Saturday, March 28, 2020

TEKNIK MENULIS ISI TERSIRAT, KESIMPULAN & FORMAT RUMUSAN - 2Si, 1P


TEKNIK MENULIS ISI TERSIRAT (difikirkan sendiri berdasarkan perkara kedua dalam tajuk)
SEKOLAH
Pengajaran di dalam kelas
Aktiviti kokurikulum
Peranan guru
IBU BAPA
Memberikan didikan/asuhan
Memberikan kasih sayang
Menjadi contoh teladan
MEDIA MASSA
Pengiklanan/Promosi berterusan
Membuat dokumentari/edarkan risalah
RAKAN SEBAYA
Pengaruh positif
Sokongan
KERAJAAN
Penguatkuasaan undang-undang
Dendaan /hukuman
Memberikan dana / bantuan
Kewangan /pemasaran
Membuat kempen


Menulis Kesimpulan
(2 markah)
1P
 





TIP :
-          Cadangan ditunjukkan oleh perkataan perlu/harus/hendaklah….(lihat tajuk)
-          Tujuan ditunjukkan oleh perkataan supaya/agar (rujuk kesan kepada diri, rakyat, masyarakat, organisasi atau Negara)
-          Keseluruhan bahagian kesimpulan ditulis sekitar 15 patah perkataan.

SAMPEL 1: SPM 2017
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah pembelajaran Komponen sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.
Tujuan/harapan
Cadangan
AMBIL DARIPADA SOALAN

Kesimpulannya, murid hendaklah mempelajari KOMSAS agar bahasa Melayu dapat dimartabatkan.


SAMPEL 2:
Cadangan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya gejala buli  dan peranan sekolah menangani masalah tersebut.

Kesimpulannya, Kementerian Pendidikan haruslah memberikan perhatian serius terhadap gejala buli agar/supaya lahir murid yang cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan.
Tujuan/harapan positif
















FORMAT KARANGAN RUMUSAN: (30m)

Rumusan membincangkan  (TUKAR KATA KUNCI 1) ……………..dan (SALIN kata kunci 2)……………………………………….. (Perenggan Pendahuluan)

(SALIN kata kunci  1) adalah ………………………………….serta……………………………………..  Selain itu,(SUBJEK TAJUK)…………………………………….dan ……………………………………………………  Malahan, (SUBJEK TAJUK) ………………………………………………….. Akhir sekali,(SUBJEK TAJUK)…………………………………… (ISI TERSURAT : 6 /7 isi)


              (SALIN  kata kunci 2)  adalah …………………………….. dan…………………………………(ISI TERSIRAT :2 isi)

Kesimpulannya, (masyarakat/individu/kerajaan/sekolah) haruslah (cadangan)……………..agar (harapan positif)………………………………..
(120 patah perkataan)


 















PEMARKAHAN RUMUSAN
1
Rumusan membawa 30 markah: 20 markah untuk isi dan 10 markah untuk bahasa
2
Markah bahasa biasanya separuh daripada markah isi.
3
Jika calon menyalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, walaupun perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
4
Jika bahasa agak baik, tambah 1 markah dan jika bahasa tidak baik, tolak 1 markah.
5
Rumusan yang kurang 120 patah perkataan, markah tidak ditolak.
6
Jika menulis melebihi 120 patah perkataan, rumusan akan dinilai sehingga 120 patah perkataan sahaja.  Jangan melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.



No comments:

Post a Comment