Saturday, March 28, 2020

KARANGAN RANGSANGAN - KAEDAH IKC (MURID LULUS)


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.
- mudah menghubungi ahli keluarga
- membantu dalam pembelajaran
- senang mendapat maklumat terkini

 



Dewasa ini, penggunaan telefon pintar merupakan salah satu isu yang sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Isu penggunaan telefon pintar ini sering dipaparkan dalam media massa seperti akhbar dan televisyen di negara kita. Persoalannya apakah kesan-kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja? Jika diperhalusi terdapat banyak kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja di negara ini.

Kesan perdana penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah mudah menghubungi ahli keluarga. Hal ini demikian kerana remaja dapat menghubungi ahli keluarga dengan mudah dan pantas. Dalam hal ini, remaja tadi dapat menghubungi ayah, ibu dan adik-beradik mereka. Secara tidak langsung, ikatan silaturahim antara ahli keluarga dapat dieratkan walaupun tinggal berjauhan. Jelaslah bahawa antara kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah mudah menghubungi ahli keluarga.

Kesan kedua penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah membantu dalam pembelajaran Hal ini demikian kerana remaja itu tadi dapat belajar secara berkumpulan dengan menggunakan aplikasi media sosial. Dalam hal ini, remaja tersebut menggunakan aplikasi media sosial seperti ‘Facebook’, ‘What’s App’ dan Telegram. Secara tidak langsung, remaja dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan mudah. Jelaslah bahawa, antara kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja ialah membantu dalam pembelajaran.

Kesan ketiga penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah senang mendapat maklumat terkini. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan Internet, remaja senang mendapat berita-berita terkini dari dalam atau luar negara. Dalam hal ini, maklumat-maklumat boleh dicari dengan menggunakan aplikasi Google, Yahoo dan Youtube. Secara tidak langsung, remaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan peka dengan isu-isu terkini agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah bahawa antara kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah senang mendapat maklumat terkini.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak kesan penggunaan telefon pintar kepada remaja di negara ini. Oleh yang demikian semua pihak harus bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing. Budaya bekerjasama bagai aur dengan tebing perlu diamalkan. Secara tidak langsung, sesuatu yang diharapkan akan dapat dicapai dan memberikan kesan positif kepada kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

No comments:

Post a Comment