RAMALAN 1: AYAT MAJMUK
& AYAT TUNGGAL
![]() |
GABUNG AYAT MAJMUK
TIP MENJAWAB GABUNG /MENYAMBUNG
AYAT :
1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak tugasan soalan.
2. Bina ayat yang gramatis berdasarkan beberapa ayat tunggal.
3. Pastikan kata hubung yang digunakan adalah betul dan tepat
Soalan SPM 2011:
b)
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja
dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur
asalnya.
Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada kurangnya
hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan
air. Kemarau menyebabkan air terpaksa
dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa
menyediakan tangki air di kawasan perumahan.
Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota
masyarakat.
Jawapan:
1.
Kemarau ialah bencana alam yang berpunca
daripada cuaca panas dan kurangnya hujan.
2.
Kemarau menyebabkan tanah
kering-kontang, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati dan kegiatan manusia
juga terhalang akibat ketiadaan air.
3.
Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan
Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
CERAKINKAN AYAT MAJMUK:
TIP MENJAWAB:
i)
Baca soalan dengan teliti
dan fahami kehendak soalan.
ii)
Bina satu ayat tunggal
sahaja.
iii)
Pastikan tiada kata hubung
yang digunakan dalam ayat tunggal.
iv)
Kenal pasti kata hubung
dalam ayat.
Soalan SPM 2015:
b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada
dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
i)
Kuching merupakan ibu
negeri Sarawak yang telah disytiharkan sebagai Bandar raya pada 1 Ogos 1988.
-
Kuching merupakan ibu
negeri Sarawak
-
Kuching disytiharkan
sebagai Bandar raya pada 1 Ogos 1988.
ii)
Seorang guru sekolah kami
telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah kerana Berjaya
melonjakkan prestasi sekolah.
-
Seorang guru sekolah kami telah menerima
anugerah tokoh guru peringkat daerah
-
Beliau berjaya melonjakkan
prestasi sekolah.
iii) Penduduk taman perumahan itu membersihkan
kawasan kediaman mereka untuk menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk aedes.
-
Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan
kediaman mereka
-
Mereka menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk aedes.
CERAKIN AYAT (MEMISAHKAN AYAT) & MENYAMBUNG
AYAT (AYAT MAJMUK)
Kenal kata hubung
KATA
HUBUNG GABUNGAN
|
Dan,
atau, maka, tetapi, serta, lalu
|
KATA
HUBUNG PANCANGAN
|
Agar,
apabila, jika, meskipun, sekiranya, sejak
|
KATA
HUBUNG BERPASANGAN
|
Baik...ataupun,
bukan saja...bahkan juga, sama
ada...atau, sedangkan...apatah
lagi, sungguhpun...juga, walaupun... namun
|
PENANDA
WACANA
|
Oleh
sebab itu/ di samping itu/ namun demikian/ dalam pada itu/selain itu
|
SAMBUNG AYAT MENJADI 3
AYAT-AYAT TUNGGAL KEPADA AYAT MAJMUK
Tukarkan supaya menjadi 3
ayat majmuk
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.
Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.
2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.
3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.
LATIHAN
MENUKARKAN AYAT TUNGGAL KEPADA AYAT MAJMUK :
LATIHAN SPM 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan. |
1)
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara
kitabinatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak
beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan iniberpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. 3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liarjuga boleh dilakukan. |
LATIHAN SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan. |
1)
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyendireka untuk memberikan manfaat kepada
manusia manfaat tersebut adalahdalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyenkepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebutmenunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat 3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan |
RAMALAN 2: BINA
AYAT TANYA MENGGUNAKAN KATA TANYA
Ayat Tanya
1.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2.
Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat
tanya dengan kata tanya.
3.
Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
|
(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1.
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada
suara pada akhir ayat penyata.
2.
Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3.
Ayat contoh:
a)
Adik masih belum makan?
b)
Pemuda itu malas?
c)
Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d)
Erra penyanyi yang popular?
e)
Bas itu sudah bertolak?
|
(ii)
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1.
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti
apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
2.
Ayat contoh:
a)
Barang itu apa?
b)
Pemain piano itu siapa?
c)
Hari jadi kamu bila?
d)
Pejabat pos di mana?
e)
Keadaan nenek kamu bagaimana?
3.
Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel
"-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.
4.
Ayat contoh:
a)
Apakah barang itu?
b)
Siapakah pemain piano itu?
c)
Bilakah hari jadi kamu?
d)
Di manakah pejabat pos?
e)
Bagaimanakah keadaan nenek kamu?
|
|
RAMALAN 3:
TUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
KEMAHIRAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP
PINDAH DAN SEBALIKNYA
A) Ayat
Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah percakapan
seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk berupa petikan
percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Ayat cakap ajuk menggunakan
pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “................”)
B) Ayat
Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah bentuk
ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.
Ayat cakap pindah tidak
menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
Walaupun bentuknya berbeza
daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah sama.
Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk
kepada ayat cakap pindah:
i.
Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.
ii. Mengenal
pasti kata kerja yang sesuai, misalnya
menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melarang,menasihatkan
dan sebagainya. Bagaimana untuk pelajar menentukan kata kerja berkenaan?
Jawapannya pelajar boleh menentukannya berdasarkan binaan ayat cakap ajuk
tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat silaan, ayat suruhan, ayat
larangan, ayat tanya, dan ayat seruan. Oleh sebab itu, pelajar perlu mahir
mengesan jenis ayat yang digunakan dalam cakap ajuk kerana pengecaman jenis
ayat berkenaan akan menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa
menulis ayat cakap pindah. Contohnya seperti di bawah:-
Jenis ayat ( Cakap Ajuk)
|
Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis
cakap pindah
|
Ayat
penyata
|
berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan
sebagainya yang sesuai dengan situasi.
|
Ayat
silaan
|
mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
|
Ayat
permintaan
|
meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
|
Ayat
suruhan
|
menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
|
Ayat
larangan
|
melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
|
Ayat tanya
|
bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin kepastian.
|
Ayat
seruan
|
bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah,
hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan
sebagainya".
|
iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang
digunakan, contoh:
Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata
ganti nama diri, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, kata
keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah seperti di bawah.
Pastikan pelajar peka dengan pernyataan di atas supaya penghasilan cakap ajuk
anda tepat dan gramatis.
Golongan kata
|
Ayat Cakap Ajuk
|
Ayat Cakap Pindah
|
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama tempat
Kata ganti nama tunjuk
Kata keterangan masa
Kata keterangan cara
|
· saya,
aku
· kami
· beta
· awak,
kamu, engkau
· kamu
semua
· dia
· sini
· ini
· sekarang
· hari
ini
· esok
· semalam
· malam
tadi
· kelmarin
· begini
|
· dia,
beliau
· mereka
· baginda
· dia
,-nya
· mereka
· -nya
· situ
· itu
· masa
itu
· hari
itu
· keesokkan
harinya
· pada
hari yang lepas
· malam
yang lepas
· dua
hari yang lalu
· begitu
|
Contoh penukaran ayat:
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapan: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapan: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya
penipisan ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang
diberinya itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah
pukul 11.00 pagi.
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.
b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:
Contoh 1:
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.
b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:
Contoh 1:
Tulis semula perbualan di
bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam
petikan ini.
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura
dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan .pelancong di
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan .pelancong di
dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan harga istimewa
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan
yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Jawapan:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan
baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.
Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.
Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa
mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke
rumah
dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia
tentu
akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja
menuai padi baru selesai dua hari
sebelumnya.
RAMALAN 4:
TUKAR AYAT SONGSANG KEPADA AYAT BIASA DAN SEBALIKNYA
Soalan SPM
2012:
b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah
kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
I.
Sudah ditetapkan pada usia
60 tahun/ persaraan kakitangan kerajaan.
II.
Terletak di Bukit Perdana/
banglo mewah berharga RM3 juta itu.
III.
Sungguh menakjubkan
/pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari
kemerdekaan Negara.
Jawapan:
I.
Persaraan kakitangan
kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun.
II.
Banglo mewah berharga RM3
juta itu terletak di Bukit Perdana.
III.
Pertunjukan udara yang
diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan Negara sungguh menakjubkan.
Soalan SPM 2016:
b) Tukar ayat susunan biasa di bawah kepada ayat
susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
I.
Program Strategi
Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian itu dihadiri oleh ramai murid tingkatan
lima.
II.
Pasukan forum remaja
sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja
peringkat kebangsaan.
III.
Sanak-saudara Pak Hashim
seronok berjumpa dan berbual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya
baru-baru ini.
Jawapan:
I.
Dihadiri oleh ramai murid
tingkatan lima Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian itu.
II.
Akan pergi ke Seremban
untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan pasukan forum
remaja sekolah kami
III.
Semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya
baru-baru ini, seronok berjumpa dan berbual mesra sanak-saudara Pak Hashim
RAMALAN 5: AYAT PERINTAH
4 JENIS AYAT
|
||
AYAT PERINTAH
|
AYAT LARANGAN
(usah, jangan)
|
Jangan
meludah di merata-rata tempat
|
AYAT PERMINTAAN
(minta,tolong,harap)
|
Tolong
hantarkan buku ini ke bilik guru
Minta
dia hantar bunga ini ke bilik guru
|
|
AYAT SILAAN
(sila,jemput)
|
Jemputlah
(Silalah) rasa makanan ini
|
|
AYAT SURUHAN
|
Buang
sampah itu ke dalam tong sampah
|
|
AYAT TANYA
|
Ada
tanda tanya ?
|
Siapakah
pemilik rumah ini?
|
AYAT SERUAN
|
Ada
tanda seru!
|
Aduh,
sakitnya jariku!
|
AYAT PENYATA
|
Menyatakan
sesuatu
|
Ibu
sedang menyiram pokok
|
RAMALAN 6: AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG
AYAT
BIASA
|
Adik / menangis tersedu-sedu (SUBJEK /PREDIKAT)
|
AYAT
SONGSANG
|
Menangis
tersedu-sedu / adik (PREDIKAT /
SUBJEK)
|
RAMALAN
7: AYAT AKTIF & AYAT PASIF

CONTOH SOALAN 1:
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat
aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
I.
Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu
bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal.
II.
Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan
university di Negara kita
III.
Isu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej
negara
Jawapan:
I.
Ibu bapa boleh menyelesaikan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak
sekiraya mereka mengambil langkah pencegaran awal.
II.
Kebanyakan kolej dan university di Negara kita telah menawarkan kursus
perhubungan awam.
III.
Kita perlu menangani isu pembuangan bayi dengan segera demi menjaga
imej negara.
CONTOH SOALAN 2:
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
I.
Kami mencantas dahan pokok jambu batu yang rimbun itu di halaman rumah
ibu.
II.
Saya telah menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Kelantan dan
pasukan Pahang di Stadium Merdeka.
III.
Puan Adizah sudah menyusun jadual pertandingan nyanyian itu untuk
memudahkan semua peserta bersedia lebih awal.
Jawapan:
I.
Dahan pokok jambu batu yang
rimbun itu di halaman rumah ibu kami cantas.
II.
Perlawanan bola sepak
antara pasukan Kelantan dan pasukan Pahang telah saya tonton di Stadium
Merdeka.
III.
Jadual pertandingan
nyanyian itu sudah disusun oleh Puan Adizah untuk memudahkan semua peserta
bersedia lebih awal.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Pertama
|
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
|
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Kedua
|
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
|
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Ketiga
|
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya
beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
|
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
|
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
|
SOALAN 3
C:KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN
Pasaraya❌
Pasar raya✅
gambarajah❌
gambar rajah ✅
Serbaguna❌
Serba guna✅
alatulis❌
alat tulis ✅
Balairaya ❌
Balai raya ✅
Lebuhraya❌
Lebuh raya✅
Jalanraya❌
Jalan raya✅
|
Acapkali ❌
Acap kali ✅
Sekaligus❌
Sekali gus✅
temuduga❌
temu duga✅
tengahari❌
tengah hari✅
keretapi❌
kereta api✅
siaraya❌
siar raya✅
|
rumahtangga❌
rumah tangga✅
matapelajaran❌
mata pelajaran✅
ujikaji❌
uji kaji✅
ulangkaji❌
ulang kaji✅
seringkali❌
sering kali✅
samada❌
sama ada✅
|
murtabak
(salah)
martabak
(betul)
mee
(salah)
mi
(betul)
serunding
(salah)
serondeng
(betul)
koey
tiaw (salah)
kuetiau
(betul)
meehun
/ beehoon (salah)
mihun/bihun
(betul)
nasi
impit (salah)
nasi
himpit (betul)
bergedil
(salah)
bergedel
(betul)
sandwhic
(salah)
sandwic
(betul)
roti
prata (salah)
roti
perata (betul)
kek
majerin (salah)
kek
marjerin (betul
|
ais-krim
(salah)
aiskrim
(betul)
tosai
(salah)
tose
(betul)
satey
(salah)
sate
(betul)
BBQ
(salah)
barbeku
(betul)
bahulu
(salah)
baulu
(betul)
kuih
kapit (salah)
kuit
sepit (betul)
tom
yam (salah)
tomyam
(betul)
vade
(salah)
wade
(betul)
krosant
(salah)
kroisan
(betul)
nasi
beriyani (salah)
nasi
beriani (betul)
|
dimsum
(salah)
dim
sum (betul)
lasagnia
(salah)
lasagne
(betul)
waffer
(salah)
wafer
(betul)
putu
mayam (salah)
putu
mayang (betul)
mi
wan tan (salah)
mi
wantan (betul)
bubur
lambok (salah)
bubur
lambuk (betul)
su
un goreng (salah)
suun
goreng(betul)
hotdog
(salah)
hot
dog (betul)
sushi
(salah)
susyi
(betul)
chap
chay (salah)
capcai
(betul)
|
Soalan 3c:
Membetulkan Ejaan dan Imbuhan
Kesalahan Ejaan Kata Majmuk
(Mantap)
[Dijadikan petikan untuk
mudah menghafal]
(1) SETIAUSAHA bahagian (2) SURUHANJAYA atas
arahan (3) PESURUHJAYA, membuat catatan, kemudian (4) TANDATANGAN borang lalu
(5) BERITAHU semua (6) KAKITANGAN akan perlunya (7) KERJASAMA menjalankan
(8) TANGGUNGJAWAB sebagai seorang (9)
WARGANEGARA dalam kalangan (10) BUMIPUTERA. Seterusnya, (11) JAWATANKUASA
memutuskan peserta (12) OLAHRAGA berlatih secara (13) SUKARELA di bawah cahaya
(14) MATAHARI untuk pemilihan peringkat (15) ANTARABANGSA.
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
Kata pinjaman
|
Imbuhan pinjaman
|
Kata majmuk
|
Angka
|
||||
Salah
|
Betul
|
Salah
|
Betul
|
Salah
|
Betul
|
Salah
|
Betul
|
pekej
|
Pakej
|
Auto-mobil
|
Automobil
|
gambarajah
|
Gambar rajah
|
Ke 12
|
Ke-12
|
lanskap
|
Landskap
|
Pasca-siswazah
|
Pascasiswazah
|
aturcara
|
Atur cara
|
Ke 20
|
Ke-20
|
profession
|
Profesion
|
Pra-universiti
|
Prauniversiti
|
senireka
|
Seni reka
|
50 an
|
50-an
|
kimoterapi
|
Kemoterapi
|
Eka-bahasa
|
Ekabahasa
|
temuduga
|
Temu duga
|
90 an
|
90-an
|
bowling
|
Boling
|
Dwi-bahasa
|
Dwibahasa
|
lebuhraya
|
Lebuh raya
|
1890 an
|
1890-an
|
efisyen
|
Efisien
|
Poli-klinik
|
Poliklinik
|
usahasama
|
Usaha sama
|
1990 an
|
1990-an
|
workshop
|
Woksyop
|
Tuna karya
|
Tunakarya
|
Pilihanraya
|
Pilihan raya
|
Abad 11
|
Abad ke-11
|
komisyen
|
Komisen
|
Anti-dadah
|
Antidadah
|
Senireka
|
Seni reka
|
Abad ke XI
|
Abad ke-XI
|
KESALAHAN YANG BIASA
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
ampangan
|
Empangan
|
calun
|
Calon
|
fax
|
Faks
|
Anti-merokok
|
Antimerokok
|
catit
|
Catat
|
gambarajah
|
Gambar rajah
|
apartment
|
Apartmen
|
dasyhat
|
Dahsyat
|
insuran
|
Insurans
|
automatif
|
Automotif
|
definasi
|
Definisi
|
istihar
|
Isytihar
|
bandaraya
|
Bandar raya
|
dimana
|
Di mana
|
jalanraya
|
Jalan raya
|
baucer
|
Baucar
|
Disamping itu
|
Di samping itu
|
jeket
|
Jaket
|
billion
|
Billion
|
displin
|
Disiplin
|
kampong
|
Kampong
|
berjogging
|
Berjoging
|
efisyen
|
Efisien
|
kebanyakkan
|
Kebanyakan
|
biadap
|
Biadab
|
ekslusif
|
eksklusif
|
kecermerlangan
|
Kecemerlangan
|
bowling
|
Boling
|
ekspot
|
Eksport
|
kementrian
|
Kementerian
|
buffet
|
Bufet
|
ekspress
|
Ekspres
|
kerosakkan
|
Kerosakan
|
buroh
|
buruh
|
emel
|
e-mel
|
Kes rompakkan
|
Kes rompakan
|
Lalu-lintas
|
Lalu lintas
|
menanangi
|
Menangani
|
keseronokkan
|
keseronokan
|
lebuhraya
|
Lebuh raya
|
menggalakkan
|
Mengalakkan
|
khursus
|
kursus
|
lagenda
|
Legenda
|
mengganggap
|
Menganggap
|
komidi
|
Komedi
|
lapuran
|
Laporan
|
menggelakkan
|
Mengelakkan
|
komisyen
|
Komisen
|
leukimia
|
Leukemia
|
menggembeling
|
Menggembleng
|
kaptain
|
Kapten
|
maksima
|
Maksimum
|
merbahaya
|
Berbahaya
|
kolestrol
|
Kolesterol
|
mekanisma
|
Mekanisme
|
minima
|
Minimum
|
komersil
|
komersial
|
mempedayakan
|
memperdayakan
|
motorbot
|
motobot
|
nasionalisma
|
nasionalisme
|
negative
|
Negatif
|
pasaraya
|
Pasar raya
|
pelancung
|
Pelancong
|
optima
|
Optimum
|
paspot
|
Pasport
|
pengakutan
|
Pengangkutan
|
organisme
|
organisma
|
patriotisma
|
Patriotisme
|
pengganguran
|
Pengangguran
|
otomatik
|
automatik
|
pekara
|
perkara
|
penguatkuasa
|
Penguat kuasa
|
perkerjaaan
|
pekerjaan
|
pertempatan
|
petempatan
|
perabut
|
Perabot
|
perlaburan
|
pelaburan
|
perlancaran
|
pelancaran
|
plan
|
pelan
|
profail
|
profil
|
KOSA KATA BAHARU
Bilik acu
|
Fitting
room
|
lokakarya
|
Bengkel
|
Swafoto bersama
|
Wefie
|
gegantung
|
Bunting
|
parkir
|
Parking
|
Swafoto berkumpulan
|
Groufie
|
Hantaran
|
Posting
|
pascanilai
|
Post-mortem
|
swalayan
|
Self-service
|
Iklan acah
|
Teaser
|
persantaian
|
Resort
|
tular
|
Viral
|
Imej tumpu
|
highlight
|
Pesan hantar
|
Drop
ship
|
Tanda
pagar
|
hashtag
|
jerayawara
|
Road
show
|
Sohor kini
|
Trending
|
tunakarya
|
Menganggur
|
Kira detik
|
Countdown
|
Suri teladan
|
Role
model
|
tunasusila
|
Tidak
beradab
|
Latar pentas
|
backdrop
|
swafoto
|
selfie
|
tunawisma
|
gelandangan
|

SOALAN PERCUBAAN SPM 2019:
Terengganu: Jawapan 3 (b)
(i)
Perpaduan kaum amat penting.
Perpaduan kaum dapat mewujudkan
keamanan negara.
(ii)
Asif bukanlah orang kaya.
Asif suka membantu orang miskin.
(iii)
Universiti Putra Malaysia merupakan
pusat pengajian tinggi.
Universiti Putra Malaysia banyak
melahirkan ahli perniagaan berjaya.
PULAU PINANG
Soalan 3 (b) - Tukarkan ayat
cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.
(i) Malik menasihati Farid agar
berhati-hati jika dia hendak ke Genting Highland ketika memandu kerana jalan raya di situ
bengkang-bengkok.
(ii) Amirul mengajak Asyikin
keluar makan tengah hari di Restoran Nasi Arab pada waktu rehat.
(iii) Ramu memuji Vinod kerana
dia berjaya mengumpul banyak kotak petang itu.
SBP : Soalan 3b)
(a) Cerakinkan setiap ayat majmuk kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.
(i)
Kedua-dua orang mempelai
tersebut ke pelamin lalu duduk bersanding.
·
Kedua-dua orang mempelai tersebut kepelamin.
·
Kedua-dua orang mempelai tersebut duduk bersanding.
(ii)
Ribut taufan yang melanda negara itu amat dahsyat
sekali.
·
Ribut taufan melanda negara itu.
·
Ribut taufan amat dahsyat sekali.
(iii)
Bunyi enjin kereta lumba itu sangat kuat sehingga memekakkan
telinga.
·
Bunyi enjin kereta lumba itu sangat kuat.
·
Bunyi enjin kereta lumba itu memekakkan
telinga.
NEGERI SEMBILAN
Berikan markah secara impression.
Sekiranya terdapat calon yang banyak melakukan kesalahan
tatabahasa, 1 markah ditolak daripada markah keseluruhan.
(i) Emak menyindir adik yang baru bangun daripada tidur
walaupun sudah pukul 12.00 tengah hari.
(ii)Pengetua ingin tahu punca Ahmad sering datang lewat
ke sekolah.
(iii) Kamil menafikan keterlibatannya dalam kejadian buli
di asrama. Dia juga menyatakan bahawa dirinya difitnah.
JAI PERAK
(b) Nyatakan
pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
(i) Ayah Ahmad seorang askar yang
berkhidmat di luar negara.
FN
+ FN
(ii) Motosikal merah itu untuk abang saya
yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.
FN
+ FS
(iii) Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan
hamparan hijau.
FN
+ FA
(iv) Beberapa orang pakar bedah sedang
melakukan pembedahan jantung.
FN
+ FK
(v) Menara yang tinggi itu memang cantik
reka bentuknya.
FN
+ FA
(vi) Mereka telah mencuri barangan yang
sangat berharga itu.
FN
+ FK
PERLIS:
Jawapan 3(b) Gabung ayat
(i)
Bayi akan mengalami kesan
yang berbeza-beza terhadap ubat kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor
terutama keturunan.
(ii)
Rumah ialah tempat terbaik
untuk berehat dan menenangkan fikiran sehingga/justeru penghuni rumah tidak
kisah membelanjakan wang asalkan rumah mereka cantik.
(iii)
Ameera tekun menyiapkan kerja kursus Sejarah
yang telah diberikan oleh Puan Munirah.
JOHOR:
Menyambungkan ayat
(i) Pihak polis telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah
antarabangsa dan empat orang lelaki Afrika tertangkap kerana telah menipu ramai
rakyat Malaysia terutamanya gadis tempatan.
(ii) Restoran Selera Cik Siti menawarkan pelbagai jenis
makanan dan minuman yang menjadi tarikan utama pelanggan untuk ke restoran itu.
(iii) Pembukaan taman tema air dapat membantu menjana
pendapatan negara dan menarik kemasukan pelancong asing serta boleh mengeratkan
hubungan silaturahim dengan keluarga.
TELUK INTAN PERAK: (b) Bina ayat tanya daripada ayat
penyata
(i) Siapakah pengarah
urusan Syarikat Jaya Murni?
(ii) Bilakah Cikgu Aliza
akan berpindah ke Pulau Langkawi?
(iii) Di
manakah pertandingan pidato sempena Bulan Bahasa
diadakan?
(iv) Mengapakah
biskut dan kek yang dibuat oleh kakak
mendapat pujian pembeli?
(v) Apakah
yang digunakan untuk memasak sup tulang
dengan cepat?
(vi) Bagaimanakah
penduduk Kampung Sentosa hidup aman
damai?
No comments:
Post a Comment