Thursday, March 26, 2020

KARANGAN FOKUS SPM 2020-BACAAN AWAL


KARANGAN PENTING SPM 2020
RAMALAN 1: Amalan Rumah Terbuka
(TEMA) Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU) Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. (ARAHAN) Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?

(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. (MENGAPA)Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. (PENEGAS)Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA)Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. (BAGAIMANA)Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. (PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran rumah-rumah terbuka juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. (BAGAIMANA) Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. (KESAN)Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. (PENEGAS)Izharlah bahawa konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.

(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. (BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan  di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa  kebaikan kepada negara dan masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN) Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada mata dunia.

RAMALAN  2:
Langkah-langkah Membentuk Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masabagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka.Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Ingatlah slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan bahawa, “Negara bersih, rakyat sihat”.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Sesuai dengan falsafah moden yang berbunyi, “Carilah sahabat yang dapat dijadikan ubat, dapat dijadikan penawar hati”.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
.
RAMALAN  3:
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup.
TUGASAN    : Calon dapat memberi penjelasan berkaitan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup
Format          : Tiada
Cadangan Isi :
Isi 1 : Saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal –fizikal yang cergas menjaminkan mental yang cerdas serta emosi yang stabil –perlu menjauhi aktiviti yang tidak sihat seperti berlepak, berjaga malam –membendung emosi daripada mengalami tekanan dan kemurungan –emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan mental.
Isi 2: Saya perlu teliti tentang cara pemakanan yang sihat –pemakanan menjadi terminologi utama yang menentukan asas kesihatan –peka terhadap piramid makanan –pengambilan makanan yang berzat dan bukan mengambil makanan yang mengikut sedap –mengurangkan makanan bergula dan berlemak yang menjadi punca obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Isi 3: Saya harus mementingkan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual –riadah sebagai asbab menjaga pertumbuhan fizikal yang sihat –menyusun jadual yang terancang untuk berehat, beriadah, bersosial dan tidur.
Isi 4: Saya harus bijak bersosial dan berkawan –bersosial boleh meluaskan kontaks silaturahim, menjalinkan semangat setia kawan dan menstabilkan emosi –emosi yang stabil akan mempengaruhi minda yang waras serta mengawal tindakan yang bijaksana –perlu memilih kawan yang boleh menunjukkan jalan kebenaran kerana salah pilih terjadi kawan makan kawan
Isi 5: Saya hendaklah mendekati Allah –Allah Tuhan pencipta seluruh makhluk dan isi alam –Allah menguruskan jalan hidup manusia dan isi alam dengan sunnah-Nya –hendaklah patuh kepada ajaran agama seperti bersolat dan sebagainya –insan yang sentiasa patuh kepada ajaran Tuhan akan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat

Ungkapan Menarik :
– Hadis Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit
– di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
– nasi sudah menjadi bubur
– jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika  berkawan  dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya
– seseorang  yang  gagal  merancang sebenarnya dia  telah  merancang  untuk  gagal

RAMALAN 4:RUJUK PDF KERACUNAN
RAMALAN 5:
Peranan Keluarga Dalam Usaha Memastikan Remaja Menggunakan Media Sosial Ke Arah Yang Lebih Positif
Tidak dapat dinafikan bahawa pada era yang moden ini, media sosial telah mendapat sambutan yang hangat sekali di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki juga merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Definisi telah diberi oleh Andreas Kaplan dan Michael Haenlein sebagai “sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran. Di samping itu juga, jaringan sosial merupakan laman yang membolehkan setiap orang mampu membuat laman sesawang secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara jaringan sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan Internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.
            Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang amat signifikan untuk memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan media sosial. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu media sosial contohnya seperti Internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Tindakan kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri hiburan tanah air yang kerap kali ‘dirompak’ oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus provokasi di internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga terselamat daripada terus terperangkap di dalam kancah jenayah siber, yang juga merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang termaktub dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa dalam memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan media sosial dapat mendidik mereka dalam memanfaatkan kegunaan media sosial.
                     Tidak dapat dikesampingkan juga, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak menggunakan media sosial secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka dengan medium-medium pembelajaran menerusi media sosial. Seperti yang ditegaskan, media sosial sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi pendidikan. Hari ini, kemajuan media sosial juga selaras dengan kemajuan teknologi seperti “tablet” dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari Internet. Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan Internet, namun malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna media sosialpada masa ini. Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan media sosial serta bijak . Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari Internet mahupun menghadap peranti pintar sepanjang masa, sekiranya peranti-peranti di rumah diisi dengan aplikasi dan laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah sudah di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui Internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan penggunaan media sosial.
        Bagi saya, adik-beradik yang lebih tua seperti abang dan kakak memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha untuk remaja menggunakan media sosial ke arah yang lebih positif. Abang atau kakak boleh menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lebih muda. Hal ini kerana adik-adik selalunya akan mencontohi tingkah laku abang atau kakak mereka. Selain itu, abang atau kakak juga seharusnya menasihati adik-adik mereka dengan penuh kasih sayang apabila melihat adik-adik mereka menggunakan media sosial ke arah perkara yang negatif. Mereka tidak seharusnya memekakkan telinga dan membutakan mata kerana perbuatan negatif yang dilakukan oleh adik-adik mereka boleh menjatuhkan maruah keluarga. Seterusnya, dalam menjaga hubungan antara adik-beradik, kita perlu menititikberatkan sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakak serta menerima segala teguran dengan hati yang terbuka.
          Lontaran idea seterusnya ialah datuk dan nenek seharusnya menerapkan didikan agama yang secukupnya kepada remaja.Pendidikan agama mesti dilaksanakan oleh datuk dan nenek  di peringkat awal usia anak-anak bagi membolehkan iman mereka dibentuk dan diperkukuhkan menjadi insan bertakwa. Datuk dan nenek lebih makan garam dan remaja akan lebih mendengar dan menurut nasihat mereka.Jika perkara ini tidak dilakukan, remaja akan mudah terpengaruh dengan media sosial yang negatif seterusnya terjebak dalam kancah gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menyusahkan keluarga. Pendidikan agama mestilah menjadi teras dan benteng kepada pembentukan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Hal ni dikatakan demikian kerana apabila jiwa remaja ni diterapkan dengan nilai-nilaiagama yang tinggi, mereka akan dapat menepis segala laman sosial yang negatif seterusnya menggunakan media sosial dengan berhemah.  Tanpa pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi keruntuhan moral di luar yang semakin berleluasa. Jelaslah bahawa, peranan datuk dan nenek amat penting dalam usaha untuk memastikan remaja sentiasa berada di landasan yang betul dan menggunakan media sosial ke arah yang positif sebagai persediaan melahirkan modal insan berjaya di dunia dan akhirat.
            Secara tuntasnya, keluarga memainkan peranan dominan dalam usaha mendidik dan mengasuh remaja memanafaatkan penggunaan media sosial. Perkhidmatan media sosial sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa kepada keburukan. Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada keluarga itu sendiri, sama ada bijak atau tidak mendidik remaja dalam memanfaatkan penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian. Walaupun demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua ahli keluarga membuktikan bahawa media sosial sangat penting kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan ahli keluargayang lain  tidak turut turun padang dalam membantu kerajaan melahirkan generasi yang celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal, masalah-masalah penyalahgunaan media sosial dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan generasi-generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.
RAMALAN 6: RUJUK PDF—SUKAN
RAMALAN 7:Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar
Dalam kerancakan manusia mengejar kemajuan alaf milenium kini, nilai-nilai material semakin membekas dalam masyarakat madani sehingga menyongsong kewarasan akal dan kemurnian nilai-nilai integriti. Kemajuan yang berorientasikan keuntungan semata-mata seakan-akan mengikis sehingga tandusnya pertimbangan manusia terhadap alam sekitar yang menjadi warisan yang tidak ternilai harganya kepada anak watan penggerak masa hadapan. Sedar tidak sedar, alam sekitar yang dahulunya merimbun memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia yang bersultan di mata beraja di hati. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Bilangan tersebut tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Di Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Atas faktor apakah yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran ini? Siapakah dalang yang terlibat dalam kemelut yang semakin pincang ini? Kupasan teliti akan dihuraikan bagi menjawab segala persoalan ini.
Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Hal ini terjadi kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan mereka sering memandang enteng tentang isu alam sekitar yang kini menjadi hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan dalam media massa arus perdana. Bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang individu yang bersikap sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Sikap nafsi individu-individu ini semakin memburukkan fenomena alam sekitar. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam sungai dan longkang telah menyebabkan berlakunya pencemaran air sedangkan air merupakan medium utama dalam melestarikan kelangsungan hidup. Ada juga antara individu yang membuang puntung-puntung rokok dan melakukan pembakaran secara terbuka sehingga menyebabkan kebakaran yang serius lantas menyebabkan pencemaran udara. Kempen berkongsi kereta yang diwara-warakan pronya dalam aspek kesesakan jalan raya dan kontranya dalam aspek pencemaran udara juga tidak mendapat sambutan hangat daripada pengguna jalan raya, ibarat mencurah air ke daun keladi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan akibat kedegilan sikap individu yang menjadi pengguna jalan raya telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini.
Selain individu, organisasi seperti pemilik kilang juga turut menjadi agen penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat kilang-kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam pengeluaran mereka dan pada kebiasaannya kilang-kilang tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Kebiasaan yang melanggar lumrah alam ini sudah pasti akan mengakibatkan pencemaran air. Ekosistem hidupan akuatik pasti terjejas akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak ini. Dalam pada itu, terdapat juga kilang-kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara seterusnya menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Walaupun sudah acap kali didenda, namun masih ada pemilik kilang yang dihentak tak masuk, diumpil tak bergerak. Ada juga segelintir pemilik premis-premis kilang tersebut yang mengelakkan diri daripada memberi penjelasan dan menyelesaikan masalah yang dicipta oleh mereka tidak ubah seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sama sekali tidak dapat menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing ini. Kemelut ini jika dibiarkan sudah pasti akan memberi dampak yang malang kepada kondisi udara dan air lantas menyebarkan pelbagai wabak penyakit yang akan menyerang kesihatan marhaen. Bagaimana mungkin kemelut ini terus meruncing tanpa adanya prakarsa yang pragmatik dan efisien daripada pihak-pihak yang terbabit  atau penantian ini hanya sekadar menantikan putih gagak hitam? Tepuk dada tanya selera.

Pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta tanpa memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar juga merupakan faktor berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih teruk lagi, jika hal ini dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Bermula dengan pembinasaan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi menyerap lebihan air yang mengalir. Tindakan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar sehingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang dihanyutkan bersama-sama air hujan ini seterusnya menyebabkanpencemaran sungai dan mendapan lumpur yang di bawa menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek. Penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan yang menolak natijah alam maka terciptalah kemusnahan alam akibat corak yang dilukiskan oleh manusia yang tiada pertimbangan dalam setiap keputusan yang diizharkan. Jika keduniaan dan keuntungan bernoktah di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke tepi. Walau bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun.

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda, justeru kurangnya bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran lantaran pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat, maka masalah pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan. Perlukah sudah patah baru hendak melantai?

Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu yang merantai permasalahan pencemaran clam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai tatapan generasi masa hadapan yang akan mendepani realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang.
RAMALAN 8:RUJUK PDF –CIRI-CIRI PENGGUNA YANG BIJAK
RAMALAN  9:RUJUK PDF-LAMAN SOSIAL

RAMALAN 10:
Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, kerajaan begitu prihatin untuk terus memperkembang Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Selaku ahli jawatankuasa kampung, anda telah mengundang seorang pegawai daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk memberikan ceramah tentang langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan Industri Kecil dan Sederhana.
1.        Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Ketua kampung, AJK kampung dan semua yang hadir pada hari ini.
2.        Ada pula penceramah yang cenderung memberikan mukadimah terhadap satu-satu tajuk yang hendak diceramahkan seperti karangan model ini.
3.        Sesudah itu barulah penceramah berkenaan memberikan kata-kata sambutan dan memuliakan tetamu menurut protokol seperti di atas.
4.        Seelok-eloknya  daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti ‘hadirin yang saya muliakan, hadirin yang dihormati , tuan-tuan dan puan-puan , dan sebagainya.
5.        Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.
6.        Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan tekun.

Pendahulun: Kata alu-aluan dan pengenalan tajuk ceramah yang akan disampaikan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. IKS menyediakan sebanyak 44.2 peratus peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9 peratus dan 31.7 peratus masing-masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.
Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKSBantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.
Hadirin yang dihormati,
Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh pihak kerajaan. Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik, berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, serta pemasaran global. Antara agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmat pakar perunding MARA), UKM Pakar Runding Sdn. Bhd., dan Persatuan IKS Malaysia. Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan. Pendek kata, pihak kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS dan melipatgandakan perolehan.
Tidak ketinggalan juga, kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS. Dalam konteks ini, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS.Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya. Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim latihan perintisan, dan program promosi pemasaran. Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan memberikan sumbangan kepada iktisad negara.
Hadirin yang dimuliakan,
Seseorang   pengusaha   mestilah   mempunyai   ciri-ciri   baik   yang   boleh   dicontohi sekali gus membantu dalam meningkatkan perniagaan. Hal Ini termasuklah tekun, bekerja keras, yakin dengan kebolehan, boleh menerima risiko, kreatif dan menyedari sepenuhnya tentang keperluan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dan cemerlang . Pemikiran baik dan bijak dalam membuat keputusan amatlah penting kerana hasilnya kelak akan memberikan impak sama ada kepada diri pengusaha itu sendiri atau perniagaan yang diusahakannya. Usahawan   yang   berjaya  mestilah  menjadi   seorang   yang  boleh  menjadi   contoh kepada usahawan atau pekerja lain. Dalam organisasinya, pengusaha mestilah sentiasa bertindak secara rasional dan tidak terburu-buru. Fikiran yang positif dalam apa-apa perkara amat perlu. Hal ini kerana tindakan yang terburu-buru boleh membawa kepada kesan yang negatif.   Kesemua   ciri-ciri   positif  yang   ada   dalam diri  usahawan  atau  pengusaha   akan mendorong tindak balas yang juga positif dari pelbagai pihak khasnya kepada para pekerja. Kebajikan pekerja juga perlu dijaga dengan baik agar pekerja berasa selesa untuk bekerja dengan majikannya. Hal ini sekaligus akan dapat mengurangkan kadar peralihan kerja oleh pekerja seperti  yang  berlaku  pada  mana-mana pengusaha  yang   gagal  menyemai  sikap positif atau ciri-ciri yang baik dalam dirinya sebagai seorang pengusaha. Jelaslah menunjukkan bahawa pengusaha yang bijak mampu untuk meningkatkan perniagaan mereka terutama dalam bidang IKS.
Selain itu, sistem pengurusan yang baik turut menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan perusahaan. Pengurusan yang baik   tersebut bermaksud cekap   dan berkualiti untuk memenuhi keperluan perusahaan. Persaingan antara Industri Kecil dan Sederhana dengan   firma-firma  yang   lain  adalah   sangat  kuat.  Hal   ini   kerana,   Industri   Kecil   dan Sederhana   menggunakan   modal   permulaan   yang   amat   kecil   dan   ini   memerlukan pengurusan yang cekap dan bijak dari pengusahanya untuk mengurus dan membelanjakan modal tersebut agar perusahaan dapat berjalan dengan baik. Pengurusan yang bijak akan dapat   mendatangkan   keuntungan   yang   berlipat   ganda   dan   mengelakkan   berlakunya kerugian dalam perusahaan. Pengurusan dari  segi mengawal pekerja juga amat penting. Pengusaha adalah sebaiknya mengasingkan tugas para pekerja mengikut tahap kemahiran atau mengikut jenis aktiviti. Sistem pengurusan yang baik dan sistematik akan membantu menggerakkan perusahaan dengan lancar seterusnya memacu IKS ke tahap yang tinggi.
Hadirin yang dikasihi,
Secara tuntasnya, semua pihak memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar negara.
Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kemajuan ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020 Sekian sahaja ceramah saya untuk kali ini. Terima kasih kerana fokus dan tekun mendengar sehingga ke akhirnya.Saya sudahi ceramah ini dengan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

RAMALAN 11:
Bincangkan Kesan-Kesan Negatif Masalah Jerebu Kepada Masyarakat dan Negara
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.   Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.  Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.  Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari.    Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.  Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.  Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan.  Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar.  Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan.  Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.
Selimut jerebu  pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang.
RAMALAN 12:
Punca-Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan-Kesannya
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun.  Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara  Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat.  Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.  Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya.  Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung.  Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah  tindakan  masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka.  Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu.  Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Tambahan pula,  peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.  Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.  Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Seterusnya,  pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu.   Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.  Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.  Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini.  Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.  sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita.  Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana ‘Rakyat Sihat Negara Maju’.
RAMALAN 13:
Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Jerebu
Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan.
Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.
Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.
Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.
RAMALAN 14:
Bincangkan Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara
Pada era modenisasi kini, isu rasuah kepada negara kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau di skrin televisyen. Isu rasuah kepada negara ini juga turut menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di warung-warung, di stesen-stesen bas malah turut mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Perkara ini perlu   diberi perhatian oleh semua anggota masyarakat dan tindakan yang sewajarnya harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Kesan-kesan rasuah kepada negara ini, akan saya jelaskan dalam huraian saya yang berikutnya.
Perbincangan mengenai rasuah adalah sangat penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintahan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah .
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.Akhirnya,ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dibendung
Seterusnya,rasuah juga menyebabkan tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan saksama,iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan,maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya.Tumpuan pembangunan dan pelaburan berpusu ke sektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini mempunyai permintaan dan keuntungan yang timggi tetepi kerana rasuah. Maka berlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan
Akhir sekali,kesan rasuah kepada negara ialah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. Mengumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima rasuah kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan merampasnya. Oleh yang demikian,wang rasuah yang merupakan wang negara disimpan di bank-bank luar negara. Ini bermakna negara akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal.
Daripada penjelasan yang saya utarakan di atas,ternyatalah rasuah perlu ditangani secara bijaksana. Peribahasa ada berbunyi hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih. Oleh itu,semua pihak perlulah seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari bukanlah jalan penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung masyarakat yang cemerlang dan gemilang dapat dilahirkan. Mereka yang terlibat dalam isu rasuah harus bertindak secara proaktif demi untuk kebaikan bersama.


RAMALAN 15:Gejala Rasuah : Punca
Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan atau penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan atau perkhidmatan dan sebagainya untuk sesuatu kepentingan. Banyak orang lupa bahawa sebab dan asal-usul amalan rasuah atau korupsi itu berbagai-bagai, bukan satu dan bukan dua. Kewujudannya dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, saiz, tempat, dan situasi. Oleh sebab itu, penyelesaiannya pun tidaklah begitu mudah.
Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah terus berleluasa adalah kerana sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Ditambah lagi dengan didikan dan penghayatan terhadap nilai-nilai dan peraturan agama yang senipis kulit bawang, akhirnya seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa nafsu. Apabila diri telah dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah, mudah dikaburi wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan orang lain dan tidak berasa puas dengan apa-apa yang dimiliki. Rasuah juga sering dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah kewangan. Hakikatnya itu bukanlah satu alasan yang bijak kerana didapati pada masa ini perbuatan rasuah juga dilakukan oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Sebenarnya perbuatan rasuah tidak akan terjadi jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama, dan bertakwa.
Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu mengambil peluang untuk melakukan penyelewangan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah. Oleh hal yang demikian, kesedaran yang jitu dan unggul para pegawai atasan  dalam sebuah organisarsi perlu ada dalam diri masing-masing agar terhindar daripada perbuatan rasuah. Dalam pada itu, ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi membendung rasuah merupakan suatu yang dialu-alukan. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah.
Rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara maju.
Secara tuntasnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit sehingga menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima.
RAMALAN 16:
Gejala Rasuah : Maksud, Punca, Kesan Negatif, Langkah Menangani …
Rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat tetapi salah di sisi undang-undang negara. Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat kita pada hari ini dan menjadi buah mulut media massa. Media massa selalu menyiarkan pelbagai kes rasuah yang melibatkan pegawai berprofil tinggi sebagai bukti isu ini semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Antara punca berlakunya gejala rasuah termasuklah kurangnya didikan agama dan moral. Semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan dan melarang kemudaratan. Didikan agama dan moral merupakan pedoman dan panduan kita semasa menempuh belantara kehidupan. Namun demikian, seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat mudah terpengaruh dengan dunia hedonistik yang mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka akan leka mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah untuk memenuhi fatamorgana diri sendiri. Individu sebegini sudah kehilangan prinsip asas dan ibarat kapal tanpa nakhoda. Jelaslah bahawa anutan agama dan moral yang kurang mantap akan menyebabkan seseorang melibatkan diri dalam gejala rasuah.
Punca lain yang ketara ialah masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutamanya aspek pemberian tender, kontrak dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk mengaut keuntungan dengan memberikan rasuah. Lagipun, ketiadaan sistem permantauan berkesan yang bak melepaskan batuk di tangga menyebabkan ramai pekerja awam yang terangsang untuk melakukan jenayah ini. Maka, wabak sosial ini telah menular dalam masyarakat kita sehingga dianggap sebagai asam garam kehidupan dan merupakan kebiasaan di negara kita. Persepsi demikian menyebabkan jumlah kes rasuah melambung tinggi dan menjadi duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita.
Seperkara lagi, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem perundangan negara kita turut menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam negara kita. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah menimbulkan pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman negara kita untuk menangani isu ini. Hukuman ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana sedar bahawa mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diambil setelah keluar dari penjara. Terdapat juga anggapan rakyat bahawa masih ada pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan. Hal ini telah mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk menangani isu ini. Sesungguhnya, kekurangan ketegasan sistem kehakiman kita dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah merupakan antara penyumbang utama kepada kejadian jenayah rasuah di negara kita.
Untuk menangani isu rasuah dari akar umbi, ibu bapa dan barisan pendidik memainkan peranan yang signifikan dalam menyemai nilai murni pada sanubari anak. Sejak usia muda, anak-anak perlu dididik tentang keburukan mengambil rasuah kerana bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa perlulah menjadi entiti mithali dan teladan baik dengan bersikap jujur dan menjauhi amalan rasuah. Hal ini disebabkan ibu bapa yang melakukan jenayah rasuah dan cuba menasihati anak-anak mereka untuk menjauhi gejala tersebut ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan dan nasihat mereka akan bagai mencurah air ke daun keladi. Di sekolah, pengajaran pendidikan agama dan moral perlu diberikan tekanan. Barisan pendidik boleh berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah dengan anak murid sebagai iktibar supaya tidak melakukan jenayah rasuah dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, kerjasama daripada ibu bapa dan barisan pendidik mampu melahirkan anak bangsa yang berpegang kuat pada prinsip mereka dan menjauhi amalan rasuah.
Pihak kerajaan boleh membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut sosial ini dengan menguatkuasakan undang-undang negara kita. Sistem kehakiman negara kita perlulah diperketat dan pesalah-pesalah rasuah mestilah ditahan, didakwa dan dihukum tanpa mengira kedudukan mereka. Hukuman tegas perlu dijatuhkan pada pesalah rasuah sebagai amaran kepada orang lain agar tidak melakukan jenayah tersebut kerana bak kata pepatah, harimau ditakuti disebabkan giginya. Kesungguhan kerajaan dalam membawa pesalah rasuah ke muka pengadilan juga memberikan satu peringatan yang kekal terpahat pada sanubari mereka selagi hayat dikandung badan. Jelaslah bahawa tindakan tegas terhadap semua pengamal rasuah tanpa memilih bulu akan mendorong masyarakat kita supaya menjauhi jenayah tersebut.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan vital dalam menimbulkan kesedaran dalam lapisan masyarakat tentang keburukan dan implikasi mengambil rasuah. Pihak kerajaan seharusnya melancarkan kempen iklan yang efektif dengan menggunakan media massa secara holistik, iaitu akhbar hingga ke internet untuk memastikan setiap lapisan masyarakat didedahkan kepada kempen tersebut. Kempen ini bertujuan untuk memberikan amaran dan peringatan kepada setiap individu tentang hukuman yang akan dihadapi jika mengambil rasuah. Justeru, masyarakat akan berfikir dua kali sebelum menerima rasuah dan senario ini akan mengurangkan kes rasuah dengan signfikan. Sudah terang lagi bersuluh, dalam menempuh arus globalisasi ini media massa merupakan senjata yang efektif dalam  membanteras jenayah rasuah di negara kita.
Konklusinya, rasuah merupakan wabak sosial yang mestilah dibanteras hingga ke akar umbi. Semua pihak tidak kira pangkat atau harta seharusnya menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk mengatasi gejala rasuah di negara kita. Jika setiap individu memainkan peranan dengan mengelakkan diri daripada mengambil rasuah, pastilah masalah ini dapat ditangani kerana bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maka, tindakan saksama yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan juga dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas, negara kita dapat terus maju dan muncul sebagai negara kelas pertama di pentas dunia.
RAMALAN 17:

Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat


Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau memandang ke hadapan atau ke belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Bagaimanapun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan kita pada jiran tetap ada. Jiran ialah tetangga atau mereka yang tinggal di sekitar kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya kita perlu bertolak ansur dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa muafakat membawa berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam kehidupan seharian.  Walau bagaimanapun, pada era globalisasi yang dipenuhi pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin luntur Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak hilang daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama-sama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul untuk berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan mengenali antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal makan tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara gotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan, mengadakan rumah terbuka, kenduri dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara gotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran tambahan pula mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti.  Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan semangat kejiranan. Konklusinya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kejiranan dan prihatin terhadap jiran mereka. Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu akan hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang dihadapi oleh jiran. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain.  Sebagai analoginya, ketika ketua keluarga kurang sihat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal jauh dari tempat tinggal mereka, mendapatkan bantuan kecemasan ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi iktibar yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka bersempena dengan sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dan menjalin ukhuwah, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-sama. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contohnya, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan  Kehadiran ibu bapa bersama-sama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat kekitaan dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat kejiranan Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang harmoni
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemai budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk mengukuhkan dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan keadaan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama-sama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan sentosa walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit . Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap anani dan hidup seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh mengamalkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti sering mengadakan aktiviti seperti hari keluarga untuk merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kemasyarakatan ini kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-sama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup bantu-membantu dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem yang teratur.  Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti pertubuhan rukun tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui pertubuhan seumpama ini, masyarakat setempat mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman secara bergilir-gilir untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat kejiranan atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan membentuk perpaduan kaum.  Walau apa-apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menonjolkan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya yang terpuji ini. Amalkan dengan hati yang tulus, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh.   Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa diamalkan supaya negara kita sentiasa aman, harmoni, dan sentosa.
RAMALAN 17:

Tulis Sebuah Cerpen Yang Berkisar Tentang Semangat Kejiranan


Jiran yang baik ibarat peribahasa cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui. Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis sebuah cerpen yang berkisar tentang semangat kejiranan.
……………………………………………………………………..
Cerpen Semangat Kejiranan
Permulaan
Puan Ainun tersenyum kerana resepi daging masak Minang yang diberi oleh Puan Salbiah, jirannya menjadi. Sementera menunggu daging empuk, dia menyediakan empat biji mangkuk kaca untuk dihantar kepada jiran-jirannya.
Perkembangan
Dua orang anaknya, Shafiq dan Hanif ditugaskan menghantar masakan itu kepada Mak Cik Cheng dan Mak Cik Punita, sedangkan dia sendiri akan ke rumah Puan Salbiah. Bertukar-tukar makanan sudah menjadi biasa bagi mereka.
Perumitan
Namun, apabila kembali, Hanif memberitahu bahawa Puan Punita menyuruhnya membawa balik pemberian mereka. Puan Ainun berasa pelik kerana dia dan Punita yang baharu menyewa 6 bulan di situ tidak pernah berselisih faham. Kemudian, Puan Ainun teringat peristiwa dia menolak dengan baik produk jualan langsung makanan kesihatan Punita. Dia mula syak bahawa Punita menyimpan dendam. Dua hari yang lepas pula Punita tergesa-gesa masuk kereta dan hanya tersenyum tanpa kata. Selama ini Puan Ainun biasa mengangkat pakaian jemuran Punita dan menyiram pokok bunga jirannya itu. Sejak itu, Puan Ainun nekad untuk renggang dengan Punita. Ketika melihat pagar rumah sewa Punita dikunci dengan mangga besar, Puan Ainun tambah geram kerana sebelum ini Punita akan meninggalkan kunci kepadanya.
Ketika asyik melayan perasaan tentang Punita sambil menyidai pakaian, Puan Ainun disapa oleh Puan Cheng. Masakan Puan Ainun dipuji dan akan dibalas dengan kek coklat. Walaupun Puan Ainun tidak lagi mahu menyiram pokok bunga Punita, tetapi Shafiq dan Hanif pula yang berbuat demikian tanpa disuruh. Setelah lima hari, baru Punita pulang, tetapi Puan Ainun pura-pura tidak nampak. Pada petang hari itu, Puan Ainum memasak bubur kacang dan menikmatinya bersama suami, Encik Hilal dan dua orang anak mereka. Dia hanya menghantar bubur kacang kepada puan Cheng, tidak untuk Punita.
Klimaks: Ketika hendak berkemas, tiba-tiba Shafiq membimbit sebuah beg plastik berisi limau bali pemberian Mak Cik Punita. Puan Ainun muncung dan meminta Shafiq memulangkan semula limau bali itu. Shafiq terpinga-pinga, manakala Encik Hilal hairan akan “pergaduhan” itu. Encik Hilal hanya menggeleng tanda kesal apabila Puan Ainun bercerita tentang penolakan Punita tempoh hari.
Peleraian: Encik Hilal mengingatkan bahawa Punita beragama Hindu dan tidak makan daging (lembu). Puan Ainun menepuk dahi, lalu bingkas ke dapur menyiapkan mangkuk bubur kacang untuk dihantar sendiri kepada Punita.
RAMALAN 18:
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
Ada pendapat yang mengatakan bahawa semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan rakyat negara ini.
Huraikan usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu,“Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian bak kata pepatah, “Alah bias tegal biasa”. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Hal ini juga dapat menunjukkan bahawa masyarakat menghargai jasa pejuang-pejuang negara bukanlah bagai kacang lupakan kulit. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini.Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, perpaduan kaum akhirnya dapat menujudkan keamanan dalam negara.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Para pemimpin tidak harus bersengketa sesama sendiri sambil mencanangkan perpaduan dan semangat patriotik kerana sikap ini tidak sesuai bak kata peribahasa lama yang berbunyi  “Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain umpana peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
RAMALAN 19:
Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya
Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.
Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya mementingkan bidang profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Ini menyebabkan ,seseorang anak itu kurang mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.

Selain itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang tidak bermoral. Contohnya,dalam akhbar harian 22 FEBRUARI 2010,Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes buli yang terbanyak mengikut kajian dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin utama gejala ini berlaku.

Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikutu pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka untuk mencuba apa saja aktiviti .

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula,pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI tyang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
RAMALAN 20:
Gejala Buli : Punca dan Langkah Menangani
(T) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’“Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan  retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (I) Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli. Buli dapat ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang mencederakan fizikal dan menjejaskan emosi dan mental seseorang seperti memukul, membuli, mengugut dan sebagainya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes buli juvana telah meningkat sebanyak 11 kes pada tahun 2013 berbanding pada tahun 2012. Peningkatan ini menyukarkan usaha negara untuk mencapai impian menjadi negara kelas pertama. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan kemelut sosial ini  tetapi usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (A) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, jadi sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

(I) Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang teguh. (M) Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf globalisasi ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding dengan pendidikan akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan tingkah laku anak–anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. (BA) Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada setiap muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran. Mereka beranggapan bahawa amalan ini membuang masa dan tidak membantu mereka untuk mencapai kejayaan duniawi. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata seperti melibatkan diri dalam ‘Black Metal’. (K) Jika situasi ini berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat dan negara kita akan terjejas. Memetik kata-kata seorang tokoh cendekiawan, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja yang senipis kulit bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda lantaran mereka tidak dapat membezakan dosa dan pahala lalu mereka akan bertindak untuk menyakiti dan mengasari individu lain demi kepentingan dan keseronokan diri sendiri. (P) Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap mampu mendorong kepada penularan gejala buli di negara ini.

(I) Selain itu, kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala buli yang melanda di nusa tercinta kita ini. (M) Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka sudah pasti bibit-bibit kasih sayang yang dipupuk selama ini hilang sebagai akibat daripada sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan impak yang bakal mengganggui kehidupan anak-anak pada hari mendatang. (BA) Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. (K) Keadaan ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga(P) Izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, ‘orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya’.

(I) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular dan kian serius bagai duri dalam daging di negara kita pada hari ini. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka. Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Menurut Thrasher yang merupakan pelopor awal tentang kajian buli mengutarakan bahawa pada peringkat awal remaja, golongan ini berkemampuan untuk mewujudkan geng atau persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan guru mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. (BA) Sebagai contohnya, 8 orang pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengugut guru asrama dengan menggunakan parang. Kumpulan pelajar ini sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. (K) Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti membuli . Hal ini dapat dikaitkan dengan petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, “Jika berkawan dengan tukang besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu.” (P) Pendek kata, pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada kemelut buli semakin sukar ditangani.

(I) Dalam konteks yang sama, punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi. (M) Pada alaf modenisasi dan globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti rangkaian televisyen dan internet semakin pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan media berteknologi ini kebanyakannya dikuasai oleh golongan remaja yang masih mentah. Kajian melaporkan bahawa 80 peratus anak-anak melayari Internet. Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai status negara maju, rakyat sesebuah negara itu perlu memajukan diri dengan perkembangan semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia. Malangnya, kemajuan yang dikecapi pada hari ini turut merosakkan pemikiran dan akhlak remaja di negara kita. (BA) Terdapat banyak media berteknologi tinggi yang mendedahkan pelbagai budaya luar dan aksi-aksi ganas yang mampu menjahanamkan peribadi dan sahsiah remaja yang masih berumur setahun jagung. Sebagai contoh, filem Buli, ‘Gengster’, KL Menjerit dan rancangan ‘WWF Smack Down’ telah membudayakan amalan samseng dalam kalangan remaja yang masih hijau. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan yang sememangnya bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan oleh sikap penerbit yang bersikap materialistik dan ingin mengautkan keuntungan peribadi daripada mengutamakan kepentingan sejagat. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri ini dapat diumpamakan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing(K) Kesannya, remaja akan meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka. Mereka yang sentiasa didorongi oleh semangat inkuiri akan melakukan gengsterisme terhadap orang lain seperti memukul dan mengugut untuk melihat keberkesanan rancangan yang ditontoni oleh mereka.  (P) Ringkasnya bahawa pengaruh negatif yang dibawa oleh media berteknologi tinggi juga menjadi pemangkin kepada kemelut sosial ini kepada ibu pertiwi kita.

(I) Dari perspektif yang berbeza pula, peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah buli dalam kalangan remaja kian bermaharajalela dan merebak dengan pantas bagaikan virus epidermik. (M) Keadaan ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih mementingkan pencapaian akademik dan lebih berorientasikan peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya hal ini terjadi sudah pasti pihak sekolah akan hilang fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes buli yang kian hari kian bernanah di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan dan hukuman yang tegas kepada pelajar-pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan sikap pihak sekolah ini dapat diumpamakan seperti singa yang hilang taringnya(BA) Sebagai misalannya, lebih kurang 20 orang pelajar di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama sendiri menggunakan kerusi. Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan pelajar ini memantang enteng dan tidak gerun dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. (K) Sehubungan dengan itu, impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang holistik akan terkubur sekiranya gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti turut akan terjejas. (P) Jadi, ketidaktegasan peraturan dan sikap pihak sekolah juga antara punca yang menyebabkan gejala buli dalam kalangan remaja semakin sukar diatasi.

(K) Secara analoginya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak punca yang menjadi pemangkin kepada penularan gejala buli dalam kalangan remaja di negara kita. Jika kemelut sosial yang melanda  remaja di negara kita ini tidak dapat dihapuskan, remaja yang merupakan jentera penggerak kemajuan negara  tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk memacu pembangunan negara. Dengan ini, segala aspirasi negara hanya sekadar omongan kosong semata-mata dan akan menjadi angan-angan Mat Jenin(CDGN) Jadi, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubah suai selaras dengan zaman globalisasi. Namun begitu, tindakan mengharapkan satu pihak untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan status haruslah mengorak langkah untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga noktah terakhir. (HRPN) Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan. Secara implisitnya, negara kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej negara juga akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Ahli filsuf Tao pernah menukilkan bahawa jika mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah masa depan mutiara negara yang berharga ini terus terpelihara demi kebaikan bersama.

Langkah-langkah merealisasikan gejala buli sifar di sekolah
Pendahuluan:
Tema : Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.
Isu: Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia. Sebagai contohnya,baru-baru ini telah berlaku kejadian buli di Maktab Tentera Darat. Kes buli ini telah menjadi isu besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan 4 dipercayai dibuli oleh senior-seniornya. Jadi, kes ini perlu diambil berat supaya tidak berleluasa.
Arahan: Sebelum kudis menjadi tokak, langkah-langkah yang pragmatik dan efektif perlu diambil segera untuk membendung fenomena ini daripada berleluasa.

Isi 1
I – memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak sejak kecil lagi – melentur buluh biarlah dari rebungnya (U)
M – unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti
Ba – ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengerjakan solat – solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran
K – Anak-anak tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.
– Pendidikan agama merupakan perisai yang paling ampuh untuk menangkis gejala negatif seperti kes buli

Isi 2
I – Peranan media massa
M – merupakan wahana yang berkesan untuk mendidik manusia / berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia
Ba – Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.
K – di samping memberikan hiburan, media massa dapat menyifarkan gejala buli dalam masyarakat
U – serampang dua mata / sambil menyelam minum air
P – Tanggungjawab sosial media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak juga amat penting dalam menangani masalah buli

Isi 3
I – Peraturan yang tegas
M – memberikan keinsafan kepada pembuli dan menjadi pengajaran kepada orang ramai – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan (U)
Ba –hendaklah dilaksanakan tanpa ‘memilih bulu’ dan tegas – haruslah telus dalam mengendalikan kes buli – memberikan kaunseling, memanggil ibu bapa, merotan atau dibuang sekolah
K – dapat membanteras kes buli hingga tahap sifar di samping dapat menjamin keselamatan pelajar di kawasan sekolah untuk menimba ilmu
P – Tindakan pihak sekolah dalam mempamerkan kekuasaannya dengan menetapkan peraturan tegas dapat membendung kemelut ini.

Isi 4
I – kempen kesedaran oleh pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO)
M – menyedarkan masyarakat akan isu buli – memberikan pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak
Ba – menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok tertentu seperti ibu bapa, golongan pendidik dan remaja secara berterusan dan bukannya bermusim bagaikan hangat-hangat tahi ayam (U) – contoh kempen kesedaran – ‘Katakan Tak kepada Buli’ atau ‘Benci Buli, Rakyat Maju’
K – memberikan kesedaran secara berterusan – mangsa buli dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif dan drastik dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa
U – sediakan payung sebelum hujan
P – kempen kesedaran dapat menyifarkan masalah buli

Penutup
Kesimpulan isi-isi – banyak langkah yang dapat diimplementasikan – sekolah dapat melahirkan modal insan yang berkualiti jika pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni.
Cadangan – tidak seharusnya mengharapkan usaha pihak berautoriti sahaja – perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Harapan / pujukan – berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia – duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi

RAMALAN 21:Gejala Buli : Peranan Pelajar Dalam Memupuk Budaya Penyayang Di Sekolah. Sejak berkurun-kurun lamanya bangsa Asia sangat terkenal dengan budaya hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang turut mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat Malaysia. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan kurang mengamalkan nilai kesopanan dan luput budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dialah gagah. Oleh itu, sebagai pelajar saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni agar budaya penyayang dapat terus dikekalkan di sekolah.

Isi 1 :
AJ : Langkah utama dan yang paling relevan, saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji.
H1 – Saya harus berasa bangga apabila dapat mempamerkan tingkah laku yang baik dan menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan.
H2 – Sebenarnya dengan tingkah laku yang baik diri kita akan disenangi oleh semua rakan dan warga sekolah.
H3 – Saya perlulah mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti menghormati guru, menyayangi rakan-rakan dan bertanggungjawab terhadap keselamatan di sekolah.
PP – Dalam hal mempraktikkan nilai-nilai yang baik, kita hendaklah faham akan maksud kata-kata, “Orang tidak mendengar apa-apa yang kita cakapkan tetapi orang mudah menuruti apa-apa yang kita buat”.
Isi 2 :
AJ : Sementara itu, dalam kalangan rakan-rakan dan guru saya hendaklah menjadi pelajar yang mudah didekati.
H1 – Hal demikian kerana, diri saya akan disenangi kawan, cepat mesra dan mudah memberi bantuan apabila diperlukan.
H2 – Sifat-sifat mahmudah seperti luhur budi bahasa, suka membantu dan  tulus ikhlas hendaklah saya pamerkan untuk menjadi ikutan.
H3 – Bahkan semua sifat terpuji yang diamalkan boleh menjadi contoh teladan untuk memupuk budaya penyayang dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar dan guru.
PP – Sesungguhhnya, saya amat yakin apabila diri kita disenangi, justeru semua sifat terpuji akan mudah diterima oleh orang lain.
Isi 3 :
AJ : Suatu perkara penting yang perlu saya amalkan juga ialah ketahanan prinsip jati diri.
H1 – Dalam hal ini, saya harus menjadi kuat dan tidak mudah menjadi pak turut kepada sikap dan tingkah laku yang buruk.
H2 – Segala tingkah laku yang buruk seperti dengki, khianat dan adu domba perlulah saya hindari.
H3 – Seyogianya, saya perlu berprinsip, tegas dan tidak terpengaruh kepada perkara negatif supaya pendirian saya dihormati.
PP – Sesungguhnya, agar diri kita dihormati, berpeganglah kepada prinsip dan jati diri dan tidak mudah menjadi lalang ditiup angin.
Isi 4 :
AJ : Selain itu, contoh teladan yang baik yang perlu diamalkan ialah belajar secara istiqamah.
H1– Saya harus menyimpan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang sama ada dalam aspek akademik mahupun akhlak yang baik.
H2 – Apabila seseorang pelajar itu cemerlang dalam akademik, dia sentiasa dibanggakan oleh rakan-rakan dan menjadi contoh ikutan yang baik.
H3 – Keikhlasan kita membantu rakan untuk berjaya dalam akademik merupakan suatu sifat penyayang yang amat disenangi oleh rakan-rakan.
PP – Oleh hal yang demikian, selagi kudrat saya berazam untuk menjadi insan yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.

RAMALAN 22:
Usaha-Usaha Yang Telah Dilaksanakan Bagi Melahirkan Masyarakat Penyayang
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 2020 dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.
.RAMALAN 23:Usaha-Usaha Yang Telah Dilaksanakan Bagi Melahirkan Masyarakat Penyayang
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 2020 dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.
.RAMALAN  24:Usaha-Usaha Yang Telah Dilaksanakan Bagi Melahirkan Masyarakat Penyayang
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 2020 dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.
.RAMALAN  25:Aktiviti-Aktiviti Untuk Menceriakan Kawasan Sekolah         
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria kerana bak kata peribahasa, Hendak seribu  daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah  mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong- royong harus diadakan secara berkala  untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,  yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.  Pada hujung minggu, pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar  dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis pada dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah  akan kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini dikatakan demikian  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan  dari semasa ke  semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pendidkan akan membuat pemantauan di sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya,  program 3K perludi adakan di sekolah.
Bagi menggulung huraian saya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.









No comments:

Post a Comment