram ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur setelah menghadiri program di Nusa Jaya.
2. Hotel Renaissance
Huraian: lokasi simposium Persatuan Penggodaman Antarabangsa
Senawang – Tempat Rosman bekerja menyiapkan projek diamanahkan kepada
syarikat usaha samanya dengan Farisha
3. Apartmen Farisha
Huraian : dilengkapi retinal scanner untuk meningkatkan keselamatan Farisha
4 Rumah agam Karl
Huraian: Lokasi kediaman rumah agam Karl terletak di Puchong.
5 Rumah Azraai
Huraian: Farisha keluarga abangnya apabila mengetahui abangnya menghidap sakit jantung.
6 Hospital Putrajaya (Wad 2B)–
Huraian: Farisha dihantar ke hospital setelah jatuh pengsan di Soft Lab.
7 Syarikat Soft Lab di Cyberjaya
Huraian: Berperanan sebagai pusat data, Jabatan Pembangunan Perisian, server yang
lengkap. Selain itu, mengandungi Desktop Maya yang menempatkan hasil penyelidikan
dan knowledge based sistem Dinara.
8. Hentian Pagoh
Huraian: Azraai memberhentikan keretanya dan Farisha diculik oleh dua orang lelaki yang
menggugut mahu mencederakan Azraai.
9. Pantai Port Dickson
Huraian: lokasi menabur abu mayat Karl dilakukan di Selat Melaka
10. Rumah ibu bapa Azraai
Huraian: Farisha diserahkan oleh kepada ibu bapa Azraai ketika berusia 2 tahun

Novel Silir Daksina – Nizar Parman
Warung Wak Min

Haiqal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min.  Wak Min meminta Haiqal makan roti canai dahulu sementara menunggu Tauke Ong. Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haiqal dan berjanji akan membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Balai Raya Kampung Seri Purnama.

Haiqal pergi ke balai raya tersebut sambil ditemani oleh See Hwa dan Lazim. Haiqal seakan-akan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat di situ adalah hasil penulisan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ, Haiqal tertarik melihat sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.

Rumah Abdullah Bin Kayan
Ai Ling mendeklamasi sajak dengan Abdullah bin Kayan (Cikgu Zam) di rumah Abdullah Kayan
Pantai batu Buruk
Haiqal selalu bertemu dengan Ratna di gerai makan milik Ratna sambil berbual-bual dan meluahkan masalah yang dihadapi antara satu sama lain di Pantai Batu Buruk
Stesen bas Batu Pahat
Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat pada jam 5.30 pagi setelah Sembilan jam perjalanan bas ekspres dari Kuala Terengganu
LATAR TEMPAT
CONTOH
Kuala Terengganu (rumah umi dan walid)
Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.
Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).
Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan umi Haiwal.
Balai Raya Kampung Seri Purnama
Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal  dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.
Gerai makan milik Ratna.
Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil menikmati makanan yang disediakan.
Kuala Terengganu (rumah umi dan walid)
Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.
Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).
Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan umi Haiwal.
Balai Raya Kampung Seri Purnama
Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal  dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.
Gerai makan milik Ratna.
Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil menikmati makanan yang disediakan.

SOALAN: PLOT & TEKNIK PLOT-IMBAS KEMBALI
Novel Di sebalik Dinara – Dayang Noor
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima farisha sebagai anak angkat.  seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil dan menyerahkan anak kecil tersebut (Farisha) kepada keluarganya untuk dijadikan anak angkat.
Farisha teringat akan ayah dan ibunya yang menghidap barah tulang.  hal ini terjadi apabila dia dan rosman dipertemukan dengan Karl yang sakit dan terbaring kerana penyakit barah usus.

SOALAN: PLOT & TEKNIK PLOT-IMBAS KEMBALI
Novel Silir Daksina – Nizar Parman
Haiqal teringatsewaktu dia menginjak usia enam tahun, Umi memberitahu bahawa Walid ialah ayah tirinya dan ayah kandungnya masih hidup lagi pada waktu itu.
Haiqal teringat ratna sewaktu dia ke restoran bersama-sama dengan ong See Hwa.


SOALAN: PLOT & TEKNIK PLOT- SASPENS
Novel Di sebalik Dinara – Dayang Noor
Peristiwa aqram, Khairul Anwar dan Mr Maxi terkejut apabila melihat farisha pengsan di Soft Lab.  mereka berasa saspens dengan keadaan Farisha lalu menelefon ambulans supaya farisha mendapat rawatan dengan segera.  pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab
Peristiwa ketika Farisha mendapat tahu bahawa karl ialah ayah kandungnya yang sebenar.  pada mulanya, farisha sangat terkejut apabila mengetahui tentang perkara itu.  pembaca tertanya-tanya sama ada Farisha dapat menerima kenyataan tersebut ataupun sebaliknya.

SOALAN: PLOT & TEKNIK PLOT- SASPENS
Novel Silir Daksina – Nizar Parman
Peristiwa sewaktu Haiqal bertekad pergi ke Johor seorang diri walaupun dihalang keras oleh uminya.  pembaca tertanya-tanya sama ada misi haiqal untuk menjejaki kehidupan lampau ayah berjaya atau sebaliknya.  pembaca juga tertanya-tanya sama ada misi haiqal untuk menjejaki kehidupan lampau ayah berjaya atau sebaliknya.  pembaca juga tertanya-tanya sama ada Haiqal mampu menyesuaikan diri ketika berada di kampong seri purnama atau sebaliknya.
Peristiwa sewaktu haiqal bertanya kepada Ong see Hwa sama ada gadis itu pandai menari zapin seperti digambarkan melalui watak Ai Ling dalam manuskrip ayahnya tetapi Ong See Hwa hanya mengangkat bahu tanpa memberikan respons.  pembaca tertanya-tanya sama ada Ong See Hwa bersetuju dengan ajakan haiqal atau sebaliknya.

SOALAN: PENGAJARAN
Novel Di sebalik Dinara – Dayang Noor
Kita hendaklah menyayangi keluarga kita

Walaupun Azraai tahu Farisha hanyalah anak angkat dalam keluarganya, namun dia sangat sayang akan Farisha.  Bahkan Azraai mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya melalui alat kawalan keselamatan yang dipasangnya di apartmen Farisha

Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia

Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hamper mengorbankan zuriat sendiri.  Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai impalan dan ubat untuk menjadikannya seorang yang pintar.
Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan soft Lab untuk projek mini yang sangat lumayan.  sebaliknya, farisha meminta pandangan abangnya, Azraai yang lebih berpengalaman
Kita hendaklah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu projek
Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar saling bekerja sama satu sama lain bagi memastikan misi menyelamatkan dinara tercapai

Novel Silir Daksina – Nizar Parman
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa walaupun mereka sudah tiada lagi

Haiqal amat sayang akan ayahnya walaupun ayahnya sudah meninggal dunia.  Haiqal sanggup menjejaki kisah kehidupan ayahnya di Batu pahat walaupun ditentang oleh ibunya.
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup supaya lebih bererti

Abdullah bin Kayan tebah menghadapi konflik hidup apabila berpisah dengan anaknya, Haiqal
Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya mendatangkan hasil yang terbaik
ABDULLAH BIN Kayan gigih beusaha untuk menubuhkn kumpulan zapin D’Purnama semula setelah 20 tahun kumpulan asalnya dibubarkan.
PENGAJARAN
CONTOH
Kita hendaklah cinta akan seni dan budaya bangsa
Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara tarian zapin
Kita mestilah menghargai persahabatan.
Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan mereka
Kita hendaklah tabah melaksanakan sesuatu kerja.
Abdullah sangat tabah dan berusaha untuk menghidupkam kembali tarianzapin.

PENGAJARAN BERKAITAN SEMANGAT BEKERJASAMA
Novel Di sebalik Dinara – Dayang Noor
Farisha dan Rosman yang bekerja di syarikat yang sama sering bekerjasama dan berbincang untuk membuat keputusan.  begitu juga rakan serumah farisha iaitu shida yang sentiasa bekerjasama dengan Farisha ketika melaksanakan tugasan di Soft Lab
Pengajarannya ialah kita hendaklah saling bekerjasama ketika melakukan sesuatu tugasan agar tugasan yang diamanahkan itu dapat disiapkan dengan lancer dan berkesan

Novel Silir Daksina – Nizar Parman
Penduduk kampong seri Purnama sentiasa bekerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di kampong tersebut seperti majlis sambutan Hari kemerdekaan peringkat mukin
Pengajarannya ialah kita haruslah mengamalkan semangat kerjasama dan muafakat semasa melaksanakan apa juga aktiviti supaya mencapai kejayaan yang diharapkan.


soalan: Watak sampingan:Perwatakan
DI sebalik Dinara –watak sampingan: Azraai
Silir Daksina-watak sampingan: Ong  See Hwa
·         Seorang yang penyayang:
Azraai amat menyayangi adik angkatnya Farisha.  Dia tetap mementingkan keselamatan Farisha dengan meningkatkan sistem keselamatan di rumah Farisha untuk melindunginya
·         Seorang yang gigih belajar
Sanggup berlatih dengan Cikgu Amirulnizam @ Abdullah bin Kayan mendeklamasi sajak di peringkat sekolah
·         Seorang yang bertanggungjawab:
Azraai segera melarikan dan menyembunyikan Farisha demi keselamatan sebaik-baik sahaja Azraai mengetahui bahawa ibu Farisha telah berkomunikasi dengan Farisha.
·         Seorang yang bertanggungjawab
Sanggup menjaga dan mengemas perpustakaan kecil di Kampung seri purnama selepas kematian ayah Haiqal secara sukarela sekali dalam seminggu

Watak sampingan lain: Novel Silir Daksina
SEE HWA / AI LING
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi.
Dia pernah memenangi pertandingan mendeklamasi sajak semasa di sekolah rendah.
2.  Seorang yang fasih Bahasa Melayu.
Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada pelat Bahasa Cina.
3.  Seorang yang suka membaca
Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di sekolah rendah.
4.  Seorang yang suka memasak
Dia suka memasak makanan yang pedas-pedas.

ABDULLAH BIN KAYAN / AMIRULNIZAM
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang cintakan sastera.
Dia sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera.
2.  Seorang yang penyayang
Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.
3.  Seorang penari zapin.
Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri Purnama.

TAUKE ONG / TAUKE LIM
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang sangat rajin
Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan.
2.  Seorang yang murah hati.
Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.
3.  Seorang yang tahu membalas budi.
Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai membalas budi pertolongan datuk dan ayah Haiqal.
4.  Seorang yang jujur dan amanah.
Dia menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik.

RATNA
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang minat dalam bidang perniagaan.
Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.
2.  Seorang yang suka mengusik.
Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal sedang berkhayal.
3.  Seorang pendengar setia.
Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.
4.  Seorang yang baik hati.
Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

UMI
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang usahawan berjaya
Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.
2.  Seorang yang penyayang
Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga Haiqal.
3.  Seorang yang ego.
Dia tidak suka dan menghargai bakat seni bekas suaminya.
4.  Seorang pemarah.
Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.

Peristiwa menarik + alasan
DI sebalik Dinara
Silir Daksina
Pendedahan   dan  pengakuan  Azraai  tentang  penyakit  yang  dialaminya  serta   status  Farisha  sebagai  adik  angkatnya.
Azraai  akhirnya  memberitahu  Farisha  tentang  masalah  penyakit  jantung  yang  dialaminya   dan  juga   status   sebenar  Farisha. Azraai   telah  menunjukkan   satu   fail  peninggalan  arwah  ayahnya  yang  mengandungi   dokumen  permohonan untuk  menjadikan  Farisha  sebagai  anak  angkat.

Peristiwa  tersebut   telah  menarik  perhatian   saya  kerana  dapat  mengetahui identiti  sebenar   Farisha   dan  juga  keikhlasan  Azraai  untuk   menceritakan  perkara  yang  sebenar.
Peristiwa Haiqal telah menghidupkan kembali kumpulan zapin D’ Purnama setelah sekian lama terkubur semenjak kematian ayahnya. Satu majlis persembahan tarian zapin akan diadakan dan Haiqal turut mengambil bahagian. Haiqal juga telah memaklumkan kepada walidnya tentang persembahan tarian zapin tersebut.

Sebab dapat menghidupkan kembali tarian zapin ayahnya dan mengeratkan hubungan baik Haiqal dengan ibunya.
·         Pengakuan  Aqram  tentang   asal  usul  dirinya.
Aqram  telah  menceritakan  kepada  Farisha  dan  Azraai  tentang  asal  usulnya  daripada  manusia  sehingga  menjadi  cyborg. Aqram  sebenarnya  ialah  adik  kandung  kepada  Karl  dan  terencat  akal  tetapi menjadi  cyborg  yang  sempurna  penampilannya  serta  kelihatan  lebih  muda  daripada  umur  sebenarnya.

Peristiwa  ini  telah  benar-benar  menarik  perhatian  saya  kerana   menimbulkan  unsur  kejutan  dan  dapat  mengetahui  identiti  sebenar  Aqram.
Peristiwa tentang Haiqal berasa gembira kerana uminya, walid dan adik tirinya telah datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan persembahan tarian zapin. Haiqal bersyukur kerana kehadiran ibunya merupakan petanda bahawa ibunya merestui perjuangan diri dan ayahnya ke arah memartabatkan tarian zapin.

Sebab:  dapat memartabatkan tarian zapin dan hubungan keluarga yang pincang akan kembali baik

Peristiwa yang memberikan pengajaran
DI sebalik Dinara
Silir Daksina
Peristiwa Azraai, abag Farisha yang memasang retinal scanner pada pintu apartmen Farisha ekoran keadaan keselamatan yang membimbangkan

Peristiwa ini menimbulkan pengajaran/kesedaran kepada pembaca kerana setiap anggota masyarakat perlu berhati-hati dengan mengambil langkah-langkah keselamatan di kawasan persekitaran perumahan supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Peristiwa Haiqal Hakimi mencari surau untuk menunaikan soalat subuh sebaik sahaja sampai di stesen batu Pahat pada pukul 5.30 pagi sebelum meneruskan perjalanan mencari Kampung seri Purnama, Parit Raja

Peristiwa ini memberi pengajaran kepada pembaca supaya melaksanakan perintah-Nya iaitu menunaikan solat di mana jua berada
Peristiwa Karl yang tidak pernah mengahwini Marilyn (Medina) tetapi tinggal bersama sehingga melahirkan anak luar nikah, iaitu Farisha

Peristiwa ini menimbulkan pengajaran/kesedaran kepada pembaca supaya sentiasa berpegang pada ikatan perkahwinan yang sah untuk membina sebuah keluarga agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang
Peristiwa Haiqal bertekad menjejaki kehidupan lampau ayahnya di kampong seri purnama walaupun ditentang oleh ibunya.

Peristiwa ini memberi kesedaran kepada pembaca bahawa pertalian darah antara bapa dengan anak tidak dapat dipisahkan dengan mudah.


Aspek peristiwa + nilai
DI sebalik Dinara
Silir Daksina
Peristiwa: Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara. Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram menjejaki Farisha untuk menggodam sistem Dinara.

Nilai kerjasama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.

Peristiwa: penduduk kampung Seri Purnama yang terdiri dan para penduduk bekerjasama membuat persediaan untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri.

Nilai kerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program yang dirancang.

Peristiwa: Aqram dan Dr Maxi berusaha menjejaki Farisha  untuk menyelamatkan sistem Dinara seperti yang diamanahkan oleh Karl.

Nilai kegigihan menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda.

Peristiwa: Abdullah Kayan gigih menghasilkan beberapa karya sastera seperti novel kanak-kanak. Beliau juga berusaha gigih untuk menghidupkan tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

Nilai kegigihan memperjuangkan seni bahasa dan budaya.


Aspek peristiwa + nilai
DI sebalik Dinara
Silir Daksina
Peristiwa: Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara. Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram menjejaki Farisha untuk menggodam sistem Dinara.

Nilai kerjasama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.

Peristiwa: penduduk kampung Seri Purnama yang terdiri dan para penduduk bekerjasama membuat persediaan untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri.

Nilai kerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program yang dirancang.

Peristiwa: Aqram dan Dr Maxi berusaha menjejaki Farisha  untuk menyelamatkan sistem Dinara seperti yang diamanahkan oleh Karl.

Nilai kegigihan menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda.

Peristiwa: Abdullah Kayan gigih menghasilkan beberapa karya sastera seperti novel kanak-kanak. Beliau juga berusaha gigih untuk menghidupkan tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

Nilai kegigihan memperjuangkan seni bahasa dan budaya.


Latar masyarakat yang pincang
DI sebalik Dinara
Silir Daksina
·         Kepincangan masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
Karl tidak percaya akan kewujudan Tuhan sehingga sanggup menyeksa isterinya Rusmina apabila isterinya tidak mengikut arahan karl untuk meninggalkan agama yang dianutinya.
·         Peristiwa perceraian Abdullah bin Kayan dan isterinya, Rafiqah
Perceraian berlaku dalam keluarga Abdullah bin Kayan mengambarkan kepincangan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat

·         Kepincangan masyarakat yang sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan diri sendiri walaupun terhadap anak kandungnya sendiri
Karl sebagai seorang  ayah yang sanggup menanam pelbagai impalan dan memasukkan ubat ke dalam tubuh anaknya, Farisha tanpa bius supaya anaknya menjadi genius.
·         Peristiwa keluarga jatuh miskin akibat kalah dalam pertaruhan/judi
Peristiwa Tauke Lim dan keluarganya terpaksa berhijrah ke tempat lain kerana harta peninggalan ayahnya telah habis dijual oleh abangnya untuk membayar pinjaman ceti haram akibat kalah dalam pertaruhan judi
4 (b) Perasaan dan bahagian peleraian novel
Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Perasaan kagum.
Alasan : Saya berasa kagum dengan tindakan Farisha yang sanggup melawat Karl yang sedang tenat.
Peleraian : Farisha, Dr Maxi, Azraai, Medina, dan Aqram bergegas ke rumah Karl dan diberi peluang berjumpa Karl buat kali terakhir.

2. Perasaan simpati / kasihan
Alasan : Saya berasa simpati kerana Shida menjadi mangsa ketaasuban manusia terhadap Sains dan Teknologi.
Peleraian : Selepas upacara pengebumian Karl, Farisha dan Aqram mendapati Karl masih berada dalam tubuh Shida.
Alasan : Saya berasa simpati kerana Farisha tidak dapat meneruskan hidup bersama ayah kandung yang baru dikenalinya.
Peleraian : Karl telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Puchong

Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
1. Perasaan bangga
Alasan : Saya berasa bangga kerana warisan budaya iaitu tarian zapin dapat dihidupkan kembali di Kampung Seri Purnama
Peleraian : Semasa sedang menari, Haiqal melihat Umi Rafiqah ,walid dan Nurul Asiyah hadir menyaksikan persembahan tarian
zapin.

2. Perasaan gembira
Alasan : Saya berasa gembira kerana Haiqal Hakimi bertindak bijak / wajar demi masa depannya.
Peleraian : Haiqal Hakimi melanjutkan pelajarannya ke salah sebuah universiti di Bumi Kenyalang.
MODUL 1:
4a)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
Novel yang saya kaji ialah novel …………karya…………………………….. Pengajaran  yang terdapat dalam novel ialah………………………………Sebagai contoh,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Selain itu, pengajaran  yang kedua ialah ………………………………………………………………………………………………
Contohnya,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


MODUL 2:
4a)  Berdasarkan sebuah novel yang anda telah pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
Novel yang saya kaji ialah novel …………………………………..karya…………………………….. Latar tempat  yang terdapat dalam novel ialah………………………………………………………………………………………………………………………Sebagai contoh,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Selain itu, latar  tempat  ……………………………………………………………………………………………………………………
Contohnya,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


4 comments: