Thursday, March 26, 2020


RAMALAN SPM 2020: NOTA KOMSAS

RAMALAN 2: GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)
SOALAN KBAT
Kesan-kesan tidak menjaga pertuturan.
1.       menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / pergaduhan.
2.       merosakan / memutuskan hubungan / silaturahim.
3.       dibenci / dimusuhi oleh orang lain.
4.       kekurangan / ketiadaan kawan.
5.       imej diri tercemar / tidak hormat.
Kesan tidak menjaga pertuturan:
1.       Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / pergaduhan
2.       Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim
3.       Dibenci / dimusuhi oleh orang lain
4.       Kekurangan / ketiadaan kawan

SOALAN 2d(iii):ASPEK SASTERA
Satu pengajaran rangkap 5 dan rangkap 7 :
Rangkap 5
1.       Kita hendaklah mengawal nafsu makan / kita janganlah makan sehingga kenyang.
Penyajak menasihati agar kita mestilah mengawal nafsu makan agar tidak melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
Kita janganlah makan secara berlebih-lebihan kerana boleh menyebabkan kita melakukan perbuatan yang tidak baik.
Rangkap 7
1.       Kita mestilah menjaga pergerakan.
Penyajak menyarankan agar kita mestilah menjaga perjalanan agar tidak pergi ke tempat-tempat dilarang oleh agama.

Dua persoalan
1.       Persoalan kepentingan menjaga pancaindera
Contoh: diri disayangi dan dihormati
2.       Persoalan berhati-hati apabila menggunakan pancaindera
Contoh: dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.
3.       Persoalan melakukan sesuatu secara keterlaluan
Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai keburukan.
4.       Persoalan Tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara keji
Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu menjaga maruah diri dan keluarga.

RAMALAN 3: ERTI HIDUP BERERTI
SOALAN KBAT
Langkah-langkah golongan muda menghargai warga emas:
2.       ibu bapa menjadi sur teladan
3.       pihak sekolah menerapkan nilai murni terhadap warga emas
4.       kerajaan mengadakan kempen menyayangi warga emas
5.       pihak swasta menganjurkan program menghargai warga emas
6.       media massa menyiarkan rancangan/dokumentari tentang
7.       kehidupan warga emas

Cara-cara anak membalas jasa ibu bapa
1.       sentiasa mengambil berat tahap kesihatan ibu bapa
2.       menanggung perbelanjaan ibu bapa
3.       sentiasa menziarahi ibu bapa
4.       mempelawa ibu bapa tinggal bersama-sama

Peranan pelbagai pihak untuk mencapai hasrat keluarga bahagia
1.       Jiran mengambil tahu / prihatin akan kebajikan keluarga yang menghadapi musibah / masalah.
2.       Kerajaan/NGO menganjurkan kursus/bengkel keibubapaan.
3.       Kerajaan menyediakan penghargaan/anugerah kepada keluarga bahagia.
4.       Media massa/media sosial mengadakan kempen/filem/iklan Sayangi Keluarga Anda, Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi, Utamakan Keluarga, drama Bisik pada Langit, filem Pulang.
5.       Guru / sekolah menerapkan nilai kekeluargaan kepada murid.
6.       Komuniti/masyarakat menganjurkan program hari keluarga.
7.       LPPKN menyediakan modul pengurusan kerjaya dan keluarga kepada masyarakat.
8.       Unit kaunseling / kaunselor/ahli agama / pakar motivasi memberi bimbingan/nasihat kepada keluarga yang menghadapi masalah.

Sebab anak-anak bertindak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua:
1.       Tidak mempunyai sifat tanggungjawab
2.       Tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa
3.       Terlalu sibuk dengan kerjaya

Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa
1.       Sentiasa menjaga kebajikan mereka agar mereka tidak berasa terasing dan terpinggir daripada kasih saying anak-anak
2.       Menyayangi dan menghormati mereka dengan sepenuh hati dan keikhlasan agar mereka berasa disayangi dan kehadiran mereka diperlukan oleh anak-anak
3.       Mendengar nasihat ibu bapa
4.       Belajar bersungguh-sungguh
5.       Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa
6.       Bertutur / bercakap dengan sopan
7.       Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa
8.       Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong

SEBAB Hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang
1.       Menjaga emosi ahli keluarga
2.       mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial
3.       mengukuhkan hubungan/silaturahim
4.       membentuk keluarga yang harmoni/bahagia
5.       mengelakkan konflik keluarga
6.       memupuk sikap saling menghormati

cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua yang uzur
1.       mengupah pengasuh/orang gaji/pembantu/jururawat untuk menjaga
2.       tinggal bersama-sama dengan mereka / mengajak tinggal bersama-sama
3.       meminta isteri/anak-anak bergilir-gilir menjaga ibu bapa uzur
4.       menempatkan mereka/ibu bapa di pusat penjagaan orang tua uzur pada waktu bekerja
5.       mengambil cuti tanpa gaji (atau cuti lain) untuk menjaga ibu bapa

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan anak-anak yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing untuk membalas jasa ibu bapa mereka? Cadangkan usaha-usaha anda.
1.       Menghormati / menyayangi ibu bapa
2.       Meluangkan masa untuk berkomunikasi/ menziarahi ibu bapa.
3.       Menyediakan keperluan hidup yang lebih selesa.
4.       Memberi hadiah hari lahir, tarikh/ hari istimewa ibu bapa

Cara untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa
1.       Sentiasa mentaati perintah ibu bapa / menghormati ibu bapa
2.       Menghadiahkan kejayaan dalam hidup kepada mereka
3.       Memelihara dan menjaga mereka apabila ibu bapa kita tua / sakit
4.       Membantu mereka melakukan sesuatu perkara
5.       Sentiasa menziarahi mereka
6.       Berusaha memenuhi keinginan mereka / menyediakan tempat tinggal / kemudahan
7.       Memberikan hadiah kepada mereka
8.       Mendoakan kesejahteraan mereka

Pendapat saya, tindakan anak-anak yang mempunyai kerjaya dapat membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka ialah
1.       anak-anak hendaklah sentiasa mentaati perintah ibu bapa.
2.       anak-anak haruslah mengirimkan wang kepada ibu bapa
3.       anak-anak perlulah sentiasa bertanya khabar ibu bapa mereka walaupun kesibukan dengan kerja.
4.       jika ada kelapangan waktu, anak-anak sewajamya pulang ke rumah ibu bapa untuk melawatnya
5.       anak-anak mestilah menjaga ibu bapa sekiranya mereka sakit

faktor-faktor yang menyebabkan segelintir anak meminggirkan ibu bapa mereka
1.       Kurangnya didikan ibu bapa dari segi moral dan agama
2.       Terikut budaya barat yang negatif
3.       Lebih mementingkan materialistik dalam menjalani kehidupan

Sebab-sebab anak-anak pada masa ini mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa?
1.       tinggal berjauhan dengan ibu bapa
2.       kos sara hidup yang semakin tinggi
3.       sibuk dengan kerjaya
4.       sibuk menguruskan hal keluarga sendiri

SOALAN 2d(iii):ASPEK SASTERA
Dua pengajaran berdasarkan rangkap sajak:
1.       Kita janganlah mengabaikan ibu bapa apabila mereka sudah tua agar mereka tidak kesunyian.
2.       Kita hendaklah bertanggung jawab menjaga kedua-dua ibu bapa setelah mereka tua agar mereka tidak berasa sedih.
3.       Kita perlulah tabah menghadapi cabaran pada masa hari tua agar tidak berasa kecewa.
4.       Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Dua Pengajaran daripada sajak:
1.       Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita agar penat lelah mereka selama ini dapat dibalas.
2.       Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita supaya mereka tidak berasa sunyi.
3.       Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka tua supaya kebajikan mereka terjamin.
4.       Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di dunia kecuali Tuhan agar kita menghargai orang di sekeliling kita.
5.       Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka tidak bersikap baik dengan kita supaya permusuhan tidak berpanjangan.
6.       Kita mestilah menziarahi ibu bapa sekiranya tinggal berjauhan. (R1)
Huraian : Penyajak mengharapkan anak-anaknya datang menziarahinya kerana dia berasa terlalu sunyi.
7.       Kita mestilah menjaga ibu bapa ketika mereka sakit. (R2)
Huraian : Penyajak menyatakan bahawa anak-anaknya melepaskan tanggungjawab untuk menjaganya.
8.       Kita mestilah insaf bahawa kehidupan kita hanyalah sementara dan Tuhan yang kekal abadi. (R3)
Huraian : Penyajak sedar dan insaf bahawa kehidupan ini hanya sementara dan hanya Tuhan yang kekal.
9.       Kita mestilah mendoakan anak-anak supaya mereka sentiasa melakukan kebaikan. (R3)
Huraian : Penyajak sentiasa mendoakan anak- anaknya agar diberi keinsafan.

Nilai yang terdapat dalam sajak :
1.       keinsafan.
Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa tiada yang kekal melainkan Tuhan.
2.       kasih sayang.
Contohnya, kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya tetap tidak berubah walaupun anaknya telah menderhaka.
3.       ketabahan.
Contohnya, ketabahan ibu bapa yang melalui kehidupan sendiri yang tidak dihiraukan oleh anak-anak.
4.       tanggungjawab.
Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya walaupun anaknya telah menderhaka dengan cara mendoakan.

Nilai dalam sajak
1.       Nilai ketabahan.
Contohnya, penyajak tabah mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak
2.       Nilai kasih sayang.
Contohnya, penyajak tetap menyayangi anaknya walaupun anaknya itu tidak mempedulikannya
3.       Nilai keinsafan.
Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

Dua persoalan yang terdapat dalam sajak:
1.       Persoalan kesunyian hidup pada usia tua.
Huraian : Penyajak menghadapi kesunyian hidup kerana malam yang dilaluinya begitu sepi / ditinggalkan oleh anak-anaknya.
2.       Persoalan kasih sayang ibu / keikhlasan seorang ibu.
Huraian : Penyajak sentiasa mendoakan anak-anaknya insaf dan memberi kasih sayang kepadanya.
3.       Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.
Huraian : Penyajak berasa dirinya dipinggirkan oleh anak-anaknya kerana mereka tidak mahu menjaga dan saling menolak daripada memikul tanggungjawab.
4.       Persoalan penderitaan ibu bapa yang diabaikan
Huraian : Penyajak menanggung penderitaan dan kesakitan seorang diri tanpa anak-anak di sisi.
5.       Persoalan hidup dan mati ketentuan Tuhan.
Huraian : Penyajak menyatakan bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
1.       Persoalan tentang nasib warga emas yang terbiar misalnya ‘aku’/penyajak berasa sunyi kerana tiada anak-anak datang menziarahinya
2.       Persoalan tentang kasih sayang suci seorang ibu misalnya penyajak mendoakan semoga anak-anak akan menjadi insaf dan sedar akan kesalahan mereka.
3.       Persoalan tentang hidup manusia di muka bumi bersifat sementara misalnya penyajak menyatakan bahawa semua yang hidup akan mati kecuali Tuhan
4.       Persoalan tentang anak-anak yang tidak bertanggungjawab menjaga ibu (bapa) misalnya mereka menolak antara adik-beradik untuk menjaga ibu bapa
5.       Persoalan ialah kehidupan seorang tua yang kesunyian misalnya penyajak menyatakan bahawa dia sering berada dalam keadaan sangat sunyi tanpa anak-anaknya.

RAMALAN 4: SANG GEMBALA KUDA
SOALAN KBAT
Ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin agar dihormati dan disegani
1.       seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang baik
2.       bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina
3.       mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan
4.       mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain
5.       kebolehan berkomunikasi secara berkesan
6.       mempunyai integriti
7.       mempunyai pegangan agama yang kukuh
Peranan pelbagai pihak untuk mengatasi penganiayaan terhadap haiwan:
1.       pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang ketat/tegas/ mengenakan hukuman berat kepada mereka yang melakukan penganiayaan haiwan
2.       menubuhkan agensi khas/badan/NGO Perlindungan Haiwan mengatasi masalah ini (seperti SPCA)
3.       masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa tentang kejadian penganiayaan haiwan
4.       pihak media massa mewara-warakan mesej tentang sifat ihsan / belas kasihan terhadap haiwan
5.       pihak sekolah menyedarkan para pelajar tentang masalah penganiayaan haiwan/cara-cara mengatasi
6.       ibu bapa menasihati anak-anak daripada terlibat dalam sebarang tindakan penganiayaan haiwan.

Keperluan-keperluan lain memelihara binatang ternakan
1.       kandang / tempat tinggal
2.       rawatan kesihatan / perubatan
3.       kawalan keselamatan
4.       kasih sayang / perhatian
5.       pasangan / teman

SOALAN 2d(iii):ASPEK SASTERA
Persoalan yang terdapat dalam sajak
1.       Persoalan kebijaksanaan dalam memimpin
Sang Gembala Kuda menggunakan cemeti untuk kuda-kudanya.
2.       Persoalan kepatuhan kepada ketua
Kuda patuh terhadap Sang Gembala Kuda kerana makanan yang diberikan.
3.       Persoalan kekuasaan seorang pemimpin
Kuda tidak akan membantah arahan Sang Gembala Kuda.
4.       Persoalan penganiayaan terhadap haiwan
Setelah kuda diberi makan, Sang Gembala Kuda akan terus menunggang kuda tanpa menghiraukan keletihan kuda tersebut.

Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak:
1.       Kita mestilah berani menghadapi pelbagai rintangan tanpa mudah berputus asa
Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
2.       Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan tugasan. Sebagai contohnya, sang gembala kuda sangat gigih dalam melaksanakan tugasnya memburu kuda-kuda liar / demi memastikan kuda-kudanya dikandangkan.
3.       Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi
Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
4.       Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna
Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
5.       Kita hendaklah berjuang demi kebenaran-misalnya penyajak berjuang atas kebenaran demi menentang semua kebobrokan misalnya penyajak berjuang menegakkan keadilan daripada sebarang kebobrokan
6.       Kita hendaklah berani menghadapi halangan/kesukaran dalam mengendalikan sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Contohnya Sang Gembala Kuda sanggup meredah onak ketika memburu kuda
7.       Kita haruslah bersikap tegas ketika menjalankan tugas - Misalnya Sang Gembala Kuda mampu mengawal kuda-kuda kerana dia bersikap tegas/Sang Gembala Kuda menggunakan kuasa yang ada padanya dan sesekali menggunakan suaranya yang kuat untuk menakutkan kuda-kuda itu.

Nilai dalam sajak

1.       Tanggungjawab.
Penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2.       Kepatuhan / Ketaatan / Kesetiaan.
Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda
3.       Keberanian.
Penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
4.       Ketegasan.
Sang gembala kuda tegas dalam menguruskan kuda-kudanya
5.       Ketabahan.
Sang gembala kuda tabah mengharungi pelbagai cabaran semasa berburu.

RAMALAN 5:  SEJADAH RINDU
SOALAN KBAT
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya seseorang yang sudah bertaubat tidak kembali kepada sikapnya yang dahulu?
1.       menyesali perbuatannya dengan sesungguh hati.
2.       berusaha menghapuskan dosa-dosa yang lalu
3.       banyak berbuat kebajikan
4.       sentiasa mengelakkan diri dari melakukan kejahatan
5.       menyibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.
6.       Mendekatkan diri dengan Tuhan/berdoa

Perkara-perkara yang wajar kita lakukan sementara kita hidup di dunia ini?
1.       Memperbaik diri daripada kesilapan lalu
2.       Sentiasa membuat perkara baik
3.       Mendalami ilmu agama / mendekatkan diri kepada Tuhan
4.       Memberikan pertolongan kepada golongan yang memerlukan
5.       Membalas jasa ibu bapa

Cara-cara yang boleh dilakukan oleh mereka yang telah insaf dan bertaubat ialah:
1.       Belajar agama dengan guru-guru agama.
2.       Mendapatkan nasihat dari orang yang arif/berpengalaman
3.       Bergaul dengan rakan yang positif
4.       Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid

cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas
dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya
1.       Diam dan mengenang dosa lalu
2.       Mengalir air mata/menangis sambil bersujud kepada Tuhan
3.       Melafazkan ungkapan taubat kepada Tuhan (dengan sebak)
4.       Berdoa/memohon ampun kepada Tuhan

Kesan-kesannya jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara
1.       Berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan
2.       Tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama/Tuhan
3.       Melakukan amalan yang aik/bersembahyang/bersedekah/dsb
4.       Tidak terlalu bersifat kebendaan/materialistik

Seseorang itu harus mentaati Tuhan:
1.       Supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Tuhan.
2.       Supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara / tindakan.
3.       Supaya memperoleh ketenangan jiwa dan sentiasa berfikiran terbuka.
4.       Supaya dapat menjalani kehidupan dengan hati tenang
5.       Supaya hidup sentiasa dalam peliharaan Tuhan.

SOALAN 2d(iii):ASPEK SASTERA
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
1.       Persoalan keinsafan seorang manusia yang banyak melakukan dosa.
Contoh: Penyajak mengenang kembali segala kesalahan yang telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan yang dilakukannya. (Merekah keinsafan di hati yang beku Mengenang dosaku yang terdahulu).
2.       Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.
Contohnya, penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih
Contoh : lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.
3.       Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.
Contohnya, Penyajak berharap agar segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan
Contoh : moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku di nisankan.
4.       Persoalan ajal maut di tangan Tuhan.
Contohnya, Penyajak menyatakan bersedia sebelum meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan
Contoh : sebelum saat aku dinisankan di masa yang kautetapkan.

Dua persoalan yang terdapat dalam sajak.
1.       Persoalan tentang ketaatan kepada Tuhan. Penyajak ikhlas dan taat menunaikan solat kerana sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal selama-lamanya
2.       Persoalan tentang keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan.
Penyajak telah insaf daripada kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya.


Tema yang terdapat dalam sajak tersebut ialah;

1.       Bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada perintah agama.
Contohnya, penyajak insaf akan dosa-dosanya dan memohon keampunan kepada Tuhan.
Beliau bertaubat untuk tidak mengulangi dosanya dan memohon agar Tuhan menunjukkan jalan yang benar kepadanya.
Contohnya penyajak bertaubat dengan mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan Allah SWT.
Penyajak yang insaf bersyukur kerana dipanjangkan umur. Contohnya, penyajak sedar masanya semakin suntuk dan penyajak berharap agar segala dosanya diampunkan sebelum dia menemui ajal.

Nilai yang terdapat dalam sajak:

1.       Nilai keinsafan
Penyajak menginsafi / bertaubat atas dosa-dosanya yang terdahulu dan memohon keampunan daripada Tuhan.
2.       Nilai ketaatan/nilai kepercayaan kepada Tuhan
Penyajak taat kepada perintah Allah SWT/Tuhan dan berharap agar Tuhan mengampunkan segala dosa-dosanya. / Penyajak meyakini bahawa Tuhan telah menetapkan kematian seseorang.
3.       Nilai keikhlasan/kesungguhan
Penyajak benar-benar ikhlas mengharapkan pengampunan daripada Tuhan/Pencipta sehinggakan dia menitiskan air mata.
4.       Nilai kegigihan
Penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan daripada Tuhan sebelum dia meninggal dunia

NOTA MAKSUD RANGKAP:
SANG GEMBALA KUDA
Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda dipadang
berebutan memburu kandang.
‘Seorang lelaki bergelar perkasa’ merupakan simbolik kepada seorang pemimpin. ‘Cemetikeberanian di tangan’ bermaksud pemimpin tersebut mempunyai kuasa. ‘Rembat angkuhnya memacu takut’ bermaksud pemimpin ini boleh melakukan apa-apa sahaja yang menyebabkan orang bawahannya berasatakut. ‘kuda-kuda’ bermaksud orang bawahan atau orang suruhannya. Pemimpin ini kuat kerana kuasa yang ada padanya.
Rangkap 2
Rumput dan jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini memberikan pelbagai kemewahan kepada ketua-ketua kecil yang menyokong penuh
kepemimpinannya. Segala pemberian ini diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil ini perlulah setia. Oleh sebab mereka telah menerima pelbagai kemewahan daripada pemimpin atasan, ketua-ketua kecil akan berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakan atau orang di kawasannya supaya mentaati pemimpin mereka.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiringi seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur dipaya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat aku
penyelamat maruah berjuang
atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
Pemimpin mempunyai kuasa yang besar. Oleh sebab dia mempunyai kuasa, arahannya sentiasa dipatuhi oleh ketua-ketua kecil di
bawahnya. Pelbagai masalah dapat dihadapi dengan mudah. Dengan kuasa yang ada, dia berjaya menindas orang bawahan. Dengan
menggunakan tipu muslihat, pemimpin ini mengatakan bahawa dia merupakan penyelamat maruah bangsa, berkhidmat dengan ikhlasnya, dan menentang semua ketidakadilan yang
berlaku.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Inilah pemimpin yang mempergunakan orang lain untuk mengekalkan kedudukannya. Dia hanya bijak untuk menggunakan orang lain bagi mengekalkan kuasanya. Pemimpin ini hanya tahu untuk mengejar kuasa tanpa mengambil kira kehebatan dirinya yang
sebenar. Oleh sebab kebijaksanaannya mempergunakan orang lain, orang-orang bawahannya terus tertindas.

SEJADAH RINDU
RANGKAP
SAJAK
MAKSUD



Rangkap 1

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup.



Rangkap 2

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masayang Kautetapkan.

Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.



Rangkap 3
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.




Rangkap 4
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari pencipta dalam gemuruh.

Penyajak  berasa sangat sedih dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai dirinya. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di tikar sembahyang yang sudah lama ditinggalkan. Dalam keadaan gementar, dia memohon keampunan daripada tuhan agar dosa-dosanya diampunkan




Rangkap 5
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
Penyajak memohon kepadaTuhan yang satu agar mengabulkan permintaannya untuk menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, sertasupayadiatidakalpatentangsifatkehidupan yang fana / tidakkekal.

ERTI HIDUP BERERTI
RANGKAP
SAJAK
MAKSUD


Rangkap 1
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi
Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.
Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan 



Rangkap 2
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu sakit.
Rangkap 3
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.
www.sibermerdeka.com.my   oleh :  Abdul Ghaffar Ibrahim

1.       MAKSUD

Rangkap
Maksud
1
Dalam kebun diriku
Aku tanam saujana rancangan
Untuk memerdekakan warga susahku
Hidup menentang senja dan malam.
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2
Dalam parlimen diriku
Aku bahas isu onak dan enak
Untukku merdekakan warga fikirku
Mengelak hidup dikotak-katikkan.
Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

3
Dalam laut diriku
Ombak gelora menampar pantai aman
Untuk menguji amal dan iman.
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

4
Dalam gergasi diriku
Terpedaya jua oleh permainan si kancil
Namun sempat sedar dan beringat lagi.
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

5
Dalam pentas diriku
Aku berlatih meangkis angin
Aku berlatih memunggah awan
Menghayati skrip demi skrip
Yang tak diduga klimaksnya.
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.

6
Dalam dewan diriku
Aku tak cemas lagi
Oleh kata yang mengekang
Aku tak lemas lagi
Oleh kata yang menyerang.
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

7
Apabila sibermerdeka  sampai
Ke rumah
Aku panggil diriku bermusyawarah
Menyokong, berkecuali dan menentang
Aku ambil keputusan
Waktu itu aku kenal batas diri
Untuk tidak mengulangi kekalahan.
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

8
Kini,  kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
Aku turun darinya menghadapi dunia nyata
Peristiwa datang peristiwa pergi
Bagai siang memanggil malam
Dan sibermerdeka terus berkaca
Terus mengalirkan arus ingatan
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
Hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.


GURINDAM DUA BELAS

1.       MAKSUD

RANGKAP
GURINDAM
MAKSUD
1
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.     
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan
2
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
3
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
4
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.     
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
5
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
6
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
7
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.


No comments:

Post a Comment