Thursday, March 26, 2020


TAJUK: USAHA-USAHA UNTUK MEMBENDUNG JENAYAH
1.       Kelab Pencegahan jenayah di sekolah
·         Ditubuhkan di setiap sekolah rendah dan menengah
·         Ceramah, lawatan, bengkel & pendedahan tentang cara-cara mengatasi dan mencegah jenayah
·         Kesan-memberi kesedaran yang tinggi kepada generasi muda
·         Memahami penguatkuasaan undang-undang

2.       Kamera litar tertutup (CCTV)
·         Di tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai
·         Kawasan yang tinggi kejadian jenayah
·         Sekolah dipasang untuk keselamatan murid-murid
·         Mampu menakutkan penjenayah untuk melakukan kegiatan jahat

3.       Polis melakukan rondaan
·         Terus meronda dan mengawasi tempat-tempat yang  terdedah kepada jenayah
·         Boleh meminta orang ramai memberikan kerjasama-jika ada tanda-tanda jenayah
·         Sikap mesra polis dengan masyarakat
·         Elakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
TAJUK: Tajuk:   usaha-usaha mempertahankan permainan tradisional
        1.    Kementerian Pendidikan Malaysia
-menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu sukan di sekolah

4.       Masyarakat (Ibu bapa)
-          memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak
-          menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti keluarga

5.       peranan Televisyen
-          - contoh rancangan: dokumentari secara berkala tentang kehebatan permainan tradisional
-          - rancangan televisyen akan dapat ditonton oleh penonton di seluruh  dunia melalui pancaran satelit
TAJUK: cadangan menjadikan kampung sebagai pusat sehenti bagi permainan tradisional
1. orang lama yang mahir menghasilkan alat permainan tradisional
- beberapa nama besar dalam        penghasilan permainan tradisional seperti Pak Chu Derman pidau Lipat, Pak Uda Nasi Dingin    - mempunyai bengkel penghasilan alat permainan tradisional.
2. kampung mempunyai kawasan yang lapang
- tanah terbiar yang boleh dijadikan medan permainan tradisional
- tersedia jalan masuk ke kawasan terbiar

3.  penduduk mempunyai kesedaran memelihara permainan tradisional
- Jawatankuasa kampong menyediakan takwim khas tahunan supaya generasi muda dapat memainkan permainan tradisional.
- setiap tahun pertandingan permainan tradisional diadakan


TAJUK: ciri-ciripembelajaran abad ke-21
1.       Komunikasi murid
penguasaan dwibahasa membolehkan murid berkomunikasi dengan yakin di pentas antara bangsa
penguasaan dwibahasa yang menjadi trend masyarakat kini yang perlu dikuasai oleh murid di seluruh negara

2. kreativiti murid
- rekacipta barangan untuk dipasarkan merupakan daya kreatif yang perlu dipelajari
- masyarakat kini muak dengan barang dan perkhidmatan yang using
- mereka memerlukan inovasi yang menjimatkan wang dan masa.

3.  aplikasi nilai
-  jujur dan amanah contoh aplikasi nilai
- salah satu aktiviti dalam pendekatan pendidikan trend semasa ini ialah murid perlu melaksanakan amanah yang diberi sebagai tugasan pembelajaran

TAJUK: FAEDAH-FAEDAH AKTIVITI REKREASI TERHADAP SESEBUAH KELUARGA
1.       persefahaman
-          keputusan sebulat suara sebelum memulakan aktiviti rekreasi bersama keluarga

2.       kasih sayang
-          contoh aktiviti: bermain dan berjalan bersama keluarga
-          bagai beliung dengan asahan
3.       penggunaan masa berkualiti
-          mengisi masa senggang dengan aktiviti berfaedah sambil bercanda

TAJUK: PENGALAMAN YANG MEMBERIKAN KESEDARAN MENCINTAI ALAM SEKITAR
1.       kempen menanam pokok
-          memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar
-          contoh momen yang sangat menyentuh hati pelajar ialah memejamkan mata seketika sambil mengenang generasi akan datang hidup di dunia yang gersang tanpa pokok
-          perasaan cinta akan alam sekitar akan terpahat dalam hati

2.       kempen kesedaran
-          contoh pengalaman yang menyedarkan pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
-          berkait rapat dengan agama

3.       tingkah laku rakan-rakan yang sentiasa menjaga pokok
-          rakan-rakan yang menyiram pokok setiap hari
-          pelajar lain berazam untuk menyayangi pokok

TAJUK:PERKARA PENTING KETIKA MELAKSANAKAN AKTIVITI PERKHEMAHAN
1.       peralatan mencukupi
-          peralatan yang wajib disediakan ialah khemah, tali, ubat-ubatan dan makanan

2.       memberi penekanan disiplin sebelum aktiviti perkhemahan
-          pergerakan dalam kumpulan dan ketepatan masa
-          mengatur masa untuk memasak dan berjaga supaya keselamatan dan keperluan setiap ahli kumpula
-          tidak melawan arahan ketua kumpulan untuk berjaga pada waktu malam

3.       bertanggungjawab sebelum melakukan aktiviti perkhemahan
-          setiap peserta perkhemahan yang diamanahkan untuk mengawal khemah tetapi khianat tentulah akan mengancam keselamatan peserta lain
-          setiap peserta perlu disematkan komitmen yang tinggi kerana semangat berpasukan sangat penting apabila berbicara tentang keselamatan.
TAJUK:  LANGKAH-LANGKAH MENARIK MINT GENERASI MUDA DALAM BIDANG PERTANIAN
1.       ibu bapa perlu mengubah fikiran
-          pemikiran ibu bapa yang tidak lagi memandang kerja di bilik berhawa dingin sebagai lebih baik daripada bekerja di ladang

2.       UPM menjadikan pertanian sebagai asas pengajaran perlu mengubah metods pendidikan
-          70% waktu kulia perlu ditukar kepada waktu praktikal
-          pertanian memerlukan kemahiran secara aman

3.       membei dukungan kepada yang berminat sertai bidang ini
-          contohnya ialah khidmat nasihat dan modal asas
-          iklan-iklan tentang dukungan kerajaan perlu disebarluaskan kepada khalayak ramai melalui pelbagai mekanisme yang efektif.
TAJUK:  CIRI-CIRI YANG PERLU ADA BAGI MENARIK KEMASUKAN INDUSTRI KE NEGARA KITA
1.       Keamanan
-          rakyat yang bertoleransi merupakan contoh indicator keamanan
-          kerajaan perlu mengajak rakyat bersatu padu kerana elemen ini menjadi tulang belakang ekonomi

2.       Kestabilan politik
-          pemimpin politik kerajaan dan pembangkang di negara ini perlu mengutamakan kebajikan rakyat merupakan contoh kestabilan politik yang mampu menarik kemasukan pelabur
-          tiada rusuhan yang berpanjangan

3.       Modal asas yang rendah
-          kos buruh yang rendah
-          pemodal tidak perlu membuat pinjaman berskala besar semata-mata untuk bertapak di negara ini
-          pemain industry mendapat keuntungan berganda kesan daripada modal asas yang rendah.
TAJUK : KEPENTINGAN INOVASI TERHADAP MURID
1.       pengenalan inovasi
-          ialah idea, amalan, atau objek yang dianggap baharu dan lebih baik daripada yang sedia ada
-          elemen ini mampu menyerlahkan kehebatan mereka

2.       dapat membuka ruang kepada mereka untuk berfikir melalui pelbagai dimensi
-          menukarkan kereta lumba mainan menjadi robot
-          berjaya berfikir luar kotak pemikiran biasa
-          dapat menyelesaikan masalah kehidupan yang akan dihadapi oleh mereka pada masa depan
-          menyelesaikan sesuatu masalah inilah yang menyerlah kehebatan
3.       pengekalan jati diri seseorang walaupun di mana-mana sahaja dia berada
-          jati diri akan betbalik kepada individu itu sendiri
TAJUK;  MERANCANG, MENYUSUN DAN MENAMBAHBAIK KAEDAH BELAJAR HINGGA ANDA MUNCUL SEBAGAI PELAJAR TERBAIK
1.       merancang kaedah belajar berdasarkan target jangka panjang
-          merancang kaedah belajar
-          perancangan untuk tidak leka
-          menyeimbangkan masa belajar
-          menitikberatkan target masa panjang

2.       menambah baik kaedah belajar
-          semangat terus kekal
-          jika bosan,  boleh ubah suai cara letak buku-buku dan peralatan belajar bagi meningkatkan semangat semula
-          perlu diletakkan secara berkala supaya kondisi belajar sentiasa kondusif.

3.       penyusunan kaedah belajar
-          menentukan subjek yang sesuai untuk ulangkaji pada waktu siang dan malam
-          bersesuaian dengan diri sendiri
-          tidak sama dengan rakan lain.
TAJUK: KESAN-KESAN DARIPADA PENJAGAAN ALAM SEKITAR TERHADAP MASYARAKAT
1.       Kualiti hidup semakin meningkat
-          dapat menghirup udara segar dan flora serta fauna yang menjadi keperluan masyarakat tidak mudah pupus
-          masyarakat tidak akan alami stress yang menjadi punca penyakit

2.       mengelakkan bencana alam menimpa masyarakat
-          banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 2014 yang berpunca daripada penerokaan hutan dan pembalakan yang berlaku disebabkan ketidakcaknaan masyarakat terhadap alam sekitar
-          bencana alam dapat dielakkan jika masarakat berganding bahu untuk menjaga alam sekitar

3.       generasi masa depan dapat mewarisi kelestarian alam daripada generasi kini dan  seterusnya
-          kanak-kanak hari ini membesar dalam keadaan persekitaran yang bersih
-          dapat memupuk nilai murni dalam diri kanak-kanak.
TAJUK:  KEPERLUAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH
1.       Kegunaan yang rencam
-          perkamusan dan rujukan luas
-          dunia sudah berada di hujung jari

2.       fokus murid terhadap pelajaran akan terganggu
-          bermain-main telefon ketika guru mengajar
-          saidina Umar berpesan mendidik anak-anak berdasarkan zaman mereka

3.       alat perhubungan murid dengan guru
-          ketika kecemasan dan keperluan
-          untuk membeli sesuatu yang penting apabila berada di asrama

TAJUK:  KESELAMATAN MURID TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1.       pihak yang bertanggungjawab dalam keselamatan murid ialah pemimpin sekolah
-          pengetua mennetukan garis panduan kepada murid ketika melaksanakan aktiviti
-          pemimpin merancang peraturan, guru-guru menguatkuasakan perkara itu manakala murid reda dan menerima ketetapan

2.       masyarakat juga perlu memberi komitmen yang gitu kepada keselamatan murid
-          masyarakat perlu bertindak pantas dengan melaporkan kepada pihak berwajib apabila melihat sesuatu yang mencurigakan dan mengancam keselamatan murid.
-          masyarakat tidak boleh lepas tangan dalam aspek keselamatan murid

3.       ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang mutlak dalam keselamatan murid
-          ibu bapa perlu memastikan anak-anak pergi ke sekolah dengan selamat
-          ibu bapa tidak hanya mengharapkan tanggungjawab pihak sekolah.  ini membuktikan keselamatan murid tanggungjawab bersama
TAJUK: AMALAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM
1.       kunjung-mengunjungi
-          pelbagai bangsa yang mengunjungi jirannya yang berbangsa lain akan menimbulkan kemesraan
-          perasaan cakna akan meresap ke dalam kedua-dua pihak

2.       mengadakan rumah terbuka
-          yang dilakukan sempena menyambut sesuatu perayaan
-          rumah terbuka yang dikunjungi oleh pelbagai kaum membolehkan mereka beramah dan bermesra
-          pelbagai kebudayaan dalam aspek pakaian dan makanan

3.       gotong-royong
-          mengamalkan konsep berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
TAJUK:  PUNCA-PUNCA SEMANGAT PATRIOTIK SEMAKIN PUDAR DALAM DIRI REMAJA
1.       tidak memahami sejarah negara
-          remaja tidak mengenali pejuang-pejuang yang bergolak bergadai untuk mencapai kemerdekaan
-          mereka celik masa dalam keadaan aman dan makmur
-          menyedari bahawa aman dan makmur negara berasal dari kesusahan panjang.

2.       kurangnya aktiviti patriotism secara tekal
-          rakyat Malaysia melaksanakan aktiviti patriotism pada bulan kemerdekaan sahaja
-          aktiviti hangat-hangat tahi ayam ini hanya dirasakan setahun sekali
-          sedangkan semangat patriotism perlu disemai secara konsisten

3.       kepentingan penyerapan nilai semanagat patriotic anak-anak
-          ibu bapa sibuk dengan perkara lain sehingga lupa untuk bercakap dengan anak perihal kemerdekaan negara
-          lupa bahawa kebebasan bernegara yang dimiliki boleh hilang bila-bila masa


TAJUK:  ASPEK-ASPEK PENTING KETIKA BERSUKAN SECARA BERPASUKAN
1.       bantu-membantu sepasukan
-          kabadi memerlukan saling kebergantungan ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

2.       nilai kerjasama sepasukan
-          menyerang pasukan lawan apabila peluang terhidang dan sama-sama mempertahankan kubu daripada dibolosi

3.       mengamalkan konsep kesilapan sifar
-          mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan di gelanggang
PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI SPM 2019
Perlis:
TAJUK: cara remaja menjaga nama baik diri sendiri.
- menjaga penampilan diri
- menjaga batas pergaulan
- menjaga tutur kata

TAJUK : cara murid memperoleh ilmu pengetahuan
- melalui Internet / jaringan sosial
- melalui media cetak
- melalui media elektronik
- mengunjungi perpustakaan
- guru
- ibu bapa
- pengalaman

TAJUK : peranan ibu bapa untuk menerapkan pendidikan keusahawanan kepada anak-anak
- ibu bapa menjadi suri teladan
- ibu bapa membawa anak mengunjungi ekspo keusahawanan / gerai jualan
- ibu bapa menghantar anak mengikuti kursus berkaitan keusahawanan
- ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian
- ibu bapa memberikan bantuan (modal / sokongan moral)

Pelbagai amalan boleh dilakukan oleh masyarakat ke arah memupuk semangat kejiranan.
TAJUK : amalan masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan
- masyarakat menyertai kegiatan gotong-royong
- masyarakat mengamalkan ziarah-menziarahi
- masyarakat menganjurkan/menghadiri rumah terbuka
- masyarakat menghulurkan bantuan ketika kecemasan
- masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan Rukun Tetangga


TAJUK : kepentingan pelaburan asing kepada negara yang terlibat

- meningkatkan ekonomi
- mewujudkan / menambahkan peluang pekerjaan
- menggalakkan perkongsian / pemindahan teknologi
- mengukuhkan hubungan antara negara
- memajukan infrastruktur

Negeri Sembilan:
TAJUK:Amalan disiplin yang tinggi menyebabkan seseorang murid itu berjaya dengan cemerlang.

-          Menyatakan ciri-ciri murid yang berdisiplin mencakupi aspek mengadakan dan mematuhi  jadual belajar sendiri, belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang, hadir ke sekolah lebih awal daripada waktu yang ditetapkan, menghormati ibu bapa dan guru serta fokus dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan, menyiapkan kerja sekolah atau kerja rumah yang diberi oleh guru, berfikiran positif dan taat pada ajaran agama serta mengamalkan nilai-nilai murni.

TAJUK: Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia.

-          Ibu bapa berperanan mendidik dan membentuk peribadi anak -anak sejak kecil.
-          Memberikan didikan agama dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
-          Memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya tanpa berbelah bahagi.
-          Memantau jadual dan pergerakan anak-anak di rumah mahupun di luar rumah .
-          Mengawal pergaulan dan mengenali rakan anak-anak.
-          Menyediakan keperluan makan, minum, pakaian dan peralatan sekolah serta perbelanjaan anak-anak.
-          Memberikan nasihat dan motivasi kepada anak-anak supaya anak-anak terhindar daripada gejala sosial dan bersemangat untuk berjaya.

TAJUK: Kes kemalangan jalan raya menggusarkan banyak pihak terutamanya kerajaan dan                  ahli keluarga yang terlibat. Sebagai ketua polis daerah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Punca dan Cara untuk Menangani Kes Kemalangan Jalan Raya’.

TAJUK: kepentingan atau faedah menguasai pelbagai bahasa terutama dalam dunia tanpa sempadan.


·         Lebih mudah berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang mempunyai keyakinan diri bersemuka dengan sesiapa sahaja.
·         Lebih mudah memperoleh ilmu pengetahuan, pelbagai ilmu pengetahuan ditulis dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris, yang menjadi bahasa utama dunia atau bahasa ilmu.
·         Memudahkan peluang seseorang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta.
·         Memudahkan seseorang memperoleh peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta, termasuk peluang pekerjaan di luar negara.
·         Boleh mendapat ramai kenalan dari negara luar terutama apabila berkomunikasi dalam laman sesawang.
·         Boleh memahami rancangan yang diminati dalam sesuatu rancangan televisyen tanpa perlu membaca sari kata yang disediakan.
·         Memupuk semangat perpaduan dan muhibah dengan kaum lain yang menetap di luar negara dan sekali gus mengenali budaya dan adat resam kaum lain.



PERAK:
TAJUK: faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan murid dalam akademik..

CADANGAN JAWAPAN
-       Menghadiri Program Sekolah
-       Mendapat Dorongan Keluarga
-       Memiliki Sikap Positif

CADANGAN UNGKAPAN MENARIK
-       ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
-       bagaimana acuan begitulah kuihnya
-       pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
-       jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
-       yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
-       melentur buluh biarlah dari rebungnya
-       di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

TAJUK: cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup.

Cadangan isi :
Isi 1 : Saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal –fizikal yang cergas menjaminkan mental yang cerdas serta emosi yang stabil –perlu menjauhi aktiviti yang tidak sihat seperti berlepak, berjaga malam –membendung emosi daripada mengalami tekanan dan kemurungan –emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan mental.

Isi 2: Saya perlu teliti tentang cara pemakanan yang sihat –pemakanan menjadi terminologi utama yang menentukan asas kesihatan –peka terhadap piramid makanan –pengambilan makanan yang berzat dan bukan mengambil makanan yang mengikut sedap –mengurangkan makanan bergula dan berlemak yang menjadi punca obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Isi 3: Saya harus mementingkan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual –riadah sebagai asbab menjaga pertumbuhan fizikal yang sihat –menyusun jadual yang terancang untuk berehat, beriadah, bersosial dan tidur.

Isi 4: Saya harus bijak bersosial dan berkawan –bersosial boleh meluaskan kontaks silaturahim, menjalinkan semangat setia kawan dan menstabilkan emosi –emosi yang stabil akan mempengaruhi minda yang waras serta mengawal tindakan yang bijaksana –perlu memilih kawan yang boleh menunjukkan jalan kebenaran kerana salah pilih terjadi kawan makan kawan

Isi 5: Saya hendaklah mendekati Allah –Allah Tuhan pencipta seluruh makhluk dan isi alam –Allah menguruskan jalan hidup manusia dan isi alam dengan sunnah-Nya –hendaklah patuh kepada ajaran agama seperti bersolat dan sebagainya –insan yang sentiasa patuh kepada ajaran Tuhan akan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat

Ungkapan menarik :
- Hadis Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit
- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- nasi sudah menjadi bubur
- jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika  berkawan  dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya
- seseorang  yang  gagal  merancang sebenarnya dia  telah  merancang  untuk  gagal




TAJUK: peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat yang penyayang.

Cadangan isi :
1.       Ibu  bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
2.       Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak semenjak  kecil lagi
3.       Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
4.       Ibu bapa juga harus menjaga keharmonian rumah tangganya
5.       Ibu bapa juga haruslah melibatkan anak-anak dalam aktiviti kemasyarakatan.

Ungkapan menarik :
1.       bagaimana acuan, begitulah kuihnya
2.       bapa borek, anak rintih
3.       melentur buluh biarlah dari rebungnya
4.       tak kenal maka tak cinta, sudah kenal baru jatuh cinta
5.       anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya
6.       bagai menatang minyak yang penuh

TAJUK: Usaha-usaha untuk Memajukan Destinasi Pelancongan Negara’.

Format       :  Syarahan
Cadangan isi :
1.       Pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara.
2.       Pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
3.       Media massa juga bertanggungjawab dalam menggiatkan kempen untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini.
4.       Pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini.
5.       Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil oleh pihak polis bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.

Ungkapan menarik :
1.       berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
2.       tak kenal maka tak cinta
3.       duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
4.       janganlah indah khabar dari rupa
5.       kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.

TAJUK: Petikan sajak ‘Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kecil’ di atas menjelaskan bahawa penyajak mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.

Jelaskan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk memenuhi harapan ibu bapa.

1. Anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh
2.Seorang anak hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa
3.            Anak-anak perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya telah dewasa dan berjaya.
4.            Anak-anak mestilah menghormati dan menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa.
5.            Anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa di dunia dan akhirat.

Ungkapan menarik :
1.       Menurut  Henry Thoreau, manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan mengalami kegagalan.
2.       Yang muda disayangi yang tua dihormati
3.       Menatang bagai minyak yang penuh
4.       Menurut hadis riwayat Al-Tarmizi, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.
5.       Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

PERLIS 2:
TAJUK: cara remaja menjaga nama baik diri sendiri.
Tugasan : cara remaja menjaga nama baik diri sendiri
Idea : - menjaga penampilan diri
- menjaga batas pergaulan
- menjaga tutur kata

TAJUK: cara murid memperoleh ilmu pengetahuan             
- melalui Internet / jaringan sosial
- melalui media cetak
- melalui media elektronik
- mengunjungi perpustakaan
- guru
- ibu bapa
- pengalaman

TAJUK : peranan ibu bapa untuk menerapkan pendidikan keusahawanan kepada anak-anak
- ibu bapa menjadi suri teladan
- ibu bapa membawa anak mengunjungi ekspo keusahawanan / gerai jualan
- ibu bapa menghantar anak mengikuti kursus berkaitan keusahawanan
- ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian
- ibu bapa memberikan bantuan (modal / sokongan moral)

TAJUK : amalan masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan
 - masyarakat menyertai kegiatan gotong-royong
- masyarakat mengamalkan ziarah-menziarahi
- masyarakat menganjurkan/menghadiri rumah terbuka
- masyarakat menghulurkan bantuan ketika kecemasan
- masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan Rukun Tetangga

TAJUK: ciri-ciri masyarakat alaf baru.
- Mendapatkan maklumat daripada Internet
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang
- Menggunakan kemudahan teknologi maklumat secara meluas
1. Mendapatkan maklumat daripada Internet; penggunaan Internet secara meluas untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai bidang, media sosial seperti aplikasi Watt sap, Telegram , Facebook yang menjadi medium utama untuk menyebarkan dan mendapatkan maklumat semasa.

2. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang; masyarakat berlumbalumba meningkat ilmu dan kemahiran, menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memperbaiki taraf kehidupan, menyertai seminar, kursus atau program yang dianjurkan oleh pihak tertentu untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti kursus pertanian, automotif, makanan dan lain-lain.

4.       Menggunakan kemudahan teknologi maklumat secara meluas; urusan seharian seperti pembayaran bil, transaksi wang, urus niaga dijalankan secara online, komunikasi lebih banyak menggunakan telefon pintar, mesyuarat atau persidanganmenggunakan telesidang, pengajaran dan pembelajaran secara maya.

TAJUK: langkah-langkah untuk mempopularkan permainan tradisional
- menyertai pertandingan/festival yang diadakan seperti pertandingan wau, sepaktakraw, kabadi.
- mengisi masa lapang dengan bermain congkak, batu seremban, galah panjang
- menyertai kelab permainan tradisional yang ditubuhkan oleh pihak sekolah ataukelab kesenian dan budaya.
- menghadiri pameran tentang permainan tradisional yang dianjurkan olehKementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
- mencadangkan kepada pihak sekolah agar menjadikan permainan tradisional sebagaisalah satu aktiviti kokurikulum.

TAJUK: amalan rumah terbuka yang sering diadakan pada musim perayaan
- Amalan rumah terbuka dapat mengeratkan silaturahim,saling mengenali, bertukartukar
pandangan dan berbual-bual dengan mesra.
- Memupuk nilai-nilai murni seperti saling menghormati, bekerjasama dan bertolakansur.
- Dapat memahami budaya dan adat resam kaum lain dari segi makanan, pakaian,
tarian, muzik.
- Melambangkan keunikan masyarakat Malaysia – dapat menjadi daya tarikan
pelancong asing.
-       Mewujudkan suasana yang harmoni dan aman damai walaupun masyarakat berbilang
kaum kerana wujudnya persefahaman.

TAJUK: ‘Kepelbagaian Budaya Warisan Kaum Menjadi Daya Tarikan Pelancong’.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
- Adat resam dan budaya pelbagai kaum seperti pakaian, seni muzik, tarian danmakanan menjadi daya tarikan pelancong – nyatakan contoh.
- Warisan sejarah seperti Kota A Famosa, George Town, Bukit Malawati, Muzium,rumah panjang.
- Permainan tradisional- pertandingan/festival seperti pertandingan wau, sepak raga,kabadi, galah panjang, congkak, wayang kulit.
- hasil seni kraf tangan – labu sayung, batik, songket.
- Cerita-cerita rakyat yang dikaitkan dengan sesuatu tempat seperti Makam Mahsuri,
Beras Terbakar.

TAJUK:  USAHA PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN
1.       menguatkuasakan peraturan secara lebih tegas
-murid yang ponteng diberi surat amaran dan tindakan buang sekolah jika kesalahan masih berulang
2.       menekankan kawalan emosi kepada setiap murid
-guru diminta lebih sensitive untuk mengenal pasti perbezaan emosi setiap murid
3.       menentukan strategi pengajaran mengikut keadaan yang sesuai
-       strategi berpusatka guru dan murid atau bahan
-       pemusatan stategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.
4.       menjemput ibu bapa untuk berbincang mengenai akhlak murid-murid
-        ibu bapa perlu dijelaskan mengenai sikap negative anak mereka di sekolah kerana kadang-kadang tingkah laku anak di rumah amat berbeza.
5.       menggalakkan murid mengambil bahagin setiap aktiviti yang dianjurkan
-       contohnya kebolehan melukis, nerlakon dan menyanyi hendaklah dikembangkan untuk menimbulkan keseronokan
TAJUK: KAD KREDIT: IMPAK KEPADA KEHIDUPAN MASYARAKAT
1.       menyenangkan urusan harian seseorang ketika berbelanja
-       pemegang kad boleh membayar bil elektrik, air, telefon dan membeli belah dalam talian
-       dapat mengelakkan daripada mereka bersesak-sesak di mesin ATM
-       mereka tidak perlu bimbang akan kehilangan atau kecurian wang

2.       boleh mengelakkan diri daripada mangsa ragut
-       tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika keluar rumah

3.       boleh menikmati pelbagai kemudahan istemewa yang ditawarkan
-       tidak perlu keluar membeli belah kerana boleh berbelanja secara dalam talian
-       sering mendapat tawaran harga dalam pembelian barang dan perkhidmatan
-       pemegang kad kredit dapat menjelaskan bil perkhidmatan seperti bil perubatan
kesan buruk:
1.       kebanyakan pemegang menjadi rambang mata dan boros ketika berbelanja
-       mereka berbelanja seenaknya tanpa berfikir panjang
-       pemegang kad kredit membeli barang tanpa had dan tidak mempedulikan harga yang perlu di bayar

TAJUK: Cadangan Menaik Taraf Tanah Terbiar
1.Dijadikan kawasan pertanian jangka panjang.
·         Pertanian yang sesuai ialah penanaman getah.
·         Memerlukan modal awal yang rendah tetapi mendatangkan hasil dalam jangka panjang.
·         Boleh juga diberi sebagai pinjaman kepada penduduk kampung yang mengusahakan penanaman getah
2.Dijadikan dusun buah-buahan.
             Pokok yang  sesuai ditanam ialah rambutan dan dokong kering.
             Kawasan mempunyai tanah gambut yang dapat menyimpan air dalam tempoh masa yang lama dan menguatkan akar pokok.

2.       Boleh juga dijadikan kawasan tanaman kontan.
·         Tanah terbiar ini boleh diisi dengan tanaman kontan.
·         Tanaman yang dimaksudkan ialah jagung dan ubi keledek.
·         Boleh dijayakan dalam skala yang besar dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
·         Tanaman ini boleh dijalankan serentak dengan penanaman getah.

NOTA TAHUN 2018
UNIT 1: SENARIO MASYARAKAT KITA (TINGKATAN 4)
Pendahuluan:
-Konsep kejiranan yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
-Semangat kejiranan juga melibatkan remaja sebagai generasi yang akan mewarisi negera pada masa hadapan.
-Usaha daripada pelbagai pihak penting dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan remaja.
-Meluntur Buluh Biarlah dari Rebungnya.

Isi 1: IBU BAPA SEBAGAI SURI TELADAN
-Ibu bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatian  terhadap jiran.
-membantu jiran ketika mereka memerlukan bantuan – sakit, kecemasan atau kemalangan.
-menziarahi jiran – hubungan yang erat dengan setiap jiran.
-melibatkan diri secara aktif dengan semua aktiviti di kawasan tempat tinggal – turut membawa anak-anak tanpa mengira usia menyertai program contoh gotong-royong
-sikap keprihatinan ibu bapa akan turut dicontohi oleh anak-anak

Isi 2 : AKTIVITI KEMASYARAKATAN YANG MENARIK REMAJA
-pemimpin masyarkat atau kawasan tempat tinggal mesti mengadakan program yang menarik remaja.
-dekati golongan remaja dengan cara yang positif.
-mencari jalan penyelesaian sekiranya ada jurang antara generasi muda dan tua.
Contoh aktiviti – sukan, sediakan tempat beriadah yang sesuai untuk anak-anak muda.
Aktiviti keagamaan yang mesra remaja.
Isi 3 : KEMPEN KESEDARAN KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN
-Peranan pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran hidup berjiran.
-Hebahan dengan cara yang menarik mengenai pelaksanaan kempen.
-Aktiviti melalui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan.
-Penggunaan media massa dan sekolah dalam memberi kesan kempen yang lebih mendalam.

Kesimpulan
-Usaha yang berterusan dan melibatkan semua pihak iaitu ibu bapa, masyarakat dan kerajaan amat penting dalam memberi kesedaran kepada remaja.

Soalan : Semangat kejiranan merupakan amalan yang amat penting dalam kehidupan seharian setiap individu.
Huraikan  manfaat hubungan kejiranan yang akrab dalam kehidupan bermasyarakat.
Pendahuluan
-Jiran orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita
-Semangat kejiranan merujuk kepada tahap keakraban
-Hubungan kejiranan yang akrab membawa banyak manfaat

Isi 1: Mendapat bantuan kecemasan
·         Individu yang paling dekat / hampir dan mudah dihubungi semasa perlu mendapat bantuan kecemasan
·         Sering berlaku peristiwa “ luar duga” dalam kehidupan
·         Contoh: Kebakaran dan kemalangan, masalah kesihatan
·         Menghantar ke klinik jika kita sakit, menghubungi pihak yang dapat memberi bantuan.

Isi 2 : Menjamin keselamatan
·         Menjamin keselamatan tempat tinggal,
·         Jiran menhubungi kita atau melpaorkan kepada pihak polis apabila rumah dimasuki pencuri
·         Menjaga rumah semasa musim perayaan atau keluar bekerja.

Isi 3 : Menjayakan majlis keramaian
·         Membantu dalam majlis keramaian,bersabar sepanjang majlis kerana turut menganggu kawasan rumah jiran
·         Contoh: Majlis perkahwinan, pasang khemah.
·         Kesan positif jika ada semangat kejiranan. Jiran membantu sehingga majlis selesai

Isi 4 : Mencegah gejala negatif
·         Dapat mencegah gejala negatif, saling mengambil berat tingkah laku anak-anak jiran seperti anak sendiri.
·         Jiran mendidik anak mereka dan anak jiran dengan baik

Isi 5: Memupuk perpaduan
·         Kerajaan amat menggalakkan semangat kejiranan kerana perpaduan kaum dapat dipupuk
·         Rakyat dapat hidup dalam keadaan aman kerana ada hubungan yang akrab
·         Pihak kerajaan dapat merancang program pembangunan dan hasilnya  negara akan menjadi maju

Penutup
·         Semangat kejiranan banyak kebaikannya
·         Penduduk setempat perlu mengambil berat kepentingan semangat kejiranan dengan sentiasa memerlihara hubungan sesama jiran.
·         Rakyat hidup dalam keadaan harmoni
·         Projek pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan


UNIT 2: AMBANG REMAJA (TINGKATAN 4)

BAHAGIAN A
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  

Pendahuluan:
-              kaca televisyen mahupun dada akhbar sering mempamerkan budaya     hiburan yang bercorak komersial dan hedonistik - semua pihak sewajarnya     berusaha memupuk nilai-nilai murni.
Isi-isi penting:

2.1          Kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan Program Latihan Khidmat Negara                               (PLKN) - melahirkan citra jati diri bangsa yang berhemah tinggi, berdikari dan                                bersifat cinta akan negara - kerajaan memainkan peranan yang dominan dalam                      menguar-uarkan kempen - melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2.2          Ibu bapa sebagai suri teladan - tanggungjawab mereka untuk                    membesarkan insan yang kaya dengan budi bahasa dan berpekerti mulia

2.3          Institusi pendidikan sewajarnya memupuk nilai-nilai murni seperti cinta                            akan negara - melahirkan jiwa kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam kalangan                                generasi muda.

2.4          Media massa ialah medium yang berkesan - memupuk nilai-nilai mulia                  dalam nurani generasi muda - memaparkan adegan dalam drama atau rancangan                          yang bertemakan kekeluargaan dan dipenuhi dengan nilai-nilai kemanusiaan.

3.            Penutup:
-              pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi merealisasikan cita-cita           memupuk nilai murni - seiring cabaran Wawasan 2020.


SOALAN: Ibu bapa memainkan  peranan  penting  dalam  mencorakkan  kehidupan anak-anak.  Oleh  itu, pendidikan  anak-anak  sebenarnya  bermula  dari  rumah.

Berikan  pendapat  anda  tentang  peranan ibu bapa dalam  pembentukan  sahsiah  anak-anak.

Murid dapat memberikan pendapat tentang peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Pendahuluan:
-              ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak di rumah - mereka bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil.
                Isi-isi penting :
2.1. ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang - memberikan tumpuan dan meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak - dapat           mengeratkan hubungan silaturahim
2.2. ibu bapa memberikan didikan awal kepada anak-anak - mendidik anak-anak sejak kecil lagi - anak-anak dapat terdedah dengan ilmu pengetahuan lebih awal dan akan memahami ilmu pengetahuan dengan lebih mapan
2.3. ibu bapa perlu menjadi suri teladan - menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak - anak-anak gemar meniru perkara-perkara yang dilihat oleh             mereka
2.4. ibu bapa memberikan nasihat kepada anak-anak - motivator dalam keluarga -                           memberikan nasihat, motivasi dan kata-kata semangat kepada anak-anak setiap masa
2.5. ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak - di rumah ataupun di sekolah

                Penutup:
ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan sahsiah diri anak-anak - tenaga orang muda diperlukan untuk meraih kemajuan negara            

UNIT 3-DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Grafik di bawah menunjukkan tentang isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Huraikan pendapat anda tentang peranan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi dalam kehidupan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pendahuluan
-Teknologi maklumat merupakan antara isu yang sering diwara-warakan dalam media cetak
dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya,apakah peranan teknologi maklumat dalam kehidupan?

Isi 1
-seseorang yang menggunakan teknologi maklumat dapat berkongsi pendapat dan bertukar-tukar idea dengan pengguna Internet yang lain dengan pantas.
-Di samping itu, teknologi maklumat ini juga dapat membantu seseorang menyalurkan pandangan atau maklum balas terhadap sesuatu isu yang sedang hangat dibincangkan. Sebagai contoh, seseorang boleh menggunakan laman sosial Facebook untuk menyatakan idea atau memberi komen terhadap idea yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.
-Mereka juga boleh menggunakan kemudahan WhatsApp, Twitter dan sebagainya untuk berbuat demikian.
-Intihanya nyatalah bahawa berkongsi maklumat merupakan antara peranan teknologi maklumat dalam kehidupan.

Isi 2
-memperoleh maklumat juga dikenal pasti sebagai salah satu peranan teknologi maklumat dalam kehidupan.
-seseorang yang menggunakan teknologi maklumat mampu mengakses pelbagai maklumat yang tersedia dalampelbagai laman sesawang atau blog.
-membantu menjimatkan kos kerana maklumat yang dikehendaki hanya berada di hujung jari. Contohnya, para pelajar boleh menggunakan teknologi maklumat untuk mencari bahan pembelajaran dengan hanya menggunakan enjin carian Google. Mereka juga boleh menggunakan Internet Explorer atau Mozilla dan maklumat yang dicari akan  dipaparkan dalam sekelip mata. Jelaslah, salah satu kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan ialah memperoleh maklumat.

Isi 3
-peranan yang berikutnya ialah menjanakan pendapatan. Dalam konteks ini, pengguna yang menggunakan teknologi maklumat berupaya untuk mempromosi sesuatu produk yang dihasilkan secara meluas kerana bilangan pengguna Internet yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
-Tambahan pula, teknologi maklumat ini juga berupaya untuk memudahkan urusan jual beli kerana urusan pembayaran dan penghantaran  barangan boleh dibuat secara atas talian. Misalnya, pengusaha boleh mempromosi barangan   mereka melalui laman sesawang atau blog persendirian dengan memuat naik foto dan maklumat berkaitan sesuatu produk. –
-Mereka juga boleh menggunakan Facebook untuk mempromosi barangan mereka.

Penutup
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menggunakan teknologi maklumat
agar mereka memperoleh manfaat yang optimum daripada kemudahan ini. Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

SOALAN BAHAGIAN B:
Pendahuluan
-Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi semakin pesat.
-Internet menjadi satu keperluan kepada semua rakyat untuk menguasainya.
-Pengetahuan tentang pelbagai perkara dan perkembangan dunia hanya berada di hujung jari.
-Semua orang berlumba-lumba pada era teknologi yang serba canggih ini.
-Perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini yang berlaku kerana jika kita lambat, sudah pasti akan ketinggalan. Pelbagai manfaat yang diperoleh oleh para pengguna Internet.
-Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa peka dengan perubahan persekitaran dan janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung.

Isi 1: Rujukan dengan cara yang mudah.
-rujukan yang murah dan boleh diakses di mana-mana sahaja.
- memudahkan pelajar di sekolah atau di universiti dalam menyiapkan tugaasan
-menyediakan pelbagai maklumat berharga tentang segala bidang ilmu
-yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.

Isi 2: Penggunaan e-mel yang meluas dalam perhubungan
-bertukar-tukar pendapat/ilmu dengan rakan-rakan
-berhubung dengan rakan-rakan atau ahli keluarga di luar negara
-meluaskan jaringan sosial dengan mengenali rakan-rakan yang berasal dari negara yang berbeza.
-dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang berlainan.
-berhubung dengan guru-guru atau pensyarah melalui e-mel

Isi 3: Internet digunakan untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah
-melayari laman sesawang ilmiah untuk menimba ilmu yang baru.
- sebilangan besar daripada masyarakat di negara kita gemar atau cenderung untuk memenuhi waktu senggang mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,  berpelesaran di pusat-pusat beli belah dan melibatkan diri dengan gejala sosial yang membimbangkan.
-Hal ini biasanya terjadi dalam kalangan remaja akibat desakan nafsu dan keinginan diri untuk menggapai kebebasan seperti ' burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung'
-memberi ruang untuk pelajar mengisi masa lapang dengan membuat latihan secara atas talian

Isi 4: Internet membantu pelajar meningkatkan daya penguasaan Bahasa Inggeris
-sebahagian besar laman sesawang menggunakan bahasa Inggeris
-selain menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung para pelajar mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris untuk berinteraksi atau pun memperoleh maklumat.
-dapat bersaing di peringkat global
-berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia.
Isi 5:menjadikan pelajar golongan yang celik IT
-pelbagai aplikasi yang diperkenalkan dan diketengahkan di Internet.
-pelajar boleh mempelajari tentang penggunaan IT secara langsung.
-menambahkan keyakinan diri seseorang untuk bersaing dan menghadapi cabaran yang semakin dipengaruhi kecanggihan dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Penutup
-Ibu bapa memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak mempelajari Internet untuk tujuan kebaikan dan keilmuan kerana ilmu itu pelita hidup.
-Perlulah dipantau dan dididik cara-cara menggunakan kemudahan internet yang betul mengikut garis panduan atau tatacaranya supaya tidak disalahgunakan.
-Anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang mencorakkannya supaya menjadi insan yang sempurna dari segi jasmani, mental dan rohani.

UNIT 4 : KERANAMU MALAYSIA ( TINGKATAN 4)
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
1.       membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah
·         menimbulkan dan melahirkan minat untuk mengetahui latar belakang sejarah negara.
·         -mewujudkan semangat patriotik dengan menghargai sejarah tempat tempat yang dilawati.

2.       membeli buku-buku
·         menyediakan bahan bacaan sejarah yang sesuai dengan jiwa anak-anak.
·         Menceritakan isi kandungan yang dibaca oleh ibu bapa kepada anak untuk menarik minat mereka membaca buku sejarah yang berbentuk teladan
3.       suri teladan
·         sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik dalam menghargai negara.
·         Mengambil berat isu berkaitan martabat negara.

UNIT 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR ( TINGKATAN 4)
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah melestarikan alam sekitar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Cadangan Idea                                     :
i.              Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
-          Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.
-          Memantau dengan lebih kerap dan menguatkuasakan undang-undang.
-          Memberi pengajaran kepada masyarakat melalui hukuman terhadap individu atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar.

ii.            Menyediakan sistem pelupusan sampah yang lebih berkesan
-          menyediakan lebih banyak tempat kitar semula.
-          Penyediaan tong-tong sampah yang lebih banyak.

iii.           Kempen memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar
-          Kempen yang berterusan
-          melibatkan semua lapisan masyarakat.
-          Melibatkan kerjasama dengan pelbagai kementerian.
-          Penglibatan syarikat-syarikat swasta.

UNIT 8 : GAYA HIDUP SIHAT ( TINGKATAN 4)
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha anda mengelakkan obesiti. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pemakanan seimbang
·         Mengikut piramid makanan – seperti yang dipelajari dalam subjek PJPK dan Sains.
·         Membawa bekalan makanan daripada rumah – elak makan makanan di kantin sekolah.
·         Minum air secukupnya.
Bersenam
·         Selain waktu PJPK, bersenam secara berkala di rumah.
·         Bersenam dalam bilik jika malu.
·         Mencari masa yang sesuai.

Pemeriksaan Kesihatan secara berkala
·         Walaupun masih muda.
·         Untuk memastikan BMI badan seimbang dan tidak menghidap penyakit.
·         Mencegah dari peringkat awal.
·         Mendapatkan nasihat penjagaan kesihatan daripada doktor.

UNIT 10 : WARISAN BANGSA ( TINGKATAN 4)
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha anda mengekalkan permainan tradisional. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Memupuk minat sendiri
·         Mencari maklumat berkaitan permainan tradisional melalui laman-laman sesawang.
·         Bermain permainan tradisional sebagai mengisi masa lapang

Syorkan kepada pihak sekolah
·         Jadikan sebagai aktiviti kokurikulum atau pertandingan
·         Lebih ramai murid akan berminat.

Memberi dorongan kepada rakan
·         menyampaikan maklumat berkaitan permainan tradisional yang menarik kepada rakan.
·         Menunjukkan kehebatan permainan tradisional.
·         Bermain bersama rakan.

UNIT 6 : RIADAH ( TINGKATAN 4)
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti riadah yang sering dilakukan oleh rakyat negara kita. Huraikan pendapat anda tentang faedah aktiviti riadah Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan
Ø  Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu senggang mereka
Ø  Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan.
Ø  Namun, jika dilihat pada era globalisasi ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota masyarakat
Ø  terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka
Ø  tidak boleh dipandang enteng.
Ø  Persoalannya....

Isi 1: Menyihatkan tubuh badan
Ø  Apabila bersukan tubuh badan kita akan berpeluh dan perkara ini secara tidak langsung dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh badan kita
Ø  Apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan
Ø  Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya.
Ø  Jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total
Ø  Menjadikan kita seorang yang sihat dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain dapat dijalankan dengan sempurna
Ø  Beriadah  adalah penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak kata peribahasa Melayu, badan cergas otak cerdas.
Ø  Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
isi 2: Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
Ø  Aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang bahagia
Ø  Aktiviti seperti berkelah, anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama terutamanya pada hujung minggu memandangkan ada dalam kalangan mereka yang sibuk bekerja pada hari-hari biasa
Ø  Medium ke arah pembentukan keluarga sakinah.
Ø  Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang.
Ø   Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang antara mereka.
Ø  Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.
Isi 4 : Mengukuhkan perpaduan kaum

Ø  Kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum
Ø  Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur.
Ø  Kondisi ini akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. 
Ø  Hubungan silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah
Ø  Sebilangan besar komuniti masyarakat akan berkumpul
Ø  Proses perkenalan antara masyarakat/komuniti akan berlaku
Ø  Setiap ahli akan bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai tebu.
Ø  Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing.
Kesimpulan
Ø  Mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita
Ø  Aktiviti ini wajar diteruskan
Ø  Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah
Ø  Melahirkan generasi masa hadapan yang sihat
Ø  Penyumbang kepada kemajuan negara.
SOALAN:
Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak remaja Malaysia yang gemar dengan  hobi yang mencabar atau lasak.
Pada pendapat anda apakah faedah hobi yang mencabar atau lasak ini.

Pendahuluan
·         Golongan remaja dan aktiviti lasak memang tidak dapat dipisahkan
·          naluri remaja lebih         cenderung untuk mencuba pelbagai perkara yang memberi keseronokan dan mencabar dalam hidup mereka.
·         Hobi yang mencabar atau lasak bukan sesuatu yang baru di Malaysia.
·         Hobi lasak semakin popular terutama sekali dalam kalangan remaja
·         Semakin digemari - contoh: mendaki gunung, payung terjun, go-kart, terjun bungee dan 'paintball'
·         Semuanya mencetuskan rasa teruja dan seronok kepada golongan remaja yang gemar melakukan aktiviti hobi lasak lagi mencabar.
·         faedah-faedah hobi yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dengan lebih         terperinci.

Isi-isi

Meningkatkan ketahanan fizikal badan
·         daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan.
·          dapat meningkatkan imuniti daripada sebarang jangkitan penyakit seperti demam, selesema dan batuk.
·         membantu -melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan cergas, otak cerdas.
·         Perlu kekuatan dari dalam diri
·         Contoh, mendaki gunung, berkayak,terjun bungee – perlu persediaan fizikal- lakukan latihan kecergasan
·         Aktiviti memanjat dinding dan berjalan atas halangan yang tergantung di udara dapat membina rasa berani dalam kalangan pengunjung, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengalami masalah gayat.
·         Apabila perasaan yakin dan berani dicetuskan, golongan remaja akan melakukan kerja atau perkara yang diminati dengan lebih bersungguh-sungguh dan efisien.
·         Selain itu, aktiviti lasak juga dilihat mampu membentuk keperibadian yang lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu bidang, selain menjadi medium amalan hidup sihat.

Meningkatkan daya ketahanan mental seseorang
·         badan cergas, minda cerdas - jadi seorang yang lebih aktif
·         aktiviti lasak boleh meningkatkan keyakinan golongan remaja dalam membentuk personaliti mereka untuk jangka masa panjang dan melahirkan modal insan berkelas tinggi untuk negara.
·         Ubah diri lebih berani
·         Pertama kali mencuba aktiviti lasak, emosinya tidak menentu, rasa takut, berdebar dan seperti ingin menangis.
·         Jika sebelum ini mudah berasa gementar atau gayat berada di tempat tinggi, masalah itu boleh diatasi menerusi aktiviti lasak yang mengajar bagaimana untuk mengawal emosi ketika berada di tempat tinggi.
·         Namun,  keyakinan mental semakin tinggi, malah berani untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
·         Menjadi remaja, adalah penting untuk mempunyai keyakinan kerana faktor itu membantu golongan tersebut membuat pilihan yang bijak, selain tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif.

Menjalin hubungan kerjasama/ silaturrahim
·         terdapat sesetengah aktiviti sukan lasak yang dilakukan secara berpasukan - memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan dapat melatih teknik komunikasi sesama ahli kumpulan
·         dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain dan membina kepercayaan
·         Aktiviti lasak bukan sahaja melibatkan ketinggian, kelajuan dan kekuatan fizikal semata-mata, malah dikatakan dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain dan membina kepercayaan.
·         Sebagai contoh, sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti lasak bersama pasti memerlukan semangat kerjasama bagi memastikan aktiviti yang dilakukan berjalan lancar dan selamat, sekali gus membuat semua pihak berpuas hati.

Mengelakkan diri daripada gejala sosial
·         kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah menjaga disiplin remaja dengan mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial.
·         Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas.
·         Seandainya  masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong ibarat menghitung bulu kambing.
·          Dengan melibatkan diri dalam hobi lasak lagi mencabar ini,mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam masalah sosial dengan melakukan  hobi
Mengurangkan stres
·         Hobi lasak dan mencabar juga menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.
·         Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat.
·         prestasi - mengalami kemerosotan - mengundang pelbagai impak negatif
·         Dengan melakukan hobi lasak dan mencabar- melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
·         Oleh itu, wajarlah hobi lasak dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan tekanan yang dialami.
Penutup
·         Golongan remaja merupakan generasi pemangkin negara untuk masa depan dan sehubungan itu, mereka perlu mempunyai sikap sofistikated, komited dan efisien.
·         Mencabar diri melakukan aktiviti lasak membantu golongan remaja mengenali kelemahan diri mereka, sekali gus mencipta kesedaran untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik
·         Adalah penting untuk setiap remaja dapat mengenali kelemahan mereka supaya dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik
·         Aktiviti lasak merupakan satu daripada kaedah yang terbaik untuk menampilkan personaliti sebenar remaja lebih-lebih lagi apabila mereka berdepan dengan situasi takut dan mendebarkan
·         Hidup dalam dunia yang serba canggih dan terkini, golongan remaja perlu bersikap proaktif dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak ketinggalan dan seiring dengan peredaran zaman
·         Hidup dalam dunia yang serba canggih dan terkini, golongan remaja perlu bersikap proaktif dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak ketinggalan dan seiring dengan peredaran zaman
·         Negara juga menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak modal insan kelas pertama menjelang 2020 dan aktiviti sihat dilihat sebagai satu daripada pencetus ke arah tersebut

UNIT 7:
Lihat  gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri generasi berwawasan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
1.0 Pendahuluan.
Wawasan 2020 cetusan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad- masyarakat Malaysia mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020-peranan generasi muda – cogan kata “Generasi berwawasan negara gemilang”

2.0 Cadangan isi
2.1 Berusaha menuntut ilmu
Kepentingan ilmu kepada generasi muda- memenuhi peluang pekerjaan pelbagai sector pekerjaan- mengelakkan kekurangan tenaga kerja- tuntutan ilmu walau sampai ke negeri Cina

2.2 Berkemahiran tinggi
Keperluan industeri berkemahiran tinggi- mengeluarkan produk yang setanding negara maju- mengeluarkan barangan dengan lebih banyak- menambah pendapatan negara- meningkatkan pendapatan negara- mengurangkan kebergantungan import barangan- usaha tangga kejayaan

2.3 Memiliki semangat patriotik
Semangat patriotik dapat menghasilkan warga negara cinta akan negara- menghargai sejarah dan budaya negara- semanagat patriotik dapat menyatupadukan pelbagai bangsa. – bersatu teguh bercerai roboh

3.0 Penutup
Generasi muda merupakan pewaris bangsa- memiliki ciri generasi berwawasan – agar sebuah negara bangsa dapat dibina- Malaysia gemilang dan terbilang

SOALAN:
Anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato.  Tajuk pidato tersebut adalah  ‘Tanggungjawab generasi muda pada alaf baru’
Tulis pidato itu selengkapnya.
i. Format : Pidato
Dua markah akan dipotong jika tiada;
Kata alu-aluan                                     1m
Kata Sapaan
(cth: tuan/puan di tengah-tengah)       1m
Penutup (Cth Terima kasih)                1m
(maksimum 2 markah)
Pendahuluan
-Kata-kata aluan- memberi definasi tanggungjawb generasi muda pada alaf baru.
Cadangan isi
  1. Berkemahiran tinggi
Sentiasa berusaha menguasai teknologi terkini- meningkatkan produktiviti negara- menggunakan jentera moden dalam bidang pertanian – meningkatkan pendapatan - duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

  1. Mempunyai semangat patriotik
Ciri generasi patriotik yang dapat ditonjolkan secara langsung atau tidak langsung-  sentiasa bangga dengan kejayaan negara- semangat berjuang mempertahankan maruah negara- menghayati sambutan hari kebangsaan – dapat memajukan diri sendiri, keluarga dan negara- mengelakkan negara dijajah oleh kuasa asing- Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung,

  1. Menuntut ilmu
Kepentingan ilmu kepada generasi muda- mengurus dan mentadbir negara- mengajar generasi yang akan datang- mengelakkan dari penjajahan minda- pemuda hahapan bangsa, pemudi tiang negara

  1. Dinamik dan proaktif
Sentiasa berusaha memajukan diri- menggunakan teknologi moden – sentiasa memajukan diri- menjadi contoh dan teladan – menjadi masyarakat pengeluar yang berjaya- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

  1. Mengamalkan nilai-nilai murni
Kepentingan amalan berbudi Bahasa- mengeratkan perpaduan kaum- meningkatkan persefahan dan keharmonian hidup bermasyarakat- perpaduan pelbagai etnik – orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Penutup
generasi muda hendaklah berusaha memajukan diri menjelang alaf baru- berganding bahu membentuk generasi berwawasan- agar melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing- Ucapaan terima kasih


UNIT 9 :KERJAYA
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca granduan mengganggur di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PENDAHULUAN
Masalah pengangguran dalam kalangan graduan baru semakin meningkat. Berikutan dengan pergelutan ekonomi, ramai mahasiswa dan mahasiswi masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun sudah lama digelar graduan. Apakah punca sebenar permasalahan ini?

ISI 1
A – Sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan

M – Pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah berpunca daripada sikap tidak ingin bekerja jika bukan dalam bidang atau kursus yang mereka pelajari waktu di universiti.

P – Oleh itu, sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan mereka mengganggur

ISI 2
A – Tidak fasih berbahasa Inggeris

M – Pertuturan yang baik  menambahkan keyakinan untuk sesebuah syarikat ambil bekerja.  Bahasa Inggeris merupakan sangat penting antara kelayakan yang diambil kira ketika sesi temu duga.

P –  Oleh itu, ramai granduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris gagal mendapat pekerjaan.

ISI 3
A – Majikan memilih pekerja yang berpengalaman

M – Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di luar sana hanya memerlukan pekerja yang sudah ada pengalaman bekerja 

P – Jadi, dimanakah peluang pekerjaan bagi graduasi baru? Bagaimana mereka ingin mencari pengalaman jika kebanyakan syarikat hanya mahukan pekerja yang sudah berpengalaman?

PENUTUP
            Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

SOALAN :
Pada zaman ini persaingan antara para pelajar untuk memasuki pasaran pekerjaan sangat tinggi, jadi.tidak ada gunanya para pelajar bersaing sesama mereka sekiranya mereka hanya bergantung kepada kelulusan akademik sahaja.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu para pelajar kuasai sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan.

PENDAHULUAN
Isu : Kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat bagi para pelajar. Para pelajar atau golongan remaja ini merupakan asset paling berharga buat sesebuah negara dan peneraju tampuk pemerintahan negara kelak.
Cadangan : Para pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk menempuhi dunia yang semakin mencabar ini agar tidak mudah ditindas bak kata peribahasa melayu sediakan payung sebelum hujan
Penegasan : Oleh itu, para pelajar haruslah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai bidang kemahiran sebelum memasuki dunia pekerjaan

ISI KARANGAN
ISI 1 : KEMAHIRANBERKOMUNIKASI
Fakta : Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting dan wajar dikuasai oleh para pelajar.
Huraian : Hal ini demikian, kerana,setiap pekerjaan memerlukan kita untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat .
Contoh : Misalnya, para pelajar yang petah berbicara mengeluarkan hujah atau pendapat yang matang dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien akan mudah mendapat tawaran pekerjaan .
Penegasan Isi : Oleh itu jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi dalam diri pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan ini.

ISI 2 : KEMAHIRAN BAHASA
Fakta : Pelajar juga haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran bahasa kerana kemahiran ini memainkan peranan penting sebagai pelengkap bagi para pelajar untuk memasuki alam pekerjaan
Huraian : Hal ini kerana,individu yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam pelbagai Bahasa lebih mudah mendapat peluang pekerjaan terutamanya dalam era globalisasi ini.
Contoh : Contohnya bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Korea
Penegasan Isi : Jelaslah di sini kemahiran berbahasa juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai asas untuk memasuki alam pekerjaan.

ISI 3 : KEMAHIRAN TEKNOLOGI
Fakta :  kemahiran teknologi juga penting selaras dengan kemajuan teknologi globalOleh hal yang demikian di situ ada jalan.Dengan ini kita mampu memiliki asset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor.
Huraian : .Hal ini kerana kemahiran ini mungkin berguna kepada pelajar berdasarkan bidang pekerjaan yang pelajar minati seperti teknologi pembuatan dan penciptaan .
Contoh : pelajar perlulah mengambil prakarsa untuk mempelajari kemahiran tersebut dengan meminta tunjuk ajar dari orang yang mahir dan menghadiri kursus teknologi bak kata pepatah di mana ada kemahuan,
Penegasan Isi : Oleh itu,jelaslah kemahiran teknologi merupakan salah satu pelengkap bagi pelajar untuk menjamin masa depan yang cerah.

ISI 4 : KEMAHIRAN ICT
Fakta : Para pelajar juga haruslah mempelajari dan menguasai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
Huraian : Hal ini, demikian kerana teknologi maklumat ini dapat mempercepatkan proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian intenet dan laman web.
Contoh : Untuk menguasai bidang ini ,para pelajar digalakkan menyertai kelab teknologi maklumat di sekolah dan memasuki pertandingan mereka cipta laman sesawang.
Penegasan Isi : Jadi ,mempelajari bidang teknologi maklumat amatlah penting kepada para pelajar kerana di zaman yang semakin maju ini kegunaan teknologi maklumat semakin meluas dalam pelbagai bidang pekerjaan tidak kira swasta mahupun kerajaan.

PENUTUP
Pandangan : Secara keseluruhannya,jelaslah bahawa kemahiran dalam pelbagai bidang sangat penting bagi para pelajar sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan
Harapan : Oleh itu,pelajar merupakan harapan kepada tonggak kemajuan negara kelak.Persis kata pepatah,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara. Justeru itu, impian negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain akan tercapai.

UNIT 11:INDUSTRI
Sektor pelancongan merupakan sumber pendapatan yang kedua pentingnya di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

Pendahuluan
-negara beriklim Khatulistiwa
-unik dengan deretan pulau yang menawan
-alam semula jadi dieksploitasi
-negara ini mempunyai tarikannya yang tersendiri
-keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting
-Menteri Kebudayaan, Kesenian dan pelancongan menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak

Isi 1 : kerajaan menyediakan kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan
-pelancong ingin keselesaan dan mencari ketenangan
-kerajaan wajar melengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju
-Misalnya, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi
-kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Isi 2: Pengusaha penginapan perlu menyediakan kemudahan yangs selesa seperti hotel, chalet dan sebagainya.
-akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lebih lama atau sebaliknya.
-negara akan memperolah lebih banyak mata wang asing
-pembinaan hotel dan rumah penginapan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara
-penyediaan kemudahan penginapan harus mengambil kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu

Isi 3: Kerajaan melalui Lemabaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap
-maklumat tentang sesuatu destinasi menarik yang dikenal pasti menjadi daya tarikan yang menguntungkan –tak kenal maka tak cinta
-dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah dan akhbar atau media eletronik seperti radio dan televisyen
-mewujudkan halaman pelancongan dalam internet
-Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah di kota London pada suatu tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit.

Isi 4: Usaha Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dengan memperkemas persembahan yang sedia ada
-Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan dapat menarik banyak pelancong datang ke nagara ini
-Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina dan suku kaum di Savah serta Sarawak
-mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar sesuatu yang baru
-pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat
-Contohnya, Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong  yang berkunjung ke sana.

Isi 5: Pihak Kementerian mengadakan promosi di luar negara
-mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu
-Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
-Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) berjaya menarik banyak pelancong datang ke negara ini
-memberikan keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing

Penutup
-terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini
-pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesa, mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini
-tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita harus dikongsi bersama.
-industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara

SOALAN:Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan
-Malaysia merupakan salah satu destinasi yang sangat digemari oleh pelancong dari serata dunia
-dapat memberikan pendapatan kepada negara
-Buktinya, pendapatan sektor pelancongan berjumlah jutaan ringgit pada setiap tahun
-Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan Berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion.

Isi 1: Malaysia banyak mempunyai bangunan bersejarah
-bangunan bersejarah mempunyai seni bina unik
-sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Kota A’Famosa di Melaka
-nyata bangunan bersejarah merupakan daya tarikan pelancong untuk ke negara kita

Isi 2: Mempunyai tempat peranginan yang indah
-tempat peranginan merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan para pelancong
-Contohnya, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan di Sabah dan Cameron Highlands.
-Di kawasan ini para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik dan boleh menenangkan minda
- memang tidak dapat disangkal lagi bahawa tempat-tempat peranginan yang indah merupakan salah satu keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan

Isi 3: Kepelbagaian budaya menjadi salah satu kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
-negara kita mempunyai rakyat yang pelbagai kaum
-warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong
-para pelancong asing hanya perlu datang ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia

Isi 4: Faktor makanan yang beraneka jenis merupakan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
-Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong
-sebagai contoh, nasi lemak, rendang, roti canai dan sate.
-Keunikan budaya masyarakat di Malaysia menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara

Penutup
-sungguh banyak kelebihan Malaysia sebagai produk pelancongan
-setiap anggota masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing agar bilangan pelancong ke negara kita akan bertambah dari semasa ke semasa
-diharapkan sektor pelancongan akan menjana pendapatan negara, seterusnya akan mnjulang nama negara yang tercinta ini ke persada dunia

TINGKATAN 5:
TEMA 1:
Amalan rumah terbuka banyak membawa kebaikan kepada masyarakat. Namun, banyak belaku pembaziran dalam amalan rumah terbuka ini. Berikan pandangan anda tentang punca-punca berlaku pembaziran ini.
·         Tuan rumah atau penganjur ingin menunjuk-nunjuk
o    Tukar perabut, langsir baru

·         Tuan rumah atau penganjur bimbang makanan tidak mencukupi
o    Menyediakan makanan terlalu banyak tetapi tetamu yang hadir tidak begitu ramai

·         Juadah yang disediakan tidak menepati selera tetamu menyebabkan makanan tidak habis
o    Makanan tradisi sesetengah kaum tidak menepati selera kaum lain seperti tosei yang mungkin tidak digemari oleh sesetang orang Melayu

·         Persediaan-persediaan lain yang mungkin tidak perlu
o    seperti menyewa alat-alat karaoke atau persembahan nyanyian atau tarian singa.

·         Tuan rumah atau penganjur tidak merancang perbelanjaan
o    Tuan rumah atau penganjur tidak membuat anggaran perbelanjaan dengan teliti
TEMA 2: PENDIDIKAN ALAF INI
SOALAN: KARANGAN A
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Skema Jawapan:
Pendahuluan – Penguasaan ilmu penting – memberi manfaat – tuntutan zaman.
Isi 1 - boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan.
Isi 2 – memajukan negara
Isi 3 - menguasai bidang perniagaan, k-ekonomi
Isi 4 - melahirkan masyarakat yang proaktif
Isi 5 – melahirkan sebuah generasi yang hebat dan mampu bersaing di peringkat global.
Isi 6 - negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan.
Penutup - Orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia.         

SOALAN: KARANGAN B
Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan pendidikan maya.

Skema Jawapan:
Pendahuluan – Sistem pendidikan maya diperkenalkan atas usaha kerajaan untuk    memartabatkan lagi sistem pendidikan
Isi 1 – membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas.
Isi 2 – dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya
Isi 3 - membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel.
Isi 4 – menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi
Penutup - Pendidikan  maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan  masyarakat.

TEMA: ALAM PEKERJAAN
Huraikan pendapat  anda tentang kesan-kesan kekurangan guru-guru lelaki di sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan       
jumlah guru di seluruh negara setakat 31 Januari 2014
guru perempuan berjumlah 288 962 orang
guru lelaki seramai 128 225 orang
pelbagai masalah dihadapi apabila guru lelaki kurang di sekolah
Perengan               Isi penting              Huraian
masalah disiplin murid lelaki di sekolah akan bertambah            
murid lelaki tidak mempunyai role model untuk dijadikan acuan dalam membina jati diri

kesulitan menjalankan kegiatan diluar kelas,
Contoh kegiatan luar
kesukaran melakukan kerja-kerja yang memerlukan stamina
contoh , pengurusan hari sukan

gangguan waktu pembelajaran         
berlaku apabila ramai guru perempuan bersalin
pelbagai masalah apabila tugas merka diambil oleh guru ganti yang lain
corak pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
menyukarkan murid-murid

Penutup Isi kandungan       
Keseimbangan bilangan guru lelaki dan perempuan amat diperlukan      
mengatasi pelbagai masalah di sekolah
menjadi role model kepada murid yang pelbagai jantina
mendidik anak bangsa yang berguna kepada agama, bangsa dan negara

UNIT 12: PERLESTARIAN BUDAYA WARISAN
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tujuan menganjurkan rumah terbuka.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
Pendahuluan
  • Rumah terbuka merupakan hari yang diadakan untuk menerima tetamu berkunjung ke rumah sempena hari perayaan pada stu masa yang ditetapkan. Misalnya, perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan sebagainya. Tuan rumah memilih satu hari yang ditetapkan untuk mengadakan rumah terbuka.

Perenggan isi
  • Rumah terbuka diadakan bertujuan untuk merayakan perayaan. Hari tersebut menjadi meriah dengan kunjungan saudara-mara dan rakan-rakan sempena menyambut perayan tersebut. Perayaan bertambah meriah dengan kunjungan rakan-rakan ke rumah. Budaya ini sudah  menjadi tradisi yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

  • Rumah terbuka diadakan untuk mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-rakan. Pertemuan tersebut dapat mengeratkan hubungan persaudaraan atau persahabatan tanpa mengira kaum. Mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan. Hal ini juga dapat menonjolkan budaya tempatan melalui makanan, pakaian, dan cara menghormati tetamu serta sahabat.

  • Rumah terbuka bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan masa tuan rumah. Tuan rumah menyediakan jamuan sekali untuk para tetamu. Berbanding adat kunjungan terbuka yang diamalkan sebelum ini, iaitu tetamu boleh berkunjung pada bila-bila masa sepnjang tempoh perayaan tersebut. Kekangan tugas menyebabkan masayarakat tidak ada masa untuk menerima tetamu tanpa masa yang ditentukan.

Penutup
·         Rumah terbuka sudah menjadi budaya dalam masyarakat di Malaysia. Budaya ini wajar diamalkan untuk mengeratkan perhubungan antara rakan-rakan, khususnya daripada kaum-kaum lain.

UNIT 12:PELESTARIAN BUDAYA WARISAN
Kepelbagaian agama,budaya, dan etnik merupakan suatu kelebihan dan kekuatan bagi negara Malaysia.
Ulaskan pernyataan ini.

Pendahuluan:
Bagai aur dengan tebing-aspek perpaduan yang sentiasa diberi penekanan-kesepakatan tiga etnik terbesar di negara  Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa-menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di Malaysia.

Isi-isi penting.
1.Menonjolkan dan meningkatkan imej Negara
-rakyat yang pelbagai etnik, agama dan budaya dapat hidup harmoni dan bersatu padu.-melalui aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta
-semua program yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum.
Keamanan sesebuah negara dapat ditonjolkan melalui keharmonian sesebuah masyarakatnya.
Bak kata pepatah “ bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

2. Memajukan industri pelancongan
-rakyat asing berminat untuk melihat dengan lebih dekat keunikan dan kepelbagaian budaya kita-perpaduan antara kaum di Malaysia sentiasa menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung di Malaysia
Kelebihan Malaysia adalah dianugerahkan banyak tempat menarik seperti keindahan pulau-pulau, keunikan hutan paya bakau dan juga gunung –ganang yang boleh didaki, keindahan tasik-tasik dan juga kaya dengan tempat-tempat bersejarah seperti banda raya Melaka.-budaya dari segi kepelbagaian makanan-setiap kaum mempunyai makanan utama-pakaian tradisional-tarian tradisional dan sebagainya.

3.Kelebihan pelbagai etnik dapat memajukan negara-idea setiap kaum digabungkan dan diguna pakai dalam memajukan dan membangunkan negara.  –setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kelebihan masing-masing sama ada dalam bidang sains , teknologi, ekonomi,sukan, kebudayaan , bahasa dan sebgainya.-semua kelebihan dan kepakaran dalam bidang masing-masing dapat dikongsi bersama demi memajukan negara.-

4.Malaysia menjadi contoh kepada dunia dalam menjamin perpaduan kaum dan negara-negara-negara luar sentiasa cemburu melihat kesepakatan rakyat di Malaysia-sukar untuk didapati di luar negara walaupun negara-negara maju-pihak kerajaan sentiasa berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni selaras dengan slogan “1 Malaysia” yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri kita.-negara akan maju sekiranya masyarakat saling menghormati dan bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu perkara. 

Penutup:
Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung-perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang.-kemajuan yang ditinggalkan boleh menjadi inspirasi kepada kita agar terus berusaha untuk memajukan negara.

UNIT 11:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Bincangkan kepentingan teknologi maklumat berdasarkan gambar  tersebut. Panjang  huraian  anda  antara  200  hingga  250 patah perkataan.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (TM)

1. TM memudahkan perhubungan dengan masyarakat luar

2. TM memudahkan pencarian maklumat dan ilmu

3. TM meluaskan pasaran perniagaan

4. TM memudahkan penghantaran maklumat dan data ke serata dunia

Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat dan efisien.
Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai teknologi maklumat   kepada golongan remaja.
Isi penting

1. Mudah mendapat maklumat tanpa perlu pergi ke perpustakaan

2. Sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan

3. Memudahkan remaja berhubung dengan rakan, guru dan orang lain

4. Meningkatkan ilmu melalui pembelajaran maya

5. Meningkatkan kecekapan dan kemahiran insaniah remaja

6. Menambah kenalan baharu dari seluruh dunia

UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang  kebaikan penganjuran sukan antarabangsa di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingaa 250 patah perkataan
1.Meningkatkan imej Negara
- merupakan wadah untuk memperkenalkan negara kita
- mencapai kecemerlangan dalam penganjuran sukan antarabangsa 
  secara langsung meningkatkan imej negara di persada dunia
- huraikan pencapaiaan sukan negara di negara kita:
- Contoh : pencapaian sukan badminton dan 'skuasy'

2.Meningkatkan ekonomi Negara
- penganjuran sukan antarabangsa
- hotel dan infrastruktur yang disediakan untuk pelancong domestik
  dan pelancong antarabangsa
- penyokong bukan sahaja datang untuk menyokong pasukan mereka
  malahan dapat melancong destinasi negara kita
- pengaliran wang masuk ke negara kita
- pendapatan negara kita juga bertambah

3.Meningkatkan hubungan diplomatik antara negara
- penganjuran sukan antarabangsa di negara kita melibatkan negara
  asing yang datang dari pelosok dunia
- huraikan jenis sukan antarabangsa negara yang ada
- huraikan negara yang menyertai sukan antarabangsa
- mengeratkan hubungan diplomatik, berupaya mengekang
  persengketaan antara negara
- rusuhan antara negara dapat dielakkan.
- sudah tentu sesebuah negara tidak akan menyertai sukan yang
  dianjurkan oleh sesebuah negara sekiranya negara tersebut dalam
  keadaan porak- peranda/huru-hara

SOALAN:
Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa di negara kita banyak membawa keuntungan dari aspek ekonomi negara.
Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan
·         Takrif, isu dan tugasan
·         Sejarah negara kita telah banyak menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa
·         Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan perlumbaan Formula 1 diLitar Sepang setiap tahun
·         Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa di negara kita banyak membawa keuntungan dari aspek ekonomi dan sosial kepada Negara

Penganjuran sukan antarabangsa mengntungkan sektor pengeluaran
·         Banyak pengeluar atau peniaga kecil-kecilan akan terlibat dengan pengeluaran barangan eksklusif yang bertemakan sesuatu acara sukan
·         Contoh : topi, baju, rantai kunci, anak patung, payung, gelas dan bermacam-macam cenderamata yang berkaitan dengan sukan
·         Industri desa dan kraf tangan dapat berkembang dan dijual kepada pelancong asing atau para atlet yang terlibat dengan sukan tersebut
·         Contoh : industri batik, makanan ringan berdasarkan bahan tempatan seperti kerepek

Perkembangan sektor perhotelan
·         Pegawai sukan, pelancong atau peminat sukan dari luar negara akan menginap di hotel-hotel yang berhampiran dan seterusnya memperluaskan pasaran hotel tersebut ke peringkat antarabangsa
·         Contoh : hotel-hotel kecil dan sederhana di kawasan berhampiran dengan penganjuran sukan akan dapat banyak manfaat

Peluang pekerjaan perniagaan
·         Mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan atau perniagaan walaupun bersifat berkala
·         Contoh : perniagaan makanan, minuman, pengangkutan awam seperti teksi dan bas, pemandu pelancong

Aliran masuk wang asing
·         Para atlet dan pelancong asing yang datang menyaksikan kejohanan tersebut, urusan tersebut sudah tentunya akan melibatkan penggunaan wang asing
·         Contoh : urusan penginapan, makanan dan minuman, keperluan aksesori, hiburan, pengankutan awam dan berbagai-bagai urusan

Mengiklankan Malaysia kepada negara luar
Pelancong dan para atlet dari luar negara merupakan duta kecil kepada negara mereka, mereka akan mempromosikan Malaysia dalam kalangan keluarga dan sahabat handai mereka
Contoh :
- Tentang keindahan Malaysia
- Pusat pelancongan yang menarik
- Rangkaian sistem jalan raya
- Budaya Malaysia yang unik seperti pelbagai kaum hidup
  bersatu padu
- Pembangunan pesat di Malaysia 

Penutup (ulasan, pendapat dan harapan)
·         Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa membawa banyak keuntungan kepada ekonomi negara kita
·         Banyak peluang keemasan yang terbuka untuk meningktakan ekonomi negara
·         Lebih banyak sukan di peringkat antarabangsa di negara kita dan rakyat seharusnya menggunakan peluang tersebut secara maksimum

UNIT 9: TELEPERUBATAN
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga pemakanan kita.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Jawapan
Pendahuluan
Makanan boleh dimasak dengan pelbagai kaedah – menggoreng , mengukus, merebus, memanggang atau menumis – lebih baik dikukus , dipanggang dan direbus kerana merupakan kaedah masakan yang lebih sihat – kita perlu sentiasa menjaga pemakanan kita.
Isi-isi penting
(a)  Menjamin kesempurnaan proses tumbesaran – tubuh badan dapat menerima semua zat yang diperlukan untuk tumbesaran – menjamin kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan – tumbesaran akan terbantut dan tidak sempurna jika kita tidak menjaga pemakanan.
(b)   Memastikan perkembangan mental yang lebih baik – pemakanan seimbang dapat mengurangkan tekanan emosi – meningkatkan keupayaan untuk menangani sesuatu masalah atau tekanan jika fikiran sentiasa tenang – kekurangan zat makanan boleh menyebabkan mental tidak cukup cerdas dan mudah letih.
(c)   Mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit yang berbahaya – pengambilan semua nutrien, bahan mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang tepat dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit seperti kanser, diabetes, dan strok.
Penutup
Kita harus memilih kaedah masakan yang sihat dan menjaga pemakanan demi kebaikan dan kesihatan kita – mengelakkan kita daripada ditimpa penyakit akibat pemakanan – mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
SOALAN:
Penyakit berbahaya seperti diabetes, serangan jantung, obesiti, dan darah tinggi yang dihidapi
seseorang berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat pada hari ini.

Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah penularan penyakit ini.

Pendahuluan
Pembangunan negara yang pesat memberikan keselesaan kepada rakyat – menyumbang penyakit berbahaya kepada manusia – kesibukan manusia mengejar pembangunan menyebabkan mereka mengabaikan gaya hidup sihat – sebelum nasi menjadi bubur.

Isi-isi
(a)  Kesibukan menyebabkan manusia kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti bersenam – kurang  bersenam menyebabkan pengumpulan lemak dalam badan – punca serangan beberapa penyakit berbahaya.

(b)  Pemakanan seimbang tidak diamalkan lagi – masyarakat lebih mengutamakan makanan segera dan makanan ringan – kandungan bahan kimia dalam makanan mendedahkan penyakit seperti kanser dan jantung.

(c)    Kegagalan masyarakat menangani tekanan – peningkatan kes bunuh diri dan penyakit mental.

(d)  Tabiat merokok menyebabkan ketagihan, barah paru-paru, dan strok – pengambilan dadah – badan terpaksa bergantung pada najis dadah.

(e)  Sikap masyarakat yang suka makan makanan berlemak – pengambilan makanan yang berlebihan dengan aktiviti sehari-harian menyebabkan obesiti.

Penutup
Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang berpanjangan – kos rawatan yang tinggi akan membebankan seseorang pesakit – mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

UNIT 8 : PELABURAN
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan rakyat menyertai skim pelaburan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan:
-Pelaburan ialah kaedah penanaman modal terhadap sesuatu syarikat dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dalam tempoh tertentu.
-Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh disertai seperti pelaburan amanah saham dan pelaburan terbuka.
-Contohnya, Amanah Saham Nasional Berhad dan Amanah Saham Didik.
-Amalan melabur wajar diamalkan kerana banyak kepentingannya kepada masyarakat.

Isi 1: Simpanan pada masa depan
-Apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin kurang.
-Kita akan berada dalam kesusahan sekiranya tidak mempunyai duit simpanan.
-Hal ini demikian kerana orang yang berada di sekeliling kita belum tentu dapat menyara  kita pada usia tua kelak. -Oleh itu, penting untuk kita membuat pelaburan pada masa sekarang sebagai persiapan kita menghadapi hari tua.
-Peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

Isi 2 : Untuk pendidikan anak-anak
-Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal pada masa ini.
-Pinjaman atau biasiswa yang disediakan kerajaan mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos pengajian tersebut.
-Pelaburan yang dibuat ibu bapa pada masa ini mampu menyerap kenaikan kos pengajian yang semakin tinggi .
-Peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Isi 3 : mengurangkan kesan inflasi
-Kenaikan harga barang keperluan asas seperti gula, garam, beras dan sebagainya .menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.
-Pendapatan yang diperoleh tidak mampu menampung kenaikan harga barangan tersebut.
-Dengan melabur, kita dapat bersedia menghadapi masalah inflasi iaitu peningkatan harga barangan di pasaran.

Isi 4: memberi keuntungan kepada negara dan pelabur
-Pelaburan memberi keuntungan kepada negara dan pelabur.
-Pelaburan seperti rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberikan keuntungan lumayan.
-Pelabur asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara ini kerana teknologi dari luar negara dibawa masuk ke negara kita.

Kesimpulan
-Sudah terang lagi bersuluh, ternyata banyak kepentingan rakyat menyertai skim pelaburan.
-Pelaburan awal akan memberikan keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat agar masa depan terjamin.
-Jangan hendaknya sudah terhantuk baru tengadah kerana kesukaran hidup pada masa tua sukar dijangka.

ISI KARANGAN BERDASARKAN TEMA


1.     Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan  wawasan pada tahun 2020.   Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan negara tersebut

Peranan yang perlu dimainkan oleh remaja
1.       belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam bidang pelajaran- pelajaran dapat melahirkan remaja yang berdaya saing - belajar dalam pelbagai lapangan
2.       Belajar pelbagai kemahiran- melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus kemahiran – Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Negara, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya..
3.       Bersiap sedia dengan ilmu kepimpinan – menjadi pemimpin yang berwibawa - memastikan negara terus berkembang dengan pesat - menghadiri seminar motivasi dan belajar kepimpinan di sekolah - menjadi ketua dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum.
4.       Mempelajari sejarah negara – menanamkan semangat cinta akan negara dalam diri – mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan negara ini menghargai perjuangan mereka-berusaha agar penjajahan tidak berulang lagi.
5.       Mempelajari ilmu agama- menjadi banteng diri - dapat menjauhi gejala yang tidak baik – terlibat dengan penagihan dadah – bangkai bernyawa – musuh negara-boleh menjejaskan nama baik negara.

2.     Remaja kini  berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keingingan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai. 
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan  untuk menangani tekanan.

·         Melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah
·         Berkongsi masalah dengan ibu bapa / rakan-rakan
·         Melancong bersama keluarga dan rakan-rakan
-Berjumpa dengan kaunselor / orang berkenaan sekiranya mempunyai masalah
·         Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
·         Berfikiran positi
·         Menghadiri majlis-majlis keagamaan

3.     Anda telah menyertai Program motivasi yang telah diarjurkan oleh pihak sekolah.  Pelbagai aktiviti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus  berjaya.

·         membentuk sahsiah diri supaya lebih berdisiplin
·         motivasi untuk belajar lebih  bersungguh-sungguh
·         pengurusan masa yang sistematik
·         membentuk ketahanan fizikal dan mental
·         mengasah bakat kepemimpinan
·         menambahkan ilmu pengetahuan

4.     Nilai murni yang harus diamalkan oleh remaja :
·         Menghormati ibu bapa
·         Keperihatinan terhadap warga tua
·         Tanggungjwb membantu guru

5.     Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.
Bincangkan.
·   Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak
·   Menekankan kecemerlangan akademik
·   Penghayatan terhadap ilmu agama
·   Menyelami perasaan atau masalah dialami anak-anak
·   Memenuhi keperluan anak-anak
·   Mengenali rakan anak-anak masing-masing

6.     Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

·         Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
·         Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
·         Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
·         Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
·         Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

7.     Kebanyakan anak hari ini berdepan dengan pelbagi masalah.  Sehubungan dengan itu anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. 
Tajuk rencana tersebut ialah  “Peranan keluarga dalam mebantu anak-anak mengatasi masalah”.  Tulis rencana itu selengkapnya
·         Memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
·         Meluangkan masa dengan anak-anak
·         Keluarga mengawasi perilaku anak-anak
·         Melengkapkan anak-anak dengan ilmu agama
·         Menyediakan kemudahan dan keperluan asas yang sesuai di rumah
·         Sentiasa peka dengan masalah yang anak-anak hadapi
·         Bersikap sedia mendengar dan bertolak ansur
·         Bercakap dan berbincang dalam suasana lemah lembut

8.     Kepentingan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
·         Sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah
·         Menerapkan nilai kerjasama dalam diri pelajar
·         Mengeratkan hubungan antara rakan sebaya
·          
9.     Ciri-ciri remaja berwawasan
·         melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek
·         menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
·         berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain
·         generasi muda sekarang perlulah mempunyai sifat keterbukaan
-generasi muda untuk menyiapkan diri dengan kemahiran dan skil-skil yang kontemporari

1.     Semasa cuti persekolahan yang lalu,  anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.

o    Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan
o    Dapat menambahkan pengalaman
o    Dapat mengurangkan stres
o    Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu
o    Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas

2.     Faedah melawat tempat bersejarah

·         Meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentng sejarah tempatan
·         Menghargai jasa ddan pengorbana seseorang tokoh pejuang tanah air.
·         Menimbulkan semangat cinta akan negara.
·         Kesedaran tentang kezalimana penjajah menindas penduduk tempatan.

3.     Faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik

·         keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang memutih dan bersih – udara yang nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan – banyak tempat menarik dan bersejarah – bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi - pencakar langit yang disegani – KLCC – Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur.
·         pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan pengangkutan – rangkaian jalan raya yang baik – para pelancong mudah bergerak dan selesa – LRT, komuter, monorel.
·         terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama – pelbagai perayaan disambut – menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini.

4.     Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.  Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri  pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         kerajaan – mempopularkan seni warisan
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
·         Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

5.     Industri pelancongan  membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.  Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.

·         Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
·         Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
·         Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
·         Pengaliran masuk mata wang asing
·         Pemangkin pembangunan negara
·         Menggalakkan pembinaan infrastruktur
·         Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara

6.     Industri pelancongan  merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin  menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

7.     Malaysia merupakan sebuah Negara yang berpotensi untuk maju dalam sektor pelancomgan.  Sehubungan itu,  anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah “ usaha-usaha untuk memajukan sektor pelanconga  Negara”
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         kerajaan – mempopularkan seni warisan
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
·         Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

1.     Cara-cara menyayangi sekolah 
·         Tidak Merosakkan Harta benda Sekolah
-menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah
-menghargai prasarana yang disediakan
-kempen antivandalisme

·         Mematuhi Peraturan-peraturan Sekolah
-memberi fokus semasa pembelajaran dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta
  mematuhi arahan guru
-menjaga imej dan penampilan diri
-tidak ponteng sekolah dan kelas-hadir dan pulang menepati masa
-menghormati guru, rakan-rakan dan warga sekolah

·         Menaikkan Nama Sekolah
-mematuhi disiplin sekolah
-mempertingkat pencapaian  dalam akademik/peperiksaan
-bersama menggerakaktifkan aktiviti kokurikulum
-berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai

2.     Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.          
Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

·         Memudahkan penguasaan ilmu
·         Dapat berhubung dengan masyarakat dunia
·         Senang mendapat pekerjaan
·         Seiring dengan tuntutan globalisasi
·         Memudahkan komunikasi
·         Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat
  
3.     Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.
Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.
·           Membantu guru
·           Menghadiahkan kejayaan dalam peperiksaan
·           Mendoakan kesejahteraan guru
·           Meraikan hari-hari yang bermakna dalam kehidupan guru
·           Menziarahi guru
·           Mendengar nasihat dan menghormati guru
·           Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan sopan


4.     Sekolah anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia” Selaku ketua pelajar,  anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak  sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akakdemik, kokuriklum,  sahsiah dan persekitaran fizikal.
Akademik
-          Menggiatkan kelas tambahan untuk murid peperiksaan awam
-          Mengadakan program khas untuk murid bukan kelas awam
-          Memperbanyak bengkel dan pendedahan teknik menjawab soalan

Kokurikulum
-          Mewujudkan pasukan elit dalam beberapa jenis sukan
-          Melibatkan diri dalam pelbagai program daerah
-          Konsisten dalam latihan dan kem untuk ahli sukan sekolah
-          Menyediakan juru latih yang berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang

Persekitaran sekolah
-          Mengadakan pertandingan keceriaan sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada kelas yang kotor
-          Gotong royong peringkat sekolah dan kelas
-          Memperuntukkan kos untuk keceriaan kelas

Sahsiah
-          Kem kepimpinan dan jati diri
-          Anugerah tokoh murid

5.     Melanjutkan pelajaran ke IPT setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan idaman setiap remaja.
Jelaskan cirri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
·         Universiti terkemuka / berrtaraf dunia
·         Terletak di luar negara / dalam negara
·         Mempunyai bidang pengajian yang diminati
·         Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik
·         Prasarana terkini
·         Kemudahan pangangkutan dan penginapan
·         Pensyarah yang hebat

1.     Remaja memberikan sumbgan pentng untuk mengharumk nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
·         Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
·         Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
·         Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
·         Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
·         Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

2.     Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.
·         ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
·         ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
·         ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
·         ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
·         Ibu bapa mengajak anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti gotong- royong

3.     Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. 
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
·         ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
·         ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
·         ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
·         ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
·         Ibu bapa menyediakan tong sampah di rumah
·         Ibu bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau

4.     Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai pelajar yang prihatin,  kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih
·         Menyertai gotong royong di sekolah
·         Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas
·         Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan
·         Mencadangkan kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan
·         Mengajurkan pertandingan kebersihan kelas
·         Membuang sampah di dalam tong sampah
·         Menjaga kawasan taman angkat  - persatuan
·         Menasihati rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah
·         Mengelakkan terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah

5.     Langkah mengelakkan kejadian tanah runtuh

1.       Pembangunan di lereng bukit yang terkawal
2.       Pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
3.       Sistem perparitan yang terancang
4.       Pembinaan parit / longkang yang sesuai dan sempurna
5.       Penguatkuasaan undang-undang
6.       Mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan  /  pembalakan haram.
7.       Pemantauan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
8.       Pembukaan kawasan pertanian secara terancang
9.       Pembinaan benteng konkrit
10.    Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’.
1.     Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.
·         Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak
·         Ahli keluarga yang sihat
·         Ahli keluarga yang berpendidikan agama
·         Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik
·        Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati
·         Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama
·         Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala sosial
·         Ahli keluarga yang kaya

2.     Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan kerunuahan institusi keluarga. Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.
·         Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
·         Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian
·         Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai pandangan orang lain
·         Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes salah laku
·         Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa

3.     Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dapat  membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
·         Ibu  bapa sebagai suri teladan
·         Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat
·         Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria
·         Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang
·         Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga
·         Anak-anak yang bersahsiah terpuji
·         peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara

4.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.
·         Keluarga menjadi contoh
·         Keluarga membaca bersama-sama
·         Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
·         Keluarga mengunjungi pameran buku
·         Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
·         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

5.     Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
·         Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah kalah apabila ditimpa musibah
·         Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila ditimpa kegagalan
·         Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah – pembuangan bayi
·         Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalh yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku

6.     Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
·         Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa
·         Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa
·         Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
·         Menziarahi ibu bapa di kampung
·         Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa
·         Membawa ibu bapa melancong

7.     Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
·         Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan
·         Mendidik anak-anak bijak membuat keputusan
·         Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga
·         Mengasuh anak-anak agar menghargai masa
·         Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain
·         Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan

8.     Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan tersebut.
·         Memberikan kasih sayang secukupnya
·         Menyediakan keperluan asas
·         Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
·         Mengawal p[ergaulan anak-anak
·         Meluangkan masa bersama-sama mereka
·         Mendidik mereka agar pandai mengurus masa
·         Membentuk akhlak mereka

9.     Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         Memperuntukkan masa untuk bersama-sama keluarga
·         Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah
·         Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
·         Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
·         Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga

10.  Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastiikan harapan mereka itu tercapai. 
·         Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
·         Mendapat didikan agama yang sempurna
·         Bergaul dengan orang-orang yang berilmu
·         Tidak terlibat dalam gejala sosial
·         Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru
·         Sentiasa menerima teguran dan nasihat
1.     Kepentingan sukan
·         Mengekalkan kesihatan
·         Memupuk perpaduan kaum
·         Mengurangkan masalah sosial
·         Meningkatkan imej negara

2.     Dalam usaha menggalak dan mencungkil potmsi murid dalan bidang sukan, KPM  telah memperkenalkan Dasar l Murid l Sukan untuk dilaksanakan di semua  sekolah. Sehubungan dgn itu,  anda igin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar l  Murid l sukan di Sekolah..
Tulis recana itu selengkapnya
·         keterlibatan semua murid dalam aktiviti sukan
·         mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid
·         melahirkan murid yang cergas dan cerdas
·         memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan kesukanan
·         sebagai satu prasyarat kemasukan ke IPT
·         melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

3.     Kerajaan mewajibkan program 1Murid 1Sukan di setiap sekolah.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
·         memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
·         menyihatkan badan
·         memupuk nilai-nilai murni
·         menjadi pasukan pelapis kepada atlet negara.
·         memupuk semangat juang yang tinggi.

4.     Kebaikan menyertai kegiatan  sukan lasak.  (Mendaki gunung – Berkayak – Berbasikal)
·         Dpat mendisiplinkan diri
·         menggalakkan persaingan sihat
·         mengukuhkan nilai kerjasama
·         membina ketahanan minda
·         Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
·         Melahirkan remaja yang  cergas
·         Mencari kenalan baru

5.     Langkah-langkah memajukan sukan di Malaysia
·         Juru latih yang berwibawa
·         Kemudahan sukan yang lengkap / sempurna
·         Pemakanan seimbang / penjagaan kesihatan yang baik
·         Ganjaran yang menarik / berpatutan

6.     Minat bersukan dalam kalangan remaja hari ini semakin berkurangan .
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja
1.     Peranan pihak swasta - sebagai penaja/pemberi biasiswa/dermasiswa

2.     Peranan ibu bapa
·         Memberi galakan
·         Melibatkan diri dalam aktiviti sukan bersama anak-anak
·         Membelikan anak-anak peralatan sukan.

3.     Peranan kerajaan
·         Dasar 1M1S
·         Menyediakan kemudahan asas sukan.
·         Membina sekolah sukan
·         Menyediakan jurulatih bertauliah di sekolah-sekolah

4.     Peranan media massa
·         Publisiti 
·         Iklan

5.     Peranan sekolah
·         Mengadakan latihan / pertandingan di peringkat sekolah
·         Memberi pengiktirafan / penghargaan

1.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.
·         Keluarga menjadi contoh
·         Keluarga membaca bersama-sama
·         Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
·         Keluarga mengunjungi pameran buku
·         Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
·         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

2.     Manfaat Membaca
·         Negara bertambah maju
·         Berjaya dalam akademik
·         Meningkatkan kepakaran
·         Meningkatkan pengetahuan

3.     Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudaya amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarg mereka.
·         Membelikan  bahan bacaan yang menarik kepada anak-anak
·         Menjadi contoh / suri  teladan kepada anak-anak
·         Meluangkan masa untuk membaca dengan anak-anak
·         Menceritakan sinopsis cerita / bahan bacaan yang dibaca kepada ank-anak
·         Memberikan ganjaran kepada anak-anak yang membaca
·         Membawa anak-anak mengunjungi pameran buku

1.     Kepentingan perpaduan kaum 
·         Mewujudkan masy harmoni
·         Memajukan ekonomi Negara
·         Menarik kedtangan pelancong
·         Meningkatkan imej negara
  
2.     Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan.  Hal ini disebabkan oleh kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambilbagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden hari ini.
·         Mengadakan rumah terbuka
·         Mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat – gotong royong,
·         Mengadakan hari keluarga / sukan
·         Mengunjungi jiran tetangga yang ditimpa musibah
·         Menggalakkan anak-anak berbaik-baik dengan jiran tetangga
·         Menjadi contoh kepada anak-anak dalam  adab hidup berjiran
  
3.     Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita,  tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis. Bincangkan.
Terhakis kerana :
·         Masyarakat yang mementingkan material – sibuk dengan kerja
·         Masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri – enau dalam belukar – jangan menjaga tepi kain orang
·         Struktur rumah yang menghalang hubungan kejiranan
·         Perkembangan sistem komunikasi
·         Luputnya amalan gotong royong dalam kehidupan bermasyarakat
·         Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat

4.     Malaysia adalah antara destinasi pelancongan yang popular dalam kalngan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jelaskan faedah-faedah sektor pelancongankepada negara kita
·         Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
·         Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
·         Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
·         Pengaliran masuk mata wang asing
·         Pemangkin pembangunan negara
·         Menggalakkan pembinaan infrastruktur
·         Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara

1.     Peninggalan sejarah dan warisan  budaya merupakasan asset yang perlu dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dana tatapan generasi akan datang.
Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
Kerajaan
Mengadakan kempen
 Membuat promosi / pameran  tinggalan sejaran
Mengenakan denda kepada pihak-pihak yang merosakkan kesan tinggalan sejarah
Mengadakan muzium khas
Mengadakan aktiviti membersih dan memelihara tinggalan sejarah – seperti bangunan, kenderaan lama, artifak dan sebagainya

ii) Masyarakat
·         Mendidik anak-anak mencintai sejarah negara
·         Melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya menemui bahan  tinggalan sejarah
iii) Media massa
Mendedahkan kepentingan bahan tinggalan sejarah kepada negara - dokumentari
1.     Kejadian jenayah seperti ragut, culik dan pembunuhan di negara kita semakin membimbangkan banyak pihak.
Tulis sebuah rencana yang bertajuk :Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah’.
·         Melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa
·         Menubuhkan rukun tetangga
·         Mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh media massa/ kerajaan
·         Memberikan pendidikan agama kepada keluarga
·         Memantau aktiviti ahli keluarga
·         Membina hubungan yang baik dalam komuniti
·         Membantu mangsa jenayah
·         Mempelajari seni mempertahankan diri
·         Mengelakkan diri daripada terlibat dengan pinjaman wang daripada syarikat yang tidak berlesen

2.     Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.
Tuliskan wawancara itu selengkapnya.
·         Masyarakat prihatin tentang penderaan dalam kalangan tetangga
·         Melaporkan kepada pihak berkenaan dengan segera
·         Mendidik anak-anak dengan kasih sayang
·         Memberikan pendidikan agama kepada anggota masyarakat
·         Menyokong kempen yang dilancarkan oleh kerajaan
·         Menghidupkan kembali budaya dan semangat kejiranan
1.     Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
·   Kempen secara berkala, besar-besaran
·   Pelaksanaan saham-saham amanah
·   Penerapan dalam mata pelajaran di sekolah
·   Kedai rakyat 1 Malaysia dan kewujudan koperasi di merata tempat
·   Bekerjasama dengan pelbagai agensi separa kerajaan dan swasta dalam menggalakkan aktiviti menabung seperti  kelab TAHA, Kelab NURI, Kelab Penabung Bijak dan kempen menyimpan wang saku lebihan
Mewujudkan pertandingan esei, melukis poster dan sebagainya.

2.     Kepentingan  amalan berjimat cermat
·         Membantu ketika susah
·         Simpanan masa depan
·         Melahirkan pengguna yang bijak
·         Menabung untuk masa depan

3.     Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia
·         Meningkatkan kemahiran
·         Bantuan dan galakan
·         Memasarkan produk
  
4.     Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hri ini semakin popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.
·         Mudah digunakan semasa kecemasan
·         Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan segera
·         Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan
·         Melebarkan  kenalan dan merapatkan  hubungan silaturahim
·         Mempunyai pelbagai fungsi yang menyenangkan pengguna

5.     Usaha-usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia
·         Mengadakan kempen berterusan
·         Meningkatkan kualiti barangan
·         Memperluas perniagaan / ekspo
·         Mengadakan jualan murah
·     
6.     Kerajaan menggalakkan  rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.  Huraikan kebaikan-kebaikan mengunankan barangan buatan tempatan
·         Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara
·         Harga murah / berpatutan
·         Barangan berkualiti / setanding atau lebih baik daripada barangan import
·         Meningkatkan pendapatan peniaga
·         Ekonomi negara meningkat
·         Mewujudkan peluang pekerjaan

7.     Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.
·         Memberikan bantuan modal – untuk mulakan perniagaan
·         Menganjurkan pelbagai kursus – perniagaan, pertanian, kraf tangan
·         Memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam pertanian dan penternakan
·         Memberikan bantuan perumahan – kos rendah – perumahan 1 Malaysia

8.     Kebiasaan mengambil makanan segera menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis  satu rencanayang akan disiarkan dalam akhabr tempatan yang bertajuk “Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan segera secara berlebihan”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         Masalah obesiti
·         Masalah penyakit kronik
·         Ketagihan pada makanan segera
·         Tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang
·         Perbelanjaan keluarga meningkat
·         Makanan tradisional dipinggirkan
1.     Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk ‘Penerapan Semangat Patriotik Dalam Kalangan Generasi Muda Kini’.  Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
·         Kata-kata aluan dan tajuk ceramah
·         Maksud patriotik
·         Cara penerapan – cerita, aktiviti, filem, kempen
·         Kesan – naikkan semangat majukan negara, nilai cinta negara, semangat berpasukan dan perpaduan
·         harapan

2.     Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.
·         Mempelajari mata  pelajaran sejarah dengan penuh minat
·         Menonton filem tentang sejarah negara
·         Membaca buku sejarah negara
·         Mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara
·         Mengunjungi tempat-tempat bersejarah di pelbagai negeri
·         Menyertai sambutan kemerdekaan negara

SEMOGA BERJAYA & SELAMAT MEMBACA SERTA MENGULANGKAJI

NO
PERIBAHASA
MAKSUD
1
Q ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Q hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Q berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Q bagai aur dengan tebing

Q terapung sama hanyut, terenang sama basah
Persahabatan yang sangat karib kerana hidup saling memerlukan dan bantu-membantu

2
Q  Rambang mata
Tidak tahu barang yang hendak dipilih kerana semuanya cantik.
3
Q  Sirih pulang ke gagang

Q  setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Q  ikan pulang ke lubuk

Q  belut pulang ke lumpur
Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang berpindah milik, akhirnya pulang ke pemenang asal.

Kena pada tempatnya


pulang ke tempat asal
4
Q  Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
5
Q  Usaha tangga kejayaan

Q  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Q  kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Q  genggam bara api, biar sampai jadi abu

Q  hati hendak, semua jadi
Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya.
6
Q  ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri.
7
Q  Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Suka merendah diri dan tidak bersikap sombong walaupun semakin berilmu atau berkedudukan tinggi adalah lebih baik daripada bersikap tiada pendirian yang teguh
                        
8
Q  Seperti duduk di dalam duri

Q  Seperti cacing kepanasan
sentiasa gelisah dan tidak tenteram
9
Q  Keadilan tidak mengenali kawan
Dalam mengadili sesuatu perkara, kita mesti bersikap adil; yang bersalah tetap bersalah walaupun dia kawan baik kita.
10
Q ada udang di sebalik batu
ada tujuan atau maksud tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
11
Q  Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting
12
Q  Batu loncatan              
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
13
Q  Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

Q  kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
14
Q  Potong leher
Menjual barang dengan harga yang terlalu mahal
15
Q Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Q Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua
Orang yang baik (banyak berjasa) apabila meninggal dunia akan meninggalkan nama yang baik dan jasanya tetap dikenang
16
Q bertangguh itu pencuri masa
Seseorang yang menangguhkan sesuatu kerja akan merugikan diri sendiri.
17
Q Patah hati
sakit hati / perasaan terluka / emosi terganggu
18
Q Malu bertanya sesat jalan
Kalau segan bertanya, kita tidak akan sampai ke destinasi yang ingin ditujui jika sesat jalan.
19
Q  bagaimana ditanam, begitulah ditunai

Q  bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Q  ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Q  bapa borek anak rintik

Q  ke mana tumpah hujan dari bubungan, kalau tidak ke cucuran atap
Sikap atau tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga.
20
Q  Bermuafakat itu membawa berkat

Q  Bersekutu bertambah mutu
sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
21
Q  Bertanam tebu di bibir mulut
Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya)
22
Q  Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati
Biar miskin asalkan mempunyai budi bahasa yang baik

23
Q  di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Q  masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
dalam kehidupan sehari-hari, kita harus menghormati atau mematuhi adat istiadat atau peraturan serta kebudayaan di mana-mana sahaja kita berada.
24
Q  Alah bisa tegal biasa
Oleh sebab sudah biasa membuat kerja yang susah, kerja yang lebih sukar pun tidak terasa sudah lagi
25
Q  Mulut tempayan
Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana

pembocor rahsia
26
Q  seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung

Q  seperti burung diam dalam sangkar emas
Orang dalam jagaan orang lain sungguhpun dipelihara dengan baik tetapi berasa susah dan tidak bebas.
27
Q  membuka pekung di dada

Q  menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

Q  menconteng arang di muka

Q  seperti meludah ke langit
perbuatan yang salah sehingga memalukan diri dan keluarga
28
Q  bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
29
Q  seperti kaca terhempas ke batu

Q  bagai kaca retak seribu
berasa amat sedih dan perasaan hati hancur kecewa
30
Q  Belakang parang, kalau diasah nescaya tajam
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
31
Q  Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Q  Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu
32
Q  yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Seseorang yang bertuah akan memperoleh keuntungan dari mana-mana sahaja.
33
Q Rumah siap pahat berbunyi
Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan.
34
Q bagai mencurahkan air ke daun keladi

Q masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri

Q seperti hujan jatuh ke pasir

Q didengar ada, dipakai tiada
Nasihat yang tidak dihargai atau melakukan sesuatu kerja yang sia-sia.
35
Q  Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan mana-mana pihak pun.
36
Q  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
37
Q kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.
38
Q badan cergas, otak cerdas

Q otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas
dengan memiliki kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan pendapat bernas.
39
Q  Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Setiap orang tidak dapat mengelak daripada membuat kesilapan

risiko bahaya akan terjadi di mana-mana sahaja
40
Q jauh berjalan luas pandangan

Q jauh perjalanan luas pemandangan
Teruskan memberi perangsang, galakan  dan sokongan kepada anak-anak, meniti jalan yang masih jauh untuk mendapatkan pengalaman berharga.
41
Q  bagai bersumur di tepi rawa

Q  iri hati
Orang yang selalu cemburu.
42
Q  Bagai tanduk diberkas

Q  Bagai mengepal pasir kering
Sangat susah hendak menyatukan manusia yang berbagai-bagai fikirannya.
43
Q Mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang.
44
Q  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal
45
Q  Bahasa menunjukkan bangsa

Q  bahasa jiwa bangsa

Q  hilang bahasa lenyaplah bangsa
bahasa yang sempurna menunjukkan peradaban yang tinggi daripada bangsa pemilik bahasa tersebut.
46
Q  Bahasa melambangkan bangsa
Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti  bangsa.
47
Q  Keadilan
berhati-hati atau berwaspada dalam setiap pekerjaan agar tidak mendapat musibah
48
Q  seperti rusa masuk kampung
tercengang-cengang kehairanan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat baharu
49
Q  Bersatu teguh, bercerai roboh
Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh dan apabila berpecah belah pula, masyarakat itu akan hancur
50
Q  Nasi sudah menjadi bubur
penyesalan yang sudah terlambat
51
Q  Ilmu pelita hidup
Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang
52
Q  Bagai pinang dibelah dua

Q  Bagai cincin dengan permata

Q  Bagai bulan dengan matahari
pasangan yang secocok dan sepadan






No comments:

Post a Comment