Saturday, March 28, 2020

TEKNIK MENULIS /MENCARI ISI TERSURAT - 6Su


TEKNIK MENULIS ISI TERSURAT(CARA CARI ISI TERSURAT DALAM PETIKAN RUMUSAN)
KATA TUGASAN ISI TERSURAT
PENANDA / KATA KUNCI DALAM PETIKAN RUMUSAN
Kebaikan/faedah/Kelebihan/Manfaat/kepentingan
Dapat/mampu/boleh
Usaha/langkah/Kaedah/Cara/Tindakan
Pihak/hendaklah/haruslah/perlu/mesti/boleh/wajar/
sepatutnya
Akibat/kesan/implikasi/natijah/impak
Akan menyebabkan/ akan mengakibatkan/ akan mengalami/ akibatnya/kesannya/ mendatangkan/menjadikan
Halangan/kekangan/masalah/rintangan
Masalahnya/kekangannya/halangannya
Sebab/faktor/punca
Antara sebab/ faktor lain/oleh sebab/ disebabkan

kata kunci lain untuk isi tersurat:
a.       Kata Penegas- juga, pula
b.      Penanda Wacana- selain itu, seterusnya
c.       Perkataan lain- malahan, turut
d.      Kata kerja transitif- me, mem, men, meng, menge
 

Langkah/cara/usaha/kaedah/tindakan/inisiatif
Pihak/Perlu/wajar/hendaklah/mesti/boleh/harus/
sepatutnya/
Punca/sebab/alasan/faktor
Sebab/disebabkan/oleh sebab/alasan/berpunca/juga/turut/menyebabkan/
faktor lain/
Kesan/implikasi/impak/natijah/akibat/efek/
Mampu / juga
Faedah/manfaat/kebaikan/kepentingan/kelebihan/keutamaan
Wajar / dapat / akan
Peranan/fungsi/tanggungjawab
MURID JUGA WAJAR DAPAT ‘A’
SAMPEL 1: SPM 2017
CARA MENCARI ISI TERSURAT: CARI FAEDAH = Dapat/mampu/boleh/juga/di samping itu
KOMSAS yang diajarkan juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Murid dapat menikmati keseronokan dunia pembacaan apabila mereka dapat menghayati pelbagai karya yang ditulis oleh pengarang-pengarang tanah air. Melalui pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema, persoalan,perwatakan,gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan seterusnya mampu melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera. Berbanding dengan penulisan yang berbentuk fakta dan ilmiah, penulisan karya sastera lebih menarik kerana digarap melalui penggunaan gaya bahasa yang puitis dan kosa kata yang pelbagai. Secara tidak langsung, murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan. Di samping itu, pembelajaran KOMSAS dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
SPM 2012 : KATA KUNCI ISI TERSURAT-FAKTOR-FAKTOR: Antara sebab/ faktor lain/oleh sebab/ disebabkan
Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan
Perenggan 2:
…hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara.
SPM 2014;KATA KUNCI ISI TERSURAT-PERANAN: untuk, dapat
Peranan kaunselor
Perenggan 3:
…. Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya….pada masa yang sama, kaunselor bertanggungjawab untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri.

No comments:

Post a Comment